Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Berdoa tidak perlukan lafaz khusus dan skrip

by Fatin Fatihah HussinJanuary 31, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (100)
APA yang penting adalah keikhlasan dan kesungguhan kita dalam berdoa.

BERDOA tidak perlukan skrip. Kelihatan seperti kata bicara biasa, namun ia sebenarnya memberi maksud mendalam bagi sesiapa sahaja yang memahami.

Fakri Fadzli, editor dan duta buku ‘Jejak Tarbiah‘ berkongsi perihal seseorang apabila berdoa usahlah terlalu bergantung kepada skrip.

Ujarnya, doa dengan apa sahaja lafaz yang terlintas di minda walaupun perkara yang sama dan umum. Apa yang penting adalah keikhlasan dan kesungguhan kita dalam berdoa.

“Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ada ulas dengan baik tentang ini dalam kitab al-Da’ wa al-Dawa’. Menurut beliau, ada manusia yang menyangka tatkala doanya dimakbulkan ia adalah kerana lafaz doa tersebut.

IKLAN

“Walhal doa itu dimakbulkan kerana keadaan dirinya yang berdoa pada waktu itu yang bersungguh dan dalam keadaan terdesak. Bukan semata-mata kerana lafaz.

BETAPA hebatnya kuasa sebuah doa sehingga ALLAH akan mengabulkannya di waktu yang tepat. -FOTO: Pexels

“Tambah Imam Ibn Qayyim lagi, ada juga sebahagian orang yang berdoa di sesuatu tempat seperti kubur dan doanya dimakbulkan lalu menyangka doanya dimakbulkan kerana kubur.

BACA JUGA Tukar doa biasa kepada teknik doa luar biasa

“Sedangkan doanya dimakbulkan kerana kesungguhan dan keterdesakan dirinya. Jika dia berdoa dengan doa dan cara yang sama di masjid, itu lebih dicintai oleh ALLAH SWT daripada kubur.

IKLAN

“Tentang lafaz doa pula, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah mengatakan ALLAH SWT akan memakbulkan apa sahaja lafaz doa walaupun jika tersilap dari sudut tatabahasa dan sebutan.

“Sebab apa yang ALLAH SWT lihat adalah kesungguhan hati bukan semata-mata keindahan lafaz,” tulis Fakhri menerusi satu hantaran di laman facebook.

Jangan sombong untuk berdoa

Seterusnya memetik perkongsian Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, dalam al-Quran, ALLAH menggalakkan kita berdoa dan kemudian (dalam ayat yang sama) ALLAH menyebutkan tentang sifat sombong, seakan-akan kedua perkara ini mempunyai perkaitan.

Larangan ALLAH

PERBANYAKKAN berdoa kepada ALLAH SWT dalam setiap keadaan, sama ada susah mahupun senang. Ia adalah medium komunikasi yang ampuh di antara seorang hamba dan Tuhannya. -FOTO: 123RF

IKLAN

Firman ALLAH SWT:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-KU nescaya AKU perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-KU, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir ayat 60)

“Perhatikan bagaimana seteleh memerintahkan manusia berdoa, ALLAH menyebutkan tentang perihal hamba-hamba yang sombong. Ayat ini seolah-olah memberikan satu indikator, bahawa mereka yang enggan tunduk dan patuh kepada ALLAH dan tidak berdoa kepadanya adalah golongan yang sombong.

“Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Syaukani menjelaskan: “Ayat ini menunjukkan bahawa doa itu adalah ibadah, dan meninggalkan doa kepada ALLAH SWT adalah satu kesombongan.” (Tuhfah al-Zakirin: 28)

BACA JUGA 10 doa ini boleh diamalkan setiap hari bermula bangun pagi sehingga sebelum tidur

“Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dalam setiap keadaan, sama ada susah mahupun senang. Ia adalah medium komunikasi yang ampuh, di antara hamba dan Tuhannya, yang menggambarkan kekuatan hubungan dan pengabdian kepada ALLAH, katanya.

IKLAN
Previous

Letupan bom di masjid Peshawar ketika Muslimin sedang solat Zuhur, ini fakta-fakta yang perlu diketahui

January 31, 2023
Next

Enggan bayar kos perkhidmatan keselamatan atau penyelenggaraan rumah, ketahui pandangan agama dalam hal ini

January 31, 2023

Related posts

Gambar bapa memakai kostum dinosaur
Gaya Hidup,

Bapa pakai kostum dinosaur demi pupuk anak minat mengaji al-Quran

by Fatin Fatihah HussinMay 30, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-23T162840.053
Gaya Hidup,

Besarnya fadilat amal istighfar ini pada 4 waktu terbaik

by Fatin Fatihah HussinMay 23, 2023
Jemputan kenduri
Gaya Hidup,

Terima dua jemputan kenduri yang jauh jaraknya, mana satu perlu diutamakan?

by Nurulfatiha MuahMay 17, 2023
Luqman al-Hakim
Gaya Hidup,

7 pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian

by Sarrah MohsinMay 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.