MENGUAP adalah sesuatu yang normal bagi manusia. Proses itu terjadi bagi mengawal suhu otak.
Dalam Islam sendiri, menguap itu adalah fitrah dan keperluan manusia. Jika anda menguap yang menunjukkan tanda-tanda mengantuk, maka ambillah masa sebentar untuk berehat atau tidur bagi mengecas semula tenaga anda.
Sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Baginda SAW bersabda: “Jika salah seorang daripada kalian mengantuk ketika solat, hendaklah dia tidur hingga dia mengetahui apa yang dibaca.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Baca juga Bolehkah pejam mata ketika solat untuk tambah khusyuk?
Baca juga Terlelap ketika solat. Batal atau tidak?
Bagaimana jika kerap menguap dalam solat
Bagaimanapun, tidak semestinya menguap itu menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Ada juga yang disebabkan keletihan atau kerana tanda-tanda penyakit yang dialaminya.
Jadi, apabila dibawa ke dalam solat, adakah sah solatnya?
Dalam hal ini, ulama berpendapat bahawa menguap tidak membatalkan solat jika ia tidak mengganggu lisan dan perbuatan di dalamnya.
Jika menguap di dalam solat, tahanlah ia atau boleh menutup mulut dengannya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Jika salah seorang dari kalian menguap di dalam solat, maka tahanlah semampunya kerana sungguh, syaitan itu akan masuk.” (Hadis Riwayat Muslim)
Baca juga Ini tatacara solat fardu atas kapal terbang yang ramai terlepas pandang
Bila menguap boleh membatalkan solat
Menguap tidak membatalkan solat selagi ucapan dan perbuatannya tidak diganggu olehnya.
Adapun, jika menguap sehinggakan bacaannya rosak (membawa maksud yang berlainan atau salah), maka hukumnya adalah tidak sah.
Sebagaimana Imam Malik RA berkata: “Mulutnya ditutup dengan tangannya ketika solat sampai selesai menguap, Jika menguap ketika sedang membaca bacaan solat, kalau dia memahami apa yang dibaca, maka hukumnya makruh namun sudah mencukupi baginya (bacaan dia). Tetapi jika tidak memahaminya, maka dia harus mengulangi bacaanny. Kalau bacaan tersebut adalah Al-Fatihah, maka itu tidak mencukupi (tidak sah solatnya).” (Mawahibul Jalil Di Syarki Mukhtasar Asy-Syaikh Khalil, 11/308)
Baca juga Risau anak merengek lama ketika ibu tengah solat, bolehkah batalkan sembahyang? Ini penjelasannya
Baca juga Sukar Khusyuk Ketika Solat, Boleh Cuba Kaedah Yang Disarankan Ini
Imam Nawawi serta Imam al-Hafiz Ibnu Hajar RA berkata, jika seseorang itu menguap ketika sedang membaca bacaan dalam solat, maka perlu dihentikan bacaan tersebut.
Kemudian, sambunglah ia dari tempat yang sepatutnya. Dengan ini, ia tidak akan menjejaskan solat tersebut.
Justeru, menguap tidak membatalkan solat selagi mana ia tidak mengganggu ucapan dan perbuatan solat tersebut.
Adapun, jika mempunyai waktu terluang, maka lebih baik untuk berehat seketika bagi mengecas kembali tenaga sebelum menunaikan solat dan meneruskan pekerjaan lain.
Sumber: Tzkrh
Foto: 123RF, Pexels & Unsplash