Browsing Category

Isu

Wad psikiatri pertama dunia
Isu,

Saintis Islam asaskan wad psikiatri pertama di dunia

Saintis Islam asaskan wad psikiatri pertama di dunia…

ISLAM mendahului pemikiran barat dengan memahami bahawa gangguan mental adalah sejenis penyakit yang perlu dirawat.

Pada saat barat ketika itu masih menganggap masalah mental sebagai ‘an act of devil’ dan pesakit dihukum dan bukan dirawat.

Inilah antara titik tolak perkembangan perubatan psikiatri dan psikologi sehingga hari ini. Oleh kerana kejatuhan tamadun Islam, ilmu ini kemudiannya dikembangkan oleh barat melalui asas yang telah dibina dari tamadun Islam.

Sehinggalah rawatannya berkembang dengan konsep biopsychospcial dan spiritual seperti yang difahami hari ini.

Malangnya, walaupun dunia sudah serba canggih ini masih ada yang menyalahkan jin dan tidak kuat iman sebagai penyebab penyakit mental, demikian petikan yang diambil dari pakar psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria.

Baca Juga Bolehkah lelaki ubah perintah hadanah apabila bekas isteri sakit mental? Ini penjelasannya

Kisah sakit mental di zaman Ibnu Sina

Para cendekiawan Islam sudah masak sangat dengan isu sakit mental ini seperti direkodkan dalam kisah Ibnu Sina.

Kisahnya seperti dikongsi di laman thepatriots.com, semasa beliau berkhidmat dengan Ala al-Dawla, beliau diberitahu seorang ahli kerabatnya bernama Majd al-Dawla menjadi gila dan mendakwa dirinya seekor lembu.

PENYAKIT mental bukan sesuatu yang baru dalam dunia Islam malah wad psikiatri pertama di dunia ditubuhkan pada tahun 705 Masihi di Baghdad oleh ahli perubatan pertama di dunia, Al-Razi.

Bagi merawat mental kerabat diraja Buwaihid itu, Ibnu Sina mengutus surat kepadanya bahawa baginda akan disem-belih dalam masa sebulan dan perlu menggemukkan dirinya dalam tempoh sama.

Sebulan kemudian, beliau memeriksa keadaan Majd al-Dawla dengan berpura-pura sebagai penyembelih. Manakala baginda dibaringkan bak haiwan yang sedia disembelih semasa pemeriksaan dijalankan.

Tetapi Ibnu Sina masih kurang berpuas hati dan memerintahkan Majd al-Dawla menggemukkan lagi dirinya dalam masa sebulan kerana masih terlalu kurus.

Baca Juga Masalah Mental Menjadi Topik Sebilangan Muslim AS

Turut Disyorkan Pernah diuji sakit berkaitan mental… Ini ikhtiar yang dilakukan oleh bekas pesakit hingga sembuh

Lalu, baginda mengikut nasihat Ibnu Sina dan menggemukkan dirinya dalam tempoh berkenaan. Akhirnya, selepas diperiksa buat kali kedua untuk sebulan berikutnya, barulah Majd al-Dawla kembali sihat seperti sediakala.

Berdasarkan peristiwa tersebut, ini menunjukkan kaitan antara kesihatan mental dengan kesihatan fizikal di mana badan sihat akan menghasilkan minda yang sihat dan sebaliknya.

Begitu juga dengan seorang lagi tokoh perubatan Era Keemasan Islam iaitu Muhammad ibn Zakariya al-Razi atau al-Razi.

WAD psikiatri pertama di dunia, hospital Ibn Tulun, dibina pada tahun 872M di Kaherah melalui konsep waqaf. Dibina pada zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Semasa bertugas sebagai pengarah sebuah hospital di Baghdad, beliau bertanggungjawab memperkenalkan wad psikiatri sebagai tempat merawat pesakit mental. al-Razi turut melihat penyakit mental harus dirawat seperti mana merawat penyakit fizikal.

Bagi membantu mereka yang mengalami keadaan begini, al-Razi akan memerhatikan terlebih dahulu simptom pesakit psikiatri.

Setelah itu, barulah beliau menyatakan diagnosis penyakit dan cara merawatnya termasuk diet pemakanan, ubat-ubatan, terapi pekerjaan, aromaterapi, mandian dan terapi muzik.

Baca Juga Bila rasa sedih, kesal dan marah, elakkan diri daripada cakap ‘kalau’

Turut Disyorkan Sengaja letak sesuatu atas al-Quran, apa hukumnya?

Beliau juga bertanggungjawab memperkenalkan terapi kognitif terawal untuk kelakuan obsesif.

Semua catatan beliau tentang penyakit dan rawatan perubatan terutama aspek psikologi dan psikoterapi direkodkan dalam sebuah mahakarya, al-Hawi.

ANEKDOT

Hospital Ibn Tulun, hospital pertama di dunia yang memiliki wad lelaki, wad perempuan, perpustakaan serta satu wad khas bagi pesakit mental.

Dibina pada zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid pada tahun 872M di Kaherah melalui konsep wakaf.

To put into perspective, psychiatric asylum di Eropah pula sebenarnya wujud pada awal kurun ke-19.

poliandri
Isu,

Ada sebab mengapa wanita tak boleh berkahwin 4 dan amalkan poliandri

POLIANDRI adalah amalan yang mana seseorang wanita itu berkahwin dengan lebih daripada seorang suami.

Walaupun hal itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam, namun ia masih juga berlaku dalam masyarakat Melayu sendiri apabila baru-baru ini tular mengenai kisah wanita yang mempunyai empat orang suami.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh peguam syarie, Hasanah Johari. Ceritanya terbongkar apabila suami keempat hadir ke mahkamah bagi memfailkan faraq nikah iaitu membubarkan pernikahan melalui kuasa mahkamah atas sebab-sebab tertentu.

Baca Juga Manisnya perkahwinan poligami jika dilakukan dengan betul

Sebenarnya, mengapa wanita tidak dibenarkan berkahwin lebih daripada satu, tidak seperti lelaki?

Merujuk laman udakwah.com, salah satu sebab larangan poliandri adalah kerana untuk pemeliharaan jurai keturunan.

Jika seorang lelaki ada lebih daripada seorang isteri, mudah untuk mengenal pasti ibu bapa bagi anak yang dilahirkan kelak.

ANTARA ciapan yang dimuat naik oleh peguam syarie, Hasanah Johari.

Bayangkan andai sebaliknya berlaku, hanya ibu sahaja dapat dipastikan dengan jelas, tetapi tidak pada bapa.

“Bapa bagi bayi tersebut agak sukar untuk ditentukan. Ini kerana anak yang lahir hanya berasal daripada satu sperma sahaja.

“Jika seseorang wanita itu mempunyai ramai suami dan kemudiannya hamil, pasti agak sukar untuk mengetahui anak yang dikandungkan itu hasil daripada sperma suami yang mana.

Baca Juga Awasi penularan animasi ‘skubidi toilet’, ini peranan ibu bapa didik anak kembali ke cara Islam

Turut Disyorkan Niat ceraikan isteri kerana politik? Jangan sesuka hati jatuhkan talak walaupun untuk bergurau

“Berlainan jika suami yang beristeri lebih daripada satu, jika salah seorang isterinya hamil, sudah pasti anak yang dikandungkan itu adalah hasil persenyawaan sperma suaminya itu,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web berkenaan.

Pelihara kesejahteraan anak

Udakwah.com turut mengemukakan natijah akibat perkahwinan poliandri menerusi kajian klinikal.

Memetik artikel dalam laman web itu, hasil dapatan penyelidikan, ahli psikologi mendapati, kanak-kanak yang tidak mengetahui orang tua mereka terutamanya bapa masing-masing akan mengalami gangguan atau trauma mental yang teruk!

Trauma penderaan

KANAK-KANAK yang tidak mengetahui orang tua mereka terutamanya bapa masing-masing akan mengalami gangguan atau trauma mental yang teruk!

Malah dikatakan zaman kanak-kanak terbabit tidak begitu bahagia sebagaimana anak lain seusia mereka, pada kebiasaannya.

“Disebabkan itu, anak-anak pelacur melalui zaman kanak-kanak yang tidak begitu bahagia dan boleh dikatakan sebagai era gelap buat mereka,” kata laman web berkenaan.

