Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Hukum,

Jauhi ‘penyakit iblis’ ini yang boleh menjadi ‘pencukur’ agama

by Nurul Fatiha MuahJune 13, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Penyakit iblis
JAUHI penyakit iblis yang boleh menjerumuskan manusia ke kancah kebinasaan.

TIADA siapa yang mahu dirinya dirasuk ‘penyakit iblis’. Apatah lagi bersahabat dengan golongan berperangai seperti makhluk yang dilaknat oleh ALLAH SWT itu.

Masakan tidak, sikap mazmumah tersebut begitu menjengkelkan sesiapa sahaja. Sejahat-jahat seorang manusia itu, pasti mereka mahu dikelilingi insan yang baik.

Maklum sahajalah, fitrah setiap individu sememangnya begitu. Kita cenderung kepada perkara kebaikan walaupun mungkin bersikap sebaliknya.

Meskipun rambut sama hitam, namun semua orang memiliki hati yang berbeza. Malah, ada yang tidak sedar sehingga terpalit ‘penyakit iblis’ dalam hatinya.

Menurut pendakwah Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, di antara pelbagai penyakit hati sedia ada, sifat hasad dengkit adalah yang paling berbahaya.

HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

IKLAN

Ini kerana, katanya, ia menjadi punca dan memicu kepada penyakit-penyakit hati yang lain.

“Hasad bererti mengharapkan nikmat yang diberikan ALLAH SWT kepada seseorang itu hilang atau ditarik balik. Desakan hati membuatkan individu berkenaan berasa tidak senang hati apabila melihat orang lain mengecapi nikmat.

Baca juga ‘Sebusuk-busuk tong sampah, busuk lagi hati orang yang selalu hasad dengki’

“Tidak kiralah waima nikmat berbentuk ilmu, harta atau apa sahaja yang diraih oleh seseorang,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di Instagram miliknya baru-baru ini.

Andai perasaan kurang senang terhadap kelebihan yang dikurniakan kepada orang lain itu mula bertapak dalam hati, Habib Ali menitipkan pesan, biarlah ia hanya terpendam di dalam sanubari kita sahaja.

“Jangan sampai ia terkeluar sehingga terlajak dengan mengharapkan supaya nikmat yang digapai individu lain tersebut diambil semula oleh ALLAH SWT.

“Ketahuilah, perbuatan ini dikira sudah melampaui batas. Meskipun demikian, inilah ‘penyakit iblis’ yang biasa ada pada seseorang,” katanya.

IKLAN

Dalam hal itu, Rasulullah SAW sudah memberi peringatan agar umatnya menjauhi perbuatan berkenaan.

Baginda SAW bersabda: “Kamu diserang penyakit yang menimpa umat sebelum kamu iaitu hasad dan dendam yang ibarat pisau cukur. Aku tidak katakan cukur rambut, tetapi cukur agama…” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Penyakit iblis

JAUHI perbuatan menyerupai sifat iblis yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Melihat ungkapan hadis berkenaan, ujar agamawan itu, ayat pencukur agama tersebut bermaksud nilai-nilai agama ditolak tepi demi memenuhi hasrat hatinya yang penuh dengan sifat hasad.

Baca juga Tak guna buat baik kalau ada sifat hasad dengki

IKLAN

Beliau mengingatkan bahawa penyakit hasad dengki atau nama glamornya PHD itu begitu berbahaya sehingga boleh pegangan agama seseorang tergelincir daripada landasan.

“Bahayanya apabila seseorang kufur dengan apa yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT dalam sifat-NYA yang memberi kepada mereka yang dikehendaki-NYA, tetapi individu berkenaan pula tidak bersetuju dengan keputusan Tuhan,” katanya.

Ketahuilah bahawa hasad dengki merupakan ‘penyakit’ iblis, ungkapnya.

“Dek kerana sifat hasad dengkinya kepada Nabi Adam AS sehinggakan iblis enggan sujud kepadanya ketika diperintahkan gara-gara merasakan dirinya lebih hebat, makhluk itu diusir dari syurga.

“Iblis tak mahu menerima kelebihan yang ALLAH SWT berikan kepada Nabi Adam AS,” jelasnya.

Mengambil teladan daripada kisah tersebut, Habib Ali Zaenal Abidin sekali lagi mengingatkan umat Islam agar kita menjauhi penyakit hasad dengki.

“Tidak kiralah sama ada dengan kata-kata, komen atau apa saja, biarlah perasaan hasad itu terpendam di dalam hati. Pada masa sama, berdoalah dan memohon kepada ALLAH SWT supaya dihilangkan perasaan buruk tersebut,” saran beliau.

Foto: Freepik 

IKLAN
Hasad dengkiPenyakit iblissinarislamplus
Previous

Besarnya ganjaran pahala solat jenazah

June 13, 2022
Next

Hukum menyertai perayaan hantu lapar

June 14, 2022

Related posts

Kuku
Hukum,

Sunat tidak memotong kuku, rambut sehingga selesai ibadah korban

by Nurul Fatiha MuahJune 29, 2022
Daging korban siap dimasak
Hukum,

Tak sah bagi daging korban yang siap dimasak?

by Nurul Fatiha MuahJune 28, 2022
Solat dalam keadaan takut
Hukum,

Status solat dalam keadaan takut dan risau

by Nurul Fatiha MuahJune 27, 2022
membaca surah
Hukum,

Bolehkah membaca surah yang sama dalam solat?

by Sarrah MohsinJune 27, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.