Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Ibadah,

Sembahyang di masjid Quba’ sama pahalanya seperti mengerjakan umrah

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (63)
SESUNGGUHNYA Rasulullah SAW pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki. - Kredit Foto: Haramain.info

MASJID Quba’ merupakan masjid pertama dibina dan dibangunkan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi.

Dianggap antara masjid paling suci oleh kaum Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis) dan Masjid Quba (Madinah).

Menelusuri kembali sejarah awal pembinaanya, apabila sampai sahaja di Quba’ Rasulullah SAW terus memerintahkan para sahabat untuk membina sebuah masjid di situ.

Baginda berada di Quba’ selama empat hari. Ketika itu Sayidina Ali telah sampai dari Mekah. Dalam tempoh itu juga para sahabat telah berjaya menyiapkan sebuah masjid di Quba’.

IKLAN

Di situlah Rasulullah SAW menerima kunjungan penduduk Madinah dan mula menyusun masyarakat Islam khususnya kaum Muhajirin. Semasa hayatnya, Nabi Muhammad SAW kerap mengunjungi masjid Quba’ dan menunaikan solat sunat.

MASJID ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi.- Kredit Foto: Ezi2travel Sdn Bhd

Mengikut hadis dari Ibnu Umar RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah berkunjung ke Quba’ dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.

Mutawif InsaffTravel, Abdul Nasir Hassan berkongsi mengenai masjid yang menjadi kebangaan umat Islam itu, antara kelebihan masjid tersebut adalah solat di Masjid Quba’ sama pahalanya seperti mengerjakan umrah.

IKLAN

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Istimewanya masjid Quba’. Sedangkan mengerjakan umrah memerlukan seseorang niat dan berihram di miqat. Menjauhi larangan ihram yang bukan sedikit. Tawaf, saie dan bercukur yang memerlukan daya dan tenaga. Sudah tentu solat itu harus dikerjakan dengan khusyuk barulah ALLAH anugerahkan pahala umrah”.

BACA JUGA Ketahui kelebihan amalan tawaf di hadapan Baitullah ketika musim umrah atau haji

Jelas beliau melalui satu hantaran di facebooknya, masjid tersebut telah banyak kali diperbaharui dan ditambah baik sejak zaman Saiyidina Uthman bin Affan RA, zaman Saiyidina Umar Abdul Aziz, sehinggalah zaman Khalifah Abdul Majid di era Empayar Uthmaniah juga di zaman kerajaan Saudi.

IKLAN

MASJID Quba’ disebut di dalam al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa. – Kredit Foto: Ezi2travel Sdn Bhd

“Namun, perkara penting bagi kita ialah keberkatan yang sangat besar di sini kerana ia dibina oleh Penghulu Nabi dan Rasul, Saiyidina Muhammad SAW dan para sahabat yang diasaskan dengan takwa.

Firman ALLAH SWT: “Kerana sesungguhnya masjid (Quba’) yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan ALLAH mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (Surah al-Taubah ayat 108)

“Masjid Quba’ disebut di dalam al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa. Hal Ini menunjukkan takwa adalah sebenar-benar modal, darinya datang pelbagai bantuan ALLAH seperti jalan keluar dari sebarang masalah, rezeki dari sumber yang tidak diduga dan sebagainya,” katanya.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

January 17, 2023
Next

Sah hanya untuk satu solat fardu, ini cara wuduk sebenar wanita istihadah

January 18, 2023

Related posts

al-fatihah
Ibadah,

Al-Fatihah tidak boleh ditinggalkan dalam solat kerana itu dialog kita bersama ALLAH SWT

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
Istihadah
Ibadah,

Sah hanya untuk satu solat fardu, ini cara wuduk sebenar wanita istihadah

by Nurulfatiha MuahJanuary 18, 2023
berwuduk luka
Ibadah,

Solat tak boleh ditinggal walau sakit, ini cara berwuduk pada luka berbalut

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (55)
Ibadah,

Singgah masjid tapi tak solat tahiyyatul masjid ‘perbuatan kurang baik’

by Fatin Fatihah HussinJanuary 16, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.