Dari satu segi, seseorang lelaki masih boleh menjalankan kewajipan batinnya sebagai suami walaupun mempunyai beberapa orang isteri.

Artikel Berkaitan 

“Namun, jika seseorang wanita itu mempunyai beberapa orang suami, dia belum tentu dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

“Ini kerana wanita akan melalui beberapa perubahan psikologi atau tingkah laku disebabkan fasa kitaran haid mereka,” jelas laman berkenaan.

Sedih
Isu,

Bila rasa sedih, kesal dan marah, elakkan diri daripada cakap ‘kalau’

APABILA rasa sedih, kesal mahupun marah mula bertamu dalam hati, bibir kita begitu mudah menghamburkan segala sakit yang terbuku dalam hati.

Berhati-hatilah kerana bimbang andai kita menuturkan sesuatu yang boleh menjauhkan diri kita daripada ALLAH SWT seperti menggunakan kalimah ‘kalau’ hingga menidakkan suratan-NYA.

Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed menjelaskan, terdapat keadaan yang dibenarkan untuk menggunakan istilah berkenaan dan ada juga tegahannya dalam Islam.

Kedua-dua penggunaan perkataan tersebut melibatkan nawaitu dan hati masing-masing, ungkapnya.

Secara spesifiknya, katanya, kalimah ‘kalau’ yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW adalah jika ia menjurus kepada rasa sedih dan membawa kepada penyesalan kisah-kisah lalu hingga menyebabkan seseorang mempertikaikan qada serta qadar ALLAH SWT.

DR SYED SHAHRIDZAN

“Satu lagi pula jika ungkapan berkenaan memicu kepada kemurkaan (marah dengan kisah silam). Demikianlah penjelasan para ulama mengapa istilah berkenaan dilarang sama sekali dituturkan.

Baca juga Jangan kerana ungkapan ‘kalau’, akidah jadi binasa

“Misalnya, menyebut perkataan ‘kalau’ menyebabkan diri dalam kesedihan, tertekan, menyesal tak sudah, seolah-olah menyalahkan diri sendiri sepertimana yang dilihat dalam realiti masyarakat kita sekarang.

“Ia termasuklah penyakit berkaitan mental dan psikologi yang menimpa seseorang disebabkan mempersoalkan cerita lama hingga menjadi tertekan, lalu menyalahkan diri sendiri,” terangnya panjang lebar ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Dek kerana larut dibuai perasaan yang menyesakkan itu, maka terlontar jua pernyataan-pernyataan seperti ‘kalau aku buat begini, mesti situasi tak jadi begitu’ dan ‘kalau aku datang awal, mesti dia hidup lagi’.

Jika diteliti, jelas Dr Syed Shahridzan, semua yang diperkarakan itu tanpa disedari boleh menyebabkan syaitan menyusup dalam hati manusia hingga akhirnya membuatkan seseorang tidak menerima ketentuan ALLAH SWT.

“Mengertilah, menyesal dan bersedih itu biasa dan memang sudah menjadi fitrah manusia, tetapi kita kena ingat bahawa setiap yang berlaku adalah qada dan qadar ALLAH SWT.

“Segala yang terjadi itu hanyalah sebab sahaja. Umpamanya kemalangan, ia hanya sebab, tetapi hakikatnya ia adalah ketentuan ALLAH. Memang sudah ditakdirkan detik itu waktu kematiannya, keretanya rosak dan sebagainya.

Sedih

USAH terlalu sedih, kesal atau marah hingga membuka peluang kepada syaitan menyusup dalam hati kita dan mempertikaikan apa yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT. -Foto: 123rf

“Malangnya, ada yang tidak boleh menerima suratan-NYA. Lebih teruk lagi apabila ia membuka ‘amalan syaitan’ dan mempertikaikan apa yang ditentukan Sang Pencipta kepada-NYA,” katanya.

Baca juga ENAM cara syaitan sesatkan manusia

Ketahuilah bahawa semua itu terkait dengan soal akidah yang mana umat Islam diajar supaya berpegang teguh kepada Rukun Iman, ungkapnya.

“Rukun Iman terakhir adalah beriman kepada qada dan qadar ALLAH waima baik ataupun buruk. Ingatlah, kita tidak boleh terima (takdir) yang baik saja, tetapi qada dan qadar buruk pun kita kena menerimanya.

“Pendek kata, dalam kita dirundung kesedihan dan penyesalan, fikirkanlah bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan-NYA. Tidak perlulah kita bangkitkan rasa pilu itu dengan perkataan ‘kalau’ yang tidak memberikan apa-apa manfaat sekalipun.

“Cakaplah macam mana ‘kalau’ sekalipun, ia tetap tidak akan mengubah sejarah dan kisah-kisah lalu. Bahkan, ia akan menimbulkan lagi konflik akidah yang boleh membahayakan keimanan seseorang,” tegasnya.

Hanya untuk sesuatu yang positif

Meneruskan perkongsian ilmunya, Dr Syed Shahridzan kemudian memperincikan perihal keadaan yang dibolehkan untuk seseorang mengungkapkan perkataan ‘kalau’.

Jelas beliau, ia dibenarkan andai kita menuturkan kalimah itu ke arah membawa kepada kebaikan.

“Sebagai contoh, orang berkata ‘kalau aku kaya, aku hendak belanja engkau’ atau ‘kalau aku menang, aku belanja engkau’. Frasa itu tidak menjadi masalah kerana niat kita dalam hati untuk berbuat baik kepada rakan.

Sedih

UNGKAPAN ‘kalau’ boleh digunakan untuk perkara yang membawa kebaikan seperti orang berkata ‘kalau aku kaya, aku hendak belanja engkau’ dan elakkan menuturkan kalimah itu ketika diri dihambat rasa sedih, kecewa dan seumpamanya. -Foto: 123rf

Baca juga Buat kebaikan tak semestinya dengan sesuatu yang ‘grand’

“Begitu juga jika ungkapan ‘kalau’ digunakan untuk perkara yang positif iaitu mengharapkan sesuatu yang baik. Umpamanya, kita menuturkan ‘kalaulah saya dapat pergi haji, saya hendak banyak berdoa dan solat di sana’ ataupun ‘kalaulah saya ada duit segepuk, saya dah derma di masjid dan pada anak yatim’.

“Inilah antara bait-bait ayat ‘kalau’ yang tidak dilarang di sisi agama. Bahkan, ia berupaya menyuntik seseorang untuk melakukan amalan kebaikan,” ungkapnya.

Bukan itu sahaja, agamawan itu menjelaskan, apa sahaja ungkapan tersebut yang boleh membangkitkan kemahuan itu untuk menjadi lebih baik juga sangat disarankan.

Baca juga Biar tamak lakukan kebaikan dalam ibadah, jangan haloba urusan dunia

“Barangkali ada yang mengatakan ‘kalau saya dapat ke sini, nescaya saya akan kenal ramai orang dan banyak menuntut ilmu’. Tidak mengapa menyatakan sedemikian kerana dirinya mengharapkan suatu perkara yang baik berlaku.

“Seperkara lagi, ungkapan ‘kalau’ boleh digunakan untuk tujuan post-mortem (pemeriksaan bagi tujuan penambahbaikan). Sebagai contoh, ada orang mengatakan ‘tahun ini aku solat tarawih lapan rakaat, kalaulah aku diberi umur yang panjang dan bertemu Ramadan akan datang, aku nak solat tarawih 20 rakaat’.

“Pernyataan itu juga tiada masalah diungkapkan. Ini kerana walaupun ia melibatkan perkara telah lalu, tetapi tiada pertikaian perkataan ‘lau’ dengan urusan yang dibuat pada masa lepas dengan penyesalan tidak bermanfaat, cuma kita inginkan penambah baik dilakukan pada masa akan datang,” terangnya sambil menitipkan pesan agar melazimkan zikrullah dan membaca al-Quran bagi menenangkan hati yang sedih mahupun gundah-gulana.

Kalau
Isu,

Jangan kerana ungkapan ‘kalau’, akidah jadi binasa

“KALAU aku tak buat begitu, mesti tak akan jadi begini.”

