Inginkan rumah di syurga, amalkan tujuh perkara ini…
SIAPA sahaja pasti menginginkan rumah besar, cantik dan penuh keselesaan. Jika di dunia, kita harus bekerja keras dahulu mencari wang ringgit untuk mempunyai rumah yang besar.
Sebaliknya, syarat untuk mendapatkan sebuah rumah di syurga pula adalah kegigihan untuk beramal soleh serta kekuatan menahan hawa nafsu. Rumah di syurga pula tentu jauh lebih indah dan nyaman, tidak tergambar akal fikiran kita.
Jadi, bagaimana caranya untuk meraih rumah di syurga?
Rasulullah SAW pernah menyebutkan tentang tujuh amalan yang apabila dilakukan oleh manusia, maka ALLAH SWT akan membangunkan sebuah rumah untuknya di syurga.
Baca juga Tiga tempat ini Rasulullah SAW akan menunggu kita pada hari akhirat nanti
Baca juga Lakukan tujuh amalan ini supaya pahala kekal mengalir setelah kita meninggal dunia
Amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut:
1. Membangunkan masjid.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membangun masjid kerana ALLAH walaupun hanya sebesar sangkar burung atau lebih kecil dari itu, ALLAH akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
2. Menjaga solat Duha dan Qabliyah Zuhur 4 rakaat.
Sabda Nabi: “Barangsiapa yang solat Duha empat rakaat dan Qabliyah Zuhur empat rakaat, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Hadis Riwayat al-Thabrani)
Baca juga Solat sunat wuduk, antara amalan ahli syurga
3. Menjaga solat sunat rawatib 12 rakaat.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang solat (rawatib) sehari semalam 12 rakaat, maka ALLAH SWT akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Muslim, An Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Solat 12 rakaat itu adalah dua rakaat Qabliyah (sebelum) Subuh, empat sebelum Zuhur dan dua setelahnya, dua setelah Maghrib, dan dua setelah Isyak sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Imam al-Tirmizi.
4. Membaca Surah al-Ikhlas sepuluh kali (10x).
Sabda baginda Nabi: “Barangsiapa yang membaca “Qulhuwallahu ahad” sepuluh kali, ALLAH akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Baca juga 6 waktu dianjurkan baca Surah al-Ikhlas
Baca juga ALLAH sangat mencintai masjid dan membenci pasar
5. Membaca Doa Masuk Pasar.
Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang masuk pasar lalu mengucapkan: “Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahulmulku walahulhamdu yuhyii wayumiitu wahuwa hayyun laa yamuutu biyadihil khoir wahuwa ‘alaa kulli syain qodiir.”
“ALLAH akan menuliskan untuknya sejuta kebaikan, menghapus darinya sejuta keburukan, mengangkat untuknya sejuta darjat dan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)
6. Mengucapkan Alhamdulillah dan istirja’ ketika anak kita meninggal dunia.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, ALLAH berfirman kepada malaikat-NYA, “Kalian telah mencabut nyawa anak hambaku?” Mereka berkata, “Benar.” ALLAH berfirman, “Kalian telah mencabut nyawa buah hatinya?” Mereka menjawab, “Benar.” ALLAH berfirman, “Apa yang diucapkan oleh hamba-KU?”
Mereka berkata, “Ia memujimu dan mengucapkan istirja’ (innaa lilaahi wa innaa ilaihi rooji’uun).” ALLAH berfirman, “Bangunkan untuk hambaku di syurga, dan namai ia rumah pujian.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Turut disyorkan Kesilapan besar anak terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia
Turut disyorkan 6 amalan membawa ke syurga. Mungkin anda pernah lakukan tanpa sedar
7. Akhlak yang mulia.
Rasulullah SAW bersabda:“Aku menjamin dengan rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran walaupun ia dipihak yang benar.
“Aku menjamin dengan rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun untuk ketika bercanda (bergurau senda).
“Aku menjamin dengan rumah di syurga yang paling tinggi bagi orang yang baik akhlaknya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)
Itu antara amalan yang pernah disebutkan Rasulullah SAW untuk dikurniakan sebuah rumah di syurga oleh ALLAH. Moga-moga segala amalan tersebut dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.
Sumber: Tzkrh
Foto: 123RF, Pexels & Unsplash