Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Hukum,

Fahami lima waktu diharamkan solat

by Sarrah MohsinMay 9, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
AMALAN solat sunat sangat digalakkan. Namun ada waktu-waktu untuk melakukannya.

SOLAT merupakan tiang agama yang menjadi asas kepercayaan kepada sesiapa sahaja yang bergelar Muslim.

Sebagai orang Islam, kita diwajibkan mendirikan solat fardu lima kali sehari sebagai tanda mengingati ALLAH SWT.

Dalam masa yang sama, solat sunat juga boleh dilaksanakan sebagai amalan tambahan untuk menutup sebarang kecacatan yang ada pada solat fardu yang dilakukan.

Namun, tahukah anda ada masa-masa tertentu yang anda dilarang untuk mendirikan solat?

ANTARA waktu yang diharamkan solat sunat yang tanpa keperluan adalah selepas waktu solat Subuh dan setelah solat Asar dilaksanakan.

IKLAN

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan terdapat lima waktu yang diharamkan untuk bersolat, iaitu:

1) Waktu terbit matahari sehinggalah ia naik pada kadar segalah
2) Waktu istiwa’ (matahari rembang) sehingga gelincir matahari; kecuali pada hari Jumaat
3) Waktu senja sehingga terbenam matahari
4) Waktu selepas solat Subuh sehingga terbit matahari
5) Waktu selepas solat Asar sehingga terbenam matahari
(Rujuk al-Muqaddimah al-Hadhramiah, 58)

Namun, anda jangan salah faham. Bukan semua jenis solat yang dilarang untuk dilakukan pada waktu tersebut.

Jenis solat yang haram dilakukan pada waktu-waktu tersebut adalah:

1. Solat yang tiada keperluan untuk dilakukan pada waktu itu, seperti solat sunat mutlak; contohnya solat sunat tasbih dan lain-lain solat yang tiada waktu yang khusus untuk dilakukan.

2. Solat-solat sunat yang mempunyai sebab yang terkemudian (sabab mutaakhir), seperti solat sunat istikharah, solat sunat ihram dan sebagainya.

IKLAN

LAKSANAKAN juga solat sunat sebagai amalan tambahan

Manakala, ada juga jenis solat yang dibolehkan untuk anda lakukan pada waktu tersebut, iaitu:

1. Solat yang dilakukan mempunyai sebab yang terdahulu (sabab mutaqaddim), seperti solat qada, solat jenazah, solat nazar, solat tahiyatul masjid dan lain-lain.

IKLAN

2. Solat yang sebab dilakukannya bersamaan atau seiringan dengan waktu itu seperti solat gerhana.

Baca juga Jangan abaikan solat sunat dua rakaat, ia boleh hapuskan dosa kecil kita

Kesemua lima waktu haram solat ini dikecualikan bagi mereka yang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Solat merupakan suatu kewajipan bagi seluruh umat Islam bertujuan untuk mentarbiah diri dan mencegah kemungkaran. Oleh itu, jangan sekali-sekali meninggalkan tanggungjawab ini.

Ibarat sebuah bangunan yang akan runtuh jika ketiadaan tiang, keimanan diri juga akan merosot dengan tidak melaksanakan solat

Foto: Pexels & Unsplash

IKLAN
Previous

Puasa enam pada bulan Syawal perlu berturutan atau boleh dipisahkan? Ini penjelasannya

May 6, 2022
Next

Aidilfitri gamit ingatan pada ibu ayah sudah meninggal, namun masih ada kesempatan untuk kita raih keredaan mereka

May 9, 2022

Related posts

telan sisa makanan
Hukum,

Telan sisa makanan di dalam mulut ketika solat

by Sarrah MohsinJuly 1, 2022
Lelaki menyerupai perempuan
Hukum,

ALLAH dan Rasulullah tidak reda lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya

by Nurul Fatiha MuahJuly 1, 2022
Lelaki
Hukum,

Bolehkah lelaki ‘mencantikkan’ diri? Berikut perinciannya

by Nurul Fatiha MuahJuly 1, 2022
punca harta haram
Hukum,

Enam punca harta jadi haram yang orang tidak sedar

by Sarrah MohsinJune 30, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.