Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Selit Duit Dalam Al-Quran Dan Kitab Agama, Ini Jawapan Agamawan

by Nurulfatiha MuahSeptember 6, 2021
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Selit duit dalam al-Quran
ELAKKANLAH menyelit duit di celah-celah mushaf al-Quran dan kitab agama. -Gambar hiasan

SEGELINTIR orang gemar menyelit duit selain daripada di dalam dompet masing-masing. Tujuannya berbuat demikian tidak lain tidak bukan adalah untuk menyimpan dan ‘melupakan’ terus wang berkenaan.

Apabila tiba waktu kecemasan, maka duit selit tadi bolehlah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Tidak perlulah sampai korek wang tabung andai jumlah duit yang diperlukan tidak sebesar mana.

Walaupun kebanyakan urus niaga kini menggunakan sistem perbankan online dan transaksi tanpa tunai, tetapi duit selit untuk kegunaan kecemasan tetap masih dipraktiskan.

Terdapat banyak tempat yang menjadi pilihan ramai untuk menyelit duit. Antaranya di dalam laci tersorok, poket seluar yang tidak digunakan dan di dalam buku.

IKLAN

Namun, bagi sesiapa yang suka menyelit duit dalam buku, berhati-hatilah. Bukan apa, kita tidak boleh berbuat demikian dalam sembarangan kitab.

Baca juga Bukan Sahaja Makanan Dan Minuman, Pendapatan Haram Juga Tidak Boleh Digunakan Untuk Keperluan Rutin Dan Tuntutan Wajib

Pendakwah Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Salman menjelaskan, kita dilarang menyimpan duit di dalam mushaf al-Quran mahupun kitab agama.

PU SALMAN

Beliau kemudian menukilkan pandangan Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Kitab Tuhfatul Muhtaj yang menyatakan bahawa: “Haram meletakkan seumpama duit dalam kertas yang tertulis ayat al-Quran dan menjadikannya sebagai pemelihara duit (daripada hilang, dikotori dan sebagainya).”

Bukan itu sahaja, dalam Kitab Fathul Mu’in, ada dijelaskan bahawa: “Haram meletakkan seumpama duit di dalam sesuatu yang tertulis ayat al-Quran kesemuanya atau sebahagiannya ataupun kertas ilmu yang tertulis ilmu agama seperti fiqah, hadis dan tafsir. Begitu juga meletakkan di celah-celah helaian (mushaf atau buku agama).”

Sementara itu, Kibat I’anatut Talibin menjelaskan: “Meletakkan duit (dibungkus) dalam kertas yang mengandungi ayat al-Quran sama dengan hukum (haram) meletakkan duit di celah-celah helaian kertas (yang mengandungi ayat al-Quran).”

IKLAN

Berdasarkan pernyataan yang dikemukakan oleh PU Salman menerusi laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini, jelaslah bahawa haram meletakkan wang dalam sesuatu yang tertulis ayat al-Quran termasuklah kitab agama, selain kitabullah yang mengandungi kalam-kalam ALLAH SWT.

Baca juga Mukjizat Al-Quran Kepada Nabi Muhammad SAW Paling Agung Berbanding Kitab-Kitab Samawi Lain

Sementara itu, pendakwah terkemuka, Azhar Idrus menjelaskan, sebenarnya tiada nas khusus yang mengharamkan kita meletakkan duit dalam mushaf al-Quran.

IKLAN

AZHAR IDRUS

Pun demikian, jelas beliau, apa yang diharamkan andai kita menyimpan wang berkenaan dalam kitab suci berkenaan untuk tujuan ‘tarik duit’ dan mempercayai perkara-perkara khurafat yang dilarang oleh agama Islam.

“Begitu juga jika kita meletakkan wang berkenaan dalam al-Quran dan mempercayai bahawa rezeki akan bertambah. Ketahuilah bahawa ia adalah kepercayaan yang karut.

“Seandainya wang tadi disimpan di celah-celah al-Quran tiada masalah melainkan duit berkenaan sahih terkena najis. Maka dilarang untuk kita menyentuhnya pada al-Quran,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video bertajuk ‘Simpan duit dalam al-Quran’.

Selit duit dalam al-Quran

SEBAIKNYA usahlah kita selit wang dalam al-Quran. Banyak lagi tempat lain boleh kita selitkan duit berkenaan.

Sebaiknya, tidak perlulah kita menyelit wang atau apa sahaja ke dalam kalam ALLAH SWT yang menjadi mukjizat paling agung kepada Nabi Muhammad SAW.

Usahlah kita cemari kitab suci berkenaan dengan perkara yang dilarang. Sebaliknya, manfaatkan kalamullah dan kitab agama dengan membacanya serta mengambil isi kandungannya untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Foto: Freepik

IKLAN
kitab agamaSelit duit dalam al-Quransinarislamplus
Previous

Hanya Kerana Lidah, ALLAH Akan Mencampakkan Muka Seseorang Dahulu Ke Dalam Neraka

September 3, 2021
Next

Utamakan Hutang Berbanding Sedekah Walaupun Kepada Ibu Bapa

September 7, 2021

Related posts

Larangan ALLAH
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Mengapa masih seronok buat larangan ALLAH sedangkan solat cukup dan sudah baca al-Quran?

by Nurulfatiha MuahDecember 22, 2022
Ujian
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Ujian bukan untuk merendahkan martabat manusia, tapi mempersiapkan kita dengan kejayaan

by Nurulfatiha MuahDecember 16, 2022
Ekonomi
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Contohi cara Nabi Yusuf AS tangani kegetiran ekonomi

by Nurulfatiha MuahDecember 16, 2022
Larangan ALLAH
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

5 cara ALLAH SWT menghapuskan dosa hamba-NYA. Cara yang kelima sangat sukar dilalui manusia, namun besar ganjaran menanti

by Nurulfatiha MuahDecember 14, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.