Pernyataan itu tidak begitu asing pada halwa telinga kita. Lebih-lebih lagi saat sesuatu yang buruk menimpa seseorang. Frasa tersebut begitu laju meluncur dari bibir.

Bagaimanapun, berwaspadalah dengan ungkapan ‘kalau’ yang dizahirkan. Ini kerana ia seolah-olah menunjukkan betapa kita enggan berdamai dengan qada dan qadar yang ditentukan Sang Pencipta.

Baca juga Hati-hati Dengan Ungkapan ‘Kalau’

Lantaran itu, umat Islam dilarang untuk menyebut perkataan ‘kalau’. Dikhuatiri gara-gara satu kalimah itu, akidah kita yang menjadi taruhannya.

Apakah perkaitan antara perkataan tersebut dengan akidah umat Islam? Benarkah kita ditegah sama sekali daripada menyebut istilah berkenaan?

Waspada dengan pertuturan

Bagi mendasari topik itu, Sinar Islam Plus mendapatkan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Dr Mohd Hasrul Shuhari.

DR MOHD HASRUL

Jelas beliau, perkataan kalau dalam bahasa Arab yang disebut sebagai ‘lau’ pada asalnya tiada masalah andai digunakan dengan baik.

Bagaimanapun katanya, ia boleh bertukar menjadi sebaliknya jika penggunaan istilah berkenaan diduplikasikan pada waktu atau tujuan yang salah.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang: “Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh”. Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, ALLAH menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati mereka…” (Surah Ali Imran, ayat 156)

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: “Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini, tapi katakanlah: Sudah takdir ALLAH, ALLAH melakukan apa sahaja yang DIA kehendaki”. Kerana sesungguhnya kata ‘kalau’ itu membuka pintu amalan syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dr Mohd Hasrul kemudian menukilkan pandangan Imam an-Nawawi tentang maksud sebenar ungkapan ‘kalau’ yang membuka pintu amalan syaitan’.

Baca juga Sakit boleh jadi penghapus dosa. Tapi jangan sesekali mengeluh atau persoalkan takdir ALLAH

“Ulama tersohor dalam Mazhab Syafie itu menjelaskan, ia boleh menjadi sedemikian apabila ungkapan tersebut dilafazkan kerana kekecewaan dan penyesalan terhadap kepentingan duniawi.

Kalau

UNGKAPAN ‘kalau’ boleh membuka pintu amalan syaitan andai kita melafazkannya kerana kekecewaan dan penyesalan terhadap kepentingan duniawi hingga menentang takdir yang ditetapkan oleh ALLAH SWT. -Foto: F123rf

“Bukan itu sahaja, Imam an-Nawawi juga menukilkan pendapat Imam al-Qadhi ‘Iyadh yang mengatakan, perkataan ‘kalau’ yang ditegah itu adalah apabila tercetus di dalam hati seseorang perasaan menentang takdir yang dibisikkan oleh syaitan.

“Sementara itu, Ibn Daqiq al-‘Id dalam kitab Ihkam al-Ahkam pula berpandangan antaranya bahawa ia menunjukkan tidak menyerahkan sesuatu yang berlaku itu kepada takdir ALLAH SWT,” terangnya panjang lebar.

Sebagai manusia biasa yang tidak terlepas daripada pelbagai jenis perasaan, adakalanya kita tanpa sengaja membutirkan kalimah ‘kalau’ gara-gara terlalu sedih dan kecewa.

Namun begitu, hati tidak tergamak langsung mahu menyalahkan suratan takdir. Apatah lagi meletakkan ‘kesalahan’ itu kepada Sang Pencipta.

Dalam situasi tersebut, apakah lafaz terbaik dalam melepaskan tekanan yang dihadapi?

Menjawab persoalan tersebut, Dr Mohd Hasrul menjelaskan, terlalu banyak ungkapan yang boleh disebut tatkala terjadi musibah dan seumpamanya. Antara ayat yang sepatutnya diucapkan adalah seperti sebagaimana disebutkan dalam satu riwayat.

Baca juga Puji ALLAH saat senang dan ketika diuji dengan musibah

Anas bin Malik RA berkata: “Adalah Rasulullah SAW, apabila menghadapi suatu masalah, baginda berdoa: ”Wahai Yang MAHA HIDUP KEKAL, Yang terus menerus mengurus (mahluk-NYA), hanya dengan rahmat-MU sahaja, aku meminta pertolongan.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Kalau

APABILA menghadapi suatu musibah, berdoalah kepada ALLAH SWT memohon pertolongan-NYA agar kita boleh melapangkan dada dan tidak menuturkan ungkapan ‘kalau’ yang boleh membawa kita mempertikaikan takdir yang ditentukan-NYA. -Foto: 123rf

Elak berkata ‘kalau aku Tuhan’

Menyambung hujah, pensyarah itu mengingatkan agar kita tidak sewenang-wenangnya mengungkapkan frasa seperti ‘kalau aku Tuhan’ dan seumpamanya.

Ya, memang tiada masalah andai ia dibutirkan dalam keadaan tidak memaksudkannya.

“Sebagai contoh, individu yang melafazkan pernyataan ‘Ya ALLAH, ENGKAU hambaku dan aku Tuhanmu’ dalam keadaan terkejut, terleka atau tanpa sedar.

“Demikian yang dinyatakan oleh Imam al-Qadhi Iyadh seperti yabg dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitab Fath al-Bari,” jelasnya.

Baca juga Jangan buat kerja Tuhan

Namun begitu, Dr Mohd Hasrul menegaskan, ia tidak boleh diungkapkan banyak kali.

Ini kerana, beliau berhujah dengan pandangan al-Hafiz al-‘Iraqi yang menyatakan, perkara itu perlu dilihat kepada realiti individu melafazkannya.

“Jika ia berlaku berulang kali dan dia dikenali sebagai orang yang sering melakukan pelanggaran agama, maka dakwaan tersasul itu tidak diterima.

“Namun, jika ia tersilap sebut dan dia dikenali sebagai orang yang warak dan memelihara agamanya, maka alasan itu boleh dipertimbangkan. Perkara ini perlu diperincikan lagi, yakni apa keadaannya atau tujuannya ketika menyebutkannya,” tuturnya.

Apa pun, beliau mengingatkan bahawa perkara itu syubhat yang perlu dielakkan kerana ia juga boleh terjatuh kepada fahaman bidaah Muktazilah seperti as-Solah wal-Aslah yakni mewajibkan ALLAH SWT buat sesuatu berdasarkan akal kita!

Kalau

PELIHARALAH bibir kita daripada menuturkan kalau andai diri dibelenggu dengan pelbagai rasa yang menyakitkan atau mempersoalkan urusan Tuhan. -Foto: 123rf

“Contohnya, ‘jika aku Tuhan, pasti aku akan buat itu atau buat ini’.

“Selain itu, ia juga melibatkan bidaah Mushabbihah kerana menyamakan makhluk dengan Tuhan.

“Di samping itu, dari satu sudut, ungkapan berkenaan menyebabkan unsur kekurangan pada ALLAH, yakni seolah-olah Tuhan sekarang tidak buat sesuatu yang sempurna,” ungkapnya.

Darjat hamba di sisi ALLAH
Isu,

4 darjat hamba di sisi ALLAH, harta dan jawatan tak masuk dalam senarai

DARJAT seorang hamba di sisi ALLAH SWT tidak sama timbangannya dengan neraca dunia manusia.

Baca juga Harta dan pangkat, ujian buat manusia

Andai kita memandang harta dan pangkat sebagai ukurannya, tetapi tidak oleh Sang Pencipta.

Mengulas tentang hal itu kepada Sinar Islam Plus, pendakwah Ustaz Ahmad Hazran Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Aran menjelaskan, terdapat empat kedudukan seorang hamba di sisi ALLAH SWT.

Ketahuilah bahawa DIA begitu memandang tinggi orang yang berilmu sehingga diletakkan pada kedudukan pertama kerana setiap asas sesuatu termasuklah dalam hal ehwal ibadah kita semua berasaskan dengannya.

“Bayangkan tanpa ilmu, bagaimana untuk hendak lakukan ibadah jika tidak tahu rukun dan syarat-syaratnya?,” soalnya.

