Browsing Category

Antarabangsa

Uncle mat salih bawa haiwan reptilia
Antarabangsa,

Persembahan ular dan buaya tarikan si kecil ke masjid di Newark USA

Persembahan ular dan buaya tarikan si kecil ke masjid di Glasgow…

SEBUAH masjid di Glasgow Avenue Newark Amerika Syarikat (AS) menarik perhatian warga maya apabila menjemput pemilik haiwan reptilia untuk menarik kehadiran kanak-kanak.

Menerusi akaun Twitter milik Saif Suhairi, beliau berkongsi ciapan mengenai aktiviti graduasi anaknya di Amerika Syarikat yang diadakan di dalam sebuah masjid di sana.

Dalam aktiviti tersebut, menunjukkan seorang lelaki tempatan mengadakan pertunjukan haiwan reptilia seperti ular, buaya dan cicak kepada kanak-kanak.

Baca Juga Pengembaraan pemuda Muslim Perancis berjalan kaki ke Masjid al-Aqsa Baitulmaqdis

Kehadiran ‘uncle’ yang memakai seluar pendek bawa buaya masuk masjid itu menarik minat penduduk sekitar terutamanya kanak-kanak.

Saif menyatakan, itu antara aktiviti yang diadakan Muslimin di sana bagi menarik kanak-kanak mendatangi masjid dengan lebih kerap.

“Ahli jawatankuasa (AJK) masjid di Amerika Syarikat kebiasaanya mempunyai hubungan rapat dengan ahli kariahnya.

UNCLE seluar pendek menyantuni kanak-kanak di masjid dengan persembahan haiwan reptilia.

“Imam di masjid ini iaitu Syeikh Abdul Hadi sangat prihatin dengan kanak-kanak. Hampir setiap nama budak di sini dia boleh ingat.

“Budak jadi suka nak datang masjid, mereka gembira. Inilah cara kami komuniti Islam di Amerika Syarikat. Tidak sama dengan tempat lain,” ujarnya seperti dipetik melalui ciapan di laman Twitter.

Baca Juga Muslimah solat dengan pakaian ketat, sah atau tidak?

Turut Disyorkan Korban luar negara, adakah berbeza larangan memotong kuku dan rambut?

Selain itu, seorang warga maya yang sering berkunjung ke negara Barat sempat menceritakan pengalamannya melihat aktiviti di masjid tersebut.

“Masjid di sana bukan sekadar tempat untuk menunaikan solat, tapi ia adalah pusat Islam untuk Muslim dan bukan Muslim berkumpul menjalankan aktiviti riadah bersama.

“Mereka bergaul dan ada komuniti yang sihat, kenalan baharu dibuat tanpa wujud sebarang diksriminasi.

SUASANA meriah masjid di Amarika Syarikat yang dihadiri komuniti setempat.

“Yang tua dan muda saling membimbing tanpa ada rasa senioriti. Budak-budak boleh membuat kerja sekolah di situ, lepas siap mereka boleh bermain apa sahaja termasuk Playstation 5 atau Nintendo Switch beramai-ramai.

“Apabila masuk waktu solat, mereka akan solat berjemaah, kemudian akan menyambung kembali aktiviti yang dilakukan,” ungkapnya.

Baca Juga Adik Syahril, bukti jasa sang anak hingga akhir nafas seorang ibu

Rata-rata netizen Malaysia memberi maklum balas dan turut kagum dengan budaya masjid tersebut dalam usaha untuk menarik kanak-kanak agar gembira datang ke masjid.

Salah seorang pengguna akaun Twitter, @Nurniasomar mengatakan acara tersebut sememangnya mengaplikasikan masjid sebagai institusi penyebaran ilmu.

“Masjid sebagai institusi penyebaran ilmu, secara tidak langsung kanak-kanak dapat belajar perkara baharu sekaligus mendekatkan mereka untuk datang ke masjid,” ujarnya.

Muslim pantauan FBI
Antarabangsa,

Lebih 98 peratus nama Muslim dalam senarai pantauan FBI

Lebih 98 peratus nama Muslim dalam senarai pantauan FBI

MEMERANJATKAN. Demikian yang Sinar Islam Plus dapat simpulkan apabila membaca laporan bahawa terdapat lebih 98 peratus nama Muslim tersenarai dalam pemantauan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Ia banyak dilaporkan oleh media antarabangsa secara meluas sejak Selasa.

