Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Hukum,

Jangan lakukan kesilapan ini ketika solat

by Nurizan Abu KassanJune 8, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untitled design (17)
SOLAT adalah ibadat yang wajib dilaksanakan dengan penuh khusyuk.

KESILAPAN yang dilakukan ketika solat akan mendatangkan kerugian kerana ia boleh mengurangkan pahala sembahyang yang hanya akan merugikan diri.

Salah satu jalan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala sembahyang adalah dengan mengelakkan diri daripada melakukan perkara makruh kerana mendirikan solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan perbuatan yang tidak elok.

Sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:

“Dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.”

Oleh yang demikian, dengan mempelajari secara mendalam tentang setiap perkara yang berkaitan dengan sembahyang akan dapat mengelakkan seseorang daripada melakukan perkara makruh.

Menerusi artikel Al-Kafi siri ke 880 dan 883 yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menyebut mengenai 5 kesilapan ketika solat dan hukumnya adalah makruh jika dilakukan.

Baca juga Terlelap ketika solat. Batal atau tidak? 

1. Mengangkat pandangan ke langit

Terdapat larangan ke atas perbuatan memandang ke langit semasa solat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

IKLAN

“Apalah masalahnya dengan kelompok manusia yang mengangkat pandangan mereka ke langit di dalam solat mereka.”

Baginda menegaskan kenyataan ini dengan katanya:

“Hendaklah mereka berhenti dari melakukan hal tersebut atau akan dihilangkan penglihatan mereka (menjadi buta).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis di atas ini jelas menunjukkan penegahan yang kuat terhadap perbuatan memandang ke langit semasa sedang mendirikan solat dan makruh hukumnya seseorang itu tidak memandang ke tempat sujudnya semasa solat.

2. Menoleh ke kiri dan kanan

Berpaling dalam solat apabila diiringi oleh seluruh anggota badannya sehingga berpaling dari arah kiblat menjadikan solat seseorang itu tidak sah.

Jika hanya memalingkan kepalanya, maka hukumnya adalah makruh, kerana perbuatan ini mengurangkan nilai khusyuk ketika solat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Aisyah RA katanya yang bermaksud:

“Saya bertanya kepada Rasulullah tentang menoleh dalam sembahyang. Maka Baginda bersabda: “Ia merupakan sebuah curian yang dilakukan syaitan terhadap solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Seperti yang diketahui, syaitan adalah musuh yang nyata. Jika dia mendapat peluang untuk mengalihkan perhatian orang yang sedang solat, dia segera membisikkan godaannya kepada umat Islam yang sedang bersolat.

3. Menguap ketika solat

Rasulullah adalah suri teladan yang baik dan sempurna bagi umatnya, baik dalam perkara besar mahupun kecil. Baginda sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada umatnya dalam melakukan sesuatu perkara termasuk dari segi menguap.

MENGUAP tidak membatalkan solat selagi mana ia tidak menganggu ucapan dan perbuatan solat tersebut.

IKLAN

Umat Islam mungkin sering lupa atau sengaja tidak menutup mulut ketika menguap, membiarkan mulut terbuka luas tanpa menutupnya dengan tangan dan hal tersebut adalah tidak baik.

Dari Abu Hurairah Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan. Jika kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar).” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Muslim)

Dan seeloknya juga, hentikan bacaan ketika sedang menguap. Usai menguap barulah sambung kembali bacaannya.

Jelaslah, Islam menyuruh umatnya menahan menguap ketika solat kerana itu adalah gangguan daripada syaitan yang sentiasa berusaha ingin menyesatkan manusia. Tidak kira menahan dengan menggunakan gerakan mulut ataupun menggunakan tangan.

Baca juga Ibu bapa tanggung dosa anak-anak tinggalkan solat?

4. Menahan air besar atau kecil

Makruh mendirikan sembahyang dengan keadaan menahan diri dari membuang air kecil atau air besar dan membuang angin (menahan dari kentut). Bahkan menjadi haram jika menahan itu akan memberi mudarat kepada dirinya.

IKLAN

Kata Aisyah RA yang bermaksud:

“Saya ada mendengar Rasulullah bersabda: Tidak ada solat di hadapan makanan dan tidak ada solat semasa sedang dipengaruhi oleh desakan buang air besar atau air kecil.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sunat membuang air kecil, air besar atau kentut sebelum menunaikan sembahyang walaupun terpaksa meninggalkan sembahyang jemaah, asalkan tidak keluar dari waktu sembahyang atau masih luas waktunya.

5. Menutup mata

Makruh menutup kedua kelopak mata ketika sembahyang tanpa ada hajat atau keperluan. Tidak makruh jika menutup keduanya kerana ada hajat, bahkan hukumnya wajib pada sesetengah keadaan seperti menegah dari memandang perkara-perkara yang haram.

HUKUM menutup mata tanpa sebarang keuzuran ketika solat adalah makruh.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah bersabda:

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu berdiri di dalam solatnya maka janganlah dia memejamkan matanya.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Maka hukum memejam mata di dalam solat pada asalnya adalah makruh kerana bercanggahan dengan tuntutan memandang ke tempat sujud.

Meskipun begitu, sekiranya didapati dengan memejam mata akan lebih membantu untuk fokus dan khusyuk ketika di dalam solat, maka ia dibolehkan dan kadangkala menjadi lebih utama.

Semoga dengan perkongsian ini umat Islam memperolehi ilmu akan perkara yang tidak boleh dilakukan ketika solat yang hukumnya adalah makruh. Diharapkan selepas ini kita semua mendapat ilmu yang bermanfaat serta bersama-sama menuju ke syurga ALLAH yang kekal abadi.

Foto: Sinar Harian & Mukmin On The Go

IKLAN
Previous

Umat Islam tidak seharusnya sertai festival Jepun, Bon Odori

June 8, 2022
Next

Bakal jemaah haji positif Covid-19 perlu lalui prosedur

June 9, 2022

Related posts

Kuku
Hukum,

Sunat tidak memotong kuku, rambut sehingga selesai ibadah korban

by Nurul Fatiha MuahJune 29, 2022
Daging korban siap dimasak
Hukum,

Tak sah bagi daging korban yang siap dimasak?

by Nurul Fatiha MuahJune 28, 2022
Solat dalam keadaan takut
Hukum,

Status solat dalam keadaan takut dan risau

by Nurul Fatiha MuahJune 27, 2022
membaca surah
Hukum,

Bolehkah membaca surah yang sama dalam solat?

by Sarrah MohsinJune 27, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.