Browsing Category

Pilihan Editor

Al-Monitor
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Mesir Akan Jadikan Ibu Kota Islam Tertua di Afrika Sebagai Muzium Terbuka

no comment

KERAJAAN Mesir mengumumkan untuk menghidupkan kembali kehidupan baharu di kota lama Fustat sebagai ibu kota Islam tertua di Afrika. Ia akan mengubahnya menjadi muzium terbuka untuk pengunjung dari seluruh dunia.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menterinya, Mustafa Madbouly ketika pertemuan bersama pegawai yang bertanggungjawab dalam projek pembangunan Taman Fustat.

Projek Fustat Gardens telah bermula dan akan siap tidak lama lagi. Gambar: nogoum fm

Menurut kenyataan yang diterbitkan menerusi laman Facebook perdana menteri itu, projek pembangunan ‘Fustat Gardens’ bertujuan untuk menjadikan taman awam yang menghadap ke tapak bersejarah dan monumen arkeologi itu sebagai destinasi pelancongan serantau dan global.

Projek itu juga akan menawarkan aktiviti rekreasi dan industri tradisional khas wilayah dengan menghidupkan semula warisannya di seluruh era Pharaonik, Koptik, Islam dan moden.

Ketua Sektor Barang Antik Islam, Koptik dan Yahudi, Majlis Tertinggi Antiquities, Osama Talaat, berkata dalam wawancara menerusi saluran DMC pada 23 Ogos lalu, taman itu akan dibina di kawasan seluas 500 ekar di tengah-tengah Kaherah yang merupakan rumah bagi Muzium Nasional Tamadun Mesir, Danau Ain el-Sira, Kompleks Agama dan Masjid Amr Ibn al-Aas.

Osama berkata, pengunjung akan dapat melawat lorong-lorong di kota lama Fustat yang asli dan kini dalam proses pemulihan.

Perarakan 22 mumia dari Muzium Mesir di Tahrir Square ke Muzium Nasional Tamadun Mesir di Fustat. Gambar: BBC

Pada 3 April lalu, sebanyak 22 mumia kerajaan telah dipindahkan dalam perarakan dari Muzium Mesir di Tahrir Square ke Muzium Nasional Tamadun Mesir di Fustat.

Penyelidik Islam, Moaz Lafi memberitahu Al-Monitor bahawa destinasi yang kaya dengan barang antik akan menarik pelancong terutama di Fustat yang tidak ada di peta pelancongan sebelum pembangunan Muzium Nasional Tamadun Mesir dan Danau Ain el-Sira.

Moaz mengatakan bahawa dia melihat semasa lawatannya ke Muzium Nasional Tamadun Mesir dan kawasan sekitarnya bahawa projek pembangunan itu berpotensi menjadi maju kerana aspek saintifik yang mengimbangi sifat arkeologi dan sejarah sekitar.

“Lokasi itu sangat sesuai untuk pelancong yang mencari lawatan bersepadu kerana perkhidmatan yang tidak ada di muzium Mesir sebelum ini telah disediakan, seperti restoran, kafe dan bazar.

“Selain itu, pembinaan jalan untuk pelancong berjalan kaki sejauh 250 meter di tepi Danau Ain el-Sira dengan kemudahan tempat duduk disediakan dapat memberi keselesaan kepada mereka yang melawati muzium itu nanti,” katanya.

Dia mengatakan, Fustat memiliki banyak barangan antik sejak ribuan tahun dan menjadi tapak tinggalan dengan ketinggian seperti rumah empat tingkat yang juga digelar sebagai pencakar langit kuno kerana ianya tidak dimiliki di bandar Islam lain.

Mengenai kepentingan sejarah dan arkeologi Fustat, Pengarah Umum Jabatan Penyelidikan, Kajian Arkeologi dan Penerbitan Akademik di Sinai Selatan Kementerian Pelancongan dan Barang Antik, Abdel Rahim Rihan, berkata bandar itu termasuk Kompleks Agama, di mana kuil Yahudi yang dikenali sebagai Sinagoga Ben Ezra telah dijumpai bersama dengan gereja Mesir kuno seperti gereja Saint Sergius dan Bacchus (Abu Serga).

“Lokasi itu akan merangkumi gua sepanjang enam meter dan lebar 4.5 meter yang terbahagi kepada tiga bahagian dan dipisahkan oleh tiang batu. Gua itu terletak 6.3 meter di bawah bumbung gereja, sementara lantai gereja itu sendiri terletak 3.6 meter di bawah permukaan jalan.

“Gereja lain yang turut dijumpai termasuk Gereja Gantung, Gereja Saint Barbara, Gereja Mary Gerges, Gereja Perawan (Qasriet Al-Rihan), Gereja Orang Suci Abakir dan Yohanna, Gereja Ortodoks Yunani St George, Gereja St. Mercurius Abu Sefein dan Gereja Abba Shenouda.

“Fustat juga merupakan rumah bagi masjid tertua kedua di Mesir dan Afrika setelah Masjid Sadat Quraisy (di wilayah Sharqia) yang kini menjadi sebagai Masjid Amr ibn al-Aas, tambah Abdel Rahim.

Gereja Abu Serga yang berada di Jalan ‘Holy Family’, mendorong kerajaan untuk menaiktaraf jalan-jalan menuju ke Kompleks Agama dan mewujudkan jalan alternatif untuk pengangkutan awam. Kerajaan juga mendirikan papan tanda dan tempat duduk serta mendirikan informasi pelancongan untuk kawasan seluas 800 meter hingga 1 kilometer dari lokasi kuil itu.

Muzium Nasional Tamadun Mesir Fustat adalah salah satu muzium kuno yang paling penting dan terbesar di dunia. Ia adalah muzium pertama yang dikhaskan untuk keseluruhan tamadun Mesir, dengan lebih daripada 50,000 artifak yang menceritakan tahap-tahap perkembangan peradaban dari zaman kuno hingga moden.

Tambahnya, pusat pertukangan di Fustat, yang merupakan antara projek utama yang dibentuk oleh Kementerian Kebudayaan dengan tujuan menghidupkan kembali kegemilangan masa lalu.

Dia menekankan bahawa projek pembangunan Fustat akan mengubah kawasan itu menjadi laman bandar bersepadu yang menggabungkan lama dan baharu dan mewujudkan hubungan antara masa kini dan masa lalu, semuanya dikelilingi oleh taman-taman yang indah.

Menurut Abdel Rahim, taman ini akan bersaing dengan Park Guell yang baharu dirancang di Barcelona dan didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia.

Kota Fustat dibangunkan sejak tahun 641 dan dibina oleh Panglima Arab Amr ibn al-Aas setelah penaklukan Islam di Mesir.

Fustat bermaksud ‘khemah’ dan kota itu berfungsi sebagai ibu kota Mesir selama 113 tahun yang diikuti oleh al-Askar, al-Qata’i. Bandar-bandar itu kini menjadi sebahagian daripada satu entiti yang dikenali sebagai Kaherah.

 

Sumber: Al-Monitor

 

 

PM News Nigeria
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Pelajar Sekolah Islam Tegina Dibebaskan Oleh Penculik

no comment

KUMPULAN bersenjata di Nigeria telah membebaskan kesemua pelajar yang diculik daripada sebuah sekolah Islam pada bulan Mei lalu.

