Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Gaya Hidup, Personaliti, Pilihan Editor,

Janji, Pengorbanan Khabib

by Rozdan MazalanMarch 24, 2021
3
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
kabibb
Khabib, atlet Islam paling berpengaruh

“Ibu adalah sesuatu yang paling berharga di sisi saya hari ini.

“Jangan sesekali memaksa saya melakukan perkara yang boleh mengecewakan ibu saya.” kata bekas Juara Bertahan lightweight, Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov, 33 ketika di temuramah oleh salah satu media dari Rusia.

Amaran yang nampak bersahaja namun jauh di sudut hati peninju Mixed Martial Arts (MMA) yang juga atlet muslim paling popular di dunia itu menunjukkan ketegasannya meninggalkan dunia yang diceburinya buat selama-lamanya meskipun dalam keadaan kariernya sedang memuncak.

Keputusan itu dibuat kerana berpegang kepada janji yang dilafazkan di hadapan ibunya, Patimat Nurmagomedova.

Mengambil masa selama tiga hari untuk berfikir membuktikan ia adalah satu keputusan yang amat berat, apatah lagi terpaksa mengecewakan peminatnya dari seluruh dunia yang sedang menyanjung tinggi karier dan menjadi inspirasi.

Namun apa yang perlu kita renungkan bukanlah populariti dirinya, tetapi sifat keperibadiannya sebagai seorang muslim yang dituntut oleh Islam untuk berpegang kepada janji serta tanggungjawab dirinya sebagai seorang anak untuk menjaga ibunya selepas individu yang banyak membakar semangatnya di gelaggang tinju iaitu ayahnya, Abdulamanap Nurmagomedov telah meninggal dunia pada Mei tahun lalu.

“Saya berkecimpung dalam sukan ini sudah bertahun-tahun dan melakukannya sepanjang hidup ini.

IKLAN

“Saya juga telah mencapai semua perkara dalam sukan ini dan kini kalau ada yang masih perlu saya lawan ialah ‘janji’ saya.

Berdoa sebelum dan bersyukur selepas pertarungan adalah amalan Khabib.

Di luar sana saya tahu ramai yang ingin mendapatkan wang, mereka berusaha untuk sesuatu, untuk kehidupan, jadi adakah keputusan saya itu salah?,” katanya di hadapan media sebaik saja menjuarai UFC 254 menentang Justin Gaethje sekali gus menjadi pertarungan terakhirnya di Abu Dhabi, United Arab Bersatu (UAE) pada Oktober tahun lalu.

Keputusan yang mengejutkan banyak pihak itu dibuat selepas membuat perjanjian bersama ibunya sebelum pertarungan terakhir bersama Gaethje berlangsung. Di atas kemenangan itu jugalah Khabib nekad untuk memegang janji yang dibuat kerana beberapa sebab.

Sebagai seorang muslim, kita harus beriman pada hari akhirat, di mana setelah itu semua manusia akan diminta bertanggungjawab atas perbuatan kita selama di atas dunia.

Hal ini termasuk semua janji yang pernah dia buat pun akan dituntut di akhirat kelak. Allah berfirman, “Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik bermanfaat sampai dia dewasa dan penuhilah janji. Sesungguhnya janji itu pasti dituntut di hari akhirat“.- Surah Al Isra’ ayat 34.

Ingkar terhadap janjinya sendiri merupakan salah satu sifat orang munafik. Sedangkan, Allah sangat membenci orang munafik. Maksud itu diceritkan di dalam al-Quran surah An Nisa ayat 145, Allah berfirman, “Sungguh, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat pertolongan dari sesiapa”.

Menerusi ayat itulah, Khabib atau digelar The Eagle merasakan sudah sampainya masanya dia mengalas tanggungjawab terhadap ibu dan keluarga selepas kematian ayahnya yang cukup memberi kesan mendalam dalam dirinya.

IKLAN

Khabib bersama Abdulamanap yang juga, ayah, sahabat dan jurulatih, individu yang sentiasa berada di sisinya.

Selain arwah ayah, Abdulmanap yang sebelum ini menjadi individu paling penting dan sentiasa berada di sisinya setiap kali bertarung, Khabib juga tidak akan berjaya di dunia dan akhirat sekiranya tanpa mendapat restu dan doa dari seseorang dari rumah, iaitu ibunya Patimat.

