Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Ibadah,

Singgah masjid tapi tak solat tahiyyatul masjid ‘perbuatan kurang baik’

by Fatin Fatihah HussinJanuary 16, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (55)
SINGGAH di masjid tanpa melakukan solat tahiyyatul masjid merupakan satu perbuatan yang kurang baik dan merupakan tanda kiamat yang ramai buat. - Foto: Canva

Singgah masjid tapi tak solat tahiyyatul masjid ‘perbuatan kurang baik’

SOLAT tahiyatul masjid adalah solat dua rakaat yang amat dituntut kepada seseorang yang memasuki masjid.

Salman Maslori atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah Salman  di laman facebooknya berkongsi satu hadis daripada baginda Nabi saw bersabda: “Diantara tanda-tanda kiamat adalah seseorang lalu di kawasan masjid tetapi tidak singgah solat dua rakaat (tahiyyatul masjid) dan memberi salam (dan bertegur sapa) hanya kepada orang yang dikenali sahaja”. (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Beliau menjelaskan, hak masjid adalah untuk kita solat padanya dan hak setiap orang Islam untuk kita memberi salam walaupun tidak dikenali.

“Tuntasnya, singgah di masjid tanpa melakukan solat tahiyyatul masjid merupakan satu perbuatan yang kurang baik dan merupakan tanda kiamat yang ramai buat,” katanya di laman facebook.

IKLAN

Satu hadis diriwayatkan oleh Abu Qatadah Al-Ansari RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke dalam masjid maka janganlah dia duduk sehingga dia selesai solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

 SEBAGAIMANA hak seorang manusia terhadap manusia yang lain begitu juga hak masjid adalah untuk kita solat padanya. 

Merujuk laman Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hadis di atas menjelaskan disyariatkan solat dua rakaat bagi sesiapa yang masuk ke dalam masjid. Ia turut menjelaskan solat tahiyatul masjid jumlahnya dua rakaat.

“Justeru, tidak diterima sekiranya dilakukan hanya satu rakaat sahaja. Sebahagian ulama berpendapat, arahan mendirikan solat sunat tahiyatul masjid hanya membabitkan orang yang ingin duduk di dalam masjid sahaja.

“Jika seseorang itu masuk, kemudian keluar tanpa hajat untuk duduk di dalam masjid, maka dia tidak termasuk dalam tuntutan itu.

Disyariatkan solat sunat tahiyyatul masjid

“Terdapat satu hadis menjelaskan kepentingan mendirikan solat tahiyatul masjid sekalipun seseorang itu sudah duduk sebentar seperti yang diriwayatkan Abu Zar Al-Ghifari R.A, beliau berkata: “Aku pada suatu hari masuk ke dalam masjid, lalu aku melihat bahawa Rasulullah SAW sedang duduk secara bersendirian. Kemudian Baginda berkata kepadaku yang bermaksud: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya bagi masjid itu ada tahiyatnya. Sesungguhnya tahiyat (bagi masjid) adalah dua rakaat. Maka bangunlah kamu dan dirikan dua rakaat tersebut.

IKLAN

“Kemudian Abu Zar berkata: “Lalu aku pun bangun dan mendirikan solat dua rakaat, kemudian aku kembali dan duduk semula bersama Rasulullah SAW.” (Riwayat Ibn Hibban)

solat sunat fajar

SOLAT sunat tahiyatul masjid adalah sunah dan jika tiada keuzuran, makruh hukumnya untuk duduk sebelum dilakukan solat dua rakaat. –  123RF

“Imam Al-Nawawi RA menyebutkan, ulama bersepakat, solat sunat tahiyatul masjid adalah sunah dan jika tiada keuzuran, makruh hukumnya untuk duduk sebelum dilakukan solat dua rakaat.

“Perlu dijelaskan bahawa tahiyatul masjid itu terhasil dengan sendirinya apabila seseorang melakukan solat fardu atau solat sunat lain. Tujuannya supaya seseorang itu tidak harus duduk di dalam masjid tanpa solat terlebih dahulu kerana menghormati masjid,” jelas Mufti Wilayah di laman berkenaan.

IKLAN

BACA JUGA Laksanakan solat sunat Tahiyyatul Masjid sebagai tanda memuliakan rumah ALLAH

Solat sunat selepas duduk sebentar

Mufti Wilayah mejelaskan lagi, berkaitan isu mendirikan solat tahiyatul masjid selepas duduk sebentar, satu hadis diriwayatkan Jabir RA, bahawa Sulaik Al-Ghatafani mahu solat Jumaat dan pada ketika itu Rasulullah SAW sedang duduk di atas mimbar.

“Sulaik terus duduk sebelum mendirikan solat (dua rakaat). Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Adakah kamu sudah mendirikan solat dua rakaat?’’ Maka Sulaik menjawab: “Tidak’’. Kemudian Baginda SAW bersabda yang maksudnya: “Bangunlah kamu dan tunaikan ia (solat dua rakaat).” (Hadis Riwayat Muslim)

“Hukum mendirikan solat tahiyatul masjid selepas seseorang duduk adalah dibolehkan. Namun, pendapat yang terpilih adalah dibolehkan sekiranya tempoh masa duduk itu sebentar sahaja dan bukan berlanjutan dalam tempoh yang panjang,” ungkapnya.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Kepada para suami, teladani layanan ‘tip-top’ Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda

January 16, 2023
Next

ENAM cara syaitan sesatkan manusia

January 17, 2023

Related posts

al-fatihah
Ibadah,

Al-Fatihah tidak boleh ditinggalkan dalam solat kerana itu dialog kita bersama ALLAH SWT

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
Istihadah
Ibadah,

Sah hanya untuk satu solat fardu, ini cara wuduk sebenar wanita istihadah

by Nurulfatiha MuahJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (63)
Ibadah,

Sembahyang di masjid Quba’ sama pahalanya seperti mengerjakan umrah

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023
berwuduk luka
Ibadah,

Solat tak boleh ditinggal walau sakit, ini cara berwuduk pada luka berbalut

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.