IMAM MUDA ARAN

Selain itu, pendakwah itu menjelaskan, iman pula berada pada tempat kedua dalam senarai darjat yang dipandang oleh ALLAH.

Baca juga 5 cara ALLAH SWT menghapuskan dosa hamba-NYA. Cara yang kelima sangat sukar dilalui manusia, namun besar ganjaran menanti

“Sebagaimana Rukun Iman yang merangkumi enam perkara, semuanya adalah perkara-perkara ghaib iaitu percaya kepada ALLAH, malaikat, kitab, rasul, hari kiamat dan qada serta qadar. “Bahkan, dalam sebuah hadis masyhur ada disebut selepas penduduk syurga menghuni jannah dan penduduk neraka memasukinya, ALLAH SWT berfirman agar mengeluarkan orang yang ada iman dalam dadanya walaupun ia hanya sebesar biji sawi,” ungkapnya.

Bukan itu sahaja, takwa dan amal turut termasuk masing-masing dalam kedudukan ketiga dan keempat.

“Sifat takwa itulah yang membuatkan kita yakin bahawa semua amalan waima baik atau buruk akan dihisab dan dibalas pada hari akhirat kelak.

“Daripada sifat itu jugalah terhasilnya amal iaitu kembali kepada Rukun Islam merangkumi lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, puasa, zakat dan menunaikan ibadah haji,” terangnya panjang lebar.

Waspada dengan kemasyhuran

Tiada gunanya terlalu mengejar kemasyhuran dan kekayaan andai diri sendiri tidak memahami definisi sebenar istilah berkenaan dari konteks agama.

Darjat hamba di sisi ALLAH

USAH terlalu mengagungkan kemasyhuran, apatah lagi kekayaan dan jawatan kerana ia tidak termasuk dalam senarai darjat hamba di sisi ALLAH. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik

Baca juga Betulkan niat masa tolong orang, kelak ALLAH akan bantu kita

Sebaliknya, segera perbetulkan niat dan ikhlas melakukan sesuatu semata-mata kerana ALLAH SWT.

Demikian nasihat dan saranan yang dilontarkan oleh Imam Muda Aran. Ini kerana kedua-dua elemen itu boleh mendatangkan fitnah kepada diri dan agamanya andai disalah guna.

Andai mahu disingkap, terlalu banyak ayat al-Quran dan hadis masyhur membutirkan tentangnya. Begitu juga bait mutiara daripada para alim ulama.

Antaranya, Ibrahim bin Adham pernah berkata: “Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar (siddiq) terhadap ALLAH.”

Ulama sufi terkemuka itu berkata: “ALLAH tidak membenarkan orang yang suka populariti.”

Selain itu, Fudhail bin ‘Iyadh berkata: “Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia, tetapi dipuji di sisi ALLAH.”

Jika diteliti semua ungkapan tersebut, jelas Imam Muda Aran, ia bukanlah bermaksud kita perlu mengasingkan diri daripada insan di sekeliling.

“Sebaliknya, berwaspada dengan kemasyhuran dan harta tersebut. Ini kerana ada orang yang suka dirinya menjadi topik utama atau dipuji melambung-lambung sampai dia ‘terangkat’.

“Itulah bahayanya apabila kita terlalu menjulang kemegahan dan kebendaan,” katanya kepada Sinar Islam Plus baru-baru ini.

Hati dan amal

Menyambung hujah, penceramah itu berkata, hanya hati dan amalan yang tulus menjadi kayu ukur penilaian Sang Pencipta ke atas hamba-hamba-NYA.

Darjat di sisi ALLAH

PERBETULKAN niat kita dalam melakukan amalan semuanya kerana ALLAH SWT. -Foto: 123rf

Ia jelas sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya ALLAH tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya ALLAH memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya ALLAH amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Muslim dan at-Tabarani)

Baca juga Amalan lain tak diterima jika tinggalkan solat?

“Selain itu, semuanya adalah satu bentuk ujian. Ia termasuklah musibah, kesusahan mahupun kesenangan untuk menakar keimanan kita kepada ALLAH SWT.

“Andai kita diberikan ujian dan bersabar, sangat tinggi darjat kita di sisi-NYA dan begitu juga sebaliknya. Ingatlah, ALLAH memberi kita segala macam untuk melihat sama ada kita menggunakannya kepada jalan yang betul.

“Adakah kita buat (beramal dengan cara) Islam itu sekadar buat ataupun terpaksa kerana wajib? Semua itu akan dilihat pada hati dan amalan masing-masing,” katanya.

Sebelum menoktahkan bicaranya, Imam Muda Aran menitipkan pesanan agar umat Islam tidak hanya berdamping dengan orang berpengaruh atau berjawatan sahaja serta meminggirkan insan-insan lain.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seorang lelaki itu bergantung dengan agama teman pergaulannya (sahabat rapat), maka hendaklah salah seorang melihat siapa yang menjadi teman pergaulan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dajat hamba di sisi ALLAH

BAGI memastikan kita tersenarai dalam darjat hamba di sisi ALLAH, pilihlah sahabat yang baik yang boleh membantu kita sewaktu perjalanan akhirat kelak. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf

Melihat ungkapan hadis itu, ujar pendakwah tersebut, jelaslah bahawa setiap orang perlu cakna dengan siapa kita bersahabat.

Tujuannya bukanlah mahu memilih mereka yang sempurna dan berguna, tetapi untuk membantu kita sewaktu perjalanan akhirat kelak, ungkapnya.

“Carilah kumpulan rakan-rakan yang memenuhi kehendak ALLAH SWT,” titipnya.

ANEKDOT

Bolehkah berdamping dengan orang berpengaruh untuk tempias positif?

– Dari sudut positif, tidak salah andai kita mahu bersahabat dengan orang yang ada kemasyhuran bagi membentuk lingkaran aura yang baik untuk memacu dirinya berjaya.

– Namun begitu, jangan sampai kita mengetepikan terus insan-insan biasa yang lain. Ia konsep yang salah.

– Sedangkan, Nabi Muhammad SAW secara jelas menyebut bahawa orang yang beriman itu berada pada ‘agama teman pergaulannya’.

– Ini bermaksud, kita perlu memerhatikan dengan siapa diri bersahabat agar mereka boleh melorongkan kita bukan sahaja kepada duniawi, tetapi juga ukhrawi.

Baca juga Hati-hati pilih kawan. Jangan sampai tersilap langkah

– Ikuti panduan memilih sahabat sebagaimana dinukilkan oleh Imam al-Ghazali yang diambil daripada kitab Hidayatus Salikin;

i. Pilih orang yang berakal (berilmu).

ii. Kawan yang baik dari sudut peribadi dan akhlak.

iii. Berkawan dengan orang soleh, bukan fasik.

iv. Usah bersahabat dengan orang yang sangat kasih pada dunia.

v. Pilih orang yang benar perkataannya dan tidak berdusta.

Karbala 10 Muharam
Isu,

Ini kisah tragedi Karbala yang terjadi pada 10 Muharam

Ini kisah tragedi Karbala yang terjadi pada 10 Muharam

TAHUKAH anda, selain puasa Hari Asyura, tarikh 10 Muharam turut dikaitkan dengan Tragedi Karbala, iaitu kisah pembunuhan yang sangat menyayat hati berlaku dalam sejarah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Memetik artikel portal tzkrh.com, dalam peristiwa itulah, Saidina Husain yang merupakan cucunda kesayangan Rasulullah SAW telah dibunuh dengan cara yang kejam di tempat bernama Karbala.

Untuk pengetahuan, sebelum kejadian terjadi, perpecahan dalam kalangan orang Islam sudah lama berlaku iaitu ketika terbunuhnya khalifah Islam ketiga, Saidina Uthman. Muawiyyah dan pengikutnya adalah kelompok yang tidak bersetuju dengan pelantikan Saidina Ali sebagai pemimpin yang seterusnya.

Setelah kematian Saidina Ali, umat Islam semakin berpecah. Muawiyyah yang sebelum itu telah berjaya meluaskan pengaruh dan kuasanya di Syria akhirnya merampas kekuasaan Khalifah dan mendirikan Empayar Umayyah pada tahun 661 Hijrah.

