Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Ini suntikan ‘dos penyelamat’ agar tidak menjadi Mat Jenin moden yang bermimpi pada siang hari

by Nurulfatiha MuahDecember 30, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Mat Jenin moden
SEBAGAI insan yang ingin perubahan positif dalam kemajuan diri, lakukan beberapa suntikan 'dos penyelamat' azam agar tidak menjadi angan Mat Jenin moden. -FOTO: 123RF/ Gambar kecil: DR ZAIZUL

INI suntikan ‘dos penyelamat’ agar tidak menjadi Mat Jenin moden yang bermimpi pada siang hari

Lusa kita akan meraikan tahun baru 2023. Pelbagai peristiwa pahit dan manis telah dilewati sepanjang 2022.

Setiap tahun kita sentiasa menanam azam untuk dicapai dengan pelbagai impian yang indah. Ada dalam kalangan kita yang mungkin masih membawa impian tahun lepas dengan membuat perubahan diri yang drastik sebagai satu misi baru travelog pelangi indah pada tahun ini. Tetapi masih ada yang terkial-kial tidak keruan mencari arah mana yang patut dimulakan.

Sedarkah kita akan azam yang sering tidak kesampaian akibat tiadanya fokus dan komitmen.

Baca juga  Bina Azam Baru Yang Praktikal. Baca 10 Tip ini .

IKLAN

Mahu tidak mahu sebagai insan yang inginkan perubahan yang positif dalam kemajuan diri memerlukan beberapa suntikan dos penyelamat azam agar tidak menjadi angan Mat Jenin moden yang hanya bermimpi di siang hari.

Tetapi bagaimana dengan peristiwa besar yang telah mewarnai 2022 dengan pelbagai kisah tawa dan duka. Pesta bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 merupakan fenomena paling termahal dalam sejarah penganjuran piala dunia yang menelan kos AS$220 bilion (RM965 bilion) oleh tuan rumah Qatar. Sudah terang lagi bersuluh Piala Dunia kali ini membuka mata dunia tentang keindahan Islam yang universal dan aspek mengasihi sesama umat manusia serta tidak radikal seperti yang dipaparkan oleh golongan Islamofobia.

Kepelbagaian manusia diharmonikan

Pelancaran bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 juga sangat istimewa dengan dimulakan dengan dialog yang sangat ringkas tetapi padu oleh pelakon Hollywood, Morgan Freeman dan ikon pemuda Qatar iaitu Ghanim al-Muftah yang berdebat tentang bagaimana kepelbagaian dan perbezaan manusia dapat diharmonikan di bawah satu bumbung?

Ghanim menjawab dengan membaca surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya, KAMI telah menciptakan kamu daripada laki-laki dan perempuan, kemudian KAMI jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya, ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA TELITI.”

Ia sememangnya waktu terbaik yang dimanfaatkan oleh Qatar agar Islam lebih dikenali dan difahami dengan info yang betul seperti memperkenalkan kod QR mengenai Islam yang diletakkan dalam setiap bilik hotel serta mural hadis Nabi Muhammad SAW yang ada di sekitar bandar tersebut bagi melestarikan proses dakwah Islamiah kepada peminat Piala Dunia 2022.

Baca juga Kenali Ghanim al Muftah, duta Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, “Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi,” serta hadis yang diriwayatkan oleh Muslim “Siapa yang sanggup mendinding dirinya dari api neraka, walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan (segera)”.

IKLAN

Bukti kerja keras oleh kerajaan Qatar ini telah menyebabkan sekitar 500 orang memeluk Islam dan angka-angka ini semakin meningkat selepas berakhirnya Piala Dunia FIFA dan syiar Islam terus bertebaran ke seluruh pelusuk dunia.

Begitu juga dengan insiden tanah runtuh Batang Kali yang menimbus tempat perkhemahan telah menggemparkan negara pada 16 Disember lalu ini melibatkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat dan 31 lagi terkorban. Kejadian kedua terbesar ini membabitkan jumlah mangsa maut tertinggi selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1993 yang mengorbankan 48 nyawa.

