Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Hukum, Soal Jawab Agama,

Mengapa tidak boleh tidur selepas Asar? Ini penjelasannya

by Nurul Fatiha MuahMay 12, 2022
3
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Tidur lepas Asar
TIDAK digalakkan tidur selepas Asar.

TIDUR sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Masakan tidak, ia sememangnya fitrah bagi setiap insan.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan kita andai tidak dapat tidur seharian, apatah lagi jika berhari-hari lamanya.

Hakikatnya tujuan utama tidur adalah untuk merehatkan diri. Maklum sahajalah, kita banyak bergerak dan menggunakan sepenuhnya fizikal serta kudrat yang dikurniakan ALLAH SWT untuk memenuhi urusan kehidupan.

Justeru, tidur amat pentingnya agar kehidupan dapat dijalani dengan lebih baik dan berkualiti.

Begitupun, walaupun diri diselubungi kepenatan yang teramat sangat, ramai yang tidak memilih untuk tidur selepas Asar.

“Jangan tidur lepas Asar, cukup 40 hari kalau tidur lepas Asar boleh jadi gila.”

Tidur lepas Asar

SEBAIKNYA, elakkan diri daripada tidur pada waktu berkenaan.

IKLAN

Demikian antara ungkapan yang sering kali meniti pada bibir insan di sekeliling kita. Malah, ibu kita acap kali mengingatkan hal yang sama.

Ingatan itu kini bagaikan ‘melekat’ dalam fikiran kita kecuali jika terlalu mengantuk.

Baca juga Sunnah kibas tilam sebelum tidur. Ini sebabnya

Namun begitu, benarkah tidur selepas waktu Asar boleh menghilangkan akal kita? Adakah nas yang menyokong fakta tersebut?

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memang terdapat riwayat hadis yang memerihalkan tentang perkara berkenaan.

DR ZULKIFLI

Namun begitu, katanya, para ulama berbeza pendapat dalam menentukan statusnya.

“Ada dalam kalangan mereka menyatakan ia merupakan hadis yang daif, lemah dan palsu. Meskipun hadis itu daif dan lemah, tetapi ia tidaklah sampai kepada palsu.

“Maka, kami nyatakan bahawa tiada hadis sahih yang melarang tidur selepas Asar,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel yang disiarkan menerusi maktabahalbakri.com.

Meskipun demikian, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu mengingatkan bahawa sebahagian para ulama tetap berpendapat, makruh hukumnya jika tidur selepas waktu solat Asar.

IKLAN

Perkara itu ada disebutkan dalam Kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah.

“Tambahan lagi, ‘Abd al-Karim al-Khudhair dalam syarahannya terhadap Bulugh al-Maram menyatakan, tidur selepas solat Subuh termasuk dalam perkara yang dilihat tidak baik dan begitu juga tidur selepas solat Asar.

“Pandangan sama turut diutarakan oleh Dr Wahbah al-Zuhaili yang mana beliau menyatakan, makruh tidur selepas Asar berdasarkan hadis daif tersebut, selain berhujah bahawa sebahagian athar (sesuatu yang disandarkan kepada sahabat atau tabiin sama ada perkataan atau perbuatan) daripada kalangan ulama salaf,” katanya.

Baca lagi Tiada Larangan Tidur Lepas Subuh dan Asar?

Antaranya daripada Khawwat bin Jubair, beliau berkata: “Tidur pada awal siang itu adalah suatu yang tercela, tidur pada pertengahan siang adalah suatu yang baik dan tidurt di akhir siang pula adalah satu kebodohan.” (Riwayat Ibn Abi Syaibah)

Begitu juga athar yang diriwayatkan daripada Makhul bahawa beliau tidak menyukai perbuatan tidur selepas Asar. Beliau menyatakan: “Dikhuatiri pelakunya akan ditimpa penyakit waswas.” (Riwayat Ibn Abi Syaibah)

IKLAN

Secara tuntasnya, Dr Zulkifli menyimpulkan, meskipun tiada sebarang larangan untuk tidur selepas waktu Asar yang sahih, tetapi terdapat sebahagian ulama berpendapat, makruh berbuat demikian.

Tidur lepas Asar

JIKA seseorang itu sangat memerlukan atau berhajat juga untuk tidur selepas Asar gara-gara terlalu letih atau mengantuk, tiada masalah untuk berbuat demikian.

“Ini kerana ia termasuk dalam perkara yang dilihat tidak baik.

“Selain itu, hukum makruh itu adalah berdasarkan kepada athar daripada ulama salaf dan juga pengalaman (tajrubah) iaitu kebiasaannya orang yang tidur selepas Asar ini akan terjejas akalnya. Oleh sebab itu, mereka berpendapat makruh hukumnya dan sebaiknya perbuatan ini dijauhi,” terangnya panjang lebar.

Pun begitu, seandainya seseorang itu sangat memerlukan atau berhajat juga untuk tidur pada waktu berkenaan gara-gara terlalu letih atau mengantuk, agamawan itu menjelaskan, ia dibolehkan.

“Tidak mengapa melakukan sedemikian kerana ALLAH SWT telah menjadikan tidur untuk kita berehat daripada kepenatan bekerja dan sebagainya.

“Dengan tidur yang secukupnya, ia akan mengembalikan tenaga kepada tubuh badan bagi melaksanakan segala tugasan termasuklah soal beribadah kepada ALLAH SWT dengan lebih khusyuk dan berfokus,” katanya.

Foto: Freepik

IKLAN
gila tidur lepas AsarsinarislamplusTidur lepas Asar
Previous

Haram guna duit Raya anak? Berikut perinciannya

May 12, 2022
Next

5 adab ziarah kubur yang perlu anda ketahui

May 12, 2022

Related posts

lakukan tahiyyatul masjid
Hukum,

Laksanakan solat sunat Tahiyyatul Masjid sebagai tanda memuliakan rumah ALLAH

by Sarrah MohsinMay 23, 2022
Ibu bapa tanggung dosa anak
Hukum,

Ibu bapa tanggung dosa anak-anak tinggalkan solat?

by Nurul Fatiha MuahMay 19, 2022
pintu tandas
Hukum,

Sentiasa tutup pintu tandas elakkan dari dibuka syaitan

by Sarrah MohsinMay 19, 2022
pexels-mentatdgt-1071979
Hukum,

Mari ketahui adab ziarah yang patuhi syariat

by Nurizan Abu KassanMay 11, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.