Baca juga Beristighfar memang banyak fadilatnya, namun kisah penjual roti bertemu Imam Ahmad kerana istiqamah istighfar adalah palsu

Karbala 10 Muharam

Dalam masa pemerintahan Muawiyyah, kaum Muslim semakin berpecah. Sebahagiannya menyokong Muawiyyah dan sebahagian lagi menentang termasuklah pengikut Saidina Ali yang masih tinggal, Ibnu Zubair dan sebahagian yang lain.

Ibnu Zubair mengecam sekerasnya apabila Muawiyyah melantik anaknya Yazid untuk menggantikannya ekoran Yazid adalah seorang yang masih mentah dan sukakan hiburan. Mereka juga berpendapat bahawa Muawiyyah cuba menukar sistem pemerintahan daripada konsep khalifah kepada pemerintahan beraja dan mengekalkan keturunannya dalam pemerintahan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ketika itu, banyak pengikut dan penyokong Saidina Ali berada di Iraq. Mereka mengutuskan surat kepada Husain yang berada di Mekah dan meminta beliau untuk berpindah ke Iraq.

Mereka berjanji akan membaiah Husain sebagai khalifah kerana mereka tidak menginginkan Yazid bin Muawiyyah menjawat jawatan Khalifah. Mereka bukan hanya mengutus surat, tetapi turut mengunjungi Husain di Mekah, dan mengajak beliau berangkat ke Kufah malah berjanji akan menyediakan pasukan jika sebarang perkara tidak diingini terjadi.

Para sahabat seperti Ibnu Abbas sering menasihati Husain supaya tidak mengikuti kehendak mereka, kerana ayahnya Saidina Ali bin Abi Talib turut dibunuh di Kufah dan Ibnu Abbas bimbang jika Husain turut dibunuh di sana. Namun Husain mengatakan, “Saya sudah melakukan istikharah dan akan berangkat ke sana.”

Karbala 10 Muharam

MENERUSI kisah ini, 10 Muharam menjadi tarikh penting bagi golongan Syiah Muslim. Foto: 123RF

Namun sayangnya, pengikut Saidina Ali di Kufah bukanlah seperti pengikut Nabi Muhammad SAW di Madinah ketika mereka menjemput Nabi SAW supaya berhijrah ke sana. Mereka di Kufah hanya menjemput Husain untuk kepentingan politik mereka menentang Yazid.

Natijahnya, apabila Husain dan pengikutnya berhadapan dengan tentera Yazid yang diketuai oleh pasukan Ubaidillah, pihak Kufah yang berjanji ingin melindungi dan menyediakan pasukan buat Husain lari menyelamatkan diri. Ubaidillah yang derhaka ini kemudian membunuh Husain dengan memenggal kepalanya sekalipun tindakan tersebut langsung tidak diperintahkan oleh Yazid.

Baca juga Ini kisah mengapa kopi diharamkan ulama Makkah suatu ketika dahulu

Husain terbunuh sebagai orang yang dizalimi dan sebagai syahid. Diceritakan bahawa setelah dibunuh, kepala Saidina Husain diletakkan di bejana (bekas air) lalu ‘Ubaidullah bin Ziyad menusuk-nusuknya dengan pedang.

Banyak riwayat-riwayat palsu yang muncul berkaitan dengan peristiwa ini. Ada yang menyatakan bahawa kepala Husain RA diarak sehingga diletakkan di hadapan Yazid.

PERISTIWA Karbala adalah antara detik penting dalam sejarah Islam. Foto: 123RF

Ada pula yang menceritakan bahawa para wanita dan keluarga Husain juga ditawan dan dirampas lalu dikelilingkan ke seluruh negeri dengan kenderaan tanpa pelana. Semua perkara ini merupakan kepalsuan yang dibuat oleh sesetengah pihak. Mengikut laporan, Yazid saat itu sedang berada di Syam, sementara kejadian menyayat hati ini berlangsung di Iraq.

Ekoran daripada peristiwa ini, golongan Syiah Muslim telah menjadikan 10 Muharam sebagai tarikh penuh ratapan dan kesedihan untuk memperingati kematian Husain. Mereka akan mengunjungi tempat pembunuhan Husain di Karbala, Iraq dan melakukan ritual tertentu seperti meratap menyebut nama Husain, memukul dan menyakitkan diri sendiri.

Baca juga Hibanya Nabi Musa tatkala bertemu Rasulullah SAW pada malam Israk dan Mikraj, ini sebabnya

Turut disyorkan Sebenarnya bukan Hawa pujuk Nabi Adam AS makan buah terlarang, itu cerita mitos

Hakikatnya, bukan Imam Husain sahaja yang dibunuh dengan kejam sepanjang sejarah Islam. Malah nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW serta pemimpin-pemimpin Islam sebelum itu juga ramai yang dibunuh.

Contohnya Saidina Umar ditikam dengan pisau bermata dua oleh lelaki yang bernama Abu Lu’luah ketika mengimamkan solat Subuh, manakala Saidina Uthman dibunuh oleh pasukan pemberontak yang diketuai oleh Abdullah bin Saba di kediaman Saidina Uthman sendiri.

Islam tidak menghalang umatnya daripada mengingati mana-mana pemimpin Islam, tetapi tidaklah sampai kepada keadaan yang boleh membahayakan diri sendiri. Hargailah pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka dengan terus mengamalkan Islam sebagai jati diri dan gaya hidup kita sehingga akhir hayat.

Sumber: Tzkrh

Foto: 123RF

Ini kisah tragedi Karbala yang terjadi pada 10 Muharam

Harta dan pangkat
Isu,

Harta dan pangkat, ujian buat manusia

HARTA dan pangkat, dua ‘alat’ kemasyhuran yang begitu disanjung oleh kebanyakan manusia.

Benar, tidak salah andai seseorang itu kaya dan berkedudukan tinggi. Apa yang menjengkelkan andai ia disalah guna.

Malah, semua yang dimilikinya dianggap sebagai karamah hingga akhirnya bersikap bongkak serta tamak serta mendongak ke langit.

Baca juga Sifat riak, sombong boleh membuatkan manusia mudah lupa kepada YANG MAHA ESA

Mengertilah, semua itu adalah kurniaan dan pinjaman ALLAH SWT. Bila-bila masa sahaja DIA boleh menariknya semula mengikut kehendak-NYA. Bahkan, apabila seseorang meninggal dunia, satu daripada harta-hartanya yang dibanggakan tadi tidak boleh mengikutnya ke alam kubur.

Siapa pun seseorang itu, di sisi ALLAH, kita tetap sama iaitu hamba-NYA. Suka atau tidak, kewajiban kita terhadap Sang Pencipta tidak boleh dilupakan sama sekali. 

Apakah yang membezakan antara setiap manusia dengan individu lain menurut pemilik kerajaan langit dan bumi itu? Apakah pangkat dan harta menjadi ukuran di sisi-NYA?

Habuan akhirat

Sinar Islam Plus menemu bual Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam) Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Ustaz Panji Alam Mazhisham.

USTAZ PANJI ALAM

Beliau memulakan mukadimahnya dengan menegur ‘kesilapan’ manusia yang selama ini menganggap kekayaan, harta dan pangkat sebagai satu kemasyhuran serta kemuliaan dan kelebihan.

Baca juga Pangkat besar dan harta berjuta, bukan kategori insan hebat. Kenali 4 jenis manusia paling dikagumi berpandukan al-Quran dan hadis

Ketahuilah bahawa kemuliaan di sisi ALLAH bukanlah terletak pada banyak atau sedikitnya habuan dunia seperti itu, ungkapnya.

“Sebaliknya, DIA memuliakan seseorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mereka mendapat habuan akhirat.

“Andai diberi kesenangan di alam yang fana ini, dia bersyukur dan sentiasa memuji ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Islam Plus baru-baru ini.

ALLAH SWT berfirman yang mafhumnya: “(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!” (Surah al-Fajr, ayat 15)

Harta dan pangkat

KETAHUILAH bahawa harta dan pangkat bukan suatu kemuliaan, sebaliknya ia merupakan ujian buat hamba-NYA. -Foto: 123rf

Ustaz Panji Alam menukilkan pandangan Dr Wahbah az-Zuhaily dalam kitab Tafsir al-Munir bahawa, ayat itu berkaitan pemikiran manusia yang salah dengan menganggap harta dan pangkat merupakan suatu kemuliaan.