Baca juga Usah kejar keuntungan hingga abaikan kelestarian alam

Bangkitkan cakna rakyat

IKLAN

Bagi yang berfikiran positif, tragedi ini dianggap sebagai satu ujian dan memberi kesan yang mendalam kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia dalam aspek menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Mat Jenin moden

SEMPENA tahun baharu, ayuh kita tanamkan azam untuk menjadi insan yang terbaik hari demi hari dan jadikan musibah yang berlaku sebelumnya sebagai pedoman untuk memakmurkan alam dengan sebaik-baiknya. -GAMBAR HIASAN/ FOTO: 123RF

Jiwa kesamaan dan keihsanan yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Pertahanan Awam (APM), pasukan Search And Rescue (SAR), petugas media, pasukan kesihatan termasuklah seluruh rakyat Malaysia harus dipuji yang sentiasa mendoakan keselamatan kepada semua mangsa.

Sebenarnya kejadian ini diharapkan dapat membangkitkan sikap cakna masyarakat Malaysia mengenai kepentingan memiliki ilmu pengetahuan berkenaan cerun. Namun, fenomena ini umpama hanya bermusim dan akan berlalu pergi umpama air banjir yang surut ke muara kerana manusia itu sentiasa mempunyai sifat lupa sehinggalah berlaku kejadian tanah runtuh yang lain pula.

Hakikatnya, apa yang berlaku adalah peringatan daripada ALLAH SWT dan alam agar manusia tidak terus leka terhadap tugas hakiki kita sebagai khalifah untuk menjaga dan memakmurkan alam dengan sebaik-baiknya.

Di dalam surah al-Anbiya’, ayat 31, ALLAH telah menjelaskan bahawa fungsi sebenar bukit-bukau sebagai pasak dan pemegang kestabilan algoritma bumi. Malah, pihak yang berwajib perlulah sentiasa memantau perbuatan meneres kawasan bukit-bukau yang mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan terhadap alam yang akhirnya mengundang bala petaka kepada kita semua.

Mungkin agak sukar untuk kita penuhi azam baru 2023 dengan gelembung endemik Covid-19 yang masih wujud dan banjir yang baru melanda. Tetapi dengan kudrat semangat yang masih berbaki kita masih lagi berupaya untuk bangkit memahatkan seteguh azam agar segala impian di tahun 2023 ini akan tercapai dengan Iradat dan Rahmat daripada ALLAH SWT. Semoga keinginan kita tadi tidak menjadi angan-angan Mat Jenin moden lagi.

***Artikel ditulis oleh Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Zaizul Ab Rahman

IKLAN
2023azam baharuMat Jenin modensinarislamplustahun baharu
Previous

Sudahlah ditimpa musibah, pahala pula hilang

December 30, 2022
Next

Gembira atas musibah orang lain? Segera nyahkan perasaan itu jauh-jauh

January 3, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (52)
Gaya Hidup,

Sebenarnya kita yang menjemput makhluk halus balik ke rumah. Istiqamah dengan EMPAT amalan mulia ini, elak terus diganggu iblis.

by Fatin Fatihah HussinJanuary 16, 2023
Istighfar
Gaya Hidup,

Istighfar bukan sekadar memohon keampunan ALLAH, tetapi juga dibuka pintu rezeki

by Nurulfatiha MuahJanuary 14, 2023
Bercakap tentang orang lain
Gaya Hidup,

Suka bercakap tentang orang lain? Hati-hatilah dengan perbuatan ini

by Nurulfatiha MuahJanuary 11, 2023
GAMBAR PORTAL FB (27)
Gaya Hidup,

‘Orang tak suka dekat kita’, Ustaz Abdullah Khairi kongsi tips agar disenangi ramai

by Fatin Fatihah HussinJanuary 10, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.