Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Hukum,

Laksanakan solat sunat Tahiyyatul Masjid sebagai tanda memuliakan rumah ALLAH

by Sarrah MohsinMay 23, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
lakukan tahiyyatul masjid
LAKSANAKAN solat Tahiyyatul Masjid sebagai tanda hormat kepada rumah ALLAH SWT.

APABILA berkunjung ke rumah sesiapa pun, pastinya kita akan memberi salam kepada penghuninya terlebih dahulu sebagai tanda hormat. Tidak boleh meluru masuk sahaja, itu namanya biadab.

Jika dengan orang biasa pun ada adab tertentu yang perlu dipatuhi, apatah lagi ketika melawat rumah ALLAH SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda, sesiapa yang memasuki masjid perlu melakukan solat sunat Tahiyyatul Masjid dahulu sebelum melakukan apa-apa.

Maksudnya: “Apabila salah seorang dari kamu memasuki masjid, maka janganlah dia duduk sehingga menunaikan solat dua rakaat” (Riwayat al-Bukhari)

Kita disunatkan mendirikan solat sunat ini sebagai tanda menghormati dan memuliakan masjid sebagai rumah ibadah untuk ALLAH SWT.

Sudah namanya ‘Tahiyyatul Masjid’, pastinya solat ini dilaksanakan di masjid. Namun, bagaimana pula jika kita memasuki surau?

DI Malaysia, tempat ibadah orang Islam ada pelbagai serta mempunyai istilah tertentu bergantung kepada fungsi bangunan tersebut.

IKLAN

Artikel Irsyad al-Fatwa Siri ke-103: Hukum menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid di surau diri jumaat yang disiarkan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa solat sunat Tahiyyatul Masjid boleh dilaksanakan juga di surau diri Jumaat.

Mungkin ada yang tertanya apa yang dimaksudkan dengan surau diri Jumaat. Bagi menjelaskan makna tersebut, penting untuk kita ketahui erti masjid dahulu.

Definisi masjid dan musolla
Masjid ialah bangunan yang dibina untuk menunaikan solat termasuklah solat lima waktu dan ibadah-ibadah lain kerana Allah SWT.

Di dalam kitab-kitab fiqh, istilah masjid al-Jami’ diberikan kepada masjid yang mendirikan solat Jumaat untuk membezakan dengan masjid yang tidak mendirikan solat Jumaat.

Manakala, musolla dari segi bahasa bermaksud tempat sembahyang dan berdoa. Namun, dari segi istilahnya, ia merujuk kepada tanah lapang yang luas yang mana manusia berkumpul untuk menunaikan solat bagi tujuan tertentu.

Seperti yang diriwayatkan dalam beberapa hadis, Rasulullah SAW tidak menunaikan semua jenis solat di masjid, bahkan pada tujuan-tujuan tertentu, Nabi SAW akan keluar untuk solat di musolla.

Kebiasaannya, musolla hanya digunakan oleh Rasulullah SAW untuk menunaikan solat hari raya, solat istisqa’ atau solat jenazah. Sebaliknya, baginda akan pergi ke masjid untuk mendirikan solat lima waktu dan solat Jumaat.

Menurut mazhab al-Syafie, musolla tidak dikira sebagai masjid. Al-Imam al-Nawawi juga berkata:

“Musolla yang dijadikan tempat solat hari raya dan lain-lainnya yang bukan dianggap masjid, tidak haram padanya bagi orang berjunub, wanita haid atas pandangan mazhab. Pendapat ini dipegang oleh jumhur ulama”. [Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (2/180)]

IKLAN
tahiyyatul masjid

TIADA masalah untuk melaksanakan solat Tahiyyatul Masjid di surau yang mendirikan solat Jumaat.

Definisi surau
Perkataan surau secara pastinya bukan berasal dari perkataan Arab. Di dalam Kamus Dewan edisi ke-4, surau bermakna “bangunan yang lebih kecil daripada masjid, tempat orang-orang beribadat seperti bersembahyang dan belajar agama. Nama lain bagi surau ialah langgar dan madrasah”.

Dalam erti kata lain, surau adalah sebuah tempat untuk menunaikan solat.

Di Malaysia, surau boleh jadi sebuah bilik kecil di pejabat ataupun pusat membeli belah ataupun masjid yang tidak didirikan solat Jumaat padanya.

Surau-surau di kawasan perumahan biasanya mengerjakan solat lima waktu namun tidak didirikan solat Jumaat.

Ada juga surau yang telah dinaiktarafkan sebagai masjid dan diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa untuk menunaikan solat Jumaat dan selalunya istilah yang digunakan adalah surau diri Jumaat.

Baca juga Masjid jadi platform penyatuan penduduk berbilang agama di negara Eropah. Ini 5 masjid paling mahal lagi menawan

IKLAN

Solat Tahiyyatul Masjid di Surau Diri Jumaat
Memandangkan istilah surau tidak wujud dalam Bahasa Arab, para ulama dan fuqaha tidak pernah membincangkan tentang isu ini.

Namun, jika melihat kepada definisi masjid mengikut hukum syarak, ada sesetengah surau di Malaysia yang menepati ciri-ciri sebuah masjid.

Bagi sesetengah surau di Malaysia ada dilaungkan azan, ditunaikan solat lima waktu berjemaah di dalamnya, bahkan surau-surau ini ada carta organisasinya yang tersendiri dari sudut pentadbiran dan juga bangunan yang sesuai.

Selain itu, surau-surau ini juga telah didaftarkan dengan jabatan-jabatan agama negeri masing-masing untuk mendapatkan pengesahan seterusnya mula beroperasi.

tahiyyatul masjid

AMBILLAH peluang meraih pahala lebih dengan menunaikan solat Tahiyyatul Masjid setelah menjejakkan kaki ke dalam ruang ibadah.

Atas dasar ini, meskipun asal pada namanya adalah surau namun ianya telah menepati ciri-ciri masjid yang telah ditetapkan, jelas artikel itu.

Mengambil kira erti masjid dalam Bahasa Arab dan juga istilah fiqh, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga mendapati bahawa surau diri Jumaat menepati ciri-ciri tersebut.

Oleh itu, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-96 yang telah bersidang pada 24 Februari 2016 bersetuju untuk membenarkan solat sunat Tahiyyatul Masjid ditunaikan di surau diri Jumaat.

Jadi, apabila anda memasuki mana-mana surau diri Jumaat selepas ini, laksanakan juga solat sunat Tahiyyatul Masjid sebagai tanda memuliakan rumah ALLAH SWT.

Foto: Pexels & Unsplash

IKLAN
Previous

Dosa diampunkan sejauh bunyi azan. Kelebihan tok bilal yang ramai tak tahu

May 23, 2022
Next

Pakar ortopedik bantu haiwan terjejas akibat perang di Gaza

May 23, 2022

Related posts

Resume
Hukum,

Tak boleh tipu resume untuk dapat kerja, jawatan tertentu

by Nurulfatiha MuahJanuary 18, 2023
Deposit
Hukum,

Tuan rumah guna wang deposit penyewa tanpa izin, ini hukumnya yang wajib kita tahu

by Nurulfatiha MuahJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (42)
Hukum,

Garis halus antara judi dan cabutan bertuah, fahami penjelasan dari sudut syarak

by Fatin Fatihah HussinJanuary 13, 2023
poligami
Hukum,

Cara giliran bermalam antara isteri dalam perkahwinan poligami. Ini saranan Islam.

by Sarrah MohsinJanuary 11, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.