Seramai 136 pelajar Sekolah Islam di Tegina diculik kumpulan lelaki bersenjata dan menuntut wang tebusan.

Pegawai sekolah mengatakan, seramai 15 pelajar telah melarikan diri pada bulan Jun dan enam lagi meninggal dunia ketika dalam tahanan.

Penculikan besar-besaran sebagai tebusan semakin menjadi-jadi di Nigeria sejak kebelakangan ini.

Keadaan sekolah Islam yang menjadi lokasi penculikan kumpulan bersenjata. Gambar: BBC

Guru besar sekolah itu, Abubakar Alhassan, mengatakan bahawa dia tidak dapat memberikan jumlah yang tepat berapa ramai pelajar yang telah dibebaskan, tetapi mengakui tiada lagi murid yang masih ditawan.

Dia memberitahu agensi berita AFP bahawa para pelajar itu telah dibawa pulang.

Pada 30 Mei lalu, kumpulan lelaki bersenjata yang menunggang motosikal telah menyerbu kota dan melepaskan tembakan, membunuh seorang dan mencederakan yang lain.

Bapa pelajar, Fati Abdullahi, berkata anak perempuannya berusia 18 tahun dan anak lelaki berusia 15 tahun turut menjadi mangsa penculikan oleh kumpulan itu.

“Ketika orang ramai melarikan diri, penyerang pergi ke sekolah dan menculik pelajar-pelajar itu.

“Pada bulan Julai lalu, penculik itu turut menculik seorang lelaki dewasa dan menghantar kembali untuk menuntut wang tebusan bagi menjamin pembebasan pelajar-pelajar itu.

“Ibu bapa dan pentadbir sekolah ramai telah menjual harta benda dan sebahagian tanah sekolah untuk membayar wang tebusan. Tetapi mereka kemudian mengatakan bahawa pembayarannya tidak mencukupi,” kata Fati yang bersyukur kerana kedua anaknya kini telah dibebaskan dengan selamat baru-baru ini.

Sehingga kini lebih 1,000 pelajar telah diculik daripada sekolah-sekolah di seluruh utara Nigeria sejak Disember tahun lalu, walaupun kebanyakannya telah dibebaskan.

Pihak berkuasa di sana telah dikritik teruk kerana kegagalan mereka menangani ketidakamanan negara yang meluas termasuk krisis penculikan yang semakin mendalam.

Sumber: BBC News

2 (2)
Isu, Pilihan Editor,

Fahami Konsep Hijrah Rasulullah

no comment

Oleh: Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Melaka, Majlis Aagama Islam Melaka,  Datuk Ibrahim Fadzil

Baginda berkorban dan berjaya mendepani cabaran

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan hari penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Penghijrahan tersebut telah membuka lembaran baru serta berlakulah perkembangan dan penyebaran dakwah Islamiyyah dengan lebih sistematik dan teratur.

Setiap tahun, kedatangan tahun baharu hijrah mengingatkan seluruh umat Islam dengan sejarah suka duka dan pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh Baginda Rasullulah SAW yang berhijrah dari Kota Makkah ke Madinah.

Seperti sedia maklum, hijrah bermaksud perpindahan yang merupakan salah satu strategi yang digunakan Nabi Muhammad SAW bagi tujuan mengembangkan penyebaran agama Islam.

Peristiwa hijrah juga memberi panduan yang jelas kepada umat Islam mengenai erti sebuah pengorbanan dan kejayaan yang terpahat dalam liputan sejarah.

Hijrah Rasulullah SAW bukan semata-mata melibatkan proses perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain, tetapi juga boleh dijadikan iktibar sebagai satu proses perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lebih baik.

Bagi menghayati konsep penghijrahan, umat Islam dituntut melakukan pengorbanan untuk berhijrah demi mengharapkan keredaan ALLAH SWT serta kehidupan yang lebih baik sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Sempena awal Muharam ini, umat Islam diseru untuk memperingati hijrah Baginda Rasulullah SAW dan perjuangan Baginda sepanjang menjadi utusan ALLAH SWT.

Baginda tidak pernah menyerah kalah atau berputus asa dalam menyampaikan dakwah, meskipun berdepan dengan pelbagai tentangan dan dugaan dari kaum Quraisy.  Ini membuktikan betapa kuat dan tabahnya baginda bertahan demi menegakkan agama ALLAH SWT.

ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH, dan orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada Muhajirin), mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.” (QS. Al-Anfal:74)

Cabaran yang harus ditempuhi oleh umat Islam masa kini adalah berdepan dengan penularan pandemik Covid-19.

Penularan ini memberi impak yang sangat membimbangkan dari aspek kesihatan, nyawa, ekonomi, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Ramai yang terkesan ada diantaranya hilang perkerjaan, hilang punca pendapatan dan hilangnya orang yang tersayang disebabkan jangkitan pandemik ini.

Berubah

Hikmah berlakunya penularan ini adalah sebagai peringatan yang diberikan oleh ALLAH SWT supaya kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya dengan mengikuti perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

Perubahan diri menjadi lebih baik merupakan satu penghijrahan yang sangat dituntut dalam Islam, di mana dahulunya seseorang itu mempunyai sifat mazmumah (sifat hati yang keji) mampu berubah kepada sifat mahmudah (sifat hati yang terpuji).

Sebagai contoh, seseorang itu sebelum ini mempertikaikan dan enggan menunaikan ibadah zakat, pada hal ia adalah satu tuntutan daripada Islam, maka azam tahun baharu Islam ini mereka tekad dan akur dengan perintah ALLAH SWT untuk menunaikan ibadah zakat demi memberi manfaat kepada lebih ramai asnaf yang memerlukan serta mereka yang terjejas pendapatannya disebabkan pandemik.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadikan permulaan tahun baharu ini sebagai titik tolak untuk meningkatkan keazaman serta berubah dari segi amalan dan perbuatan baik seharian seterusnya mengharapkan rahmat ALLAH SWT.

Bagi merealisasikan impian tersebut, kita mestilah sentiasa disiplin dan istiqamah dalam melakukan perubahan. Sentiasa bermuhasabah diri dan tanamkan dalam diri untuk berubah dengan niat ikhlas serta lakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Selain sambutan Awal Muharram, umat Islam juga digalakkan berpuasa sunat pada hari ke-10 dalam bulan Muharram; yang dikenali sebagai Hari Asyura bagi meraih ganjaran dan keberkatan daripada ALLAH SWT secara berterusan.

Semoga ketibaan tahun baharu ini memberi seribu nikmat dan keberkatan oleh ALLAH SWT di samping dapat melatih diri untuk menjadi insan yang bertakwa kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya.

Mudah-mudahan penghijrahan dan ibadah yang kita lakukan mendapat reda ALLAH SWT serta menjadikan kita hamba-Nya yang sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya. InsyaALLAH.

Sebarang pertanyaan dan pembayaran zakat bolehlah layari www.izakat.com atau hubungi  talian 1-300-88-0233 di Zakat Melaka atau tinggalkan mesej di talian whatsapp 011-58583885 untuk info lebih lanjut.

