Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Lelaki pakai cincin di jari tengah, apa kata Islam?

by Fatin Fatihah HussinDecember 30, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (98)
WALAUPUN Islam membenarkan kaum lelaki berhias contohnya seperti memakai cincin, namun haruslah mengikut apa yang disyariatkan oleh agama.

CINCIN adalah perhiasan bagi lelaki namun bukanlah semua jenis cincin itu dibolehkan. Walaupun Islam membenarkan kaum lelaki berhias namun haruslah mengikut apa yang disyariatkan oleh agama.

Satu isu yang timbul baru-baru ini, kelihatan ramai artis lelaki di Malaysia memakai cincin di jari tengah sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat adakah ia dibolehkan walaupun dengan alasan sekadar untuk berhias sewaktu sesi penggambaran?

Pendakwah, Rahim Azhari menjelaskan akan hukumnya lelaki disunatkan memakai di dua jari sahaja iaitu jari kelingking dan jari manis. Jari tengah tidak boleh kerana ia seolah menyerupai satu kaum yang dilaknat oleh ALLAH SWT.

“Iaitu kaum Nabi luth yang mengamalkan hubungan songsang lelaki sama lelaki, perempuan sama perempuan. Nabi SAW bersabda “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka dia sendiri telah tergolong dalam golongan itu”.

IKLAN

 LELAKI disunatkan memakai di dua jari sahaja iaitu jari kelingking dan jari manis sahaja. 

“Jadi elakkan memakai di jari-jari lain. Pakai di dua jari ini sahaja sunah, niat nak ikut sunah, ikut nabi dapat pahala,” katanya di laman media sosial beliau.

Lelaki boleh berhias dengan batu permata

Laman sesawang Al-Kafi #587: Hukum Lelaki Memakai Cincin Di Jari tengah menyebut, di dalam mazhab al-Syafie memakai cincin bagi lelaki adalah disunatkan. Begitu juga dibolehkan untuk lelaki memakai cincin daripada batu permata, zamrud, zabarjad dan `aqiq. Adapun memakai cincin emas bagi lelaki hukumnya adalah haram.

Baca juga Berkarya biarlah mengikut hukum-hakam Islam

Di dalam sebuah hadis Riwayat Muslim, Ali bin Abi Talib RA telah berkata, “Rasulullah SAW menegahku dari memakai cincin pada jari ini dan ini (sambil menunjukkan kepada jari tengah dan selepasnya iaitu jari telunjuk”, (Hadis Riwayat Muslim).

IKLAN

“Al-Imam an-Nawawi Rahimahullah mengatakan bahawa telah ijma’ sekalian muslimin akan sunnah memakai cincin pada jari kelinking bagi lelaki dan bagi wanita pula, boleh dikenakan pada mana-mana sahaja dari jarinya.

MEMAKAI cincin emas bagi lelaki hukumnya adalah haram. – Foto: Canva

“Adapun tegahan Nabi SAW pada hadis di atas membawa hukum makruh tanzih dan dibolehkan untuk mengenakan cincin pada tangan kanan ataupun kiri kerana pada keduanya itu terdapat hadis yang sahih.

IKLAN

“Begitu juga di sisi mazhab Hanbali, makruh hukumnya memakai cincin di jari tengah dan juga jari telunjuk berdasarkan tegahan Nabi SAW melalui hadis di atas. Adapun yang zahir dari mazhab Hanbali, tidak dimakruhkan untuk memakai cincin pada ibu jari dan juga jari manis. Ini seperti mana yang disebutkan di dalam kitab Kashaf al-Qina` dan Matalib Uli al-Nuha.

Baca juga Pengantin lelaki berinai 3 jari ketika berkahwin, apa hukumnya?

“Maka hukum bagi lelaki memakai cincin pada jari tengah (hantu) dan juga telunjuk adalah makruh tanzih dan yang sunahnya adalah dengan memakai pada jari kelinking dan menurut mazhab Syafie tidak kisah sama ada memakainya pada tangan kiri ataupun kanan.

“Sebaiknya pemakaian cincin pada jari tengah dan telunjuk harus dielakkan dan bagi lelaki di luar sana yang ingin memakai cincin, maka bolehlah memakainya pada jari kelinking ataupun jari manis”.

 

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Mereka yang amalkan menyapu mata ketika azan, ambil tahu perkara ini dahulu

December 29, 2022
Next

Usah kejar keuntungan hingga abaikan kelestarian alam

December 30, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (52)
Gaya Hidup,

Sebenarnya kita yang menjemput makhluk halus balik ke rumah. Istiqamah dengan EMPAT amalan mulia ini, elak terus diganggu iblis.

by Fatin Fatihah HussinJanuary 16, 2023
Istighfar
Gaya Hidup,

Istighfar bukan sekadar memohon keampunan ALLAH, tetapi juga dibuka pintu rezeki

by Nurulfatiha MuahJanuary 14, 2023
Bercakap tentang orang lain
Gaya Hidup,

Suka bercakap tentang orang lain? Hati-hatilah dengan perbuatan ini

by Nurulfatiha MuahJanuary 11, 2023
GAMBAR PORTAL FB (27)
Gaya Hidup,

‘Orang tak suka dekat kita’, Ustaz Abdullah Khairi kongsi tips agar disenangi ramai

by Fatin Fatihah HussinJanuary 10, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.