Memetik artikel yang disiarkan agensi berita terkemuka, Anadolu Agency, perkara itu didedahkan oleh satu kumpulan Islam di Amerika Syarikat (AS).

Baca juga 90 peratus platform media sosial mengandungi unsur islamofobia

Menerusi laporan bertajuk ‘Twenty Years Too Many, A Call to Stop the Secret Watchlist FBI’, kandungannya memperincikan tentang penggunaan FBI terhadap Pangkalan Data Saringan Keganasan yang dikatakan menyasarkan umat Islam.

Laporan berkenaan ditemukan penggodam Switzerland yang menjumpainya dalam talian apabila ia disiarkan tanpa sengaja oleh syarikat penerbangan serantau, Council on American-Islamic Relations (CAIR) pada Isnin lalu.

Baca juga Umat Islam kurang diwakili dalam televisyen walaupun membentuk satu perempat populasi dunia

CAIR menjalankan analisis komprehensif terhadap lebih 1.5 juta entri nama.

Muslim pantauan FBI

SELAIN nama Muslim dalam pantauan FBI, umat Islam sering menjadi sasaran Islamofobia. -Gambar hiasan/ Foto: Reuters

“Lebih 350,000 penyertaan termasuk beberapa transliterasi Mohamed atau Ali atau Mahmoud dan 50 nama yang paling kerap muncul adalah semuanya nama-nama Muslim.

Menerusi entri senarai pantauan yang kami semak, kami menganggarkan lebih 1.47 juta daripada entri tersebut menganggap Muslim – lebih 98 peratus daripada jumlah keseluruhan,” kata laporan itu sebagaimana dipetik menerusi portal aa.com.tr.

Dalam laporan sama, ia turut menyebut, senarai rahsia FBI telah menimbulkan kesukaran dan ketakutan kepada masyarakat Islam selama 20 tahun ini.

Baca juga Gara-gara Islamofobia, ramai profesional Muslim di Perancis cari kerja di luar negara

“Bagaimanapun, sejuta sasaran FBI seterusnya bukanlah orang Islam. Dengan Perang Melawan Keganasan semakin berakhir, senarai rahsia FBI suatu hari nanti pasti akan mencari sasaran baharu.

“Sasaran seterusnya ialah rakan senegara kita dan laporan ini dimaksudkan sebagai amaran kepada mereka,” kata laporan berkenaan.

Dalam pada itu, kumpulan Muslim di AS itu turut menggesa Presiden Joe Biden mengambil tindakan bagi menangani senarai pantauan berkenaan.

Ini kerana nama individu yang tersenarai tersebut bakal berhadapan dengan pelbagai rintangan.

Muslim pantauan FBI

SEGERA hentikan Islamofobia yang merupakan antara satu bentuk serangan pemikiran oleh Barat untuk memberikan imej buruk terhadap Islam. -Foto: 123rf

Selain berhadapan siasatan FBI, mereka juga boleh menghadapi isu sekatan perjalanan, imigresen, keganasan polis, kesukaran mendapat permit dan lesen, kesan profesional dan akses terhad untuk ke bangunan kerajaan.

Baca juga Ketahui sejarah Islamofobia dan serangan halus untuk burukkan Islam

Ia sebagaimana yang berlaku dalam insiden baru-baru ini apabila Datuk Bandar Mohamaed Khairullah dari Prospect Park, New Jersey tidak diundang oleh Perkhidmatan Rusia untuk menghadiri sambutan Aidilfitri di Rumah Putih.

Alasannya adalah kerana nama beliau termasuk dalam senarai pantauan FBI!

***Foto: Anadolu Agency

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

wanita Jepun Islam
Antarabangsa,

Pernah takut berkawan dengan Muslim, wanita Jepun ini akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidup

Pernah takut berkawan dengan Muslim, wanita Jepun ini akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidup

MENGINJAK usia 26 tahun, Saki Takao memilih untuk menyambut hari lahirnya dengan memulakan hidup baru sebagai seorang Muslim.

Memetik portal agensi berita The Asahi Shimbun, gadis Jepun yang berpakaian kimono berserba merah jambu itu berjaya melafazkan syahadah sambil ditemani ahli keluarga dan sahabat handai.

Walaupun sambutan diadakan hanya sederhana, namun pelbagai cabaran telah ditempuh oleh guru sekolah menengah berkenaan sebelum akhirnya bergelar Muslim.

