Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Hukum,

Harus wanita pakai seluar jean, tetapi ada syarat-syarat tertentu yang perlu dijaga…

by Nurul Fatiha MuahJanuary 21, 2021
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
pexels-mica-asato-1082529

KEBANYAKAN masyarakat kita pada hari ini lebih selesa memakai seluar jean apabila ke mana-mana. Apatah lagi jika ingin berjalan-jalan, jean pasti menjadi pilihan untuk gaya kasual santai.

Tambahan pula, celana itu mudah didapati di pasaran dalam pelbagai fesyen dan reka bentuk terkini. Tinggal pilih sahaja mana satu jean yang berkenan di hati.

Bukan sahaja kaum lelaki, seluar jean untuk golongan wanita dan kanak-kanak pun sudah dijual secara meluas di seluruh negara. Tidak hairanlah mengapa ramai yang memakainya.

Meskipun trend pemakaian itu boleh dikatakan sudah sebati dalam kehidupan kita, namun masih ada lagi segelintir individu yang mempersoalkan pemakaian seluar jean dalam kalangan wanita Muslimah.

Ada yang menganggap haram hukumnya apabila kaum Hawa memakainya. Ada pula yang mengaitkan pengharaman itu kerana seluar itu menyerupai pakaian lelaki.

IKLAN

Apakah sebenarnya hukum wanita memakai seluar jean?

Ketahuilah, pemakaian seluar jean pada hakikatnya adalah harus hukumnya. Tidak jatuh hukum haram sebagaimana tanggapan segelintir masyarakat.

Demikian pandangan yang dipetik menerusi Kemusykilan Soal Jawab Agama yang disiarkan dalam portal rasmi Jabatan Mufti Negeri Pahang Darul Makmur.

Bagaimanapun, artikel berkenaan menyebut, pemakaian seluar jean boleh menjadi haram andai ia tidak mengikut piawaian atau batasan yang ditetapkan oleh syarak kepada kaum wanita.

Umpamanya, jika seluar jean itu koyak pada bahagian aurat wanita seperti betis, paha dan lain-lain. Maka, haram wanita memakainya dalam keadaan ini.

Wanita pakai seluar jean

Bagi menyokong lagi hujah berkenaan, agensi fatwa Mesir, Dar al-Ifta’ Misriyah al-Fatawa ada memerihalkan tentang hukum wanita memakai seluar.

Fatwa itu menyebut: “Harus bagi wanita untuk memakai seluar dengan syarat ia menutup aurat sepertimana yang dituntut oleh syarak. Kedua, tidak memakai seluar jean tersebut seperti ‘berpakaian tetapi bertelanjang’.”

IKLAN

Bahkan, Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda menerusi hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA iaitu: “Dua kategori penghuni neraka yang tidak saya lihat, orang yang mempunyai cambuk seperti ekor lembu dengan mereka dan mereka akan memukul orang, dan wanita-wanita yang berpakaian, tetapi bertelanjang (mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup keseluruhan aurat), yang menarik perhatian orang untuk melakukan maksiat di samping dia sendiri melakukan maksiat. Kepala mereka akan seperti bonggol unta bukht yang condong ke satu sisi. Mereka tidak akan memasuki syurga dan mereka tidak akan mencium baunya sedangkan baunya akan berbau dari jarak yang jauh.” (Sahih Muslim)

Melihat ungkapan-ungkapan berkenaan, jelaslah tentang etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh syariat. Semua maklum bahawa Islam mengharamkan wanita daripada memakai pakaian yang ketat.

Apatah lagi pakaian yang menampakkan bentuk badan atau nipis sehingga menampakkan apa yang terselindung di sebalik pakaian tersebut, khususnya tempat-tempat sulit yang boleh membangkitkan nafsu syahwat dan fitnah kepada kaum berlainan jantina yang melihatnya.

Meskipun seluar jean bukan daripada ciptaan orang bukan Islam, hukum harus memakainya itu masih kekal. Ini kerana ia bukan lagi menjadi sesuatu yang khusus bagi orang bukan Islam setelah berlalunya suatu jangka masa tertentu disebabkan sudah tiadanya halangan.

Wanita pakai seluar jeanBagaimanapun, amalan yang terangkum di bawah kaedah itu hanyalah amalan-amalan yang berbentuk adat sahaja.

IKLAN

Sementelah, dari segi amalan ibadah keagamaan pula, ia sentiasa bersifat khusus kepada penganut agama tertentu. Maka, dalam apa jua bentuk sekalipun, haram bagi umat Islam memakainya.

Berdasarkan hujah itu, maka hukum harus pemakaian seluar jenis itu adalah kerana ia tidak lagi menjadi syiar atau tasyabbuh (penyerupaan) kepada pakaian orang kafir.

Malah, jean kini merupakan seluar yang dipakai oleh masyarakat di seluruh dunia termasuk negara-negara Islam sama ada lelaki atau wanita.

Meskipun harus hukumnya wanita memakai seluar jean, namun pihak Jabatan Mufti Negeri Pahang Darul Makmur menasihatkan agar Muslimah mengenakan baju atau jubah yang labuh dan longgar serta mampu menutupi hingga ke paras lutut. Ia bagi menjaga kemaslahatan pemakai dan mereka yang melihatnya.

Sumber: Kemusykilan Soal Jawab Agama: Hukum Perempuan Muda Memakai Jeans, Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Pahang Darul Makmur

Foto: Freepik & Pexels

IKLAN
berita-semasalifestylesinarhariansinarislamplusWanita pakai seluar jean
Previous

Wanita period boleh amalkan doa ini untuk dapat pahala macam solat

January 21, 2021
Next

Apa gunanya kedekut ilmu yang ALLAH beri? Lebih baik berkongsilah, ada juga manfaat dan pahala pun mengalir sama

January 22, 2021

Related posts

Zulhijah
Hukum,

Jauhi 11 larangan ini pada Zulhijah

by Nurul Fatiha MuahJuly 5, 2022
telan sisa makanan
Hukum,

Telan sisa makanan di dalam mulut ketika solat

by Sarrah MohsinJuly 1, 2022
Lelaki menyerupai perempuan
Hukum,

ALLAH dan Rasulullah tidak reda lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya

by Nurul Fatiha MuahJuly 1, 2022
Lelaki
Hukum,

Bolehkah lelaki ‘mencantikkan’ diri? Berikut perinciannya

by Nurul Fatiha MuahJuly 1, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.