Walaupun sebabnya hanya kerana menjaga adab, Islam tetap melarang umatnya bersalaman antara lelaki-wanita yang halal nikah…
GELAGAT seorang pelakon wanita, Sharifah Rose baru-baru ini mengundang kecaman daripada warganet selepas dia dilihat bersalaman dengan artis Thailand, Bright Vachirawit ketika di sebuah majlis produk penjagaan kulit.
Rose berkata, tindakan itu dilakukan selepas Bright menghulurkan tangannya terlebih dahulu kerana enggan bersikap kurang sopan.
“Masa di acara itu, tak ada sesi untuk taklimat lagi. Masa itu, saya hanya lambai saja tapi dia yang hulur tangan untuk salam. Saya rasa agak ‘rude’ la sebab mungkin dia tak tahu budaya kita kan.
“Jadi, saya sambut tangan dia sebagai menghormati la. Saya pun tidaklah berlebih-lebihan. Saya sambut tangan pun sebab dia hulur,” katanya.
Sebelum ini, rata-rata netizen menyifatkan tindakan pelakon itu tidak bersesuaian dengan imejnya yang berhijab.

PELAKON, Sharifah Rose baru-baru ini mengundang kecaman daripada warganet selepas dia dilihat bersalaman dengan artis Thailand, Bright Vachirawit.
Hukum bersalaman dengan berlainan jantina ajnabi
Tidak dinafikan bersalaman di atas tujuan bersilaturrahim kerana ALLAH SWT merupakan satu kemuliaan dan dijanjikan pengampunan dosa oleh Baginda SAW.
Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Bara’ bin Azib sabda Nabi SAW “Tidaklah dua orang muslim itu bertemu lalu mereka bersalaman melainkan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Merujuk Mufti Wilayah di laman AL-KAFI #1149 Hukum Bersalaman Dengan Berlainan Jantina Ajnabi menjelaskan hukumnya adalah haram seperti yang termaktub dalam mazhab Imam Syafie. Namun berkaitan isu ini juga, ulama berbeza pendapat mengenainya.
Baca Juga Walaupun balik dari kerja, masuk rumah berilah salam
Satu hadis daripada Muhammad bin Munkadir RA berkata, aku mendengar daripada Umaimah binti Ruqaiqah menceritakan: Ketika aku datang bersama perempuan untuk membai’h kepada Nabi SAW, lalu Baginda SAW bersabda “Aku baia’h (perjanjian) kepada apa yang kalian mampu dan berupaya akan tetapi aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Pandangan ulama
Pandangan Syeikh Yusuf al-Qardawi di dalam fatwanya menyatakan: Diharuskan bersalaman di antara lelaki dan perempuan sekiranya dalam keadaan darurat dan aman daripada fitnah.

UCAPKANLAH salam dengan penuh keikhlasan dan dengan ucapan yang betul agar kita benar-benar dapat mengambil manfaat daripada salam yang diucapkan.
Syeikh Ali Juma’h menyatakan: “Hukum bersalaman di antara lelaki dan perempuan ajnabi ulama berbeza pendapat berkenaan dengannya. Jumhur ulama mengharamkannya melainkan mazhab Hambali dan Hanafi membenarkan bersalaman dengan orang tua yang tidak mendatangkan syahwat dan tidak mendatangkan fitnah”
Ulama berbeza pendapat berkenaan hal bersalaman dengan berlainan jantina ajnabi. Dan jumhur ulama termasuk mazhab Syafie’ MENGHARAMKAN bersalaman di antara lelaki dengan wanita yang bukan mahramnya.
Walaupun terdapat pandangan yang membolehkannya dengan bersyarat. Sebaiknya keluar daripada perkara khilaf merupakan perkara yang dituntut.
Baca Juga Cerai melalui WhatsApp atau telefon, ini cara sebenar untuk sahkan lafaz talak
Ini seperti yang dinyatakan Syeikh Ali juma’h: Bagi sesiapa yang diuji dengan sesuatu perkara, maka berpeganglah dengan pandangan yang diharuskan ulama, dan keluar daripada khilaf itu merupakan perkara yang dituntut.
Berdasarkan penjelasan di atas, Mufti Wilayah berpendapat dan lebih cenderung kepada meraikan mazhab dan keadaan setempat. Sebagai contoh di Malaysia kebanyakannya bermazhab Syafie. Akan tetapi sekiranya dalam keadaan dan situasi tertentu dibenarkan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.