 

Reddit
Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Kemenangan Manzikert: Bagaimana Pertempuran Mengubah Nasib Islam dan Kristian

no comment

SETIAP tahun, pada 26 Ogos, dunia Islam akan merayakan ulang tahun kemenangan Manzikert iaitu ketika orang-orang Turki Seljuk, yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Alp Arslan (1029-1072), mengalahkan Empayar Rome yang dipimpin oleh Kaisar Romanos IV pada tahun 1071 Masihi (463H).

Kemenangan Manzikert merupakan salah satu kemenangan paling berpengaruh dalam sejarah Islam. Paling istimewa, ia juga telah mempengaruhi sejarah agama Kristian.

Kepentingan kemenangan di Manzikert bukan hanya daripada fakta bahawa ia membuka jalan bagi penaklukan Turki di Anatolia tetapi juga membawa perubahan politik, geografi, ekonomi dan demografi di wilayah Anatolia.

Ilustrasi yang menggambarkan Sultan Alp Arslan, yang terletak di Muzium Istana Topkapi. Gambar: Wikimedia

Punca perang
Selepas kematian Sultan Seljuk Tughrul Bey, perebutan kuasa terus meletus. Anak saudaranya Alp Arslan menyelesaikan konflik dengan bantuan wazir terkenal, Nizam al-Mulk pada tahun 1063.

Alp Arslan bekerja selama beberapa tahun untuk mendirikan kerajaannya di wilayah-wilayah yang menjadi miliknya sebelum membuat penaklukan baharu dan kemudian bergerak untuk memperluaskan wilayah negara itu melalui penaklukannya.

Pada tahun 1071, Alp Arslan menyiapkan tentera yang besar dan pergi ke Mesir untuk menyingkirkan pemerintahan Fatimiyyah. Dalam perjalanan, dia menguasai Diyarbakir dan Aleppo. Dia juga mengetahui bahawa Kaisar Rom Timur, Romanos Diogenes telah muncul sebagai ketua pasukan besar yang bermaksud untuk menghapuskan negara Seljuk dan mengakhiri keberadaannya. Orang Turki di Iran dan Anatolia Timur kemudian menuju ke Baghdad.

Maharaja Romanos menginginkan kemenangan ketenteraan yang hebat, di mana dia akan membuktikan dirinya maharaja dan memperkuat asas pemerintahannya untuk meyakinkan rakyatnya dan para bangsawan bahawa dia berhak memerintah. Ini kerana dia bukan keturunan maharaja tetapi dinobatkan sebagai maharaja selepas perkahwinannya dengan Permaisuri Eudocia Macrembolitissa iaitu janda Maharaja Constantine X Doukas.

Syiling dicetak atas nama Alp Arslan dengan gelaran Shahanshah. Gambar: Daily Sabah

Alp Arslan pergi bersama tenteranya ke Timur Efrat dan memerintahkan demobilisasi sebahagian besar kekuatan yang telah musnah. Dia terus berbaris dengan sekelompok kecil tentaranya menuju Kota Khoy (di Azerbaijan) sementara dia menghantar isterinya dan menterinya Nizam al-Mulk ke Hamadan.

Sejarawan Al-Isfahani menyebut dalam bukunya ‘Sejarah Keluarga Seljuk’ bahawa Sultan Alp Arslan tinggal bersama 15,000 kesatria elit daripada tenteranya, dengan masing-masing menunggang kuda dan menarik kuda di sebelahnya, sementara tentera Empayar Rom Timur dianggarkan lebih daripada 300,000 askar daripada pelbagai bangsa.

Terdapat perbezaan sumber mengenai jumlah kedua-dua tentera, tetapi beberapa penyelidikan akademik baru-baru ini menunjukkan bahawa tentera Seljuk berada dalam lingkungan 50,000 tentara, dibandingkan dengan 200,000 tentara Rom Timur yang sebahagian besar adalah tentera upahan.

Kedua tentera itu, menurut Ibn al-Jawzi dalam bukunya ‘The Regular in the History of Kingdoms and Nations,’ berkemah dekat Manzikert (terletak di perbatasan provinsi Muş di timur Turki) dan Sultan Alp Arslan mengirim utusan kepada maharaja yang menawarkannya gencatan senjata, tetapi yang terakhir menolak dan mempersenda tentera Sultan dengan berkata, “Tidak ada gencatan senjata, kecuali di Ray (ibu kota negara Seljuk yang kini terletak di Teheran),” yang bererti dia hanya akan bersetuju untuk berdamai setelah dia mengambil alih seluruh Kerajaan Seljuk.

Ibn al-Atheer menyebutkan di dalam al-Kamil bahawa Syeikh Muhammad bin Abd al-Malik al-Bukhari al-Hanafi, guru Alp Arslan, menasihatinya untuk memulakan serangannya terhadap orang-orang Rom Timur pada hari Jumaat ketika para pendakwah di mimbar menyerukan kemenangan para mujahidin, itulah yang dibalas oleh Sultan Alp Arslan.

Setelah sultan memimpin tentaranya dalam solat Jumaat, mengenakan jubah putihnya dan memanggil para perajurit, sambil berkata,

“Jubah putih ini adalah kafan saya! Entah saya akan menang atau saya akan masuk syurga sebagai syahid. Anda semua yang memilih untuk mengikuti saya. Di sini tidak ada sultan yang memerintah dan tidak ada tentera yang diperintahkan. Hari ini saya adalah salah seorang daripada anda. Saya seorang veteran (Ghazi) yang berperang dengan kamu,”katanya.

Alp Arslan mengesyorkan agar puteranya Malik Shah dilantik selepasnya, dengan mengatakan, “Sekiranya saya mati syahid, Tuhan adalah saksi saya, saya menghendaki agar anak saya Malik Shah menggantikan tempat saya dan anda harus mematuhinya,” katanya.

Kedua-dua tentera bertemu dan perang sengit berlaku di antara mereka yang berlangsung hingga matahari terbenam.

Ibn al-Atheer menyebut bahawa Sultan Alp Arslan menegur Maharaja kerana menolak gencatan senjata dan lebih suka memerangi umat Islam. Namun, dia memaafkannya sebagai ganti Maharaja untuk menebus dirinya dengan 500,000 ribu dinar, mengirim tentera Rom kepada sultan apabila dia meminta untuk membebaskan setiap tawanan Rom. Setelah itu, sultan menjadi tuan rumah Maharaja di sebuah khemah dan mengirimnya 10,000 ribu dinar untuk melengkapkannya.

Namun, keluarga Dukas di Constantinople menentang kaisar dan menggulingkannya daripada takhta ketika mereka mengetahui berita kekalahan dan penangkapannya.

Berita kemenangan umat Islam di Manzikert tersebar ke seluruh dunia Islam, dan sampai kepada Khalifah Abbasiyah di Baghdad. Menurut buku ‘Akhbar Negara Seljuk’ karya Sadr al-Din Abu al-Hasan Ali, khalifah mengucapkan tahniah kepada Sultan Alp Arslan dan menamakannya sebagai ‘Sultan terhebat, Raja Arab dan Bukan Arab dan Sultan Rumah Muslim’.

