Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Ibadah,

Perbetulkan posisi saf solat berjemaah bersama keluarga, raih pahala berganda

by Sarrah MohsinJanuary 10, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
kedudukan saf solat berjemaah
SELAIN meraih ganjaran pahala, kita juga dapat mengeratkan tali silaturahim antara keluarga apabila melaksanakan solat berjemaah di rumah. Foto: 123RF

JIKA melaksanakan solat, sebaik-baiknya lakukan secara berjemaah kerana pahalanya 27 kali ganda jauh lebih baik berbanding didirikan secara bersendirian.

Bagi solat berjemaah di masjid, semua sedia maklum tentang kedudukan saf masing-masing melihatkan kepada pembahagian ruang solat serta jemaah lain yang hadir.

Pun begitu, bagi sesebuah keluarga yang berhasrat mengukuhkan tali silaturahim dengan mendirikan solat berjemaah di rumah buat pertama kali, kekeliruan mungkin timbul dari sudut posisi saf.

Baca juga ‘Orang tak suka dekat kita’, Ustaz Abdullah Khairi kongsi tips agar disenangi ramai

ASMA’ HARUN

Tampil menyelesaikan kebingungan itu adalah pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang berkongsikan kedudukan saf yang tepat menerusi laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Perinciannya adalah seperti berikut:

Susunan saf mengikut keutamaan
– Imam
– Makmum lelaki dewasa
– Kanak-kanak lelaki
– Perempuan dewasa
– Kanak-kanak perempuan

Turut disyorkan Suami tersilap atau lupa bacaan ketika imamkan solat, apa isteri perlu buat?

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baiknya barisan saf lelaki-lelaki adalah awalnya dan seburuk-buruknya adalah yang terakhir. Sebaik-baik barisan saf perempuan adalah di akhir dan seburuk-buruknya adalah diawalnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

IKLAN

Hadis berkenaan menjelaskan bahawa kedudukan paling baik untuk lelaki ketika solat berjemaah adalah di saf hadapan dan yang paling buruk adalah pada saf terakhir.

Bagi wanita pula, saf terbaik bagi mereka adalah yang terakhir jika tiada tabir pembatas antara mereka dengan bahagian solat lelaki bagi mengelakkan fitnah.

Namun jika terdapat tabir pembatas antara saf lelaki dan wanita, maka saf terbaik bagi wanita adalah saf pertama seperti saf lelaki.

SEBAIK-baiknya barisan saf lelaki-lelaki adalah awalnya dan seburuk-buruknya adalah yang terakhir.

Kedudukan imam dan makmum lelaki
1. Sekiranya hanya ada seorang makmum lelaki, makmum perlulah berdiri di sebelah kanan dan ke belakang sedikit dari kedudukan imam.

2. Sekiranya ada makmum yang baru datang, makmum yang bersebelahan imam perlulah undur setapak ke belakang dan merapatkan saf sesama mereka, imam tetap di tempatnya.

3. Jika makmum ramai berdiri di belakang imam, maka perlulah diseimbangkan bilangan kanan dan kiri dengan mengutamakan bahagian kanan terlebih dahulu. Jika imam dan makmum berada di satu bahagian contohnya di kiri sahaja maka hukumnya adalah makruh.

Baca Jangan biarkan saf kosong, ini sebab-sebabnya

MAZHAB Syafie memberikan keutamaan kepada orang dewasa dan berakal di saf hadapan.

Baca juga Kanak-Kanak Juga Dapat Pahala Sepertimana Orang Dewasa, Berikut Syarat-Syaratnya

Kedudukan saf kanak-kanak lelaki
Hakikatnya para ulama’ tidak memisahkan kedudukan saf bagi kanak-kanak lelaki dengan saf lelaki dewasa sebagaimana yang difahami masyarakat kini.

Jelas Asma’, pandangan yang mengatakan bahawa kanak-kanak telah memutuskan saf dan mengurangkan pahala jemaah adalah tidak benar.

