Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Gaya Hidup,

Ini Maksud Kemerdekaan Sebenar Dalam Islam,  Ramai Yang Masih Belum ‘Bebas’ Sepenuhnya

by Nurul Fatiha MuahAugust 27, 2021
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Kemerdekaan dalam Islam
HAYATI makna kemerdekaan sebenar menurut perspektif Islam.

Oleh DR AZRI BHARI

SABAN tahun, pada tanggal 31 Ogos, hari kemerdekaan negara pasti akan diingati dan dirai seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.

Namun, disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang masih belum menghentikan amukannya, kemeriahannya tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Pun demikian, ia tidak bermakna semangat patriotisme dan sambutannya tidak boleh diteruskan. Ia masih boleh dilakukan, dengan syarat sesuai dengan norma baharu kini.

Definisi merdeka secara asasnya bermaksud bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan sebagainya. Menurut seorang tokoh Islam, Syed Muhammad Naquib al-Attas, dalam konteks Islam, kebebasan merujuk kepada ikhtiyar dan bukan hurriyyah.

Ikhtiyar adalah memilih sesuatu untuk yang lebih baik dan menurut tuntutan sifat atau dasar yang benar, selari dengan fitrah insani dan tuntutan ILAHI.

Persoalannya, adakah memadai dan cukup untuk umat Islam melaungkan slogan merdeka, mengibarkan Jalur Gemilang dan menyambut peristiwa 31 Ogos sahaja?

Ketahuilah, hakikat kemerdekaan sebenarnya adalah bukan sekadar kebebasan daripada penjajahan musuh seperti yang difahami oleh kebanyakan daripada kita.

IKLAN

Menurut perspektif Islam, ia terkandung erti tersirat dan tersurat di sebalik sebuah kemerdekaan. Huraiannya adalah seperti berikut:

1. Kebebasan manusia dalam menikmati kehidupan.

Ia sesuai dengan fitrah dan selaras dengan matlamat sebenar penciptaan manusia iaitu hanya untuk beribadah kepada ALLAH SWT.

Perkara itu telah dijelaskan oleh ALLAH SWT dalam firman-NYA yang bermaksud: “Dan (ingatlah) AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-KU.” (Surah al-Dzariyat, ayat 56)

Dalam sebuah kisah yang mashyur, diceritakan tentang pertemuan bersejarah Rib’ie bin Amir dengan panglima tentera Parsi bernama Rustum yang telah menzahirkan sebuah slogan kemerdekaan dan kebebasan yang sebenar seperti yang dianjurkan dalam Islam.

Kemerdekaan dalam Islam

PENGERTIAN kemerdekaan menurut konteks Islam begitu luas maknanya yang perlu kita fahami supaya menjadi insan yang bebas sepenuhnya daripada belenggu penjajahan pemikiran, pengaruh sikap dan aklak buruk serta selainnya.

2. Kebebasan daripada belenggu penjajahan pemikiran dan ideologi.

Dua elemen berkenaan merupakan ancaman yang jauh lebih besar daripada penjajahan secara fizikal.

IKLAN

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi ALLAH ialah Islam…” (Surah Ali ‘Imran, ayat 19)

Baca juga Pengisian Hari Kemerdekaan Menerusi Surah Al-Mulk dan Tujuh Surah Musabbihat dalam Malaysia #QuranHour

Kedatangan Islam itu sendiri adalah bertujuan untuk membawa mesej dan bersifat kemerdekaan. Agama suci ini juga sejak sekian lama menyeru manusia supaya membebaskan diri daripada pemikiran dan ideologi yang salah.

Islam sendiri bermaksud kesejahteraan, kedamaian dan keamanan. Kesemuanya menjurus kepada maksud kemerdekaan. Islam juga adalah satu sistem, cara hidup yang benar dan bersifat komprehensif untuk memandu kehidupan manusia di dunia dan mencapai kejayaan di akhirat.

Ketika dunia dilanda pelbagai fitnah, ujian dan cabaran pada akhir zaman, keteguhan iman dan kebijaksanaan akal sangat diperlukan bagi membuat pilihan yang tepat.

Kaedah dan cara berfikir masyarakat memerlukan asas kefahaman Islam yang mantap supaya misi dan matlamat kehidupan di dunia dan akhirat lebih jelas.

Jikalau aspek itu dapat dipenuhi, sebarang ideologi yang bertentangan tidak dapat mempengaruhi, apalagi mengganggu gugat pendirian masyarakat Islam.

IKLAN

3. Kebebasan daripada pengaruh sikap dan akhlak buruk yang merosakkan imej masyarakat dan Islam.

Islam juga menyifatkan merdeka sebagai bebas daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan ALLAH.

Secara tidak langsung, agama yang mulia ini telah berjaya menyelamatkan tamadun manusia daripada sistem perhambaan, sama ada antara sesama manusia ataupun hawa nafsu yang diselubungi oleh kesyirikan, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan.

Kemerdekaan dalam Islam

SINGKIRKAN sikap negatif dan gantikannya dengan akhlak mahmudah sebagaimana yang disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW. Demikianlah pengisian kemerdekaan yang sebaik-baiknya.

Pada era milenial ini, masyarakat dilihat pada zahirnya tidak banyak bercakap, tetapi cenderung berkomunikasi secara maya melalui media sosial dengan laras bahasa dan ekspresi kata-kata yang membimbangkan.

Pesan Nabi Muhammad SAW: “Kamu hendaklah menjauhi prasangka buruk kerana sesungguhnya prasangka buruk itu percakapan yang paling dusta, janganlah kamu berdiam (kerana ingin mendengar dan mencari keburukan orang), jangan kamu mengintip (kerana mencari kesalahan), jangan kamu saling mendengki, jangan kamu saling membelakangi (kerana bermusuh), dan jangan kamu saling membenci. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.” (Riwayat al-Bukhari)

Justeru, apalah erti sebuah kemerdekaan sekiranya akhlak kita masih dijajah, ditakluk dengan gaya hidup negatif masyarakat jahiliah seperti berkata lucah, cepat marah, bercakap hal yang keji, menuduh tanpa bukti, menyebar fitnah, mewujudkan ketegangan kaum dan sebagainya.

Sikap negatif tersebut perlu segera disingkir dan digantikan dengan akhlak mahmudah seperti yang disyorkan Nabi Muhammad SAW yang merupakan kesayangan kita semua. Itulah pengisian kemerdekaan sebaik-baiknya yang perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

***Dr Azri Bhari ialah Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor

Foto: 123rf

IKLAN
Kemerdekaan dalam Islamsinarislamplus
Previous

Begitu Besarnya Jihad Ibu Hamil, ALLAH Janjikan Imbalan Yang Bukan Calang-Calang

August 27, 2021
Next

Hati-hati pakai jubah, dress. Wanita ‘bertelanjang’ tak cium bau Syurga

August 27, 2021

Related posts

qanaah
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Qanaah, tanda reda dengan kurnia Ilahi, tidak terkilan kalau rezeki itu sedikit

by Muhd Azman Mohd NawiJune 11, 2022
Gaya Hidup, Gaya Hidup, Panduan,

Sunnah kibas tilam sebelum tidur. Ini sebabnya

by Sarrah MohsinMay 12, 2022
Peranan ibu bapa
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Perkasakan peranan ibu bapa, usah biarkan gajet kuasai anak-anak

by Nurul Fatiha MuahMarch 25, 2022
Wanita dimuliakan dalam Islam
Gaya Hidup, Gaya Hidup,

Ada sebab mengapa wanita begitu dimuliakan dalam Islam, berikut perinciannya

by Nurul Fatiha MuahMarch 21, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.