Sumber: Daily Sabah

Ibu hamil
Isu, Pilihan Editor,

Begitu Besarnya Jihad Ibu Hamil, ALLAH Janjikan Imbalan Yang Bukan Calang-Calang

no comment

TIADA yang lebih indah bagi seorang wanita selain dapat melahirkan zuriatnya sendiri selepas dijabkabulkan. Bagi mereka, itulah anugerah paling hebat daripada ALLAH SWT melebihi daripada kemewahan lain di dunia ini.

Pun demikian, tidak semua wanita ditakdirkan untuk hamil dan memiliki cahaya mata untuk dibelai di dunia ini. Namun, janganlah bersedih hati kerana ALLAH YANG MAHA ESA menjanjikan kehidupan yang lebih indah di alam abadi nanti.

Kepada yang diberi rezeki untuk mengandung, berita itulah yang sangat ditunggu-tunggu. Kehadiran zuriat bukan sahaja sebagai pengikat kasih sayang, malah penyambung kepada legasi keluarga.

Sebenarnya, sebelum melahirkan zuriat yang dikandung selama sembilan bulan lamanya, banyak liku dan cabaran yang perlu direntas oleh kaum Hawa.

Segelintir daripada mereka mengalami kesakitan dan keperitan sehingga hilang selera makan. Lebih teruk, terdapat wanita yang terpaksa terlantar di atas katil berbulan-bulan lamanya disebabkan komplikasi kesihatan sampingan. Itu belum dikira hamil pada saat virus Covid-19 yang sememangnya menuntut kaum ibu lebih berhati-hati.

Apabila tiba saat bersalin, lain pula ceritanya. Mereka yang bernasib baik, berpeluang melahirkan anak secara normal. Jika tidak, ia dilakukan secara pembedahan. Lebih meruntun perasaan, ada yang kehilangan nyawa tatkala melahirkan bayi.

Dalam Islam, kematian seumpama itu dikategorikan sebagai mati syahid. Begitu juga dengan ibu hamil yang gugur ketika bertarung nyawa melawan Covid-19. Sesungguhnya, wanita hamil begitu dipandang tinggi dalam agama. Dalam hal itu, apa indicator-indikator yang menentukan mereka mati syahid?

Baca juga Kematian Akibat Covid-19 Dan Melahirkan Anak Termasuk Dalam Syahid Akhirat

Kemuliaan

Membuka tirai bicara, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah menjelaskan justifikasi kemuliaan yang diberikan kepada wanita hamil.

SHARIFAH FADYLAWATY

Ujarnya, Islam begitu menyanjungi golongan tersebut lantaran perjuangan mereka yang mengandung, melahir, membesarkan dan mendidik umat Nabi Muhammad SAW menjadi permata ummah pada masa hadapan, dengan izin-NYA.

Bukan itu sahaja, ujar beliau, pengorbanan seorang ibu hamil tidak ternilai kerana ia juga diibaratkan seperti perjuangan antara hidup dan mati.

”Begitu juga kesusahan dalam tempoh berpantang, pengorbanan menyusukan anak dan sebagainya. Semua cabaran dan kesukaran ibu mengandung itu ada digambarkan dalam al-Quran menerusi ayat 14, Surah Luqman.

”Dalam kitabullah tersebut, terdapat istilah wahnan ‘ala wahnin (kesusahan atas kesusahan) selama mengandung dan melahirkan anaknya. Ya, seorang ibu mungkin hilang selera makan, berdepan dengan pelbagai risiko penyakit, lemah badan dan pelbagai lagi ranjau sepanjang proses kehamilan,” katanya kepada Sinar Islam Plus ketika ditemu bual secara maya baru-baru ini.

Meskipun tiada nas khusus memerihalkan tentang ganjaran pahala kepada kaum Hawa yang mengandung, Sharifah Fadylawaty menjelaskan, terdapat banyak lagi hadis lain yang boleh dikaitkan dengannya.

Antaranya, hadis yang menjelaskan bahawa ALLAH SWT akan mengurniakan imbalan yang bukan calang-calang kepada hamba-hamba-NYA yang bersabar di atas setiap ujian, kesulitan dan takdir ditetapkan-NYA, ungkapnya.

”Ia termasuklah untuk seorang ibu hamil sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini bahawa mereka menanggung banyak dugaan, keperitan dan kepayahan. Andai mereka bersabar, sudah semestinya ALLAH SWT tidak akan mensia-siakan amalan dan pengorbanan masing-masing,” katanya.

ALLAH SWT berfirman: ”Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira.” (Surah al-Zumar, ayat 10)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: ”ALLAH SWT berfirman, Apabila AKU timpakan ujian (dengan musibah, sakit dan lain-lain kesusahan) ke atas salah seorang daripada hambahamba-KU yang beriman dan dia memuji DAKU (kerana reda) maka (AKU akan memerintahkan para malaikat), ‘tulislah segala ganjaran amalannya yang baik sebagaimana yang biasa kamu tulis semasa dia sihat’.” (Riwayat Ahmad dan at-Tabarani)

Ibu hamil

KEDATANGAN orang baharu dalam keluarga begitu dinanti-nanti bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin.

ALLAH tinggikan darjat

Benarkah ALLAH SWT akan mencatatkan pahala bagi wanita yang mula sakit bersalin seumpama orang yang berjihad pada jalan-NYA?

Menjawab persoalan itu, Sharifah Fadylawaty menjelaskan, terdapat beberapa pernyataan berkaitan hadis palsu yang sering berlegar-legar dalam kalangan masyarakat.

Antaranya tentang wanita hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadah pada waktu malam.

Ibu yang menyusukan anak pula akan mendapat satu pahala daripada setiap titisan susu dan wanita yang berjaga malam kerana anaknya akan mendapat pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.

Begitu juga dengan dakwaan bahawa wanita yang mula sakit hendak bersalin akan dikurniakan penyejuk mata yang tidak diketahui oleh penduduk bumi dan langit.

”Ingin saya tegaskan bahawa semua hujah tersebut adalah hadis palsu kerana perawinya ‘Amru al-Khawlani banyak meriwayatkan hadis palsu sepertimana yang dijelaskan oleh Ibn Hibban, Ibn Jauzi dan Zahabi. Maka, kita tidak boleh beramal mahupun menyebarkan lagi hadis itu,” tegasnya.

Kepada satu soalan, ahli akademik berkenaan berkata, seandainya seorang wanita ditakdirkan meninggal dunia semasa bersalin, kematiannya dianggap sebagai mati syahid.

”Ini kerana perjuangannya bukan sesuatu yang mudah sehinggakan ALLAH SWT meninggikan darjat mereka.

”Ia termasuk juga kepada wanita yang meninggal dunia selepas bersalin iaitu sepanjang tempoh nifas disebabkan proses kelahiran tersebut,” katanya.

Ganjaran terhebat

Senada dengan Sharifah Fadylawaty ialah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.

DR AHMAD SANUSI

Jelas beliau, selain mati syahid berjuang pada jalan ALLAH, Rasulullah SAW memberikan kita panduan bahawa terdapat beberapa lagi jenis kematian yang boleh dikategorikan sebagai syahid. Antaranya meninggal dunia disebabkan wabak taun atau sakit perut.

