Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Walaupun balik dari kerja, masuk rumah berilah salam

by Fatin Fatihah HussinDecember 29, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (92)
SEBAGAI Muslim, janganlah kita memandang remeh kepada kebaikan memberikan salam ketika masuk ke rumah. - Foto: Canva

DEK kerana kepenatan bekerja seharian, apabila tiba sahaja di rumah pasti kita akan terus meluru masuk untuk berehat tanpa menghiraukan adab ketika melangkah ke dalam rumah.

Ketahuilah di dalam Islam sendiri, ada adab dan panduan yang digariskan walaupun sekadar pulang ke rumah selepas membeli barangan dapur di kedai berdekatan.

Antara adab yang dilupakan pada hari ini adalah tidak memberi salam ketika melangkah masuk ke rumah. Pasti ada sebab dan kebaikan mengapa Islam menganjurkan demikian.

Mengulas lanjut, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia jelaskan, janganlah kita memandang rendah kepada kebaikan memberikan salam ketika masuk ke rumah.

IKLAN

Rasulullah dikatakan pernah mendidik Saidina Anas agar memberikan salam ketika bertemu ahli keluarga.

Sabda Rasulullah SAW “Wahai anakku, sekiranya engkau masuk bertemu dengan ahli keluargamu, maka ucapkanlah salam. Ia menjadi keberkatan ke atas kamu dan ahli keluarga kamu.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

RASULULLAH SAW pernah mendidik Saidina Anas agar memberikan salam ketika bertemu ahli keluarga. – Foto: Canva

“Penyampaian salam ini selari dengan firman ALLAH yang menyatakan “Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi ALLAH, yang diberi berkat lagi baik.” (Surah al-Nur ayat 61)

“Dalam hadis dan ayat al-Quran ini jelas menunjukkan pemberian salam itu akan mengalirkan keberkatan buat kita dah ahli keluarga kita. Dan keberkatan inilah yang kita cari dalam kehidupan ini,” ungkapnya.

Adab masuk ke rumah orang lain

IKLAN

Selain mengamalkan adab untuk masuk ke rumah sendiri, menjaga adab ketika masuk ke rumah orang juga penting untuk diamalkan agar umat Islam dapat mendidik diri daripada melakukan perkara yang ditegah agama.

Baca juga Nak masuk rumah baru? Ini amalan yang perlu dibuat mengikut Islam

Aktiviti saling kunjung-mengunjungi dan bertamu antara manusia adalah perkara yang biasa dalam kehidup seharian. Sama ada kunjung ke rumah sanak-saudara, jiran tentangga atau rakan-rakan.

IKLAN

ANTARA adab berkunjung ke rumah orang lain adalah mengucap salam dan meminta izin sebanyak tiga kali. – Foto: Canva 

Ramai dalam kalangan kita telah melupakan dan masih belum mengetahui adab-adab bertamu. Memetik perkongsian di laman facebook Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim), UUM terdapat tujuh adab ketika masuk ke rumah orang, antaranya ialah;

1. Meminta izin sebanyak tiga kali
2. Mengucap salam dan minta izin masuk
3. Ketukan yang tidak terganggu
4. Berdiri dan tidak menghadap pintu masuk
5. Tidak mengintip
6. Pulang jika disuruh
7. Menjawab dengan nama yang jelas

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Buat dosa dahulu, taubat kemudian… antara tipu daya syaitan

December 29, 2022
Next

Hikmah Maryam diperintahkan ALLAH menggoncang pokok tamar selepas bersalin

December 29, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (52)
Gaya Hidup,

Sebenarnya kita yang menjemput makhluk halus balik ke rumah. Istiqamah dengan EMPAT amalan mulia ini, elak terus diganggu iblis.

by Fatin Fatihah HussinJanuary 16, 2023
Istighfar
Gaya Hidup,

Istighfar bukan sekadar memohon keampunan ALLAH, tetapi juga dibuka pintu rezeki

by Nurulfatiha MuahJanuary 14, 2023
Bercakap tentang orang lain
Gaya Hidup,

Suka bercakap tentang orang lain? Hati-hatilah dengan perbuatan ini

by Nurulfatiha MuahJanuary 11, 2023
GAMBAR PORTAL FB (27)
Gaya Hidup,

‘Orang tak suka dekat kita’, Ustaz Abdullah Khairi kongsi tips agar disenangi ramai

by Fatin Fatihah HussinJanuary 10, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.