Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Ibadah,

Impak luar biasa melanda anda jika istiqamah amal tiga perkara ini

by Fatin Fatihah HussinDecember 28, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (80)
IMAPK positif tersebut akaan dilihat bukan sahaja di dalam kehidupan secara amnya, bahkan segalanya. - Foto: Canva

Impak luar biasa melanda anda jika istiqamah amal tiga perkara ini

AMAL soleh ialah segala amalan yang diredai ALLAH SWT dengan tujuan untuk mencapai ketaatan kepada-NYA. Tanpa amal, manusia ibarat hidup seperti sebuah tin kosong tanpa ada arah dan tujuan.

Ustazah Asma’ Harun berkongsi tiga amalan yang akan memberi kesan luar biasa andai dilakukan secara istiqamah (berterusan).

Kata beliau, impak positif tersebut akaan dilihat bukan sahaja di dalam kehidupan secara amnya, bahkan lebih khusus lagi meliputi hal ehwal perhubungan dengan pasangan, anak, rakan sekerja, urusan kesihatan, rezeki, hati, masalah dan lain-lain.

Amalan hebat tersebut adalah:

IKLAN

1. Jaga solat di awal waktu

“Apabila kita berusaha menjaga solat di awal waktu, sebenarnya kita sedang memperbaiki hubungan dengan ALLAH YA MALIK, ALLAH yang maha memiliki segala-galanya. Apa yang kita perlukan daripada ALLAH adalah rezeki, ketenangan, kelapangan, kemudahan dan segala nikmat-NYA.

“Ramai yang memiliki sesuatu di dunia tetapi sebaik mati dia tidak memiliki apa-apa melainkan keburukan, seksaan dan kehilangan.

“Tetapi bagi yang memiliki ALLAH di hatinya, menjaga solat di awal waktu adalah keutamaan baginya.

PELIHARALAH solat kita dengan sebaik mungkin kerana ia merupakan tiang agama dan lunaskanlah segala hutang kita dengan ALLAH jika ada. Foto: 123rf

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab: “SOLAT PADA WAKTUNYA.” Dia (perawi) bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda: “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda: “Jihad pada jalan Allah SWT.” (Hadis Riwayat Bukhari)

IKLAN

2. Jaga al-Quran dan membaca terjemahannya

“Sekiranya mampu membaca setiap kali selepas solat, maka usahakanlah. Kita akan merasakan seumpama dunia seisinya hanya milik kita.

Daripada Abu Umamah Al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga Mengapa masih seronok buat larangan ALLAH sedangkan solat cukup dan sudah baca al-Quran?

IKLAN

3. Lazimi selawat ke atas Rasulullah SAW

Jelas Ustazah Asma lagi, solat adalah waktu kita bercakap dengan ALLAH SWT, manakala membaca al-Quran serta terjemahannya adalah waktu ALLAH berbicara dengan hamba-NYA. Di setiap solat kita sama ada bersendirian mahupun berjemaah, kita sebenarnya tidak pernah berhenti berkomunikasi dengan ALLAH.

amalan ringkas rasulullah

“SESUNGGUHNYA barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka ALLAH SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat”.

“Apabila kita berselawat pula, kita sebenarnya sedang membina hubungan dengan Rasulullah SAW.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka ALLAH SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Tidak ada hubungan yang lebih baik selain membina hubungan dengan ALLAH dan Rasulullah SAW, apalah sangat hubungan dengan manusia.

“Bukanlah ia tidak bernilai, tetapi jika kita menjaga hubungan dengan ALLAH pasti ALLAH akan turut menjaga hubungan dengan manusia, binatang, alam, segala urusan, dan lain-lain. Malah kita tetap kuat untuk menempuhnya dengan tenang,” ungkap Ustazah Asma’ di laman facebooknya.

IKLAN
Previous

Dari ilmu hadis ke bidang perubatan, banyak sumbangan wanita dalam sejarah Islam

December 27, 2022
Next

‘Rare’ atau ‘medium well’, bolehkah umat Islam makan daging yang masih ada darah?

December 28, 2022

Related posts

rumah di syurga
Ibadah,

Inginkan rumah di syurga, amalkan tujuh perkara ini

by Sarrah MohsinJanuary 31, 2023
bersedia Ramadan
Gaya Hidup, Ibadah,

Dah bersedia untuk Ramadan? Ini ‘checklist’ tujuh perkara anda boleh lakukan mulai sekarang

by Sarrah MohsinJanuary 31, 2023
Jamak solat
Ibadah,

Bolehkah jamak solat disebabkan sakit?

by Nurulfatiha MuahJanuary 30, 2023
pexels-rodnae-productions-7249178
Ibadah,

Bolehkah wanita haid memegang al-Quran dengan kain pelapik?

by Sarrah MohsinJanuary 29, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.