Baginda SAW bersabda: ”Terdapat lima jenis kematian yang dianggap syahid iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit berkaitan perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan ALLAH.” (Riwayat al-Bukhari)

Dr Ahmad Sanusi menambah, ia dianggap sebagai syahid akhirat iaitu jenazah mereka diuruskan seperti orang yang meninggal seperti biasa. Namun, mereka akan beroleh ganjaran syahid di akhirat kelak.

”Al-Imam al-Nawawi menjelaskan, kelima-lima jenis kematian itu dianggap sebagai syahid kerana mereka menghadapi maut tidak seperti manusia biasa. Seksaan yang mereka lalui lebih daripada yang lain. Dengan itu, mereka digelar sebagai syahid akhirat.

”Sementara itu, al-Imam Ibn al-Tin menyatakan pandangan yang hampir sama.

“Kematian yang berat sebegini adalah penyuci dosa mereka, menambah ganjaran buat mereka, lalu ALLAH SWT mengangkat kedudukan mereka sebagai syahid,” jelasnya.

Dalam hadis lain pula, jelas ahli akademik itu, Rasulullah menjelaskan bahawa wanita yang meninggal disebabkan melahirkan anak boleh dianggap sebagai mati syahid iaitu kategori syahid akhirat.

Sabda baginda SAW: ”Orang yang mati syahid dalam kalangan umatku hanyalah sedikit. (Mereka ialah) orang yang mati berjihad di jalan ALLAH lalu mereka memperoleh syahid, orang yang mati kerana taun, dia dianggap syahid. Orang yang mati tenggelam turut mendapat syahid. Orang yang mati kerana sakit perut turut dikira syahid. Dan wanita yang mati kerana nifas, dia akan ditarik oleh anaknya menuju syurga dengan tali pusarnya.” (Riwayat Ahmad)

Ibu hamil

ANDAI seorang ibu gugur ketika proses bersalin atau sepanjang tempoh nifas akibat proses kelahiran bayinya, maka kematiannya dianggap sebagai mati syahid.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Sanusi Azmi turut memperbetulkan tanggapan segelintir pihak yang menganggap bahawa wanita bersalin akan bersih daripada dosa seperti bayi yang baru dilahirkan.

Walaupun terdapat sebuah hadis yang memerihalkan tentang pahala besar di sisi ALLAH kepada wanita mengandung dan bersalin, beliau menjelaskan, sebahagian ulama menyatakan bahawa ia adalah hadis daif, malah ada yang menghukumkannya sebagai palsu.

”Oleh yang demikian, lebih baik andai kita menggunakan Hadis Sahih al-Bukhari yang menyatakan bahawa setiap kesukaran dan keperitan yang dilalui oleh seorang Muslim akan menghapuskan dosa-dosa kecilnya.

”Dosa-dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa kecil kerana perlakuan yang melibatkan dosa besar perlu kepada taubat dan penyesalan kepada ALLAH SWT,” jelasnya.

Islam mengangkat martabat wanita sebagai ibu, isteri, anak

SEWAKTU zaman jahiliah, kaum wanita dilayan dan dipandang hina. Bahkan, golongan itu langsung tidak dihargai apabila hak mereka dirampas, ditindas dan dizalimi tanpa belas kasihan.

Ia termasuklah hak terhadap diri sendiri dan tidak dapat mewarisi harta pusaka. Perkara itu diceritakan dalam al-Quran melalui Surah an-Nahl, ayat 58 dan 59.

Pendakwah Nik Nur Adneen Ismail atau lebih dikenali sebagai Da’i Adneen berkata, semenjak kedatangan Islam, kezaliman dan keganasan terhadap kaum wanita telah dihapuskan. Bahkan, martabat dan kedudukan wanita sebagai ibu, isteri dan anak telah diangkat tinggi dalam agama suci ini.

DA’I ADNEEN

“Hak-hak wanita diberikan dengan sewajarnya sekali gus membawa perubahan besar terhadap status wanita,” katanya kepada Sinar Islam Plus.

Rasulullah SAW bersabda: “Dan berpesanlah kepada wanita dengan kebaikan, kerana sesungguhnya dia diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas, jika kamu berusaha untuk meluruskannya, nescaya akan patah, jika kamu membiarkannya, dia akan sentiasa bengkok, maka berpesanlah terhadap wanita dengan kebaikan.” (Riwayat Muslim)

Bukan itu sahaja, ujar Da’i Adneen, ALLAH SWT merakamkan beberapa keistimewaan wanita dalam al-Quran. Antaranya kaum Hawa diberikan hal dalam pewarisan harta pusaka dan memperoleh mahar dalam pernikahan.

“Begitu juga halnya dengan perlindungan kehormatan wanita. Agama Islam sangat menitikberatkan tentang perkara itu sehinggakan ALLAH SWT mensyariatkan golongan berkenaan untuk menutup aurat dengan sempurna.

“Tujuannya supaya mereka terhindar daripada pandangan syahwat dan terpelihara maruah diri,” jelasnya.

Ditanya tentang pernyataan bahawa kaum wanita mudah untuk mendapatkan pahala dan dosa, Da’i Adneen menjelaskan, setiap yang bergelar manusia pada hakikatnya mudah untuk mendapatkan dosa dan pahala, baik lelaki mahupun wanita.

Walaupun kaum Hawa dikurniakan haid pada setiap bulan, ia bukanlah penghalang untuk mereka terus meraih ganjaran pahala daripada ALLAH SWT.

“Antara amalan mudah yang boleh dilakukan oleh wanita ketika datang bulan agar memperoleh ganjaran berterusan adalah dengan memperbanyakkan bersedekah. Amalan ni mempunyai ganjaran yang besar di sisi ALLAH SWT.

“Selain itu, wanita berhadas besar juga digalakkan untuk membaca doa dan berzikir. Paling mudah, lazimkan diri dengan zikir Saidatina Fatimah iaitu Subhanallah dan Alhamdulillah masing-masing sebanyak 33 kali dan Allahuakbar sebanyak 34 kali. Ia sepertimana yang dilakukan oleh puteri Rasulullah SAW itu setiap kali selepas solat.

“Seperkara lagi, biasakan diri untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, sekali gus membuktikan kecintaan kita kepada baginda,” sarannya.

ANEKDOT

Ibu hamil

PERCAYALAH setiap kesakitan, keperitan dan pengorbanan yang dilalui oleh setiap hamba-hamba-NYA termasuk wanita hamil tidak akan disia-siakan begitu sahaja. ALLAH SWT pasti akan mengurniakan ganjaran yang selayaknya.

6 bentuk penat wanita hamil yang ALLAH SWT tidak sia-siakan

1. Melaksanakan amar makruf nahi mungkar. (khususnya kepada anak-anak, suami dan orang awam).

Firman ALLAH SWT: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) ALLAH, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.” (Surah Fussilat, ayat 33)

2. Penat dalam beribadah.

Seorang wanita hamil dituntut mempergiatkan lagi ibadah sepanjang mengandung supaya ALLAH SWT memberi kekuatan dan perlindungan daripada sebarang mudarat kepadanya.

Dalam keadaan sarat hamil, biasanya terdapat sebilangan wanita yang berdepan dengan kesukaran untuk melaksanakan ibadah sebagaimana keadaan normal.