Malah, ada yang menyangka ia merupakan karamah, lalu bergembira dengan apa yang diraih tanpa bersyukur kepada Sang Pencipta serta tidak menyedari itu adalah ujian daripada Tuhan, ungkapnya.

Baca juga Kaya juga satu ujian. Ini yang perlu kita tahu

“Dengan kata lain, kekayaan, harta benda, pangkat dan kuasa bukanlah tanda keredaan ALLAH SWT terhadap seseorang hamba. Ini kerana semua itu tiada nilai di sisi-NYA.

“Hakikatnya, segala bentuk kemasyhuran atau dianggap mulia itu adalah fitnah dan ujian kepada manusia,” ujarnya.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Manusia akan semakin meningkat tua, namun ada dua ciri dalam dirinya yang akan semakin muda iaitu; perasaan cinta kepada kehidupan dan cinta kepada harta.” (Sahih al-Bukhari)

Di sebalik maksud hadis berkenaan, jelas Ustaz Panji Alam, tiada perkara di dunia yang lebih besar kuasanya untuk mengubah seorang manusia melainkan dengan harta!

“Lihat sahaja insan di sekeliling kita berubah sikap, prinsip dan pegangan hidup apabila kaya raya, memegang jawatan tinggi, diberi pangkat besar dan gelaran di hadapan nama.

“Ingatlah, segala nikmat yang diberikan oleh-NYA waima harta, kekayaan dan pangkat itu sebenarnya menuntut manusia untuk menjadi hamba yang bersyukur kepada-NYA serta membuat persediaan untuk berjaya di akhirat dengan beriman dan beramal soleh,” tuturnya.

‘Fitnah’ penyebab manusia lalai

Sesungguhnya, harta merupakan fitnah yang akan menyebabkan manusia lalai daripada mengingati-NYA, melakukan maksiat dan kemungkaran kepada ALLAH SWT.

Harta dan pangkat

KEMASYHURAN yang dimiliki asbab kekayaan dan jawatan disandang bukan tiket untuk seseorang bersifat bongkak dengan apa dimilikinya. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf

Buktinya jelas dirakamkan dalam al-Quran tentang kisah Qarun yang kaya serta berdarjat, tetapi akhirnya tenggelam ‘ditelan’ bumi bersama rumahnya.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam itu lagi, kisah Qarun yang diceritakan dalam Surah al-Qasas bermula ayat 76 hingga 82 menjadi saksi bahawa kesombongan melalui harta tidak akan kekal lama andai kita tidak memahami konsep kekayaan dalam hidup.

Baca juga Usah Mendabik Dada Dengan Kejayaan Yang Diperoleh, Ustaz Ini Terangkan Semuanya Daripada-NYA

“Ketamakan Qarun dengan hartanya tidak terhenti di situ, malah diakui oleh pengikut-pengikutnya. Sikap mendabik dada ini mengingatkan kepada manusia agar berhati-hati dengan jawatan, pangkat dan kedudukan yang mulia diberikan ALLAH kepada kita.

“Manusia sering kali diuji dengan kedudukan yang baik, malah memberikan gambaran bahawa kehidupan yang senang itu adalah anugerah sedangkan mereka tidak memahami bahawa setiap kelebihan itu juga adalah ujian untuk mereka,” terangnya.

Kepada satu soalan, Ustaz Panji Alam menjawab: “Setiap daripada kita pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan akan melalui pemeriksaan ketat serta timbangan atas amalan semasa hidup di dunia.

“Ia termasuklah disoal setiap harta yang diperoleh waima dibelanjakan dengan cara halal atau sebaliknya.”

Justeru, beliau menitipkan pesan agar umat Islam menggunakan harta dan pangkat untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.

“Caranya adalah dengan menginfakkan harta membantu orang dalam kesusahan seperti fakir miskin dan anak yatim.

“Janganlah kita terpesona dengan keseronokan kehidupan dunia hingga meninggalkan urusan akhirat. Ingatlah, semua limpahan kesenangan dan nikmat dikurniakan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul Jalil Azza Wajalla,” katanya mengakhiri perkongsian ilmunya.

***Foto: Freepik

balas dendam Islam
Isu,

Islam benarkan ‘balas dendam’, tetapi ada syaratnya

Islam benarkan ‘balas dendam’, tetapi ada syaratnya

MEMBALAS dendam merupakan satu tindakan terhadap seseorang sebagai tindak balas kerana tidak berpuas hati terhadap perkara yang dilakukan oleh mangsa.

Kata pendakwah bebas, Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan, perbuatan membalas dendam sebenarnya dibolehkan dalam Islam menerusi hukum Qisas (iaitu balas balik apa yang dilakukan).

Baca juga Selesaikan segala sengketa dan dendam dunia di Qantharah, sebelum masuk ke syurga

balas dendam Islam

SEGALA perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita perlu berlandaskan syarak. Foto: 123RF

Hal itu difirmankan oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran menerusi Surah al-Baqarah ayat 194: “Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertakwalah kamu kepada ALLAH serta ketahuilah, sesungguhnya ALLAH berserta orang-orang yang bertakwa.

Turut disyorkan Pencuri solat, awas.. jangan jadi begitu

USTAZ Hadi Zahalan

“Cuma dalam melakukan tindakan membalas balik itu, ia mestilah mengikut saluran yang dibenarkan. Disebabkan itu, ayat tersebut meminta kita bertakwa kepada ALLAH agar setiap perbuatan yang dilakukan selari dengan ketentuan-NYA,” jelas Dr Nur Mohammad Hadi sebagaimana dipetik daripada sebuah media tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dalam pada itu, agamawan tersebut turut berkongsikan satu kisah tentang Rasulullah SAW bersumpah untuk membalas dendam atas kematian bapa saudaranya Hamzah yang syahid di dalam Peperangan Uhud setelah jasadnya dicincang dan dikeluarkan hati.

Maka Rasulullah bersabda: Sesungguhnya jika ALLAH memberikan kemenangan kepadaku atas mereka, sesungguhnya aku akan balas mencincang tiga puluh orang lelaki dari kalangan mereka (sebagai pembalasan atas kematian Hamzah).

Ketika para sahabat mendengar hal tersebut, mereka berkata: Demi ALLAH, seandainya ALLAH memenangkan kita atas mereka, sungguh kita akan mencincang mereka dengan cincangan yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan orang-orang Arab. Maka waktu itu turunlah Surah an-Nahl ayat 126 sehingga habis Surah an-Nahl.

Firman ALLAH, “Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.” (Surah an-Nahl, ayat 126)

Jelas para ulama, menerusi ayat yang diturunkan ALLAH memerintahkan untuk berbuat adil dalam qisas (pembalasan) dan seimbang dalam menunaikan hak. Namun, dalam masa sama, ALLAH turut meminta Baginda Rasulullah untuk bersabar dengan segala perbuatan yang mereka kerjakan.

balas dendam Islam

RASULULLAH SAW sendiri pernah menyatakan hasrat untuk membalas dendam terhadap kematian bapa saudaranya, Hamzah. Foto: 123RF

Balas dendam perlu guna saluran betul

Sekali lagi pendakwah itu menegaskan bahawa membalas dendam hanya dibenarkan dalam bentuk yang diterima syarak disebut sebagai hukuman qisas.

Nasihatnya, semua tindakan tersebut pula bukanlah kita yang membalasnya sendiri tetapi dengan mengikut saluran yang betul dengan melalui sistem penghakiman agar keadilan itu dapat ditegakkan.

Adapun untuk membalas dendam dalam bentuk kemungkaran sama seperti yang mereka lakukan adalah haram disisi syarak seperti: menghina dibalas dengan hinaan, mengumpat dibalas dengan mengumpat, mencuri dibalas dengan mencuri. Maka kesemua itu diharamkan dalam syarak.

Baca juga Hidup Kena Banyak Sabar, ALLAH SWT Akan Balas Dengan ‘Ladang’ Pahala Tanpa Batas

BERSABARLAH menghadapi segala ujian hidup kerana ALLAH menjanjikan ganjaran buat orang-orang penyabar.

