Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Poket selalu kering, Ustaz Hanafi perturun tip praktikal untuk murah rezeki, langkah keempat paling padu

by Fatin Fatihah HussinFebruary 4, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-04T133003.221
KITA tidak seharusnya risau dengan setiap urusan rezeki kerana ALLAH sudah mencukupkan segalanya.

Poket selalu kering, Ustaz Hanafi perturun tip praktikal untuk murah rezeki , langkah keempat paling padu

“USTAZ, gaji saya tak cukup setiap bulan. Terduduk juga saya fikir hal ni. Sedih bila terbayang muka isteri dan anak-anak di rumah. Tolong saya ustaz.”

Itulah antara luahan seorang hamba ALLAH ketika bertemu Ustaz Hanafiah Abdul Malek, seorang pendakwah yang amat disegani. Hal berkaitan kewangan antara topik dan permasalahan yang sering dijadikan rujukan kepada beliau.

Lantas menjawab hal berkaitan itu, Ustaz Hanafi berkongsi satu formula sebagai amalan agar sentiasa dimurahkan rezeki. Formula tersebut adalah D.U.I.T

D yang pertama kita kena buat ialah DOA, DHUHA dan DERMA.

U pula USAHA berterusan.

I ada tiga iaitu IKHTIAR, IKLAN dan ISTIGHFAR.

T yang terakhir ialah TAWAKAL dan TAQWA.

IKLAN

Ujar Ustaz Hanafi, itulah antara formula yang saya akan bagi kepada sesiapa sahaja jika permasalahan hidup yang dihadapi berkaitan rezeki.

USTAZ Hanafiah Abdul Malek

Ustaz Hanafi turut berkongsi dua kisah benar mengenai amalan murah rezeki ini.

Pernah satu hari ada seorang ibu telefon anaknya. Gaji anaknya kecil sahaja, kemudian buat kerja sambilan mengurut orang.

Ibunya telefon merayu nak RM300, nak buat kenduri kesyukuran. Anaknya jawab, “Insya-ALLAH mak, nanti abang bank in.”

Dia terus ke bank. Tengok-tengok dalam akaun ada RM250 sahaja. Dia pinjam RM50 daripada kawannya untuk cukupkan RM300.

Alhamdulillah dapat dan bank in kepada ibunya. Sedangkan waktu tu, dia pun ada tanggungan isteri dan keluarganya. Tapi atas niat nak gembirakan maknya, terus dia bagi apa yang ada.

BACA JUGA 12 penyebab pintu rezeki tidak terbuka, ini penjelasannya

Pada malam hari, dia pergi mengurut orang kaya. Upah yang diterima hanya RM50. Walau sikit, dia tetap bersyukur. Esoknya, orang kaya tu telefon.

Berdebar-debar hati lelaki tadi. “Apa kamu buat dekat saya ni? Datang ke rumah saya sekarang.” Sampai ke rumah orang kaya cerita.

“Lepas kamu urut, badan saya sihat dan batu karang keluar dari saluran kencing. Rasa luar biasa, sihat dan saya sangat gembira. Alhamdulillah. Saya nak bagi saguhati lebih sikit. Nah, ambil ni.”

Bila dibuka sampul surat tersebut, terkejut sangat lelaki ni. Masya-ALLAH ada sejumlah duit yang sangat banyak.

IKLAN

Begitulah kelebihan berbuat baik dan sentiasa banyakkan infak dan DERMA kepada ibu ayah. Didunia lagi kita sudah dapat merasa ganjarannya lebih-lebih lagi berkaitan rezeki.

SEBAGAI hamba kita terlepas pandang mengenai tanggungjawab kita sama ada kurang DERMA atau kurang ISTIGHFAR.

Kisah kedua berkenaan ISTIGHFAR

Kisah Imam Ahmad bin Hambal. Ada satu ketika waktu dia tidur di masjid, dia dihalau oleh orang masjid. Selepas isyak. Dia jalan keluar dan tiba di satu kedai yang dah bersiap nak tutup.

Sambil menguli dan berkemas, mulut pembuat roti di kedai berkumat kamit. Imam Ahmad lantas bertanya.

“Wahai penjual roti, apa yang kau kumat kamitkan tu?

“Oh aku beristighfar.”

IKLAN

Selepas kedai ditutup, pembuat roti ajak Imam Ahmad tidur di rumahnya.

Dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hambal ini.

BACA JUGA Qanaah, tanda reda dengan kurnia Ilahi, tidak terkilan kalau rezeki itu sedikit

Imam Ahmad pun tanya lagi.

“Apa kelebihan istighfar yang kau dapat tu?”

“Oh banyak, rezeki aku murah. Roti aku habis dijual. Malahan hajat-hajat aku dipenuhi ALLAH.” Jawabnya

“Cuma ada satu doa ni belum tercapai lagi. Aku nak jumpa Imam Ahmad bin Hambal. Sekali je pun cukuplah.”
Imam Ahmad pun terperanjat dan mengaku.

“Oh! akulah Imam Ahmad bin Hambal. Kerana istighfar kau inilah, dengan izin ALLAH aku hadir ke kampung kau.”

Masya-ALLAH gembira sangat pembuat roti.

Itulah kelebihan beristigfar.

Sebagai hamba, kita tidak seharusnya risau dengan setiap urusan rezeki. ALLAH sudah mencukupkan. Mungkin ada satu sisi, sebagai hamba kita terlepas pandang mengenai tanggungjawab kita sama ada kurang DERMA atau kurang ISTIGHFAR.

IKLAN
Previous

KDN serbu rumah pangsa jadi tempat sembunyi al-Quran tanpa kelulusan

February 4, 2023
Next

Sebut ‘amin’ selepas imam baca al-Fatihah, akan berguguranlah dosa yang telah lalu

February 4, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-23T162840.053
Gaya Hidup,

Besarnya fadilat amal istighfar ini pada 4 waktu terbaik

by Fatin Fatihah HussinMay 23, 2023
Jemputan kenduri
Gaya Hidup,

Terima dua jemputan kenduri yang jauh jaraknya, mana satu perlu diutamakan?

by Nurulfatiha MuahMay 17, 2023
Luqman al-Hakim
Gaya Hidup,

7 pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian

by Sarrah MohsinMay 17, 2023
Muliakan guru
Gaya Hidup,

Hormati dan muliakan guru, ia sebahagian sunnah yang digariskan oleh Rasulullah SAW

by Nurulfatiha MuahMay 16, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.