Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Ibadah,

Haram berpuasa selepas Nisfu Syabaan… betul ke?

by Fatin Fatihah HussinMarch 17, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-17T183255.984
ADA segelintir orang yang mengatakan haram untuk berpuasa selepas kedatangan Nisfu Syabaan. Benarkah begitu?

JIKA dihitung bilangan hari menuju Ramadan pada 23 Mac ini, ia hanya berbaki 6 hari sahaja lagi untuk kita menyambut kedatangan bulan yang mulia itu.

Memandangkan Ramadan sudah hampir tiba, ada segelintir orang yang mengatakan haram untuk berpuasa selepas kedatangan Nisfu Syabaan tempoh hari. Benarkah apa yang dibicarakan itu?

Memetik perkongsian Ustazah Asma’ Harun di laman Facebooknya, beliau menjelaskan hukum berpuasa pada bulan Syaaban adalah sunat, sepertimana sabda Nabi SAW dalam sebuah hadis.

Daripada Saidatina Aisyah RA, beliau berkata: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan. Aku tidak pernah melihat Baginda SAW dalam sebulan lebih banyak puasanya daripada bulan Syaaban.” (Muttafaqun ‘alaih, hadis sahih)

Walau bagaimanapun, ulama berbeza pendapat akan hukum berpuasa setelah Nisfu Syaaban (15 Syaaban sehingga akhir). Ada yang berpendapat kepada HARAM dan ada juga yang berpendapat kepada DIBOLEHKAN.

1. Pendapat pertama: Haram berpuasa selepas Nisfu Syaaban.

Pendapat paling kuat dalam mazhab Syafie berpendapat bahawa HARAM berpuasa Selepas Nisfu Syaaban.

IKLAN

USTAZAH Asma’ Harun

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila sudah pertengahan Syaaban maka janganlah kalian berpuasa.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Walaubagaimanapun, pengharaman puasa ini boleh berubah kepada tidak haram jika ada perkara-perkara tersebut:

1) PUASA QADA

Puasa Qada adalah puasa ganti, sebagai contoh seseorang punya hutang puasa kerana dia dalam keadaan berhutang dengan ALLAH yang wajib dilangsaikan tetapi belum sempat mengganti sampai Nisfu Syaaban, maka pada waktu itu berpuasa setelah Nisfu Syaaban untuk qada hukumnya TIDAK HARAM.

Baca Juga Teladani tiga cara Rasulullah SAW sambut ketibaan Ramadan

2) PUASA NAZAR

Menurut kitab Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie pula, nazar ditakrifkan sebagai ;
“Mewajibkan ke atas diri sendiri suatu ibadah yang mendekatkan diri dengan Allah (contoh: Puasa) yang tidak diwajibkan oleh syara’ (ke atas dirinya), sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara.”

Menyempurnakan tuntutan nazar adalah WAJIB berdasarkan firman ALLAH SWT: “Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka”. (Surah al-Haj ayat 29)

IKLAN

Menurut Dr. Muhammad Zuhaili, “Apabila seseorang itu bernazar puasa sepertimana yang diucapkan contohnya “Demi ALLAH aku akan berpuasa” atau “aku akan berpuasa pada hari berikut dan berikut” maka WAJIB dia menunaikan puasanya seperti yang dinazarkan.”

Qada puasa jika waswas

USAH melengah-lengahkan puasa qada. Segera melunaskan hutang puasa berkenaan sebelum tibanya Ramadan akan datang.

3) PUASA KAFFARAH

Puasa Kaffarah bermaksud denda yang dikenakan kepada individu akibat i’lah atau sebab. Menurut kitab Fiqhul Islami wa Adillatuha karya Prof Wahbah Zuhaili, kaffarah bermaksud mengganti, menutup, membayar dan memperbaiki. Hukum puasa kaffarah adalah wajib.

4) Puasa sunnah yang sudah menjadi kebiasaan dan berterusan sebelum Nisfu Syaaban.

Baca Juga Rupanya Rasulullah SAW sempat berpuasa sembilan kali sepanjang hayat Baginda

IKLAN

Puasa sunnah yang dimaksudkan adalah seperti puasa Isnin Khamis dan puasa Nabi Daud yang sudah dijadikan kebiasaan atau amalan sebelum masuknya Nisfu Syaaban.

Daripada Abu Hurairah RA “Janganlah kalian berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan kecuali seseorang yang punya kebiasaan puasa sunat, maka boleh lah ia berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Pendapat kedua: Tidak haram berpuasa selepas Nisfu Syaaban

Mazhab Imam Abu Hanifah (Hanafi), Imam Ahmad (Hanbali), Imam Malik (Maliki) berpendapat bahawa berpuasa setelah Nisfu Syaaban adalah tidak haram dan sebahagian daripada ulama Syafiiyah berpendapat ia hanya makruh sahaja.

Syaaban kiblat

ANTARA peristiwa lain berlaku dalam bulan Syaaban adalah ketetapan berpuasa di bulan Ramadan bagi umat Islam. Foto: Unsplash

Berdasarkan kenyataan di atas, Ustazah Asma’ Harun menyimpulkan;

1) Hukum berpuasa pada 15 Syaaban (bermula 1-15 Syaaban) adalah SUNAT dengan sepakat ulama mazhab.

2) Mazhab Syafie berpendapat bahawa HARAM bagi seseorang untuk berpusa setelah Nisfu Syaaban kecuali bagi golongan tertentu dan sebahagian daripada mereka hanya menghukumkan MAKRUH sahaja.

3) Jumhur ulama berpendapat bahawa DIBOLEHKAN bagi seseorang yang ingin berpuasa selepas Nisfu Syaaban.

IKLAN
Previous

Orang ramai, rakan seperjuangan titip doa mohon kesembuhan buat Ustaz Azhar Idrus

March 17, 2023

Related posts

Rasulullah berpuasa
Ibadah,

Rupanya Rasulullah SAW sempat berpuasa sembilan kali sepanjang hayat Baginda

by Nurulfatiha MuahMarch 17, 2023
Sia-siakan Ramadan
Ibadah,

‘Checklist’ Ramadan, jangan sia-siakan bulan mulia itu dengan perkara-perkara ini

by Nurulfatiha MuahMarch 16, 2023
Qada puasa jika waswas
Ibadah,

Perlukah qada puasa jika waswas dengan ibadah yang dilakukan pada Ramadan lalu? Hadamkan penjelasan ini

by Nurulfatiha MuahMarch 14, 2023
akikah bayi meninggal
Ibadah,

Perlukah melaksanakan akikah bagi bayi yang meninggal dunia?

by Sarrah MohsinMarch 13, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.