Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Ibadah,

Muslim perlu banyak merintih mengenang dosa kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG, kurangkan bergelak ketawa

by Fatin Fatihah HussinMarch 9, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-09T125140.503
APABILA manusia semakin leka dengan dunia maka dia akan banyak tertawa berbanding menangisi dosa. -Foto: Canva

Muslim perlu banyak merintih mengenang dosa kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG, kurangkan bergelak ketawa.

DARIPADA Abu Zar RA, Rasulullah SAW bersabda, “Aku menyaksikan apa yang tidak kalian saksikan. Langit bergemuruh dan wajar saja ia bergemuruh. (Sebab) tidak ada tempat (seluas) empat jari pun di langit melainkan satu malaikat meletakkan keningnya bersujud kepada ALLAH SWT. Demi ALLAH! Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian sedikit tertawa dan banyak menangis. Kalian juga tidak akan bersenang-senang dengan isteri-isteri di atas ranjang, dan kalian pasti akan keluar menuju tanah-tanah lapang sambil memohon pertolongan kepada ALLAH dengan suara keras.” (Hadis hasan – Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

Benarlah apa yang dikatakan Baginda berdasarkan hadis di atas, apabila manusia semakin leka dengan dunia maka dia akan banyak tertawa berbanding menangisi dosa.

Menjadi satu nikmat buat seorang hamba apabila dapat menitiskan air mata kerana takutkan ALLAH SWT serta mengenangkan dosa yang pernah dilakukan.

Dalam kalangan salafussoleh ada menyatakan, ‘menangislah kerana takutkan ALLAH SWT, jika tidak dapat menangis, maka perlu berusaha juga untuk menangis.’

IKLAN

Menangis itu sebenarnya fitrah buat manusia. Bukan ketika menghadapi situasi sedih atau takut sahaja manusia mudah mengalirkan air mata, adakalanya ketika gembira juga mereka akan menangis.

MENJADI satu nikmat buat seorang hamba apabila dapat menitiskan air mata kerana takutkan ALLAH SWT. -Foto: Canva 

Sepanjang usia kita ini, pernahkah kita menangis kerana mengenangkan dosa serta berasa takut kepada ALLAH SWT? Seandainya tidak pernah atau kita terlalu sukar untuk menangis, itu menandakan hati kita terlalu kotor dan keras.

Penceramah dan pendakwah, Ustaz Kamal Ashaari Al-Kerdawi berkongsi tangisan paling istimewa seorang hamba adalah datangnya daripada hati yang benar-benar mengagungkan ALLAH SWT.

ALLAH SWT memuji hamba-NYA yang suka menangis kerana takut kepadanya menerusi firman-NYA yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan sebelumnya apabila al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud dan mereka berkata: ‘Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Surah Al-Isra’, ayat 107-109)

BACA JUGA Jangan sesekali tinggal subuh berjemaah di masjid, itu tanda orang beriman

Berdasarkan ayat di atas, beliau menjelaskan ternyata air mata yang tumpah itu bukan perkara sia-sia. Kita perlu mendidik diri kita supaya menangis kerana mengingati ALLAH SWT.

IKLAN

“Ketika umat manusia dikumpulkan di Padang Mahsyar kelak, semuanya berada dalam keadaan gusar dan terlalu takut menanti saat amalan mereka diperlihatkan serta dihitung. Jika kita sentiasa memikirkan hal sedemikian pastinya akan melahirkan rasa gerun di hati.

“Ia juga mampu membuatkan kita menangis lalu memohon kepada ALLAH SWT supaya melepaskan kita daripada segala azab seksaan itu.

KITA perlu mendidik diri kita supaya menangis kerana mengingati ALLAH SWT. -Foto: Canva 

IKLAN

“Sahabat Nabi SAW juga sangat mudah terkesan dengan nasihat dan mereka juga mudah menangis kerana takutkan ALLAH SWT. Abu Bakar as-Siddiq turut digelar oleh anaknya, Aisyah sebagai Rajulun Bakiy iaitu orang yang selalu menangis.

“Beliau sentiasa menangis di mana dadanya bergetar ketika solat di belakang Rasulullah SAW kerana mendengar ayat-ayat ALLAH SWT,” kongsi Ustaz Kamal di laman media sosial beliau.

Tambahnya lagi, maka, jika kita benar-benar mengetahui tugasan dan tanggungjawab yang perlu dipikul di dunia ini cukup berat dan tidak mahu juga diri tergolong dalam golongan bermasalah di akhirat kelak, sudah pasti kita akan sering menangis.

BACA JUGA Sudah lama berdoa, tapi tidak dimakbulkan? Ketahui cara ALLAH terima doa kita

“Menangis itu dibenarkan, malah digalakkan terutamanya kerana menyesal atas dosa dan maksiat yang dilakukan untuk melahirkan rasa kesyukuran serta ketika timbul rasa khusyuk dalam beribadat.

“Tangisan seumpama itu cukup tinggi nilainya kerana ia lahir daripada gabungan rasa kesedaran dan keimanan.

“Jika ada yang belum pernah menangis, maka menangislah ketika kita membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran atau ketika kita memanjatkan doa sewaktu bangun beribadat pada sepertiga malam,” titipnya.

IKLAN
Previous

Makruh tak jawab azan lebih-lebih lagi bila kita dengar dengan jelas

March 9, 2023
Next

Tertarik dengan disiplin kehidupan Muslim, lelaki Thailand ini memeluk Islam

March 9, 2023

Related posts

Niat puasa
Ibadah,

Tidak memadai niat puasa Ramadan sebulan sekali gus, perlu perbaharuinya pada setiap malam

by Nurulfatiha MuahMarch 22, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-21T135953.862
Ibadah,

Tidak sabar meraikan Ramadan dengan gembira adalah tanda Muslim sejati

by Fatin Fatihah HussinMarch 21, 2023
Kentut dalam solat
Ibadah,

Perhatikan lima jenis kentut dalam solat, lakukan perkara ini bila berlaku

by Nurulfatiha MuahMarch 20, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-17T183255.984
Ibadah,

Haram berpuasa selepas Nisfu Syabaan… betul ke?

by Fatin Fatihah HussinMarch 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.