Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Gaya Hidup,

Ini Mitos-Mitos Dalam Perkahwinan Yang Perlu Diketahui

by Nurul Fatiha MuahSeptember 9, 2021
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Mitos perkahwinan
MESKIPUN yakin jodoh itu ketentuan daripada ALLAH SWT, namun masih ada segelintir orang yang salah anggap tentang kekurangan dan kelemahan yang berlaku selepas diijab kabul. -Gambar hiasan.

SEMUA orang mengimpikan gerbang perkahwinan yang bahagia, penuh sakinah dan mawaddah. Itulah antara matlamat bagi setiap pasangan yang diijab kabul.

Ya, perkahwinan merupakan suatu ikatan suci yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita asing pada asalnya. Lebih menyerikan rumah tangga apabila pasangan tersebut dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Ia bukan sekadar mengikat kasih sesama pasangan. Bahkan, anak-anak juga adalah penyambung legasi keturunan kita, selain meramaikan umat Nabi Muhammad SAW yang akan terus mempertahankan agama Islam dengan izin-NYA.

Begitu besar harapan kita. Namun begitu, tidak semua yang diimpikan itu akan menjadi kenyataan. ALLAH SWT jualah sebaik-baik perancangan.

Masakan tidak, setiap orang didatangkan dengan ujian yang pelbagai, sesuai dengan kemampuan masing-masing. Ada segelintir orang diuji dalam perkahwinan, soal rezeki dan lain-lain.

Adakalanya ujian demi ujian yang ditempuh membuatkan kita lelah dan memikirkan nasib diri yang malang dan tidak baik.

IKLAN

Pendakwah Asmak Husin berkongsikan mitos-mitos dalam perkahwinan yang sering kali ditanyakan oleh kebanyakan orang menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

ASMAK

Antara persoalan lazim yang acap kali dilontarkan oleh warganet kepada beliau adalah tentang isteri yang mendapat suami tidak solat dan panas baran.

Semua itu langsung tidak pernah dibayangkan sebelum ini kerana mereka mengandaikan dapat suami dapat menjadi ‘imam’ yang baik dan memimpin solat jemaah serta bertadarus bersama, ungkapnya.

Ketahuilah bahawa itu bukan nasib malang. Sebaliknya, ia adalah satu bentuk ujian. Suami yang tidak baik bukan penghalang untuk kita masuk syurga, terangnya.

Baca juga Jangan Sewenang-wenangnya ‘Jatuh Hukum’ Sendiri Tentang Status Perkahwinan, Buruk Padahnya

Hakikatnya, jelas beliau, ALLAH SWT sudah lama memberikan model wanita yang terpaksa melalui kehidupan sebegitu dalam kalam-NYA.

“Bayangkan, bagaimana Asiah iaitu seorang wanita yang kuat imannya, tetapi bersuamikan lelaki paling zalim dan dilaknat oleh ALLAH SWT iaitu Firaun.

“Namun, ia tidak dijadikan alasan kepada Asiah untuk terus bersedih dan kecewa. Sebaliknya, keimanan dan ketakwaannya semakin kuat. Mengertilah, semakin kita kuat bersabar dan yakin dengan ALLAH, percayalah pahala besar menanti kita.

“Bagi yang belum berkahwin pilihlah dan berhati-hati dalam memilih jodoh. Jangan pernah berhenti berdoa memohon jodoh yang baik,” pesannya.

IKLAN
Mitos perkahwinan

USAH mengeluh jika ditakdirkan lambat untuk bertemu jodoh. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Bukan itu sahaja, Asmak menjelaskan, ada segelintir orang yang mengeluh jodohnya begitu lambat, sedangkan usia pula semakin hari semakin lanjut.

Malah, dalam kalangan mereka, ada yang menyimpan perasaan cemburu tatkala melihat rakan-rakan di sekeliling sudah berumah tangga dan dapat memburu pahala besar dalam perkahwinan.

“Suka untuk saya ingatkan, tidak semestinya perkahwinan sahaja yang mempunyai ladang pahala. Ibu bapa juga merupakan ladang pahala yang sangat berharga.

“Barangkali ALLAH SWT belum rezekikan kita berkahwin kerana khidmat kamu pada ibu bapa belum cukup besar. Sebaiknya, usahlah bersedih dan fokus betul-betul berkhidmat kepada ibu bapa, perbaiki dan eratkan hubungan adik beradik sebelum mereka meninggalkan kita.

“Ini kerana tiada kasih sayang sesuci kasih ayah dan ibu. Soal jodoh pula, jangan berhenti berusaha untuk mencari dan perbaiki diri. Insya-ALLAH masanya akan tiba kelak,” katanya.

Seperkara lagi, pendakwah itu turut memperbetulkan persepsi masyarakat yang menganggap alam perkahwinan sebagai perkara yang manis-manis belaka dan menyeronokkan.

IKLAN

Pada hakikatnya, jelas beliau, sebelum berkahwin semuanya kelihatan indah kerana kita belum dibebani dengan amanah dan tanggungjawab.

Mitos perkahwinan

SETIAP manusia akan diuji oleh ALLAH SWT mengikut kemampuan masing-masing. Ia termasuklah dalam urusan perkahwinan dan sebagainya. -Gambar hiasan.

“Ya, sebelum berkahwin pasangan kita nampak perfect 10, tetapi selepas berkahwin, sedikit demi sedikit kekurangan pasangan kita semakin terpancar.

“Pada masa itu, kita akan mula ada konflik, isu dan masalah. Sebenarnya, itu perkara biasa dalam alam rumah tangga kerana lelaki dan wanita selama-lamanya tidak akan sama.

“Oleh itu, dalam perkahwinan, pentingnya ilmu, pengurusan konflik, komunikasi dan teknik-teknik rumah tangga agar perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah,” jelasnya.

Justeru, bersabarlah adalah jalan terbaik dalam mengharungi apa jua perkara termasuk rintangan dalam kehidupan kita di dunia yang fana ini.

Usah mudah melatah kerana ujian itulah yang mencorakkan warna-warni dan pahit maung sepanjang kita menjadi khalifah di muka bumi ALLAH ini.

Semua itu bakal memberatkan timbangan amal kita di akhirat andai kita bersabar menghadapi apa jua ujian yang diturunkan oleh-NYA.

Foto: 123rf

IKLAN
Mitos perkahwinansinarislamplus
Previous

Pelawak Amerika Muslim Bantu Masyarakat Atasi Ketakutan 9/11

September 9, 2021
Next

Pelaburan Berasaskan Kontrak Musyarakah. Ini Kriteria Yang Kita Perlu Fahami

September 10, 2021

Related posts

Gaya Hidup, Gaya Hidup, Panduan,

Sunnah kibas tilam sebelum tidur. Ini sebabnya

by Sarrah MohsinMay 12, 2022
Peranan ibu bapa
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Perkasakan peranan ibu bapa, usah biarkan gajet kuasai anak-anak

by Nurul Fatiha MuahMarch 25, 2022
Wanita dimuliakan dalam Islam
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Ada sebab mengapa wanita begitu dimuliakan dalam Islam, berikut perinciannya

by Nurul Fatiha MuahMarch 21, 2022
Adab terima hadiah
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

7 adab yang diajar Islam saat terima hadiah

by Nurul Fatiha MuahMarch 12, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.