Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Sebenarnya kita yang menjemput makhluk halus balik ke rumah. Istiqamah dengan EMPAT amalan mulia ini, elak terus diganggu iblis.

by Fatin Fatihah HussinJanuary 16, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (52)
SEBENARNYA kita yang menjemput makhluk halus balik ke rumah tanpa kita sedari. -Foto: Canva

GANGGUAN makhluk halus antara gangguan yang sering berlaku di dalam rumah. Sama ada ia masuk ke dalam rumah dengan mengikuti kita atau kita yang menjemputnya.

Terdapat dua cara jin masuk ke dalam rumah:

1.Dengan tanpa sengaja kita bawa mereka pulang. Sebagai contoh membawa masuk barangan daripada bomoh (bukan pengamal syariat Islam) seperti tangkal, senjata lama atau barang-barang yang telah dipuja.

2.Dengan tanpa sengaja kita menjemput mereka datang. Contohnya sisa tulang pada dapur dan sinki yang tidak dibersihkan sepenuhnya, rumah tidak dibacakan al-Quran, rumah yang dijadikan sarang maksiat dan sebagainya.

IKLAN

Sebagai umat Islam, kita pastinya tidak ingin perkara-perkara mistik ini menggangu kehidupan. Perawat Bekam, Urutan, Peruqyah, Acupuncture dan Homeopathy, Aidil Bakar berkongsi beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk mengelakkan syaitan ikut dan masuk ke rumah kita.

SALAH satu cara jin dapat masuk ke dalam rumah kita adalah dengan kita bawanya pulang sendiri tanpa sengaja. -Foto: Canva 

PERTAMA: Membaca surah al-Baqarah

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah” (Hadis Riwayat Muslim)

KEDUA: Menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.” (Hadis Riwayat al-Bazzar. Berkata Ibn Hajar al-Haythami: Rijalnya thiqah)

IKLAN

BACA JUGA Syaitan dan jin boleh melihat aurat kita. Ini cara untuk elak dari dipandang

KETIGA: Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu.

Daripada Jabir bin Abdillah RA, Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang masuk ke dalam rumah lalu dia mengingati ALLAH ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata: ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingati ALLAH ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.” (Hadis Riwayat Muslim)

IKLAN

ANTARA amalan yang boleh diamalkan untuk mengelakkan syaitan ikut dan masuk ke rumah kita adalah dengan membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu. -Foto: Canva 

Juga daripada Jabir bin Abdillah RA, Nabi SAW bersabda: “Tutuplah pintu, dan sebutlah nama ALLAH kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama ALLAH).” (Hadis Riwayat Bukhari)

KEEMPAT: Memberi salam

Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar RA berkata: “Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Assalamu`alaina wa `ala ibaadillahis solihin – Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba ALLAH yang soleh.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Redah lebih 100km dari rumah ke tempat kerja, bolehkah solat jamak dan qasar?

January 15, 2023
Next

Kepada para suami, teladani layanan ‘tip-top’ Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda

January 16, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-05T221327.085
Gaya Hidup,

Beribadah sambil rawat sanubari di Surau Batu Sungai, Sintok

by Fatin Fatihah HussinFebruary 5, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-04T133003.221
Gaya Hidup,

Poket selalu kering, Ustaz Hanafi perturun tip praktikal untuk murah rezeki, langkah keempat paling padu

by Fatin Fatihah HussinFebruary 4, 2023
Cemburu
Gaya Hidup,

Benarkah kita tak dibenarkan cemburu?

by Nurulfatiha MuahFebruary 2, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-01T182428.714
Gaya Hidup,

5 cara mengurangkan kesedihan menurut Islam

by Fatin Fatihah HussinFebruary 1, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.