Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Ibadah,

Pakaian para sukarelawan banjir penuh lumpur, waktu solat pula kian tamat dan mereka perlu segera tunaikannya, sahkah solat mereka ?

by Fatin Fatihah HussinDecember 27, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (74)
SOLAT dalam keadaan rumah dinaiki air atau berselut wajib berdiri dulu kalau mampu. Untuk sujud boleh duduk atas kerusi kalau air atau lumpur menghalang sujud yang sempurna. Sumber [Fiqh Banjir] - Panduan Ibadah Musim Banjir - Foto: Hidayah Centre Foundation 

BANJIR yang semakin pulih di Pantai Timur telah memanggil banyak pihak untuk sama-sama menghulurkan bantuan tenaga terutama untuk membersihkan tempat yang terjejas.

Bencana alam bukanlah sesuatu yang boleh dijangka bila akan berlaku. Dalam keadaan tidak terkawal itu sudah pasti kita perlu meredah air banjir.

Menjadi persoalan, dalam keadaan banjir tersebut adakah sah sekiranya solat dengan pakaian berlumpur dan dibasahi dengan air banjir?

Kadangkala situasi seperti banjir ini membuatkan segelintir orang keliru kerana bagi mereka, hendak menghadap ALLAH mestilah dalam keadaan yang bersih dan cantik.

IKLAN

Merujuk laman Portal Maktabah Al Bakri, ada menjelaskan syarat sah solat ada enam perkara antaranya, dalam keadaan bersih badan, tempat solat dan pakaian seseorang itu. Sekiranya seseorang itu hendak mendirikan solat mestilah pakaian yang ingindibawa solat mestilah bersih dari segala najis.

AIR banjir boleh dikira air mutlak sebab kuantiti dia banyak. Jadi ia boleh diguna untuk berwuduk. – Foto: Hidayah Centre Foundation 

ALLAH SWT berfirman, yang bermaksud: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (Surah Al-Muddatthir ayat 4)

Merujuk pada hadis di atas, diperintahkan untuk membersihkan pakaian daripada segala jenis najis pada setiap waktu khususnya apabila tiba waktu solat.

Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai Rasulullah SAW, Aku ini tiada pakaian melainkan satu helai sahaja dan aku dalam keadaan berhaid. Macam mana nak buat? Sabda Rasulullah SAW: Jika engkau telah suci daripada haid, basuhlah pakaian tersebut dan solatlah gunakan pakaian itu.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

IKLAN

Baca juga Solat jamak ketika banjir, adakah dibolehkan? Berikut perinciannya.

Apabila berlaku bencana seperti banjir, kita seharusnya mengetahui bahawa hukum asal tanah ialah suci. Ini kerana, ALLAH SWT menjadikan di setiap permukaan bumi sebagai tempat sujud mendirikan solat malah, tanahnya suci untuk bertayammum sekiranya ketiadaan air.

Begitu juga dengan air banjir, hukum asalnya adalah suci dan menyucikan kerana ia termasuk dalam air mutlak. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar, disebabkan tanah, lumut, dan bertakung.

IKLAN

MISI Ops Pasca Banjir di Terengganu. – Sumber: Jabatan Amal Dungun

Selalunya, air banjir kebiasaannya adalah limpahan air daripada sungai, air laut, air hujan dan sebagainya yang termasuk dalam kategori air yang boleh digunakan untuk bersuci.

Perkara ini bertepatan dengan kaedah yang bermaksud: “Asal bagi sesuatu adalah suci bersih sehinggalah ternyata kenajisannya.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya (hakikat) air itu adalah suci dan mensucikan, tidak ada sesuatu pun yang menajiskannya,”

Oleh itu, hukum asal bagi air laut, air sungai, air mata air dan seumpamanya adalah suci bersih. Justeru itu, seseorang yang mendirikan solat dengan pakaiannya yang berlumpur dan basah disebabkan oleh air banjir adalah sah selagi mana pakaian tersebut tidak ada tanda yang terkena pada najis.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Kisah Qitmir, si anjing peneman pemuda-pemuda hebat Ashabul Kahfi

December 27, 2022
Next

Daripada tiga golongan manusia di dunia, ada yang terang-terangan memilih derhaka kepada ALLAH

December 27, 2022

Related posts

Sebut lafaz amin
Ibadah,

Sebut ‘amin’ selepas imam baca al-Fatihah, akan berguguranlah dosa yang telah lalu

by Nurulfatiha MuahFebruary 4, 2023
Puasa
Ibadah,

Sengaja tinggalkan puasa Ramadan sejak akil baligh, ini perkara perlu dilakukan

by Nurulfatiha MuahFebruary 3, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-01T184926.633
Ibadah,

Skrin TV di dinding masjid halang khusyuk dalam solat? Ini cara yang boleh dilakukan jemaah

by Fatin Fatihah HussinFebruary 1, 2023
rumah di syurga
Ibadah,

Inginkan rumah di syurga, amalkan tujuh perkara ini

by Sarrah MohsinJanuary 31, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.