Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Amalkan 3 cara didik anak ikut umur, ikuti panduan daripada Sayidina Ali RA

by Fatin Fatihah HussinNovember 29, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Merotan
JIKA anak ada melakukan kesalahan, usahlah memarahi mereka dengan kata-kata yang kesar. Sebaliknya, tegurlah secara berhemah dan berhikmah.

SEMAKIN anak-anak membesar, semakin berbeza cara pendekatan ibu bapa dalam mendidik mereka. Faktor umur telah membuatkan tahap kefahaman dan kebijaksanaan anak berubah sejajar dengan perkembangan diri.

Renungkan kata-kata daripada Imam Ghazali: “Anak adalah amanah ALLAH bagi kedua-dua orang tuanya”. Justeru, amanah yang dijalankan perlu seiring dalam mencorak akhlak dan personalliti anak.

Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tuanya yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” (Hadis Riwayat Imam Baihaqi dan Muslim)

Pengarang di malaysiaterjah.blogspot.com, Dr Amirul Amin berkongsi di laman Facebooknya mengenai rumusan tiga cara melayani anak mengikut kelompok umur oleh Saiyidina Ali Bin Abi Talib RA.

Sayidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:

IKLAN

1. Kelompok pertama tujuh tahun (umur 0 – tujuh tahun), melayan anak sebagai raja.

Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan.

Dera anak angkat

KATA-KATA daripada Imam Ghazali: “Anak adalah amanah ALLAH bagi kedua-dua orang tuanya”. 

Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:

1. Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya.

2. Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggung apabila kita letih atau sakit.

3. Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk. Kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya.

IKLAN

2. Kelompok kedua tujuh tahun (umur lapan – 14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.

Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab.

Usia lapan hingga 14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.

Merotan

MENDIDIK anak, akhlak yang mulia sejak kecil.

Rasulullah SAW juga menyeru ibu bapa agar mendidik anak menunaikan solat fardu bermula usia tujuh tahun. Seterusnya ibu bapa dibolehkan memukul atau menghukum si anak (dengan tujuan mendidik) sekiranya mereka meninggalkan solat setelah mencecah usia 10 tahun.

IKLAN

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amru bin Al – ‘Ash RA bahawa Rasulullah SAW bersabda “Perintahkanlah kepada anak-anak kamu untuk mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka untuk sekiranya mereka solat ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur kamu” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Baca juga Kesilapan besar anak terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Bermula usia lapan hingga 14 tahun pula merupakan tempoh waktu yang sesuai untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang.

Contohnya seperti menunaikan solat wajib lima kali sehari, memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat, menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis, membaca al-Quran, membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak dan menerapkan disiplin dalam aktiviti harian.

Penghargaan dan hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia tujuh tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.

Merotan

JANGAN sewenang-wenangnya merotan anak tanpa mengambil kira adab yang telah diajarkan oleh agama Islam.

3. Kelompok ketiga tujuh tahun (umur 15 -21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.

Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baligh.

Ibu bapa seharusnya meletakkan diri mereka sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Sayidina Ali bin Abi Thalib.

Sewaktu usia 15 – 21 tahun ini juga adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa dan menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.

IKLAN
Previous

Asal kejadian wanita bukan daripada tulang rusuk lelaki. Fahami penjelasannya melalui kitab al-Quran dan Bible

November 29, 2022
Next

Masih belum dikurniakan jodoh? Boleh amalkan 4 doa ini

November 30, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (52)
Gaya Hidup,

Sebenarnya kita yang menjemput makhluk halus balik ke rumah. Istiqamah dengan EMPAT amalan mulia ini, elak terus diganggu iblis.

by Fatin Fatihah HussinJanuary 16, 2023
Istighfar
Gaya Hidup,

Istighfar bukan sekadar memohon keampunan ALLAH, tetapi juga dibuka pintu rezeki

by Nurulfatiha MuahJanuary 14, 2023
Bercakap tentang orang lain
Gaya Hidup,

Suka bercakap tentang orang lain? Hati-hatilah dengan perbuatan ini

by Nurulfatiha MuahJanuary 11, 2023
GAMBAR PORTAL FB (27)
Gaya Hidup,

‘Orang tak suka dekat kita’, Ustaz Abdullah Khairi kongsi tips agar disenangi ramai

by Fatin Fatihah HussinJanuary 10, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.