Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Ibadah,

Tinggalkan solat Jumaat dengan sengaja, apa hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinDecember 9, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (10)
HARI Jumaat merupakan hari Sayyidul Ayyam, penghulu kepada segala hari. Banyak keistimewaan yang terdapat pada hari Jumaat ini berbanding hari lain. 

SOLAT Jumaat merupakan salah satu tuntutan syarak yang wajib hukumnya ke atas setiap lelaki muslim yang mukallaf serta salah satu daripada syiar agama Islam.

Seperti yang kita sedia maklum juga bahawa solat Jumaat telah pun disyariatkan oleh ALLAH melalui ayat “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengejarkan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengigati ALLAH (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah jual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenar)”, (Surah Al-Jumu’ah ayat 9)

Ketika menafsirkan ayat ini, al-Imam at-Tabari menyebutkan: “Ayat tersebut menjelaskan tentang seruan, seruan untuk memanggil (kaum Muslimin) supaya mendirikan solat Jumaat, (seruan yang dilafazkan) ketika Imam telah bersedia di atas mimbar untuk menyampaikan Khutbah.”

Benar seperti yang disebutkan solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap lelaki. Namun, ada segelintir orang mengambil ringan tentang kepentingan melaksanakan kewajipan tersebut, dan sengaja meninggalkannya kerana gagal melawan sifat malas atau terlalu mementingkan urusan dunia.

IKLAN

Jadi, apa hukum seseorang meninggalkan Jumaat tanpa sebarang sebab, dengan anggapan hanya sekali-sekala sahaja?

PERHIASAN kepada hari-hari dalam seminggu ialah hari Jumaat.

Menurut penjelasan dari portal Maktabah Al-Bakri, diwajibkan kepada mereka yang memenuhi tujuh syarat berikut, iaitu:

1) Beragama Islam
2) Baligh
3) Berakal
4) Merdeka (bebas) sepenuhnya.
5) Lelaki
6) Sihat tubuh badan
7) Bermukim di tempat solat Jumaat didirikan

Sekiranya seseorang itu telah cukup ketujuh-tujuh syarat ini, maka diwajibkan solat Jumaat ke atas dirinya.

Begitu juga, Rasulullah SAW memberi ancaman kepada orang yang meninggalkan solat Jumaat secara sengaja dan mengambil mudah tentang kewajipannya dengan Allah SWT akan mengunci mati hatinya. Rasulullah SAW bersabda:

IKLAN

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat jumaat kerana mengambil ringan akannya, nescaya ALLAH SWT akan mengunci mati hatinya.

MENINGGALKAN solat Jumaat adalah HARAM jika tanpa uzur syarie kerana menunaikannya ialah fardu ain, melainkan kepada perempuan dan kanak-kanak.

Jika ditinggalkan dengan sengaja maka ia merupakan ancaman yang berat kepada sesiapa sahaja, hujah ini dikuatkan oleh syeikh Badruddin Al-‘Aini di dalam kitab Badruddin Al-‘Aini syarah kepada sunan Abi Daud, katanya “ancaman ini kepada golongan orang yang malas dan sengaja meninggalkan solat Jumaat”.

IKLAN

Maka jelas sekali, hukum meninggalkan solat Jumaat adalah haram jika tanpa uzur syarie kerana hukum menunaikannya ialah fardu ain, melainkan kepada perempuan dan kanak-kanak.

Baca juga Surah-surah yang dibaca Nabi SAW pada hari Jumaat, jom amalkan

Disebut dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, bahawa telah berlaku ijma’ dalam kalangan ulama berkenaan kewajipan solat Jumaat ke atas orang lelaki, Muslim, baligh, yang bermukim di sesuatu tempat dan tiada keuzuran baginya yang membolehkan dia meninggalkan solat Jumaat secara berjemaah.

Antara dalil wajib solat daripada hadis pula ialah, daripada Tariq bin Syaibah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Solat Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib atas setiap lelaki Muslim untuk didirikan secara berjemaah, kecuali hamba yang dimiliki oleh tuannya, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit.”

 

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Dah ubah ‘macam-macam’, ini tatacara uruskan jenazah transgender

December 8, 2022
Next

Menanti gagasan Islam kerajaan baharu Malaysia

December 9, 2022

Related posts

al-fatihah
Ibadah,

Al-Fatihah tidak boleh ditinggalkan dalam solat kerana itu dialog kita bersama ALLAH SWT

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
Istihadah
Ibadah,

Sah hanya untuk satu solat fardu, ini cara wuduk sebenar wanita istihadah

by Nurulfatiha MuahJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (63)
Ibadah,

Sembahyang di masjid Quba’ sama pahalanya seperti mengerjakan umrah

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023
berwuduk luka
Ibadah,

Solat tak boleh ditinggal walau sakit, ini cara berwuduk pada luka berbalut

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.