Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Hukum,

Garis halus antara judi dan cabutan bertuah, fahami penjelasan dari sudut syarak

by Fatin Fatihah HussinJanuary 13, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (42)
FAHAMI perbezaan antara judi dan 'lucky draw' dari sudut syarak. - Foto: Canva

ANTARA judi dan cabutan bertuah. Perkara ini sering menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi. Perihal judi sudah semestinya diharamkan oleh Islam.

Manakala bagi kes atau isu cabutan bertuah pula, jika dilihat dari sudut hukum ia tergolong dalam perbincangan ‘al-musabaqat’ atau ‘pertandingan’. Namun jika tidak kena caranya, dengan mudah ia akan jatuh dalam masalah judi ataupun gharar.

Baru-baru ini, timbul isu yang mengaitkan cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN SSP) dengan perjudian kerana konsepnya dikatakan sama dengan cabutan nombor ramalan atau nombor ekor.

Seorang pengarah syarikat swasta, Ahmad Emran melalui laman facebooknya telah membuat hantaran berikut bagi cuba membantu orang ramai untuk mendapatkan sedikit kefahaman sekali gus merungkai kekeliruan dan salah faham mereka mengenai perjudian selama ini.

SPORTS Toto, Magnum 4D, dan sebagainya dianggap sebagai perjudian kerana ia adalah zero sum game. – Foto: Canva 

IKLAN

Apa beza judi & cabutan bertuah?

Jelas beliau, terdapat banyak kekeliruan dan salah faham tentang apa yang dianggap sebagai perjudian dalam Islam. Judi sememangnya dilarang dalam Islam. Cabutan bertuah tidak. Cabutan bertuah hanyalah satu cara untuk memilih.

Berikut merupakan contoh-contoh yang dikeluarkan oleh Emran mengenai isu yang menjadi bualan masyarakat kini.

1) Sports Toto, Magnum 4D, dan sebagainya dianggap sebagai perjudian kerana ia adalah zero sum game. Semua orang membayar wang untuk mendapatkan tiket yang disertakan dengan nombor. Jika nombor anda tidak dipilih, anda kehilangan segalanya dan pemenang mendapat keuntungan dari anda. Cara pemilihan pemenang adalah dengan membuat cabutan bertuah.

BACA JUGA ‘Siapa kalah kena belanja’, hati-hati kerana ia gurauan berunsur judi.

2) SSP pula bukan perjudian. Anda menyerahkan wang anda kepada pihak bank untuk dideposit dan dijadikan sebagai simpanan. Sebagai tarikan untuk penyimpan, pihak bank akan melakukan cabutan bertuah. Anda sebenarnya tidak membeli nombor. Anda diberikan nombor secara percuma. Jika nombor anda tidak dipilih, anda tidak akan kehilangan apa-apa wang anda di bank. Ini bukan zero sum game. Ini hanyalah cabutan bertuah untuk menentukan “pemenang”.

JUDI sememangnya dilarang dalam Islam. Manakala cabutan bertuah tidak. Cabutan bertuah hanyalah satu cara untuk memilih. – Foto: Canva 

IKLAN

3) Sekiranya anda menghadiri majlis jamuan makan malam syarikat, di penghujungnya ada dilakukan acara cabutan bertuah. Ini bukan perjudian. Anda tidak membayar apa-apa. Jika nombor anda tidak terpilih, anda tidak akan kehilangan wang anda.

4) Sekiranya anda menghadiri majlis makan malam alumni, anda perlu membayar untuk tempahan tempat duduk di meja anda. Di penghujungnya, ada acara cabutan bertuah dan hadiah telah dibeli menggunakan duit dari yuran kemasukan tadi. Ini boleh dianggap sebagai satu perjudian atau sekurang-kurangnya gharar (tidak pasti/penipuan/risiko). Yang mana patut dielakkan.

4a) Macam mana cara nak elakkan acara cabutan bertuah majlis makan malam dari terlibat dengan unsur judi? Dapatkan penaja. Yuran yang dibayar untuk tempat duduk sepatutnya hanya khas untuk makanan, sewa ruang, hiburan, dan sebagainya (secara asasnya barang yang akan memberi manfaat/dinikmati oleh semua). Hadiah untuk cabutan bertuah sepatutnya disediakan oleh penaja (pihak ketiga, dan tidak digunakan dari kumpulan wang dari yuran kemasukan yang telah dikutip).

IKLAN

ANTARA cara untuk mengelakkan majlis jamuan terlibat dengan unsur gharar adalah dengan mendapatkan PENAJA untuk majlis tersebut. 

5) Kebiasaannya anda membeli aiskrim yang berharga RM2. Walau bagaimanapun, untuk bulan Februari, ada pertandingan cabutan bertuah. Untuk setiap aiskrim yang anda beli, anda akan menerima nombor. Namun, harga aiskrim itu masih lagi RM2. Ini tidak dikira sebagai judi kerana harganya masih sama.

BACA JUGA Mesin ‘claw’ didik amalan judi dalam kalangan kanak-kanak

5a) Jika anda diberikan pilihan. Anda boleh mendapatkan aiskrim pada harga RM2, atau anda boleh membayar RM2.50 untuk layak memasuki cabutan bertuah tersebut, daripada tambahan RM0.50 ini akan menyebabkannya menjadi perjudian, disebabkan anda sebenarnya membayar untuk mendapatkan nombor tersebut (sama seperti contoh pertama).

Semoga umat Islam memperoleh pencerahan daripada penjelasan ini.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Amalan sunat berbaring sebentar selepas menunaikan solat sunat fajar

January 13, 2023
Next

Telinga berdengung tanda Rasulullah rindu, benarkah begitu?

January 13, 2023

Related posts

Resume
Hukum,

Tak boleh tipu resume untuk dapat kerja, jawatan tertentu

by Nurulfatiha MuahJanuary 18, 2023
Deposit
Hukum,

Tuan rumah guna wang deposit penyewa tanpa izin, ini hukumnya yang wajib kita tahu

by Nurulfatiha MuahJanuary 17, 2023
poligami
Hukum,

Cara giliran bermalam antara isteri dalam perkahwinan poligami. Ini saranan Islam.

by Sarrah MohsinJanuary 11, 2023
khunsa imam
Hukum,

Khunsa tidak boleh jadi imam, berikut perinciannya

by Sarrah MohsinJanuary 11, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.