Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Wanita Islam Pertama Sertai Program TV Britain ‘Ala Komando’

by Rozdan MazalanJuly 9, 2021
3
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Asian Wealth Magezine
Gambar: Asian Wealth Magezine

USAHAWAN teknologi dan estetika, Shireen Khan, 28 menjadi wanita Muslim pertama yang berjaya dipilih untuk mengikuti program tv popular SAS Who Dares Wins.

Program rekrut ‘ala komando’ yang dikendalikan bekas anggota Pasukan Khas Tentera itu bukan saja menguji kecederasan fizikal dan mental peserta malah turut berhadapan cabaran situasi sukar berkaitan dengan kepercayaan dan didikan.

Shireen (depan sekali) terpilih sertai program SAS Who Dares Wins musim ke-6.

Program tv musim keenam yang mula disiarkan pada setiap Ahad di Saluran 4, melibatkan pasukan elit tentera bekas Pasukan Khas dengan memilih 21 lelaki dan wanita melalui satu siri latihan fizikal dan mental yang memenatkan. Ia adalah Latihan yang dirancang bagi mencerminkan pemilihan Perkhidmatan Udara Khas (SAS) yang sebenar.

“Banyak orang menyangka saya tidak akan sertai program ini atau mampu lulus dengan ujian kecergasan. Pada permulaannya, saya sebenarnya merasakan diri saya tidak akan lulus, kerana cabarannya sangat sukar,” katanya Shireen.

Peserta diuji untuk melakukan ‘push-up’ sebanyak 44 kali dalam tempoh satu minit 30 saat dan berlari sejauh 1.9 kilometer dalam sembilan minit.

IKLAN

Menurut Shireen, ketika menerima panggilan yang mengatakan dia terpilih sebagai calon akhir, ibu bapanya membantah hingga menimbulkan konflik dalam keluarganya.

“Ibu saya menegur bahawa saya sebagai seorang gadis Muslim, bagaimana untuk saya membatasi pergaulan bersama peserta lelaki, tidur di sebelah lelaki, kongsi tandas bersama dan semua perkara yang boleh menjejaskan nama baik Islam.

Antara cabaran yang menguji ketahanan fizikal mampu digalas Shireen.

“Memang ramai wanita Muslim bersemangat ingin memasuki SAS atau tentera, namun persoalannya adakah sesuatu yang dapat mereka lakukan dengan cara Islam yang betul,” katanya yang hanya mampu menjawab itu adalah kesempatan sekali seumur hidupnya walaupun ia adalah situasi yang sangat sukar.

Menurut Shireen, ayahnya sempat hadir untuk melihat perkembangan anaknya dalam program berkenaan dan mengakui latihan itu sangat memberi manfaat untuk melatih seorang wanita berhadapan dengan banyak situasi sukar di dalam kehidupan.

Tidak dinafikan, program itu juga memerlukan lelaki dan wanita berkongsi tandas terbuka dan tidur di tempat tidur tentera di bilik yang sama.

“Saya sangat janggal dan menguji mental kerana itu bukan sesuatu perkara yang pernah saya lakukan. Berbeza dengan peserta lain yang sebelum ini pernah merasai pengalaman ketika di sekolah menyertai pasukan Pengakap, berkhemah di hutan. Mereka telah terdedah dengan situasi itu sejak muda, namun saya boleh dikatakan sebagai kejutan budaya,” kata Shireen yang mengakui dia dibesarkan dalam keluarga Muslim dan sangat patuh dengan didikan agama.

Dugaan Shireen sebagai wanita Muslim menyertai program SAS Who Dares Wins menjadi pengalaman berharga.

Menceritakan lebih lanjut, Shireen pernah berhadapan dengan situasi semua peserta yang dihanyutkan di dalam sungai yang dipenuhi ais. Selepas pulang ke khemah peserta diminta untuk menanggalkan semua pakaian untuk membersihkan kotoran dan lumpur pada pakaian mereka.

IKLAN

“Ia bermaksud semua peserta harus menanggalkan pakaian, dan ketika sampai kepada giliran saya, lalu saya membantah dan mengatakan tidak. Sebagai gantinya, saya memakai alat kering di atas pakaian basah dan menyatakan kepada petugas latihan saya berisiko mengalami hipotermia.

