Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Ibadah,

Tidak sabar meraikan Ramadan dengan gembira adalah tanda Muslim sejati

by Fatin Fatihah HussinMarch 21, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-21T135953.862
APABILA tibanya Ramadan Rasulullah SAW pasti akan menyampaikan berita gembira ini kepada para sahabat.

RAMADAN merupakan bulan yang dinantikan. Dengan hadirnya bulan agung ini, seluruh Muslimin harus menyambutnya dengan penuh kegembiraan.

Memetik perkongsian Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran di laman sosial Facebook, apabila tibanya Ramadan Rasulullah SAW pasti akan menyampaikan berita gembira ini kepada para sahabat.

Jelas beliau, apabila masuk sahaja Ramadan Baginda SAW akan menjelaskan kepada para sahabat tentang kelebihan-kelebihan yang ada di bulan tersebut sebagai satu motivasi untuk lebih fokus melakukan ibadah.

Rasulullah SAW bersabda “Telah datang kepada kamu bulan Ramadan yang merupakan bulan yang diberkati. ALLAH telah memfardukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitan-syaitan yang jahat.” (Sunan an-Nasa’i, – hadis sahih)

IKLAN

“Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Rajab menjelaskan bahawa tidak menjadi kesalahan buat seorang Muslim itu untuk bergembira dan menzahirkan kegembiraan mereka melalui ucapan-ucapan meraikan kedatangan Ramadan.

Sia-siakan Ramadan

MANFAATKAN bulan Ramadan dengan sebaiknya kerana terlalu banyak kelebihan dan keistimewaan yang ada padanya.

“Kata Ibn Rajab: ‘’Sesungguhnya Nabi SAW menyampaikan berita gembira kepada para sahabatnya dengan ketibaan bulan Ramadan’’.

“Pandangan yang sama dinyatakan oleh Mulla Ali al-Qari yang menjelaskan mengenai keharusan mengucapkan tahniah atau ucapan kegembiraan (selamat datang Ramadan) atas kehadiran bulan yang dimuliakan ini.

“Kata Mulla ‘Ali al-Qari: Hadis ini merupakan asas (dalil atau dasar) bagi ucapan tahniah yang menjadi budaya pada awal bulan-bulan yang diberkati’’.

Baca Juga Unik dan eksklusif, Royal Mint keluarkan bar emas Ramadan berukiran Kaabah

“Perbincangan mengenai keharusan melafazkan ucapan-ucapan kegembiraan (seperti salam Ramadan atau selamat datang Ramadan) pernah menjadi perselisihan para ulama.

IKLAN

“Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami cenderung untuk menyatakan bahawa ianya adalah satu ucapan yang diharuskan. Kata beliau: Sesungguhnya manusia masih berselisih tentang (hukum mengucapkan tahniah apabila datangnya bulan Ramadan ini), dan apa yang aku perhatikan ialah ia satu perbuatan yang harus. Tidak dikategorikan sebagai sunnah dan tidak juga bidaah.”

“Sebahagian sarjana muslim menyatakan bahawa harus bagi kita untuk mengucapkan tahniah atas kedatangan nikmat baharu yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita.

Rasulullah sambut Ramadan

Rasulullah SAW dan para salafussoleh ada persiapan masing-masing menyambut ketibaan Ramadan. Foto: Freepik

IKLAN

“Rezeki bertemu dengan Ramadan adalah anugerah yang tidak ternilai,” ujarnya.

Zonkuliah turut berkongsi, mengapa kita sebagai umat Islam harus gembira menyambut Ramadan? Jelas laman tersebut, hadirnya kegembiraan di bulan mulia itu adalah kerana banyaknya rahmat, keutamaan dan berkat yang ada pada bulan Ramadan.

Baca Juga Rupanya Rasulullah SAW sempat berpuasa sembilan kali sepanjang hayat Baginda

Nabi saw bersabda “Telah datang kepada kalian Ramadan, bulan yang diberkahi. ALLAH mewajibkan atas kalian berpuasa padanya. Pintu-pintu surga dibuka padanya. Pintu-pintu Jahim (neraka) ditutup. syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya terdapat sebuah malam yang lebih baik dibandingkan 1000 bulan. Siapa yang dihalangi dari kebaikannya, maka sungguh ia terhalangi”. (Hadis Riwayat Ahmad)

“Setiap saat yang berlalu di dalam bulan Ramadhan itu adalah berkat, jangan lepaskan peluang walaupun hanya ucap “Subhana-ALLAH”. Moga-moga keberkahan Ramadan itu, membuatkan umur kita dan rezeki kita bertambah berkat,” tulis Zonkuliah menerusi satu hantaran di laman Facebook.

IKLAN
Previous

3 hukum masuk rumah ibadat agama lain, umat Islam wajib hadam sepenuhnya

March 21, 2023
Next

Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala diteruskan kepada bakal haji Muassasah

March 21, 2023

Related posts

Telefon berbunyi
Ibadah,

Telefon berbunyi ketika solat, boleh ke matikannya?

by Nurulfatiha MuahMay 30, 2023
sujud atas belakang
Ibadah,

Boleh sujud atas belakang makmum hadapan kerana ruang sempit, begini kaedahnya

by Sarrah MohsinMay 29, 2023
mandi wajib air
Ibadah,

Bagaimana nak mandi wajib bagi pasangan suami isteri sedangkan tiada bekalan air?

by Sarrah MohsinMay 29, 2023
Korban
Ibadah,

Buat korban 7 kali pahala macam naik haji, betul ke?

by Nurulfatiha MuahMay 29, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.