Baca juga Konsisten buat 4 amalan ‘simple’ ini, insya-ALLAH dijamin syurga

Sabar adalah sebaik-baik sifat
Sebaliknya, titip Dr Nur Mohammad Hadi, jadilah seperti Nabi SAW yang berjiwa besar dengan tidak membalas dendam kepada mereka yang menzalimi baginda.

Ketahuilah, seseorang yang memaafkan orang lain itu sebenarnya tidak akan sesekali rugi. Bahkan pendakwah itu menjelaskan, sifat pemaaf itu akan menyebabkan seseorang itu layak untuk masuk ke dalam salah satu pintu syurga ALLAH iaitu pintu memaafkan orang lain

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang menahan marah padahal dia mampu untuk melepaskannya, nescaya ALLAH akan memanggilnya di tengah kerumunan manusia sehingga dia bebas memilih bidadari yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sumber: mstar

Foto: 123RF

 

Surah al-Baqarah pendinding diri
Isu,

Surah al-Baqarah, pendinding diri daripada gangguan makhluk halus

Surah al-Baqarah, pendinding diri daripada gangguan makhluk halus

BUKAN hanya ‘orang biasa’, Surah al-Baqarah turut menjadi pilihan para perawat Islam (mu’alij) dalam proses rawatan terutama bagi memulihkan mangsa gangguan makhluk halus.

Menurut pendakwah Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad, surah tersebut diaplikasikan dalam mengendalikan kes seperti ‘gangguan’ dalam rumah tangga, premis kediaman, insiden kerasukan dan sebagainya.

“Tidak sekadar itu, surah kedua dalam al-Quran ini juga begitu popular di rantau nusantara khususnya ketika ingin memagar rumah daripada gangguan makhluk halus,” katanya kepada Sinar Islam Plus.

Semua itu begitu tsabit dengan sebuah hadis. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan jadikan rumah kamu seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah).” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Baca juga Kenali al-Baqarah, surah yang digeruni syaitan

Menyambung hujah, Da’i Fuad yang turut memiliki kepakaran dalam rawatan Islam menjelaskan, betapa pentingnya Surah al-Baqarah kepada umat Islam apabila banyak dalil yang memerihalkan ia cukup efektif mendapatkan perlindungan ALLAH SWT dengan memuji-NYA berdasarkan bait-bait kalam suci berkenaan.

DA’I FUAD

Antara dalilnya termasuklah hadis Rasulullah SAW: “Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir dari Surah al-Baqarah pada waktu malam, telah cukup baginya dengan keduanya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dalam satu riwayat lain, ujar pendakwah itu, syaitan yang menyerupai manusia pernah meminta harta zakat daripada Abu Hurairah RA yang ketika itu diamanahkan menjaganya.

Kata Abu Hurairah: “Rasulullah SAW mewakilkanku untuk menjaga zakat Ramadan, lalu datang kepadaku seseorang dan mengaut makanan. Aku memegangnya dan berkata: “Sesungguhnya aku akan melaporkanmu kepada Rasulullah SAW.” Orang itu pun menceritakan apa yang berlaku, lalu berkata: “Apabila kamu ke tempat tidurmu, bacalah ayat Kursi, maka pemelihara daripada ALLAH akan sentiasa bersamamu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga Subuh.” Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dia telah berkata benar kepadamu sementara dia adalah pendusta, dia itu ialah syaitan.”

Bagi sesiapa yang meninggalkan surah berkenaan, kata Da’i Fuad, mereka pasti akan merasai kekosongan dalam kehidupan dan porak-peranda dalam ‘perjalanan’.

“Masakan tidak, golongan itu tiada pagar dan benteng kerana jiwa mereka kosong.

“Andai ini berlaku, masalah akan mula menginap hingga menyebabkan seseorang berada dalam kesulitan yang dahsyat. Maka sebab itulah kita tidak boleh tinggalkan surah yang begitu signifikan ini,” terangnya.

Surah al-Baqarah pendinding diri

SURAH AL-BAQARAH pendinding diri yang ampuh untuk mendapatkan perlindungan daripada ALLAH SWT. Justeru, jangan tinggalkan surah berkenaan. -Foto: 123rf

Amalkan pendinding diri

Daripada 286 bait-bait dalam Surah al-Baqarah, ayat manakah yang boleh diamalkan sebagai pendinding diri daripada syaitan dan kejahatan sihir?

Baca juga 4 Amalan Pendinding Sihir Yang Ampuh Boleh Kita Lazimkan

Menjawab tanda tanya itu, Da’i Fuad menjelaskan, penggunaannya adalah secara konsensus.

“Andai tujuannya ingin memagar rumah, kita akan membaca surah berkenaan sebanyak tiga kali berturut-turut selama tiga hari. Jika masuk ke rumah baharu pula, maka kita akan baca keseluruhan ayat dalam surah tersebut dengan sempurna.

“Begitupun, sekiranya digunakan secara khusus, maka ada beberapa perbincangan berkaitan hal itu.

“Sebagai contoh, dalam sebuah hadis, ada dinyatakan bahawa sesiapa yang membaca 10 ayat dalam Surah al-Baqarah pada satu malam iaitu empat ayat terawal, ayat Kursi dan dua ayat berikutnya serta tiga ayat terakhir surah berkenaan, syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah itu. Ia digunakan sememangnya untuk mencapai hajat tersebut,” terangnya panjang lebar.

Jika matlamatnya untuk membentengi diri, maka Da’i Fuad mengesyorkan saranan daripada Shaikh Wahid Abdul Salam Bali dengan membaca ayat 102 dari Surah al-Baqarah.

“Ayat itu antara lain menceritakan bagaimana Nabi Sulaiman AS berjaya menjatuhkan kelompok yang cuba menjadi penguasa dalam kalangan syaitan untuk menentang serta mengajar orang ke arah kemungkaran.

Surah al-Baqarah pendinding diri

TERLALU banyak keistimewaan yang terdapat dalam Surah al-Baqarah, selain memberi manfaat kepada pembacanya termasuk sebagai pendinding diri. -Foto: 123rf

“Ia khususnya perihal bagaimana Nabi Sulaiman berjaya mengawal dan mentadbir urus alam jin sehingga mereka gerun dengan Baginda,” ungkapnya.

Kepada satu soalan lain, Da’i Fuad menjawab, mereka yang memasang rakaman atau radio yang memainkan Surah al-Baqarah untuk memagar rumah pada hakikatnya tidak memberikan implikasi tersebut.

“Ini kerana ia tidak sesuai dengan niat si pembaca ayat berkenaan. Pembaca itu membuat rakaman bagi tujuan berkenaan, bukan kerana untuk memagar kediaman.

Baca juga Lakukan amalan ini untuk ‘pagar’ rumah daripada gangguan syaitan

“Justeru, jika ingin ‘pagar’ rumah, ia mesti diniatkan secara khusus, barulah akan memberikan kesan. Bagaimanapun, andai setakat ikhtiar, maka tiada masalah,” katanya.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

Al-Baqarah
Isu,

Kenali al-Baqarah, surah yang digeruni syaitan

DALAM sebuah hadis masyhur, ada dinyatakan bahawa syaitan dan iblis akan bertempiaran lari dari rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah.

Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Jangan jadikan rumah kamu seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah).” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Betapa agungnya surah berkenaan sehinggakan makhluk terkutuk itu ‘gerun’ dengannya. Sudah tentu ia memiliki keistimewaan tersendiri.

Apakah kelebihan yang ada pada surah berkenaan? Mengapa ia sering menjadi surah pilihan sebagai pelindung daripada iblis?

Puncak al-Quran

Menelusuri asbabun nuzul (sebab-sebab turunnya ayat), Penolong Pendaftar Kanan Hal Ehwal Islam, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Kelantan, Ustazah Shalwati Ramli menjelaskan, surah terpanjang dalam al-Quran itu diturunkan secara berperingkat dan bertahap selama sembilan tahun lamanya.

USTAZAH SHALWATI

Mengandungi 286 ayat, surah kedua dalam al-Kitab itu sebahagian besarnya diturunkan di Madinah pada permulaan tahun Hijrah.

