Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Hukum,

Rupanya sudah 15 tahun ibadah tidak sah gara-gara tidak sempurna mandi wajib

by Fatin Fatihah HussinJuly 27, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untitled design (98)
WALAUPUN dunia kini hanya berada di hujung jari, namun dalam mencari ilmu mengenai bab taharah atau kesucian ini, rujuklah ustaz atau ustazah yang mahir dalam perkara ini, bukan semata rujukan daripada internet.

RUPANYA dah 15 tahun begitu. Amat mengejutkan namun itulah realiti yang berlaku apabila ada seorang wanita menceritakan bahawa ahli keluarganya ada yang tidak mandi wajib dengan betul dan sempurna.

Perkongsian daripada Ustazah Asma’ Harun, pendakwah terkenal di halaman Facebooknya mengenai ibadah yang tidak sah, apabila baru-baru ini menerima soalan daripada beberapa orang Muslimah berkaitan tatacara mandi wajib yang betul.

Dan ada yang bertanya bagaimana jika ada anggota yang tidak terkena air seperti celah pelipat, sebahagian rambut, kulit kepala, dan lain-lain.

IBUBAPA memainkan peranan yang amat penting terutama kepada anak gadis yang kian meningkat remaja, perlunya untuk mendidik dengan betul bab darah haid dan sebagainya. 

Dilihat enteng namun kesannya bukan kecil. Ibadah yang dilakukan akan menjadi tidak sah kerana diri dalam keadaan hadas besar. Terutama kepada golongan anak remaja yang sudah baligh tetapi tidak diajar tentang cara mandi wajib yang betul.

Melalui persoalan yang diajukan, Ustazah Asma merangkumkan berkaitan bab taharah (suci) ini dengan berkongsi tentang hadas kecil dan hadas besar, sebab-sebab berlakunya hadas kecil dan besar, rukun mandi wajib dan cara mandi wajib yang betul.

Hadas: Keadaan seseorang yang tidak bersih atau suci yang menyebabkan terhalang daripada melakukan ibadah tertentu.

Hadas terbahagi kepada DUA iaitu hadas kecil dan hadas besar.

Hadas kecil: Keadaan seseorang yang tidak suci sehingga menghalanginya daripada melakukan ibadah tertentu melainkan dengan mengambil wudhu atau bertayammum (jika tiada air).

HADAS terbahagi kepada dua iaitu hadas besar dan hadas kecil. Perlunya kefahaman yang mendalam akan kedua-dua perkara itu.

IKLAN

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA HADAS KECIL ADALAH:

1. Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur.

2. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan yang tidak berlapik.

3. Hilang kewarasan akal akibat daripada mabuk, gila, pitam atau tidur kecuali jika seseorang itu tidur dalam keadaan tetap punggung pada tempat tidurnya.

4. Bersentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Hadas besar: Keadaan seseorang yang tidak suci yang mewajibkannya untuk mandi hadas (mandi wajib) atau tayammum (jika tiada air) bagi melakukan ibadah tertentu.

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA HADAS BESAR ADALAH:

1. Junub.
Janabah bermaksud air mani yang terpancut atau persetubuhan. Oleh itu, orang yang berjunub ialah tidak suci disebabkan keluar mani atau persetubuhan.

a) Keluar air mani (lelaki atau perempuan).
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda “Air itu kerana air (wajibnya mandi kerana keluarnya air mani).” (Hadis Riwayat Muslim)

SEBAGAI Muslim, perlunya untuk sentiasa cakna dan teliti akan sebab-sebab berlakunya hadas besar dan kecil ini. 

b) Bersetubuh.
Rasulullah SAW bersabda “Bila seorang lelaki duduk di antara empat potongan tubuh wanita (dua tangan dan dua kaki) dan tempat khitan bertemu (lelaki dan wanita) maka sungguh wajib mandi meskipun dia tidak mengeluarkan mani.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Terhenti darah haid.
Firman ALLAH SWT “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah (bergaul) mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu,” (Surah al-Baqarah ayat 222)

3. Terhenti darah nifas.

4. Melahirkan anak.

5. Meninggal dunia kecuali mati syahid.

IKLAN

RUKUN MANDI WAJIB

Di dalam kitab Safinatun Najah karya Syeikh Salim bin Sumair Al-Hadhrami menyebutkan, ada DUA perkara yang menjadi RUKUN mandi wajib iaitu:

1. Niat.

2. Meratakan air ke seluruh tubuh badan.
Dalam kitab tersebut beliau menuliskan “Fardu atau rukun mandi ada dua, iaitu niat dan meratakan air ke seluruh tubuh badan.”

CARA MANDI WAJIB

Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Al-Jawi dalam kitabnya Kasyifatus Saja menerangkan tatacara melaksanakan kedua rukun tersebut.

NIAT mandi wajib.

1. Niat mandi wajib berlaku sewaktu siraman air yang pertama jatuh ke anggota badan.

Niat Mandi Wajib

IKLAN

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ اْلحَدَثِ اْلأَكْبَرِ مِنَ اْلِجنَابَةِ فَرْضًا لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Aku niat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari janabah, fardu kerana ALLAH Ta’ala.”

2. Meratakan air ke seluruh anggota badan seperti celah-celah jari tangan, kaki, pangkal rambut (yang terikat hendaklah diuraikan), janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur.

Sekiranya terdapat sedikit bahagian tubuh yang belum terkena air maka mandi yang dilakukan itu dianggap TIDAK SAH dan orang tersebut sebenarnya masih dalam keadaan berhadas.

ADAB MANDI WAJIB

Imam Ghazali menjelaskan dalam kitab Bidayatul Hidayah secara terperinci mengenai adab mandi wajib, antaranya:

1. Sewaktu masuk ke bilik mandi ambil air terlebih dahulu, basuh kedua tangan sebanyak tiga kali.

2. Bersihkan segala kotoran atau najis yang masih melekat di badan.

3. Berwuduk.

4. Ratakan air di kepala sebanyak tiga kali disertai dengan niat.

5. Ratakan air ke bahagian badan sebelah kanan tiga kali, kemudian bahagian badan sebelah kiri tiga kali.

6. Gosokkan bahagian depan dan belakang badan tiga kali.

7. Selakan jari di celah rambut dan janggut (sekiranya ada). Pastikan air mengalir ke setiap lipatan kulit dan pangkal rambut.

Dalam bab bersuci, mungkin masih ramai yang ambil mudah, namun jika tidak difahami dengan baik bimbang akan menjejaskan ibadah kita untuk tempoh jangka masa yang panjang, kerana bersuci ini selalu diguna pakai oleh kita setiap hari.

Semoga panduan ini membantu dalam persoalan tatacara mandi wajib supaya ibadah yang dilakukan sah dan diterima ALLAH SWT.

IKLAN
Previous

10 akhlak murni yang perlu diteladani berdasarkan al-Quran

July 27, 2022
Next

Perihal solat secara duduk yang anda perlu tahu

July 27, 2022

Related posts

solat sunat wuduk
Hukum,

Solat sunat wuduk, antara amalan ahli syurga

by Sarrah MohsinAugust 17, 2022
amalan ringkas rasulullah
Hukum,

12 amalan ringkas Rasulullah SAW. Rupanya senang nak dapat pahala

by Sarrah MohsinAugust 17, 2022
Untitled design - 2022-08-04T181442.892
Hukum,

Sunat berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam

by Fatin Fatihah HussinAugust 4, 2022
solat secara duduk
Hukum,

Perihal solat secara duduk yang anda perlu tahu

by Sarrah MohsinJuly 27, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.