3. Penat mengandung, melahir dan menyusukan.

Wanita yang mengandung, melahir dan menyusukan anaknya akan mengalami kepenatan dan kesakitan yang hanya dilalui oleh mereka sendiri.

Ketahuilah, semua itu merupakan salah satu perkara yang disukai ALLAH kerana menggambarkan perjuangan luar biasa mereka untuk meneruskan kesinambungan umat Nabi Muhammad SAW.

4. Penat dalam mencari nafkah.

Dalam situasi hari ini, wanita kebanyakannya menjadi pembantu dan pendukung suami untuk bersama-sama mencari nafkah dan rezeki bagi mencukupkan keperluan dan kelangsungan hidup keluarga.

Usaha untuk mencari rezeki yang halal amat disukai ALLAH SWT.

5. Penat dalam menuntut ilmu.

Fasa kehamilan, kelahiran dan membesarkan anak-anak menuntut persediaan mental, emosi, kewangan dan pengetahuan yang rapi daripada seorang ibu.

Ibu perlu melakukan persiapan jiwa dan ilmu melalui pembacaan, mendengar kuliah dan seumpamanya untuk melancarkan proses tarbiah kepada anak-anak agar seiring dengan saranan agama.

Usaha itu menuntut mujahadah yang tinggi dan akan dikurniakan ganjaran yang besar di sisi ALLAH SWT.

6. Penat dalam mengurus hal ehwal keluarga.

Khidmat seorang wanita hamil terhadap ahli keluarganya dalam soal memasak, mengemas rumah, menjaga anak-anak dan pelbagai urusan lain bukanlah usaha yang sia-sia melainkan semuanya berpahala.

Sumber: Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah

Foto: 123rf, Sinar Harian & Unsplash

Deccan Herald
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Wanita Mesir ‘Langgar Pantang’ Tubuh Kumpulan Nasyid Islam

no comment

BAIT-bait lirik memuji kebesaran Illahi di sebuah studio kecil luar Kaherah kedengarannya tidaklah begitu berbeza dari sebelum ini. Namun bezanya, kali ini ia dinyanyikan oleh sekumpulan wanita.

Lagu-lagu memuji ALLAH dan Nabi Muhammad S.A.W menjadi kebiasaan dinyanyikan orang Islam di Mesir dan negara Timur Tengah. Tetapi nyanyiannya itu sebelum ini hanya dipersembahkan oleh golongan lelaki sahaja.

Penubuhan Al Hur menarik ramai wanita muda untuk turut serta. Gambar: Devdiscourse

Kini, sekumpulan wanita Muslim pertama di Mesir yang menggelarkan diri mereka Al Hur, bertekad untuk mengubahnya dengan melanggar pantang larang terhadap wanita bagi negara yang masih bersikap konservatif untuk mengalunkan suara mereka di khalayak ramai.

“Keberadaan wanita dalam bidang nyanyian bukanlah untuk memecahkan kebiasaan sosial terhadap bidang nyanyian. Namun ini adalah untuk memberikan gaya baharu khas untuk seni yang telah lama dikuasai oleh golongan lelaki, ”kata Pengasas Al Hur, Nema Fathi, 26.

Tujuh wanita yang duduk di kerusi dalam studio pada sesi latihan sambil melihat lirik menerusi telefon pintar masing-masing, begitu khusyuk menyampaikan lagu-lagu pujian yang turut disertai dengan irama menerusi piano dan gendang.

Serangan meluas
Fathi mempraktikkan bentuk muzik keagamaan yang dikenal sebagai ‘inshad’ atau nasyid, di mana penyampaian dan pujian terhadap ALLAH dan Nabi Muhammad.

Di negara Timur Tengah, nasyid hanya biasanya disampaikan golongan lelaki sahaja, namun jika wanita bermain muzik atau bernyanyi di depan umum ia akan dipandang janggal.

Fathi mengatakan dia sering menghadapi kritikan sejak penubuhan Al Hur pada tahun 2017, namun ramai wanita ingin mengikuti minat mereka terhadap dunia muzik nasyid.

“Sejak penubuhan kumpulan ini, kami menghadapi serangan meluas oleh beberapa tokoh nyanyian Muslim terkemuka yang tidak menyokong kami.

“Ada yang memberitahu bahawa suara wanita tidak sesuai dipersembahkan kepada umum. Bagaimana gadis boleh menyanyikan lagu-lagu keagamaan?’ Kata mereka. Tetapi kami mencabar diri kami untuk menjadikan kumpulan ini berjaya, ”tambah Fathi.

Kekurangan masa dan wang membataskan penubuhan nasyid
Fathi mengeluarkan belanja 500 pound Mesir (RM133 ) sejam untuk menyewa studio, di mana dia menawarkan latihan mingguan percuma kepada ahli yang biasanya berlangsung antara tiga hingga lima jam latihan. Ahlinya hanya perlu membayar pengangkutan sendiri untuk menghadiri Latihan.

Sehingga kini, mereka telah mengadakan lebih 50 konsert sejak empat tahun penubuhannya.

“Ahli kami sentiasa bertukar kerana sebilangan besar mereka telah berkahwin dan berhenti untuk menjaga keluarga mereka,” kata Fathi, sambil menambah bahawa kebanyakkan suami wanita itu tidak menyokong mereka menyertai kumpulan itu.
Di sebalik kesukaran yang mereka sering hadapi, anggota Al Hur bertekad untuk terus maju ke hadapan.

Sumber: Reuters

Solat di atas batu dan tanah
Isu, Pilihan Editor,

Solat Atas Batu Dan Tanah, Ini Penjelasannya Yang Perlu Kita Tahu

no comment

DI media sosial baru-baru ini, tular gambar orang mendirikan solat atas batu. Foto itu dirakamkan ketika sekumpulan anggota Jabatan Amal Malaysia menunaikan kewajipan berkenaan di atas batu berjeram di Yan, Kedah.

Difahamkan, kehadiran mereka di situ adalah untuk membantu mangsa banjir akibat fenomena kepala air.

Tindakan mereka solat di tempat yang dianggap agak berbahaya menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen. Malah, ada yang mempertikaikan mereka solat di tempat yang tidak sesuai dan seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk.

Benarkah kita tidak dibenarkan solat di atas batu?

Tampil menjawab persoalan itu, pendakwah Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Salman.

Ujar beliau, Rasulullah SAW fleksibel dalam bab tempat sujud tidak kiralah sama ada di atas tikar, sejadah mahupun atas tanah.

Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya aku melihat diriku pada malam ini sujud di atas tanah dan air.” (Sahih al-Bukhari)

Solat di atas batu dan tanah

BANYAK hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad ketika menunaikan solat sama ada di atas sejadah, tikar mahupun atas tanah. -Gambar hiasan

Bahkan, katanya, dalam satu Hadis Riwayat Ahmad, ada dijelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak melapikkan tempat sujudnya.

“Bukan itu sahaja, baginda juga pernah menunaikan solat di atas tanah. Ketika bersujud, hidung dan dahi baginda diletakkan di atas tanah.

“Diceritakan juga dalam sebuah Hadis Riwayat Muslim bahawa pada suatu hari ketika malam 23 Ramadan, hujan turun. Nabi Muhammad SAW mengimamkan solat dan para sahabat melihat baginda beredar dalam keadaan air dan tanah pada dahi dan hidungnya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Selain itu, ujar PU Salman, banyak hadis yang memerihalkan perbuatan baginda menunaikan solat di atas sejadah dan tikar.

