Ingin haji mabrur, amal 7 adab saranan al-Ghazali
MUSIM haji bakal tiba. Malah, penerbangan pertama bagi jemaah haji negara sudah pun bermula pada 21 Mei lalu.
Pastinya mereka yang dipilih menjadi tetamu ALLAH SWT untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini sudah tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Masakan tidak, haji merupakan syiar agung dan ibadah yang mulia. Bahkan mereka yang berpeluang melaksanakannya dengan seikhlas hati demi ALLAH Taala akan meraih keberkatan serta diampunkan dosa.
Turut disyorkan Cabaran umat Islam era pra-merdeka menunaikan ibadah haji.
Daripada Abu Hurairah RA berkata: “Aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: Barang siapa melaksanakan haji semata-mata kerana ALLAH, lalu dia tidak menuturkan (perkataan) keji dan tidak melakukan fasik (keluar daripada ketaatan), dia akan kembali kepada keadaannya seperti baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie dan Ibnu Majah)
Demikianlah haji mabrur yang mana ibadahnya diterima oleh ALLAH sehingga dihapuskan segala dosa menjadi impian setiap jemaah yang menunaikan Rukun Islam ke-5.
Persoalannya, bagaimana untuk mendapatkan haji yang mabrur?
Baca juga LIMA amalan yang nilainya seperti menunaikan haji
Berdasarkan hadis berkenaan, haji yang mabrur ialah haji yang dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH SWT dan bukan bertujuan untuk melancong, berjual beli dan lain-lain.
Hanya dengan melaksanakan haji dengan kaifiyat atau tatacara yang betul sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, barulah kita akan memperoleh pahala yang besar dan diampunkan dosa.
Lantas, ulama terkemuka Imam al-Ghazali menitipkan tujuh adab berikut yang perlu diamalkan oleh para jemaah haji jika ingin meraih haji yang mabrur, sebagaimana dipetik menerusi portal NU Online.
Turut disyorkan Solat pandang Kaabah tanpa melihat tempat sujud, apa hukumnya?

SETIAP jemaah haji pastinya ingin menggapai haji mabrur iaitu ibadahnya diterima oleh ALLAH sehingga dihapuskan segala dosa. Foto: 123RF
Baca juga Masjid Namirah, khutbah terakhir Nabi SAW kepada umatnya di sini
Turut disyorkan Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan
1. Mempunyai niat yang ikhlas.
Tujuan ibadah haji dilakukan mestilah semata-mata demi ALLAH SWT. Oleh itu, jemaah yang berniat ke Tanah Suci perlu berusaha untuk menjauhi tujuan keduniaan untuk mencapai fadilat serta darjat haji yang tertinggi.
Jika menunaikan ibadah haji atas pihak orang lain, niatlah dengan tujuan ingin membantu saudara seIslam memenuhi kewajipan mereka.
2. Menyediakan bekalan secukupnya dan tidak membazir.
Pertama sekali, wang yang digunakan untuk menunaikan haji haruslah daripada sumber yang halal. Selain itu, jangan boros membelanjakan wang serta elakkan terlalu berseronok atau berlebih-lebihan dalam berpakaian dan memakan makanan yang lazat sepanjang melaksanakan ibadah.
3. Menjaga kata-kata.
Hindari segala perkataan yang sia-sia, keji dan kotor seperti gurauan melampau atau membicarakan tentang hubungan suami isteri ketika menunaikan haji.
Di samping itu, jauhi permusuhan dan pertengkaran yang boleh menimbulkan hasad dengki serta mengakibatkan perpecahan sesama saudara Islam sepanjang berada di Tanah Suci.
Baca juga Pengembaraan epik ikut laluan hijrah Nabi, lelaki ini berjalan 500km dari Mekah Ke Madinah

ULAMA sarankan beberapa adab tertentu yang perlu dijaga oleh para jemaah haji jika ingin meraih haji mabrur. Foto: 123RF
Baca juga Ketahui kelebihan amalan tawaf di hadapan Baitullah ketika musim umrah atau haji
Turut disyorkan Mengapa jenazah meninggal di Makkah, wajah tidak bertutup dan diselimut kain berbeza warna?
4. Menunaikan ibadah haji dengan berjalan kaki jika mampu melakukannya.
Ulama berpendapat bahawa tidak ada masalah untuk menunaikan haji dengan menaiki kenderaan. Dengan cara itu, jemaah tidak akan keletihan manakala kurang gangguan semasa beribadah akan membawa kepada ibadah haji yang lebih sempurna.
Namun begitu, jika mampu maka laksanakanlah haji dengan berjalan kaki. Hal ini kerana salah seorang sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Abbas pernah berkata kepada puteranya “Wahai anak-anakku, tunaikanlah haji dengan berjalan kaki. Ini kerana orang yang berhaji dengan berjalan kaki, setiap langkahnya dihitung sebagai tujuh ratus kebaikan dari kebaikan Tanah Haram.”
5. Berpenampilan sederhana.
Jemaah haji sewajarnya bersederhana dari segi penampilan seperti tidak mengenakan perhiasan berlebihan semasa ibadah dilaksanakan. Rasulullah SAW sendiri pernah berpesan agar sentiasa berpenampilan sederhana dan menyembunyikan kekayaan, serta melarang jemaah untuk bersenang-senang dan bermewah-mewahan.

AMBIL peluang mengadakan ibadah korban semasa di Tanah Suci. Foto: Google
Baca juga Jika tinggalkan suruhan ALLAH, tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah
6. Menyembelih haiwan.
Keenam, mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dengan menyembelih haiwan dam meskipun tidak wajib bagi dirinya. Ketahuilah apabila melaksanakan korban, bukan daging itu yang dinilai oleh ALLAH , namun yang dilihat adalah ketakwaan kita terhadap-NYA.
7. Sentiasa bersangka baik kepada ALLAH.
Sentiasa bersangka baik kepada ALLAH walau apa yang sahaja yang berlaku seperti keletihan, kerugian, bahkan mungkin musibah yang menimpa sepanjang beribadah.
Ujian berat yang diberikan oleh ALLAH sebenarnya membuka jalan kepada kita memperoleh pahala lebih banyak selagi kita teguh menghadapi cabaran itu.
Demikianlah tujuh perkara adab yang perlu diperhatikan oleh jemaah haji jika berhajat agar ibadahnya diterima oleh ALLAH SWT dan memperoleh haji yang mabrur.
Sumber: NU Online
Foto: 123RF & Google