Setiap kali Khabib berada dalam gelanggang, ajalnya tidak siapa yang tahu, saat itulah kegusaran ibu yang mengandungkan pasti merasa takut, risau dan sentiasa berdebar-debar untung nasib anaknya, selamat atau tidak. Doalah yang menjadi kekuatan buat Patimat terhadap anaknya.

Begitupun tidak ramai yang mengenali keperibadian Patimat yang melahir dan membesar Khabib di sebuah bandar Makhachkala, Dagestan, Rusia pada 20 September 1988.

Anak kedua daripada tiga beradik itu juga sudah dihantar bersekolah sejak berusia lima tahun lagi dan sangat berminat dengan aktiviti berkebun dan penternakan.

Seperti yang ditulis di dalam media Essentially Sports, bapanya menyedari Khabib mempunyai potensi menjadi atlet berlandaskan bentuk fizikal dan semangatnya.

IKLAN

Hasrat itu ditentang kuat Patimat yang mahu Khabib menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Kata Patimat, “Tinggalkan saja anak saya, dia perlu menumpukan kepada pelajaran,” tegasnya.

Malah Patimet turut menyuarakan teguran gurunya, Pariza Elendulaeva yang sering mendengar rungutan Khabib bahawa dia merasa terbeban dan penat dengan berlatih setiap hari.

“Ibu sangat memahami keadaan saya dan sering mengambil berat terhadap saya, malah layanannya juga cukup sopan,” kata Khabib yang mengakui ibunya tidak menyukai Khabib menjadi atlet MMA malah tidak pernah menyaksikan pertarungan anaknya itu.

Faham dengan situasi itu, Khabib akan sentiasa memastikan ibunya tidak merasa risau terhadap dirinya setiap kali berada di dalam gelanggang dan akan terus menghubungi ibunya sebaik selesai bertarung.

“Memang kemana saja saya pergi, ayah akan bersama malah banyak media bercerita mengenainya sebagai jurulatih, ayah dan sahabat berbanding ibu, namun jujurnya saya lebih dekat dengan ibu, malah akan terus menghubungi ibu apabila selesai sesebuah pertandingan, saya tidak mahu dia risau dan berjanji akan pulang segera bertemunya dan memberitahunya saya lebih sayang ibu dari ayah,” katanya di dalam majalah Sportsmanor.

Keperibadian Patimet yang dikenali sebagai dermawan dan sering memberikan makanan kepada anak-anak yatim menjadi sebab doa-doanya dimakbulkan dalam memastikan keselamatan anaknya, malah Khabib pernah mengumumkan kemenangan pada pertandingan UFC 148 dengan menumpaskan Gleison Tibau pada 07 Julai 2012 sebagai hadiah tanda kesyukurannya di atas doa dari ibunya.

“Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. Tidak mungkin saya akan ke sini lagi tanpa ayah saya,” kata Khabib pada pertarungan terakhir pada 24 Oktober 2020 sambil menitiskan air mata.

Khabib nekad meninggalkan dunia peninju.

Khabib berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Gaethje dari Amerika Syarikat. Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi itu, Khabib menumpaskan Gaethje menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua. Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib dan kini dia bersara dengan rekod cemerlang 29 kemenangan tanpa kalah.

 

IKLAN
khabibMMApeninjurusiathe eagleUFC
Previous

Tuai Hasilnya Di Dunia Dan Akhirat

March 24, 2021
Next

Raih Keampunan Pada Malam Nisfu Syaaban

March 24, 2021

Related posts

Tsabit bin Qurra
Personaliti,

Tsabit bin Qurra, Bapa Ilmu Statistik yang disegani

by Nurul Fatiha MuahJune 17, 2022
qanaah
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Qanaah, tanda reda dengan kurnia Ilahi, tidak terkilan kalau rezeki itu sedikit

by Muhd Azman Mohd NawiJune 11, 2022
Imam Nawawi
Personaliti,

Imam Nawawi mengabdikan diri dengan ilmu sehingga sanggup tidak berbaring ketika tidur

by Nurul Fatiha MuahMay 20, 2022
Tok Ku Paloh
Personaliti,

Tok Ku Paloh ulama hebat dalam ilmu tasawuf sehingga mencapai darjat al-Kashaf

by Nurul Fatiha MuahMay 13, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.