“Dalam sebuah hadis misalnya, ada diceritakan tentang baginda solat di atas khumrah iaitu sejadah yang diperbuat daripada sabut pokok kurma yang dianyam.

“Malah, baginda juga pernah menunaikan solat duha di atas unta mengikut arah haiwan itu berjalan. Begitupun, solat atas unta ini hanya dikhususkan untuk solat sunat sahaja,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menukilkan pandangan Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim bahawa para ulama bersepakat menyatakan, umat Islam dibolehkan solat berlapik dengan tikar atau tanpa lapik terus di atas apa yang tumbuh pada permukaan bumi.

Baca juga Hukum Solat Jamak Ketika Tiba Giliran Vaksin

Senada dengan PU Salman ialah pendakwah Asma’ Harun. Jelas beliau, solat berkenaan sah jika cukup syarat wajib dan sah solat serta rukun solat.

Solat di atas batu dan tanah

SOLAT tetap sah jika memenuhi rukun, syarat wajib dan sah solat. Pada masa sama, pastikan tempat yang ingin kita solat itu bersih daripada najis.

Rasulullah SAW bersabda: “Aku (Rasulullah SAW) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapa pun sebelum aku (antaranya) dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, di mana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam sebuah hadis lain, baginda SAW bersabda: “Setiap jengkal di bumi ini merupakan masjid (tempat sujud untuk solat) kecuali di atas kuburan dan tandas.” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Abu Daud)

Biarpun anggota anggota Jabatan Amal Malaysia dikatakan agak berbahaya, namun Asma’ berpandangan, sudah tentu kewajipan solat akan disegerakan agar lebih tenang dan bersedia.

Ingatlah kewajipan solat tidak akan digugurkan sekalipun kita dalam keadaan sakit waima bermusafir sekalipun.

Foto: Sinar Harian & Pexels

Newsweek
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Kumpulan Hak Asasi Manusia Myanmar Desak Masyarakat Iktiraf Muslim Rohingya

no comment

JARINGAN Hak Asasi Manusia Myanmar yang berpusat di London, meminta Myanmar baharu memberi hak sama rata terhadap masyarakat Islam Rohingya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan hak asasi itu semalam, masyarakat antarabangsa juga harus berusaha menyokong untuk mewujudkan Myanmar baharu, di mana umat Islam Rohingya juga perlu diakui sebagai warganegara.

Muslim Rohingya perlukan perhatian dunia. Gambar: ABC

“Pada ulang tahun keempat pembunuhan beramai-ramai masyarakat Rohingya semalam, masyarakat antarabangsa seharusnya tidak hanya memikirkan kekejaman yang dilakukan terhadap Rohingya tetapi harus aktif bekerja untuk mewujudkan Myanmar baharu yang seharusnya mengiktiraf orang Rohingya sebagai warganegara dan mengakui etnik serta hak yang sama di negara itu,” seperti yang dilaporkan kenyataan itu.

“Walaupun ramai yang melihat kemenangan 1 Februari di Myanmar sebagai masalah yang mengetepikan rungutan lama kaum minoriti di negara itu, kita seharusnya menganggap krisis ini sebagai peluang untuk membawa perubahan yang bermakna kepada negaranya,” kata Pengarah Eksekutif BHRN, Kyaw Win.

Tambahnya, walaupun tidak ada jawapan yang mudah untuk melepaskan tentera daripada kekuasaan mereka yang tidak sah, gerakan untuk melakukannya telah melibatkan perpaduan yang luar biasa di antara semua orang Myanmar.

“Dalam langkah-langkah untuk menyekat dan menarik kuasa tentera Myanmar, masyarakat antarabangsa juga harus membantu Kerajaan Perpaduan Nasional untuk menjadikan negara itu sebuah entiti yang adil dan mengutamakan hak asasi manusia.

“Satu cara untuk memahami penderitaan yang dialami masyarakat Rohingya adalah menggunakan mereka untuk memberi tahu pihak kerajaan bagaimana membentuk negara yang lebih baik untuk semua,” tegasnya.

Kumpulan itu juga mengatakan bahawa, sejak tentera Myanmar merampas kekuasaan negara itu pada 1 Februari, isu Rohingya telah kembali diperkatakan.

Mendesak semua negara di dunia untuk mengakui serangan terhadap Rohingya pada tahun 2017 sebagai ‘genosida’, BHRN juga meminta Amerika Syarikat (as), Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN untuk mengakui Kerajaan Perpaduan Nasional sebagai wakil yang sah orang Myanmar.

“Masyarakat antarabangsa harus menyokong kes-kes terhadap tentera Myanmar di Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk memastikan bahawa Rohingya dapat memperoleh keadilan atas kejahatan yang dilakukan terhadap mereka,” tambah kumpulan hak asasi itu.

BHRN beroperasi di seluruh Myanmar yang bekerja untuk hak asasi manusia, hak minoriti, dan kebebasan beragama di negara itu.

 

Sumber: Anadulo Agency

MIZA (2)
Berita Semasa, Isu, Pilihan Editor,

Pemikiran bahaya Hizbut Tahrir, perlu ditolak

no comment

Laporan artikel daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Konsep pemikiran yang dibawa oleh Hizbut Tahrir sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kumpulan DAESH singkatan bagi perkataan al-Dawla al-Islamiya al-Iraq Wa al-Sham (Negara Islam Iraq dan Sham) atau dikenali juga dengan nama ISIS singkatan bagi perkataan Islamic State of Iraq and Syria (Negara Islam Iraq dan Syria).

Kumpulan yang disebutkan ini mendakwa tentang pentingnya menegakkan khilafah. Namun dari sudut pelaksanaan, mereka memiliki jalan dan cara yang berbeza dalam menegakkan sistem negara khilafah mereka sendiri.

Antara yang dibimbangi dalam mana-mana gerakan atau ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah wujudnya kelompok yang ekstrim dalam memastikan gerakan mereka mencapai matlamat yang diinginkan.

Ini kerana berdasarkan kepada dakwaan Hizbut Tahrir bahawa metodologi dakwah mereka adalah berdasarkan sirah Rasulullah SAW.

Namun begitu jika didalami kembali sirah Rasulullah SAW maka kita akan dapati bahawa kemuncak kepada pejuangan Nabi adalah Jihad. Adakah jihad juga menjadi destinasi kemuncak kepada dakwah Hizbut Tahrir di Malaysia?

 Sejarah awal

Hizbut Tahrir (Parti Pembebasan) merupakan sebuah parti politik antarabangsa berideologi Islam yang bergerak dalam dakwah dan politik.

Pergerakan ini diasaskan oleh Syeikh Taqiyuddin Nabhani (1909-1979 M), kelahiran Ijzim, Haifa, Palestin. Beliau merupakan seorang tokoh dan merupakan alumni al-Azhar, Mesir.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai guru dan hakim di Mahkamah Syariah di Palestin. Hizbut Tahrir menegaskan ia merupakan organisasi politik, bukan organisasi kerohanian, badan ilmiah, institusi pendidikan, dan bukan pula pertubuhan sosial.

