Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Tidur 3 jam, rahsia dapatkan ‘golden hour’ sebagai persiapan bermunajat dan ‘bertemu’ ALLAH SWT

by Fatin Fatihah HussinDecember 23, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (61)
PEPATAH Arab ada menyebut, waktu itu seperti pedang, jika engkau tidak menggunakannya dengan baik, ia akan memotongmu. - FOTO: CANVA

DALAM kajian barat, tidur yang mencukupi untuk kesihatan dan kecantikan secara semula jadi, luaran serta dalaman adalah tidur selama tujuh sehingga lapan jam.

Seperti yang disebutkan, adakah benar badan manusia memerlukan jumlah lapan jam untuk rehat secukupnya atau hanya tiga jam sahaja.

Kedengaran seperti mustahil untuk tidur hanya selama tiga jam, namun perkara ini dibuktikan melalui satu artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian Dr Hamza, untuk bangun dengan cergas, kita tidak perlu tidur selama lapan jam seperti yang dinyatakan di dalam kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur tiga jam sahaja bermula dari pukul 9 sehingga 12 malam.

Berdasarkan sunah, Rasulullah SAW sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh mendapatkan 80% daripada tidur nyenyak.

CUKUP dengan tidur tiga jam sahaja bermula dari pukul 9 sehingga 12 malam. – FOTO: CANVA

IKLAN

Antara masa ini juga terdapat barakah di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga jam. Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Setiap putaran jam yang kita tidur sebenarnya ada kesan-kesannya tersendiri. Sama ada berunsur positif atau sebaliknya. Seperti yang dinyatakan di dalam kajian Dr Hamza, berikut merupakan kitaran waktu dan kesannya ketika kita tidur:

1) Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi

Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah ‘dream sleeping’ yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

2) Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajar)

Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati ALLAH, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

 JIKA seseorang mendapat alzheimer dan dementia (nyanyuk), bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya. – FOTO: CANVA 

3) Tidur pada waktu siang (selepas fajar)

Tidur pada waktu ini adalah tidak bermanfaat kerana tiga jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

IKLAN

4) Tidur dari fajar hingga terbitnya matahari

Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu ‘serotonin’ dari fajar sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun. Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

BACA JUGA Jangan terkejut! Iblis pernah kejutkan khalifah solat pada awal waktu

Pembebasan ‘melatonin’ oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Justeru, jika seseorang mendapat alzheimer dan dementia (nyanyuk), bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

IKLAN

Berdasarkan apa dinyatakan oleh Dr Hamza dalam kajiannya, maka untuk mendapatkan tidur yang baik dan berkualiti adalah selama tiga jam sahaja bermula pukul 9 malam.

Kerana itu, ramai yang terbangun dan akan tersedar secara automatik pada pukul 1 pagi kerana badan sudah rehat secukupnya.

SEBELUM tidur tenangkan diri 30 minit dan niat di dalam hati untuk bangun awal mengejarkan solat tahajud. – FOTO: CANVA

Macam mana nak tidur pukul sembilan kalau sudah terbiasa tidur lambat?

Seterusnya, mengambil tip yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Dr Azura Hashim untuk mendapatkan tidur awal adalah dengan menutup telefon bimbit, wifi, data, tv dan lampu. Sebelum tidur tenangkan diri 30 minit dan niat di dalam hati untuk bangun awal mengejarkan solat tahajud.

Dr Azura menjelaskan lagi untuk mendapatkan ‘deep sleep’ adalah dengan tidur bermula pukul 9 malam. Bagi sesiapa yang pertama kali mengamalkan tabiat ini, sememangnya hari pertama akan berasa sangat mengantuk.
“Jadi tidak ada salahnya mencuba dahulu sehinggalah keesokan harinya badan akan mula menerima sendiri ‘deep sleep’ ini. Apabila sudah terbiasa, badan akan merasa segar dan tidak akan mengantuk sehingga waktu subuh.

“Dan pada masa inilah ia dipanggil THE GOLDEN TIME untuk bermunajat dan beribadah kepada Sang Pencipta kerana badan sudah dicas secukupnya,” ungkap beliau lagi.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Perlu ke asingkan saf kanak-kanak ketika solat? Hadamkan penjelasan agamawan ini

December 23, 2022
Next

Tak mengapa hodoh di dunia, di akhirat nanti kita dapat memilih wajah yang diinginkan

December 23, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (52)
Gaya Hidup,

Sebenarnya kita yang menjemput makhluk halus balik ke rumah. Istiqamah dengan EMPAT amalan mulia ini, elak terus diganggu iblis.

by Fatin Fatihah HussinJanuary 16, 2023
Istighfar
Gaya Hidup,

Istighfar bukan sekadar memohon keampunan ALLAH, tetapi juga dibuka pintu rezeki

by Nurulfatiha MuahJanuary 14, 2023
Bercakap tentang orang lain
Gaya Hidup,

Suka bercakap tentang orang lain? Hati-hatilah dengan perbuatan ini

by Nurulfatiha MuahJanuary 11, 2023
GAMBAR PORTAL FB (27)
Gaya Hidup,

‘Orang tak suka dekat kita’, Ustaz Abdullah Khairi kongsi tips agar disenangi ramai

by Fatin Fatihah HussinJanuary 10, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.