Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Hukum, Ibadah,

Penjelasan mengenai niat puasa terutama kepada golongan yang puasanya terputus di pertengahan

by Fatin Fatihah HussinMarch 22, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-14T171530.006
APABILA keharusan puasa adalah wajib kepada umat Islam, maka niat juga antara perkara wajib untuk diambil tahu. - Foto: Canva

PUASA pada bulan Ramadan merupakan rukun Islam ketiga yang wajib dituruti oleh semua umat Islam. Apabila seseorang itu telah memenuhi segala syarat sah berpuasa maka wajib ke atasnya untuk berpuasa.

Begitu juga halnya dengan niat puasa, apabila keharusan puasa adalah wajib kepada umat Islam, maka niat juga antara perkara wajib untuk diambil tahu.

Mengenai persoalan yang manakah lebih afdal, sama ada niat setiap malam atau niat sebulan terus dan bagaimanakah dengan status niat tersebut jika di pertengahannya tidak boleh berpuasa kerana keuzuran dan sebagainya.

Menjawab persoalan tersebut, penceramah bebas, Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari menjelaskan terdapat beberapa perkara yang perlu diambil tahu sepenuhnya mengenai status orang berpuasa ini terutamanya jika melibatkan niat.

Pertamanya, Ustaz Iqbal menjelaskan di dalam mazhab Syafie, seseorang yang sudah berniat puasa sebulan penuh Ramadan, dia tetap wajib berniat puasa untuk esok hari pada setiap malam.

IKLAN

“Menurut sebuah pendapat dalam mazhab Syafie, seseorang yang terlupa untuk niat puasa pada malam hari dan tidak pula niat sebulan TAPI dia bangun makan sahur untuk berpuasa, maka sahur itu dikira sebagai niat puasa dan sah puasanya keesokan hari.

MENURUT mazhab Syafie, seseorang yang sudah berniat puasa sebulan penuh Ramadan, dia tetap wajib berniat puasa untuk esok hari pada setiap malam. 

“Namun begitu, jika dia sengaja tidak berniat maka puasanya keesokan siang hari tidak sah dan harus qada di luar Ramadan, walaupun dia sudah buat niat sebulan penuh. Walau bagaimanapun, sebagai langkah berhati-hati, dalam mazhab Syafie, seseorang yang yang tertinggal niat pada malam hari sama ada sengaja atau tidak sengaja, yang afdal untuk keluar dari khilaf ialah dia tetap mengqadanya di luar Ramadan.

“Ini adalah kerana “tabyitun niah” (berniat malam hari) adalah wajib menurut mazhab Syafie. Namun demikian, digalakkan juga untuk berniat sebulan supaya jika ada mana-mana malam yang dia terlupa, maka keesokan harinya, dia tetap perlu meninggalkan makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa NAMUN dia tidak dikira sebagai orang yang meninggalkan ibadah puasa. (تارك الصوم),” ujarnya.

Baca Juga Tidak memadai niat puasa Ramadan sebulan sekali gus, perlu perbaharuinya pada setiap malam 

Fungsi dan status niat puasa kerana keuzuran

IKLAN

Tambah agamawan itu lagi, syarat lain untuk sahnya niat puasa sebulan Ramadan penuh adalah puasa yang berterusan (تتابع الصيام). Seandainya puasa terputus ditengah Ramadan disebabkan sakit, gila, berbuka kerana safar, haid, nifas atau hal-hal yang lain, maka niat sebulannya secara automatik terbatal dan jika dia sudah kembali kepada keadaan normal, dia boleh mengulangi NIAT untuk saki baki hari yang ada dalam Ramadan. Seseorang boleh mengulangi proses ini pada setiap kali dia terputus dan kembali semula berpuasa walau berkali-kali dalam sepanjang Ramadan.

“Sebagai contoh, jika seorang wanita yang berniat puasa sebulan penuh pada malam pertama Ramadan, tiba-tiba di pertengahan Ramadan dia datang haid atau nifas, maka niat sebulan tersebut dengan sendirinya terbatal.

“Apabila dia sudah suci dan masih berbaki Ramadan, maka dia boleh memperbaharui niatnya untuk merangkumi seluruh hari yang terbaki yakni “sahaja aku niat puasa untuk sekalian hari yang terbaki dari Ramadan pada tahun ini kerana ALLAH Ta’ala”.

Niat puasa

NIAT begitu penting dalam setiap ibadah yang disyariatkan termasuklah ketika mengerjakan ibadah puasa.

IKLAN

“Fungsi niat tersebut adalah sama seperti niat sebulan pada malam pertama Ramadan iaitu ia akan menampung mana-mana malam yang dia TERLUPA niat pada malam hari.

“Seorang wanita yang haid atau siapa saja yang tidak dapat berpuasa disebabkan faktor-faktor tertentu sejak dari hari pertama Ramadan, dia boleh berniat seperti niat diatas untuk baki hari dari Ramadan sebaik saja dia suci atau setelah kembali kepada keadaan normal dengan syarat puasa tersebut berterusan (Ini adalah kerana niat yang seperti itu tidak disyaratkan untuk dibuat pada malam pertama Ramadan sahaja),” titipnya.

Baca Juga Tidak sabar meraikan Ramadan dengan gembira adalah tanda Muslim sejati

Ustaz Iqbal turut berkongsi dua kelebihan jika niat puasa selama sebulan terus;

1. Jika dia meninggal dunia pada pertengahan Ramadan, dia akan mendapat pahala puasa sebulan penuh kerana sabda Rasulullah di dalam hadis sahih, “Sesungguhnya amal bergantung kepada niat, seseorang diberi pahala menurut niatnya”.

2. Menurut sebuah pendapat, jika dia terlupa niat puasa pada mana-mana malam Ramadan (kerana wajib niat pada setiap malam Ramadan menurut mazhab Syafie) maka niat sebulan mazhab Maliki akan menampungnya (dengan syarat ia terlupa, BUKAN sengaja meninggalkan niat).

IKLAN
Previous

Tidak memadai niat puasa Ramadan sebulan sekali gus, perlu perbaharuinya pada setiap malam

March 22, 2023
Next

Minta cerai atas sebab ‘shiqaq’, apa maksudnya?

March 22, 2023

Related posts

Telefon berbunyi
Ibadah,

Telefon berbunyi ketika solat, boleh ke matikannya?

by Nurulfatiha MuahMay 30, 2023
sujud atas belakang
Ibadah,

Boleh sujud atas belakang makmum hadapan kerana ruang sempit, begini kaedahnya

by Sarrah MohsinMay 29, 2023
mandi wajib air
Ibadah,

Bagaimana nak mandi wajib bagi pasangan suami isteri sedangkan tiada bekalan air?

by Sarrah MohsinMay 29, 2023
Korban
Ibadah,

Buat korban 7 kali pahala macam naik haji, betul ke?

by Nurulfatiha MuahMay 29, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.