Hizbut Tahrir mendakwa metodologi dakwah mereka adalah berdasarkan sirah Rasulullah SAW iaitu melalui tiga tahap berikut:

Tahap Pertama: Tahap Pembinaan dan Pengkaderan (Marhalah At-Tatsqif) Dilaksanakan untuk membentuk kader-kader yang mempercayai pemikiran dan metod Hizbut Tahrir dalam kerangka tubuh parti.

Tahap Kedua: Berinteraksi dengan Umat (Marhalah Tafa’ul Ma’a Al-Ummah) Dilaksanakan agar umat turut memikul kewajipan dakwah Islam hingga umat menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, agar umat berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan.

Tahap Ketiga: Tahapan pengambil-alihan Kekuasaan (Marhalah Istilaam Al-Hukm) Dilaksanakan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengembangkan risalah Islam ke seluruh dunia.

Hizbut Tahrir berpendapat, dalam tahap ketiga mereka harus meminta bantuan ketua negara, panglima tentera, pimpinan jama’ah, ketua suku, duta besar atau seumpamanya.

 Keputusan Fatwa Selangor

Pertubuhan Hizbut Tahrir dipantau. Foto: mie.edu

Berdasarkan warta fatwa yang bertarikh 17 September 2015, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa:

1.Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:

a) Bahawa pemerintah, ahli parlimen dan para ulama Islam kesemuanya kar serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur;

b) Bahawa negara-negara Islam semuanya negara kar kerana berhukum dengan sistem kufur dan haram menyertai sistem kerajaan sekarang;

c) Menakan istilah “al-Qadha’ wa al-Qadar”;

d) Berpegang kepada fahaman Qadariyyah;

e) Bahawa aqidah Siyasiyyah lebih penting daripada aqidah ruhiyyah;

f) Menolak sumber aqidah melalui hadith Ahad kerana boleh membawa kesesatan berasaskan hadith Ahad itu dalil zanni sedangkan aqidah itu keyakinan; atau

g) Bahawa Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi Nabi atau Rasul.

2.Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir termasuklah:

a) Menjadi ahli kumpulan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;

b) Berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;

c) Mengisytiharkan diri sebagai ahli kumpulan Hizbut Tahrir melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain;

d) Berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;

e) Melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;

f) Mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;

g) Memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar lem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, atau menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di mana-mana harta alih atau tak alih; atau

h) Mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di negeri Selangor.

3.Mana-mana orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T.

4.Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru mempunyai persamaan dengan unsur-unsur fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan aqidah ajaran Islam yang sebenar.

5.Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan.

6.Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Selangor.

 Kesimpulan

 Hizbut Tahrir merupakan sebuah kumpulan berideologi ekstrim dalam membawa pandangan serta pejuangan mereka , sikap melampau kumpulan ini menyebabkan mereka menghukumkan kafir terhadap masyarakat Islam yang tidak menerima doktrin mereka dengan alasan redha atau tunduk di bawah sistem kafir.

Umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor perlu menjauhkan diri dari sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas serta menjauhkan diri dari segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.

Segera laporkan segala aktiviti yang meragukan kepada pihak berkuasa agama bagi membendung penularan ajaran yang boleh merosakkan akidah, syariah serta akhlak umat Islam.

 

 

2778471-690217138
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Arab Saudi Tamatkan Larangan Masuk Ekspatriat Dari 20 Negara

no comment

SEMALAM Arab Saudi telah menamatkan larangan masuk kepada ekspatriat dari 20 negara yang pernah dibuat sejak Februari lalu untuk mengekang penyebaran Covid-19.

Agensi Kementerian Luar Negeri untuk urusan konsular mengatakan keputusan itu hanya bagi ekspatriat yang sudah diberikan vaksin sepenuhnya di Arab Saudi sebelum mereka berangkat ke negara asal.

Larangan tersebut dikecualikan kepada warga Saudi, diplomat asing, pengamal kesihatan dan keluarga mereka yang ingin keluar dan masuk ke Arab Saudi.

Pelancong asing yang lengkap dos vaksin juga diberi kebenaran memasuki Arab Saudi. Gambar: Gulf News

Pengumuman itu dibuat ketika Arab Saudi mencatatkan tujuh kematian berkaitan COVID-19 baharu semalam dengan peningkatan jumlah kematian sebanyak 8,497 orang.

Ekspatriat yang ingin kembali ke Arab Saudi harus menjalani semua prosedur kesihatan untuk memastikan mereka bebas daripada jangkitan, kata Agensi itu.

Larangan masuk sebelum ini dikenakan kerana lonjakan global dalam kes yang berkaitan dengan varian yang dikesan di England, Afrika Selatan dan Brazil. Ia berikutan kebimbangan disebabkan pemberian vaksin yang diedarkan ke seluruh dunia mungkin kurang berkesan terhadapnya.

Antara negara yang ditamatkan larangan itu seperti UAE, Mesir, Lubnan, Turki, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Ireland, Portugal, Switzerland, Sweden, Brazil, Argentina, Afrika Selatan, India, Indonesia, Pakistan dan Jepun.

Penamatan larangan itu juga berlaku untuk pelancong yang telah melalui 20 negara dalam 14 hari sebelum kunjungan ke negara itu.

Para pegawai kesihatan Arab Saudi juga memperingatkan bahawa langkah-langkah yang lebih ketat akan dilaksanakan untuk mengekang penyebaran virus tersebut jika masyarakat terus melanggar peraturan mengenai jarak sosial dan larangan mengadakan perjumpaan besar.

Penerbangan masuk dan keluar negara itu dilaksanakan kali pertama sejak 14 Mac 2020, dua minggu setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa coronavirus adalah wabak yang merbahaya.

Kementerian Kesihatan mengesahkan 353 kes baharu yang dilaporkan kepada kerajaan dalam tempoh 24 jam sebelumnya menjadikan kes keseluruhan sebanyak 542,707 orang kini dijangkiti wabak itu.

Daripada jumlah kes tersebut, 4,377 masih aktif dan 1,108 dalam keadaan kritikal.

Menurut kementerian, jumlah kes tertinggi dicatat di ibu kota Riyadh dengan 72 kes, diikuti Makkah dengan 66, Provinsi Timur dengan 41, Jazan 34 dan Asir 30 kes.

Kementerian kesihatan juga mengumumkan bahawa 456 pesakit telah pulih daripada Covid-19, menjadikan jumlah pemulihan negara itu sebanyak 529,833 kes.

Lebih daripada 34.46 juta dos vaksin coronavirus telah diberikan Arab Saudi hingga kini melalui 587 pusat pemberian vaksin.

Kementerian menyeru kepada masyarakat untuk mendaftar dengan aplikasi Sehhaty untuk menerima vaksin dan mematuhi langkah-langkah dan mematuhi arahan.

Sementara itu, sekitar 40 orang ditangkap di Hail kerana melanggar tindakan pencegahan yang menetapkan tidak lebih daripada 20 orang dapat berkumpul pada satu masa. Tindakan undang-undang telah diambil terhadap mereka.

Wabak itu telah menjangkiti lebih 213 juta orang di seluruh dunia dan jumlah kematian mencapai sekitar 4.45 juta orang.

Sumber: Arab News