Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Muraqabah; terasa bahawa ALLAH dekat dan sentiasa perhatikan kita

by Sarrah MohsinMarch 15, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
murabaqah
MURAQABAH merupakan sifat yang wajib dimiliki setiap orang Islam. Foto: 123RF

MURAQABAH dari segi bahasa bermaksud pengawasan dan pantauan. Manakala dari sudut istilah, ia merujuk kepada keyakinan ada pada diri seseorang bahawa ALLAH sentiasa mengawasi, melihat, mendengar dan mengetahui segala perkara yang dikerjakan setiap waktu.

Dalam pada itu, muraqabah adalah suatu sifat wajib dimiliki setiap Muslim, kata pendakwah bebas Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari menerusi sebuah hantaran laman Facebook.

Malah, beliau berpendapat, selagi seorang mukmin tidak memperolehi sifat tersebut, maka masih belum lengkap agamanya.

Baca juga 5 ciri mukmin berjaya menurut Islam, berikut perinciannya

muraqabah

 

Baca juga Menu Rahmah; Jamu orang makan antara kriteria Muslim paling ideal

IKLAN

Jenis muraqabah

Ilmuwan Islam, Syeikh Ibrahim bin Khawwas mengatakan bahawa muraqabah adalah amalan yang bersih, sama ada secara tersembunyi atau terang-terangan. Ini kerana, orang yang menyedari bahawa ALLAH sedang mengawasinya sudah tentu menjaga setiap tindakan dan perilaku tidak kira masa atau di mana sekalipun.

Manakala, Syeikh Dr Abdullah Nasih Ulwan pula menggariskan 4 jenis muraqabah dalam Kitab Tarbiyah Ruhiyah (Didikan Kerohanian):

1. Muraqabah dalam ketaatan kepada ALLAH SWT.
Muraqabah dalam ketaatan kepada ALLAH adalah menjalankan segala perintah-NYA dengan penuh keikhlasan dia menyedari bahawa ALLAH mengetahui niat yang tersembunyi dalam jiwanya. Oleh itu, dia akan berusaha memelihara sebaiknya ibadah dan amalannya.

Baca juga Terpaut dengan alunan merdu al-Quran di Masjid Negara, dua pelancong Jepun peluk Islam

muraqabah

SIFAT muraqabah akan menjadikan kita hamba ALLAH yang lebih baik dan taat. Foto: 123RF

Baca juga Inilah 10 Muslim hebat yang mengubah dunia

IKLAN

2. Muraqabah dalam kemaksiatan.
Seseorang yang memiliki sifat ini akan menjauhi perbuatan dosa dan maksiat. Jika dia telah melakukan maksiat sekalipun, dia bertaubat dan meninggalkan kesalahan kerana menyedari bahawa ALLAH mengetahui, mengawasi dan berupaya pula mengampunkan.

3. Muraqabah dalam hal-hal bersifat Mubah (Harus).
Orang yang mempunyai sifat muraqabah akan menjaga adab-adab terhadap ALLAH. Contohnya, dia tidak kufur nikmat yang telah diberikan. Dia bersyukur, menjaga hubungan baik dengan orang, jujur, amanah, tidak lokek untuk membantu mereka yang memerlukan, berani berkata benar dan sebagainya.

muraqabah

KETAHUILAH segala kerja yang kita lakukan disaksikan oleh ALLAH SWT. Foto: 123RF

4. Muraqabah terhadap ujian dan musibah yang menimpa.
Iaitu sabar dan reda dengan musibah dan ujian yang menimpa. Di samping itu, dia sedar bahawa segalanya adalah kepunyaan ALLAH, maka DIA berhak untuk memberi dan mengambil apa jua perkara milik-NYA.

IKLAN

Seorang yang mempunyai sifat itu ketika diuji juga percaya bahawa ALLAH tahu apa yang terbaik untuk dirinya dan dia tidak putus asa daripada mengharapkan rahmat-NYA.

Turut disyorkan 3 sifat ini penyebab dosa

Cara melahirkan sifat muraqabah
1. Merenungi ciptaan ALLAH SWT serta mentadabburi ayat-ayat suci ALLAH dalam al-Quran.
2. Melatih diri untuk ‘menjaga’ perintah dan larangan ALLAH SWT, dimanapun dia berada.
3. Menziarahi kubur untuk mengingatkan diri tentang kematian.
4. Memperbanyak amalan-amalan sunnah, seperti zikrullah, solat sunat, tilawah al-Quran dan sebagaknya.
5. Teladani kehidupan salafussoleh dalam muraqabah iaitu bagaimana rasa takut mereka terhadap azab ALLAH yang sangat luar biasa.
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh yang memiliki rasa takut kepada ALLAH.
7. Memperbanyak menangis (kerana ALLAH), dan mengurangkan ketawa.

Justeru, orang yang telah menjadikan konsep muraqabah sebagai pasak dan tunjang akan mampu memandu dirinya sendiri.

Kesedarannya terhadap pengawasan ALLAH menyebabkan dia juga bertindak mengawasi diri sendiri. Malah dia menghisab setiap perbuatannya sebelum dihisab di akhirat kelak.

Sumber: Facebook Ustaz Iqbal Zain

Foto: 123RF

IKLAN
islammuraqabah
Previous

Gara-gara Islamofobia, ramai profesional Muslim di Perancis cari kerja di luar negara

March 15, 2023
Next

Selangor lantik wanita pertama sebagai nazir masjid, namun apa tugas nazir?

March 15, 2023

Related posts

ghibtah
Gaya Hidup,

Ghibtah – Dua keadaan HASAD yang dibenarkan

by Sarrah MohsinMarch 17, 2023
Tegur kesalahan secara terang-terangan
Gaya Hidup,

Tegur kesalahan secara terang-terangan dikira mengaibkan orang lain?

by Nurulfatiha MuahMarch 15, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-14T123609.763
Gaya Hidup, Uncategorized,

Doa agar ALLAH bantu menghadapi sakaratul maut

by Fatin Fatihah HussinMarch 14, 2023
rumah roboh al-Quran
Gaya Hidup,

Umpama rumah yang roboh, begitu bahayanya jika tiada satu pun hafalan al-Quran tersemat dalam hati

by Sarrah MohsinMarch 14, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.