Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Ibadah,

Tunaikan umrah beberapa kali dalam satu perjalanan, boleh atau tidak?

by Sarrah MohsinMarch 7, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
umrah beberapa kali
IMPIAN setiap Muslim untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah di sana. Foto: Pexels

Tunaikan umrah beberapa kali dalam satu perjalanan, boleh atau tidak?

RAMAI yang bergelar Muslim mengimpi menjejakkan kaki ke Baitullah untuk melihat sendiri Kaabah di depan mata, tidak kiralah atas tujuan menunaikan umrah atau haji.

Masing-masing berlumba tidak mahu melepaskan peluang menunaikan ibadah di sana atas keberkatan yang ada pada tempat tersebut. Malah disebutkan dalam satu hadis Nabi SAW yang sahih, bahawa solat di Masjidil Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain. Betapa tingginya darjat ibadah di tempat istimewa.

Ada pula yang memilih untuk menunaikan umrah berulang kali dalam satu musim haji atau dalam tempoh sekali perjalanannya mereka ke sana. Ia biasa dipanggil umrah sunat oleh jemaah haji.

Malah ada berlegar kepercayaan bahawa umrah sunat yang dilakukan sebanyak tujuh kali akan menyamai pahala haji. Walhal, tidak ada nas yang sahih ataupun pandangan sepakat ulama yang menyatakan demikian.

Walau bagaimanapun, perbuatan mengulang-ulang umrah dalam satu perjalanan ini menurut pihak Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai beberapa pendapat.

IKLAN

Baca juga Risau dengan ‘trend’ umrah untuk kejar populariti, Ustaz Kamilin Jamilin tegur pempengaruh.

umrah beberapa kali

Baca juga Ibadah umrah diwajibkan bagi mereka yang mampu, ini maksud sebenar kemampuan tersebut

Hukumnya makruh
Pertama, sebahagian ulama mengatakan ia bercanggah dengan amalan Nabi SAW yang hanya melakukan umrah sebanyak empat kali sepanjang hidup baginda. Umrah pertama baginda ialah umrah Hudaibiyyah, kemudian umrah yang ditangguhkan bersama sahabat, ketiga umrah daripada al-Ji’ranah dan keempat ialah umrah yang digabungkan dengan haji.

Justeru, para salafussoleh mengatakan ia makruh. Walau bagaimanapun, para fuqaha mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan ia sunat, tetapi menurut Ibnu Taimiyyah , hujah mereka tidak kuat dan hanya bersandarkan qias umum iaitu atas dasar adanya arahan agar memperbanyakkan ibadat dan kelebihan-kelebihan umrah.

Hukum sunat dan harus

Sebahagian ulama lain pula termasuk Imam Nawawi di sisi ulama Syafi’iyyah mengatakan ia sunat dan tidak ada masalah untuk menunaikan umrah berulang kali dalam satu musim. Manakala Ibn ‘Abd al-Barr mengatakan bahawa jumhur ulama berpandangan harus hukumnya memperbanyakkan umrah.

IKLAN

Pihak Mufti Wilayah Persekutuan juga sepakat mengharuskan umrah berulang kali dalam satu perjalanan atau satu musim haji. Tambahan pula, jemaah haji yang datang jauh daripada negara lain, lebih sedikit peluangnya untuk datang semula kerana kekangan yang pelbagai.

Tawaf sunat lebih afdal daripada umrah berkali-kali?

Ada pula pihak yang mengatakan bahawa tawaf sunat adalah lebih afdal berbanding umrah berulang-kali, dengan bersandarkan kepada hadis di bawah:

Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ALLAH menurunkan 120 rahmat setiap hari: 60 daripadanya adalah bagi orang-orang yang mengerjakan tawaf, 40 (rahmat) adalah bagi mereka yang mengerumuni sekeliling kaabah dan 20 daripadanya adalah bagi orang-orang yang melihat Kaabah.”

IKLAN

Pun begitu, apabila disemak di laman web semakhadis.com, ia ternyata hadis palsu. Hadis ini terdapat dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu berjudul Silsilah al-Ahadis al-Da’ifah wal-Mawdu’ah Mujarradah ‘An al-Takhrij.

Begitu juga dengan beberapa hadis lain, antaranya yang menyatakan orang yang bertawaf keliling Kaabah selama seminggu, kemudian solat dua rakaat di belakang Makam Nabi Ibrahim, dan minum air zam-zam, maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya setahap manapun ia sampai. Hadis ini juga mempunyai status lemah.

Justeru, terpulang kepada diri anda masing-masing untuk memilih pandangan yang dirasakan lebih dekat dengan diri. Ulama memang berbeza pendapat, tetap mereka berhujah dengan kebijaksanaan dan ilmu yang mereka ada.

Adapun tentang kelebihan-kelebihan tawaf, ia mestilah disandarkan kepada dalil-dalil yang sahih dan tidak boleh sewenang-wenangnya dikaitkan dengan Rasulullah SAW.

Sumber: Tzkrh 

Foto: Pexels

Tunaikan umrah beberapa kali dalam satu perjalanan, boleh atau tidak?

IKLAN
islamumrahumrah beberapa kali
Previous

“Tak salah kaji agama lain, tetapi…”, ini ulasan bekas Mufti Wilayah Persekutuan terhadap filem ‘Mentega Terbang’

March 7, 2023
Next

Alangkah indah dapat masuk syurga tanpa dihisab, tapi bagaimana caranya?

March 8, 2023

Related posts

Niat puasa
Ibadah,

Tidak memadai niat puasa Ramadan sebulan sekali gus, perlu perbaharuinya pada setiap malam

by Nurulfatiha MuahMarch 22, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-21T135953.862
Ibadah,

Tidak sabar meraikan Ramadan dengan gembira adalah tanda Muslim sejati

by Fatin Fatihah HussinMarch 21, 2023
Kentut dalam solat
Ibadah,

Perhatikan lima jenis kentut dalam solat, lakukan perkara ini bila berlaku

by Nurulfatiha MuahMarch 20, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-17T183255.984
Ibadah,

Haram berpuasa selepas Nisfu Syabaan… betul ke?

by Fatin Fatihah HussinMarch 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.