“Kecuali ayat 281, menurut riwayat masyhur, ia diturunkan di Mina pada Haji Wida’ iaitu haji Nabi Muhammad SAW yang terakhir.

Baca juga Jangan tinggalkan al-Quran, setidaknya bacalah 2 ayat terakhir Surah al-Baqarah setiap malam

“Jadi, keseluruhan ayat dalam surah ini merupakan ayat Madaniyyah. Ia dinamakan al-Baqarah kerana mengandungi kisah berkaitan Bani Israel dengan Nabi Musa AS tentang penyembelihan lembu betina (menerusi ayat 67-74) yang kemudiannya mengelaskan sifat kaum Yahudi yang sangat keras hatinya,” katanya kepada Sinar Islam Plus.

Begitu istimewanya surah itu apabila ia turut terkenal dengan jolokan Fusthaatul-Quran iaitu puncak al-Quran dan yang tertinggi kedudukannya, ungkap beliau.

Masakan tidak, penceramah itu menjelaskan, ini kerana surah tersebut memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam mana-mana surah yang lain.

“Bahkan, al-Baqarah juga dikenali sebagai surah alif lam mim kerana dimulakan dengan bait-bait huruf hijaa’ berkenaan pada permulaan ayatnya,” terangnya.

Jika mahu disingkap satu persatu, terlalu banyak perkara unggul tentang surah yang mengandungi ayat terpanjang itu.

Salah satunya, jelas Ustazah Shalwati, ia membawa keberkatan dan keharmonian dalam kehidupan umat Islam.

Menambah ketakjuban Sinar Islam Plus apabila pendakwah itu membutirkan bahawa al-Baqarah memberi keamanan kepada setiap rumah daripada gangguan syaitan!

Al-Baqarah

ORANG yang membacakan Surah al-Baqarah di dalam rumahnya akan memberi keamanan kepada setiap kediaman daripada gangguan syaitan. -Foto: Unsplash

Itu pun jika kita melazimkan diri membacanya setiap masa dan ketika.

“Tidak hairanlah jika surah ini dapat menghindarkan diri daripada anasir jahat seperti amalan sihir, khianat dan perbuatan jahat manusia. Bukan sekadar itu, setiap pembacanya akan dinaungi daripada kepanasan dan azab di padang mashyar kelak, sekali gus memberi syafaat kepada pengamalnya,” hurainya panjang lebar.

Fadilat kepada pembaca

Sesungguhnya, Surah al-Baqarah bukan calang-calang. Banyak dalil yang memerihalkan tentang keistimewaannya. Antaranya, ujar Ustazah Shalwati, kediaman yang sentiasa dipenuhi dengan bait-bait kalamullah berkenaan tidak akan dimasuki syaitan. Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca 10 ayat dari Surah al-Baqarah iaitu ayat satu hingga lima, ayat Kursi dan dua ayat berikutnya serta ayat 284 hingga 286, nescaya syaitan tidak akan memasuki rumahnya pada hari dan malam tersebut.”

Baca juga [VIDEO] Tinggalkan rumah dengan rakaman Surah al-Baqarah yang terpasang. Ini yang wajib kita ambil tahu…

Di samping itu, katanya, begitu beruntungnya orang yang membaca al-Baqarah kerana malaikat akan sentiasa bersama dengan kelompok berkenaan.

Ia sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada al-Laits dan daripada Usaid bin Hudhair yang menceritakan keadaan kudanya berputar-putar ketika beliau membaca surah berkenaan.

Tatkala bacaannya dihentikan, kuda tersebut kembali tenang. Lantaran itu, beliau menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW dan baginda bersabda: “Tahukah engkau apa itu?” “Tidak,” jawabnya. Baginda bersabda: “Itulah malaikat yang mendekati dan mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya (sampai pagi), nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bahkan, dalam satu riwayat lain yang masyhur, surah berkenaan begitu ampuh menjadi benteng daripada terkena sihir dan gangguan makhluk halus.

Al-Baqarah

SURAH kedua dalam al-Quran itu menjadi benteng diri daripada terkena sihir dan gangguan makhluk halus. -Foto: 123rf

“Kepada individu yang menghafaz surah berkenaan pula, ketahuilah bahawa mereka akan memperoleh kedudukan yang sangat tinggi,” ungkapnya.

Bilakah waktu terbaik membaca Surah al-Baqarah?

Menjawab persoalan itu, Ustazah Shalwati menjelaskan, seorang Muslim dibolehkan membacanya pada setiap hari, dua hari atau sebulan sekali.

“Pendek kata, tiada hari atau waktu khusus untuk membaca Surah al-Baqarah. Bahkan, kita boleh membacanya pada bila-bila masa.

“Cuma, suka saya kongsikan, terdapat beberapa pendapat mengenai waktu terbaik melazimkannya iaitu pada malam hari dan malam Jumaat serta mengamalkan ayat Kursi usai setiap solat fardu akan diberikan imbalan yang bukan calang-calang,” ungkapnya.

Baca juga Ayat Kursi Paling Agung Dalam Al-Quran, Rugi Jika Kita Tidak Amalkannya

ANEKDOT

Ekstra tentang Surah al-Baqarah

– Nama al-Baqarah (sapi/ lembu betina) diambil dari kisah dalam ayat 61-71 tentang penyembelihan seekor sapi.

– Ayat-ayat berkenaan memerihalkan kecerewetan kaum Yahudi yang diperintahkan Tuhan menyembeli lembu, tetapi begitu banyak pertanyaan tentang ciri-ciri sapi yang perlu dikorbankan diajukan sehingga akhirnya menyulitkan mereka.

– Surah itu dimulai dengan huruf muqatha-ah (dibaca secara terputus-putus) iaitu alim lam mim yang bertujuan menarik perhatian pembacanya pada pesanan dan suruhan ALLAH SWT.

– Dalam surah berkenaan, turut dinyatakan tentang hukum-hakam syariat seperti perintah mengerjakan solat, menunaikan zakat, berpuasa, haji dan umrah, hukum qisas, berkaitan halal dan haram dalam Islam, cara menyantuni anak-anak yatim, larangan riba, hukum berkaitan fiqh serta tegahan mengahwini wanita musyrik dan berkaitan peperangan.

– Selain itu, turut diceritakan tentang kisah Nabi Adam, Musa dan Ibrahim AS, di samping ceritera larangan dalam bulan-bulan haram.

– Istimewanya Surah al-Baqarah apabila ia mengandungi ayat teragung iaitu ayatul Kursi yang sering dihafaz dan diamalkan sebagai bacaan untuk mendapatkan perlindungan serta keredaan ALLAH SWT.

Al-Baqarah

TERLALU banyak keistimewaan yang terdapat dalam Surah al-Baqarah, selain memberi manfaat kepada pembacanya. -Foto: 123rf

Inti pati terpenting Surah al-Baqarah

– Kisah perbalahan kaum Bani Israel dengan Nabi Musa AS tentang penyembelihan lembu betina akhirnya menjelaskan sifat kaum Yahudi yang keras hati.

–  Surah itu juga menyentuh tentang sifat-sifat orang beriman, kafir dan munafik yang mana menjelaskan tentang hakikat keimanan, kekufuran dan kemunafikan, selain membandingkan di antara orang yang bahagia dan sengsara.

– Sesungguhnya, kekuasaan ALLAH SWT mengatasi segalanya dan ALLAH MAHA AGUNG dan MAHA BERKUASA.

– Tersingkapnya kisah penciptaan Nabi Adam AS dan peristiwa-peristiwa sewaktu proses berkenaan dalam surah itu menunjukkan penghormatan yang diberikan ALLAH SWT kepada manusia.

– Sama seperti surah Madaniyyah yang lain yang banyak memfokuskan aspek syariat, Surah al-Baqarah turut merangkumi persoalan undang-undang dan hukum-hakam yang diperlukan oleh umat Islam dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.

– Terdapat juga beberapa pensyariatan hukum seperti ibadah puasa, tatacara memberikan hutang kepada seseorang dan lain-lain.

– Ia antara lain turut mengandungi seruan kepada orang beriman supaya sentiasa bertaubat dan kembali kepada ALLAH SWT, di samping mengajak umat memohon bantuan serta berdoa untuk beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.