Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN
KUARANTIN satu perkataan yang biasa digunakan semenjak 2020 lagi. Sejak bermulanya wabak Covid-19, hasil carian di internet seluruh dunia telah meningkat melebihi 10,000 peratus, Sama ada pakar kesihatan, ahli politik atau pengamal media, kuarantin adalah cadangan terbaik sebagai salah satu kaedah paling berkesan untuk mengekang penularan wabak Koronavirus dan amalan ini sudah terbukti mampu mengekang kesan buruk penularan secara global.
Tetapi adakah kuarantin ini merupakan fenomena baharu?
Dan siapakah yang mula mencetuskan pempraktisan kuarantin ini?
Kamus Cambridge mendefinisi perkataan ‘Kuarantin’, sebagai “Keadaan, tempoh, atau tempat pengasingan di mana orang atau haiwan yang tiba dari tempat lain atau terdedah kepada penyakit berjangkit ditempatkan”.
Konsep kuarantin ini bukanlah suatu kaedah yang baharu, malah ia sudah digunakan sejak zaman berzaman lagi. Tetapi cendekiawan dunia bersetuju bahawa orang yang mengadatasi dan memashurkan istilah ini adalah seorang Muslim ahli polimatik Ibnu Sina, dunia barat mengenalinya sebagai Avicenna. Ibnu Sina Beliau dikenali dengan ilmunya dan juga sebagai pakar astronomi, pemikir dan penulis yang terkenal pada zaman kegemilangan Islam. Dia berpendapat amalan kuarantin ini adalah antara cara terbaik untuk mengawal penyebaran penyakit yang ditulis dalam ensiklopedia lima jilid karangannya al-Qanun fi-Tibb (The Canon of Medicine) yang diterbitkan pada tahun 1025.
Sarjana Muslim terkenal ini telah menjelaskan teorinya bahawa penyakit boleh merebak melalui zarah-zarah kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, penemuan yang terbukti berabad-abad kemudian, setelah penemuan mikroskop. Jika dilihat Ibnu Sina dengan sangat jelas berpandangan dan berfikiran jauh kehadapan, beliaulah yang bertanggungjawab atas konsep ‘Al arba’iniya’ jika diterjemahkan dari bahasa Arab memberi maksud 40 hari, satu kaedah pengasingan untuk menghentikan penyebaran penyakit.
Pada pertengahan tahun 1300-an ketika dunia diserang dengan Misteri Wabak Hitam(The Black Death) semua pelayar yang ingin berlabuh di Venice perlu tinggal di kapal selama 40 hari, di kuarantin sebelum diizinkan turun ke pelabuhan. Orang-orang Venesia memanggilnya sebagai ‘Quarantina’ dan begitulah asal usul bagaimana perkataan ‘kuarantin’ bermula. Satu pengaruh dari cendekiawan Muslim yang dikenali dunia.
Pada pertengahan tahun 1300-an ketika dunia diserang dengan Misteri Wabak Hitam(The Black Death) semua pelayar yang ingin berlabuh di Venice perlu tinggal di kapal selama 40 hari, di kuarantin sebelum diizinkan turun ke pelabuhan. Orang-orang Venesia memanggilnya sebagai ‘Quarantina’ dan begitulah asal usul bagaimana perkataan ‘kuarantin’ bermula. Satu pengaruh dari cendekiawan Muslim yang dikenali dunia.
Bukunya ‘Canon of Medicine’ diterjemahkan ke bahasa Latin di Sepanyol pada abad ke-12, manakala University of Bologna, di Itali yang juga universiti tertua di Eropah telah menjadikan karya Ibnu Sina sebagai asas pendidikan perubatannya pada abad ke-13. Oleh itu dari abad ke-13 hingga ke-17, ensiklopedia Ibnu Sina menjadi asas sebagai program pendidikan perubatan di Barat.
Karya Al-Qanun fit-Tib juga adalah kunci dalam perkembangan sastera perubatan dan program pendidikan dan tunggak dalam sejarah perubatan. Menurut sejarawan Jamal Moosavi, karya Avicenna terus memainkan peranan penting dalam perkembangan perubatan di dunia Islam dan Eropah selama 600 tahun setelah kematiannya.
Sumbangannya yang paling terkenal adalah dalam bidang perubatan. Dia ‘mencipta’ amalan mengkuarantin individu yang sakit untuk menghentikan penyebaran penyakit. Dia juga menulis banyak buku yang dijadikan teks atau dalil untuk mempraktikkan perubatan di Timur Tengah dan Eropah selama berabad-abad lamanya.
Sumber : Healthy Way Magazine/TRT World/Al Jazeera/scienceworksmuseum.org/