“Ini adalah situasi yang sangat tidak selesa dan apa yang anda lihat di TV dan pada kenyataannya sama sekali bukan apa yang mereka lalui, mereka hanya memasukkan rakaman yang telah diedit, tetapi apa yang berlaku di belakang kamera boleh membuatkan anda merasa trauma,” katanya yang turut mendedahkan penganjur juga tidak menyediakan makanan halal.

Walaupun usaha terbaik Shireen menjadi peserta yang tesingkir, namun dia berjaya menapatkan tugas pertamanya di mana peserta harus berlari sejauh 2.2 kilometer ke atas gunung dengan membawa 18 kilogram di belakang mereka.

“Sejak saya masih muda, saya dibuli di sekolah, saya bukan antara gadis yang paling cantik, saya mempunyai misai yang tumbuh kerana saya memilik darah berketurunan Pakistan. Itu yang selalu menjadi sasaran mereka yang suka pembuli dan mengejek saya.

“Saya juga berhadapan dengan tekanan hidup sejak kecil menyebabkan saya sukar untuk mengawal tabiat makan berlebihan, ia menyebabkan berat badan saya bertambah. Malah pernah melalui masa yang sangat sukar disebabkan perceraian ibu bapanya, saya membesar tanpa banyak wang,” katanya.

Shireen berjaya membuka klinik kecantikan sendiri di Kota London. Gambar: Hannah London

IKLAN

Atas semangat dan itizam yang kuat, Shireen berusaha mengubah hidupnya untuk menjadi lebih kuat mental dan fizikal. Dia mengambil kursus untuk menjadi jururawat sebelum membina rangkaian klinik kecantikan di London.

Shireen menyertai program itu kerana ingin menyelami pengalaman sebagai anggota SAS dan tentera yang sebenarnya. Dia mengakui betapa besar pengorbanan yang mereka lalui untuk memastikan orang awam dapat hidup dengan selamat dan tidur yang lena pada setiap malam.

Dia juga tidak pernah menyangka mampu menjadi anggota SAS biarpun mengakui memiliki kekurangan dari bentuk fizikal dan mental. Shireen hanya memiliki beratnya 51 kilogram dan  ketinggian 157 sentimeter.

“Ini membuatkan saya berubah dan membentuk cara saya kini melihat kehidupan secara umum dan saya mendedahkan diri kepada cabaran baru,” katanya yang kini lebih fokus pada perniagaan dan melakukan kerja amal.

Dia kini menyumbangkan tenaganya untuk berkhidmat di sebuah badan amal bernama Carrott Kids. Organisasi itu turut membantu membina semula sekolah yang mengalami gempa bumi untuk 100 kanak-kanak di sebuah perkampungan Pakistan dan telah beroperasi pada bulan Mac lalu.

 

Sumber Teks dan Gambar: Arab News

IKLAN
ala komandosas who dares winsShireen Khantv program
Previous

Begitu Hebatnya Nabi Idris Berzikir Sehingga Malaikat Suarakan Keinginan Bersahabat Dengan Baginda

July 9, 2021
Next

Ayuh Umat Islam Bersolidariti Benamkan Keangkuhan Israel

July 9, 2021

Related posts

Tsabit bin Qurra
Personaliti,

Tsabit bin Qurra, Bapa Ilmu Statistik yang disegani

by Nurul Fatiha MuahJune 17, 2022
qanaah
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Qanaah, tanda reda dengan kurnia Ilahi, tidak terkilan kalau rezeki itu sedikit

by Muhd Azman Mohd NawiJune 11, 2022
Imam Nawawi
Personaliti,

Imam Nawawi mengabdikan diri dengan ilmu sehingga sanggup tidak berbaring ketika tidur

by Nurul Fatiha MuahMay 20, 2022
Tok Ku Paloh
Personaliti,

Tok Ku Paloh ulama hebat dalam ilmu tasawuf sehingga mencapai darjat al-Kashaf

by Nurul Fatiha MuahMay 13, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.