Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Jamu selera ala bufet memang ‘best’, tapi apa pandangan Islam tentangnya?

by Nurulfatiha MuahMarch 13, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Bufet
-Foto: Canva

Jamu selera ala bufet memang ‘best’, tapi apa pandangan Islam tentangnya?

BAHANG bulan Ramadan kian terasa. Lebih-lebih lagi apabila banyak premis perniagaan mempromosikan hidangan bufet untuk berbuka puasa.

Tidak kurang juga apabila ada pihak tertentu menawarkan pakej bufet Ramadan bagi menjamu orang kurang berkemampuan seperti anak yatim dan ibu tunggal berbuka puasa.

Meskipun demikian, ada pihak yang berpandangan hidangan seperti itu tidak wajar. Ini kerana pelanggan membayar harga yang sama, tetapi kuantiti makanan diambil dalam kadar berbeza.

Sebelum menjurus kepada jawapan tersebut, lebih molek andai kita memahami terlebih dahulu tentang hukum jual beli.

Baca juga Jual beli tanpa tahu harga, ramai yang pandang remeh tentang perkara ini, sedangkan…

IKLAN

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, segala bentuk jual beli adalah harus pada dasarnya.

“Namun begitu, ia boleh berubah menjadi makruh atau haram atas sebab wujudnya unsur-unsur makruh atau haram kerana ada elemen-elemen yang tidak dibenarkan oleh syarak seperti al-gharar (ketidakpastian), al-maisir (perjudian) dan sebagainya pada traksaksi dijalankan.

Bufet

SEGALA bentuk jual beli diharuskan dalam Islam, tetapi ia boleh jatuh hukum makruh atau haram andai terdapat elemen-elemen yang tidak dibenarkan oleh syarak. -Gambar hiasan

“Oleh sebab itu, selaku individu Muslim wajib menjauhi sebarang urus niaga yang mengandungi segala unsur tidak dibenarkan ini,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Irsyad Al-Fatwa Siri ke-762: Hukum Jual Beli Hidangan Bufet yang disiarkan di laman web rasmi pejabat mufti berkenaan.

Dalam isu gharar, artikel itu menyebut, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu al-Gharar al-Yasir (ketidakjelasan kecil atau ringan) dan al-Gharar al-Fahish (ketidakjelasan yang besar).

Baca juga Bukan semua ‘gharar’ diharamkan dalam Islam, berikut perinciannya  

Memperincikan lanjut, Imam an-Nawawi menjelaskan, jual beli yang jelas mengandungi unsur gharar dan mampu dielakkan adalah satu larangan yang besar.

IKLAN

Begitupun, para ulama bersepakat dalam mengharuskan gharar yang ringan dan sukar dielakkan.

“Sebagai contoh, melakukan akad sewaan dengan menyatakan tempoh sewaan selama satu bulan, yang mana dalam sepurnama itu terdapat 29 hari, 30 atau 31 hari.

“Begitu juga apabila memasuki tandas awam dengan bayaran sama walaupun terdapat perbezaan dalam penggunaan air dan tempoh orang menggunakan kemudahan tersebut,” katanya.

Bufet

JUAL beli bufet Ramadan termasuk dalam kategori gharar yasir iaitu ketidakjelasan yang ringan dan sedikit. -Foto: Canva

IKLAN

Berbalik kepada persoalan tentang hukum jual beli bufet Ramadan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, perkara itu termasuk dalam kategori gharar yasir iaitu ketidakjelasan yang ringan dan sedikit yang mana perbezaan kuantiti makanan yang diambil tersebut masih boleh diterima secara adat.

Baca juga Makanan Tidak Baik Jadi Punca Hati Gelap

“Para ulama bersepakat mengharuskan jual beli yang mempunyai unsur gharar yang sedikit dan sukar dielakkan.

“Justeru, hukum jual beli hidangan bufet adalah harus menurut syarak,” ungkapnya.

Justeru, tidak salah untuk kita berbuka mahupun makan hidangan yang dijual secara bufet di pasaran.

Cuma, usah terlalu tamak mencedok itu dan ini sehinggakan tak terjamah hidangan yang sudah diambil tadi. Jangan sampai kita jadi saudara syaitan gara-gara pembaziran yang dilakukan.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

***Foto: Canva

IKLAN
Bufetbufet Ramadanjamu selera ala bufetsinarislamplus
Previous

Antara taat pada ibu dan nafkah untuk isteri, jangan sampai suami jadi anak derhaka

March 13, 2023
Next

Mutawif ini kongsi tips berpuasa di Tanah Suci sepanjang Ramadan

March 13, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-23T162840.053
Gaya Hidup,

Besarnya fadilat amal istighfar ini pada 4 waktu terbaik

by Fatin Fatihah HussinMay 23, 2023
Jemputan kenduri
Gaya Hidup,

Terima dua jemputan kenduri yang jauh jaraknya, mana satu perlu diutamakan?

by Nurulfatiha MuahMay 17, 2023
Luqman al-Hakim
Gaya Hidup,

7 pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian

by Sarrah MohsinMay 17, 2023
Muliakan guru
Gaya Hidup,

Hormati dan muliakan guru, ia sebahagian sunnah yang digariskan oleh Rasulullah SAW

by Nurulfatiha MuahMay 16, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.