Pun begitu, keutamaan hendaklah diberikan kepada orang yang lebih dewasa berbanding kanak-kanak berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Abu Malik al-Ash’ari iaitu:

IKLAN

Katanya, “Mahukah aku ceritakan kepada kalian tentang solat Nabi SAW? Dia melanjutkan; Rasulullah mendirikan solat dan baginda membariskan saf lelaki dewasa dan di belakang mereka kanak-kanak, lalu baginda solat bersama mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Namun, sekiranya saf makmum dewasa masih boleh dimuatkan, maka kanak-kanak perlu memenuhi ruang kosong tersebut. (Rujuk Asna al-Matalib fi Syarh Raudhu at-Talib)

Turut disyorkan Amalkan 3 cara didik anak ikut umur, ikuti panduan daripada Sayidina Ali RA

kedudukan saf solat berjemaah

SELAIN boleh menunaikan solat sebaris dengan orang dewasa jika ada kekosongan saf, kanak-kanak mumaiyiz juga boleh menjadi imam jika berkelayakan.

Baca juga Kalau orang curi barang depan mata, kena berhenti solat ke?

a. Kanak-kanak lelaki bersama seorang lelaki dewasa
Jika seorang lelaki dewasa bersama seorang kanak-kanak lelaki, kanak-kanak itu hendaklah berada bersebelahan makmum lelaki dewasa di belakang imam.

b. Kanak-kanak lelaki berada dalam saf makmum lelaki dewasa yang ramai
Dibolehkan kanak-kanak berada di mana-mana bahagian di saf pertama kecuali betul-betul di belakang imam. Posisi itu perlu diberikan keutamaan kepada orang dewasa atas peranan menegur imam jika imam lupa.

Tetapi di saf selain saf pertama, kanak-kanak lelaki itu boleh berdiri di mana-mana bahagian.

Baca juga Kenapa wanita tidak digalakkan solat di masjid sedangkan zaman sekarang wanita bebas ke mana-mana?

IKLAN

PASTIKAN anda ambil tahu tentang kedudukan saf yang betul ketika mendirikan solat berjemaah di rumah.

Kedudukan imam dan makmum wanita

Posisi paling tepat jika seorang sahaja makmum wanita ialah dia perlu berada betul-betul di belakang imam, namun dibolehkan juga untuk berada di bahagian kiri imam dengan jarak tiga hasta.

Sekiranya jemaah makmum perempuan yang ramai, maka mereka perlu berdiri jauh dari imam sekurang-kurangnya tiga hasta.

Baca juga Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika haid

IMAM perempuan disunatkan berdiri di tengah jemaah wanita seperti mana pernah dilakukan oleh Saidatina Aisyah dan Saidatina Ummu Salamah.

Baca juga Selalu tertinggal solat Subuh dan Isyak termasuk ciri-ciri orang munafik?

Kedudukan imam wanita dan makmum wanita

Untuk jemaah yang diimami oleh perempuan, kedudukan imam itu hendaklah berada di tengah-tengah jemaah perempuan pada kadar setapak di belakang imam. Tetapi hendaklah imam ke hadapan sedikit supaya dapat membezakan antara imam dan makmum yang lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi umat Islam yang berhasrat meraih pahala berganda dengan menunaikan solat berjemaah baik di rumah atau mana-mana sahaja.

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

Foto: 123RF, FB Ustazah Asma’ Harun & Google

IKLAN
islamkedudukan safsolat berjemaahsolat di rumahUstazah Asma’ Harun
Previous

Maksiat peribadi dan maksiat terbuka, Dr Asri cadang perketatkan garis panduan.

January 10, 2023
Next

Pembikin filem sila ambil serius, berlakon sebagai malaikat seakan merendahkan martabat mereka sebagai makhluk suci

January 10, 2023

Related posts

al-fatihah
Ibadah,

Al-Fatihah tidak boleh ditinggalkan dalam solat kerana itu dialog kita bersama ALLAH SWT

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
Istihadah
Ibadah,

Sah hanya untuk satu solat fardu, ini cara wuduk sebenar wanita istihadah

by Nurulfatiha MuahJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (63)
Ibadah,

Sembahyang di masjid Quba’ sama pahalanya seperti mengerjakan umrah

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023
berwuduk luka
Ibadah,

Solat tak boleh ditinggal walau sakit, ini cara berwuduk pada luka berbalut

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.