Dilahirkan serta dibesarkan di Jepun, Saki pernah menghadiri Universiti Osaka Jogakuin. Semasa mengikuti sebuah program pertukaran pelajar di Taiwan anjuran pihak universiti, dia telah berkenalan dengan seorang lelaki dari Turkmenistan.

Baca juga Terpaut dengan alunan merdu al-Quran di Masjid Negara, dua pelancong Jepun peluk Islam

Turut disyorkan Bilangan penduduk Jepun peluk agama Islam semakin meningkat. Ini faktor-faktor yang menyumbang

SAKI Takao memeluk seorang rakan Muslimnya setelah malafazkan syahadah. Foto: Tetsuaki Otaki/The Asahi Shimbun

Baca juga Tujuh cara terbaik bantu mualaf

Turut disyorkan Saintis Jepun temui rahsia dan akui keajaiban air zamzam

Kedua-duanya menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dan menjadi kawan rapat. Walau bagaimanapun, persahabatan itu akhirnya terputus apabila Saki menyedari bahawa lelaki itu seorang Muslim dan menjadi ‘takut’ gara-gara reputasi Islam yang sering dikaitkan dengan pengganas.

Namun begitu, setelah kembali ke Jepun, Saki mula rasa malu dan bersalah atas apa yang dilakukan terhadap rakan Muslimnya dahulu.

Lantas, dua tahun selepas itu, gadis Jepun tersebut mula menjelajah pelbagai negara seperti Indonesia dan Turkiye dalam usaha untuk mengenali lebih lanjut tentang Islam dan masyarakat Muslim.

Selepas tamat pengajian, Saki mula bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah dekat Osaka. Ketika menyentuh tentang Islam dalam salah satu kelasnya, Saki mendapat tahu bahawa rata-rata pelajar mengaitkan agama itu dengan ‘keganasan’

“Dahulu, saya juga seperti pelajar-pelajar itu. Hanya ada tanggapan negatif terhadap orang Islam,” katanya.

Baca juga Muslimin dilarang menghadiri dan menyertai upacara perayaan bukan Islam, fatwa baru dikeluarkan

wanita Jepun Islam

SAKI Takao melafazkan syahadah sambil mengenakan pakaian kimono pada 25 November tahun lepas. Foto: Tetsuaki Otaki/The Asahi Shimbun

Baca juga Tertarik dengan disiplin kehidupan Muslim, lelaki Thailand ini memeluk Islam

Turut disyorkan Islam pesat berkembang di kawasan setinggan Brazil

Berazam untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam, Saki mula mengunjungi masjid di kawasan kejiranannya. Selain mencuba makanan halal, dia juga pernah berpuasa di bulan Ramadan.

Tidak lama kemudian, hati Saki mula terdetik untuk memeluk Islam. Ketika menyampaikan hasrat itu kepada keluarganya, Saki memberitahu, ibunya menangis. Pun begitu, kedua-dua ibu bapanya tidak menghalang keputusannya untuk menjadi Muslim.

Keinginan Saki untuk memeluk agama itu pula menjadi semakin kuat setelah berkenalan dengan seorang rakyat Malaysia beragama Islam yang kini sudah bergelar tunangnya.

Lantas, Saki telah memilih sambutan hari lahirnya yang ke-26 untuk melafazkan syahadah.

“Ada sedikit perasaan aneh kerana saya baru sahaja memeluk agama Islam. Sebenarnya hidup dalam masyarakat Jepun ada cabarannya tersendiri. Namun kini jika saya ada masalah, saya tahu dunia Islam boleh menerima saya dengan tangan terbuka,” ujarnya.

Baca juga Gunakan ‘bahasa kasih sayang’ sebarkan Islam, pendekatan unik imam di Turkiye

JUMLAH penduduk Islam di Jepun, termasuk mualaf tempatan dilihat meningkat setiap tahun. Foto: Tetsuaki Otaki/The Asahi Shimbun

Baca juga Al-Quran terkecil di dunia ini pernah melalui perang dan peristiwa bersejarah

Menurut ahli akademik dari Universiti Waseda, Tanada Hirofumi, jumlah umat Islam di Jepun telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun.

Pada tahun 2010, statistik menunjukkan jumlah penduduk Islam di Jepun adalah sekitar 110,000 orang. Manakala, menjelang akhir tahun 2019, jumlah itu meningkat kepada 230,000 orang dengan hampir seramai 50,000 mualaf Jepun.

Sumber: The Asahi Shimbun & AboutIslam

Foto: Tetsuaki Otaki/The Asahi Shimbun

Pernah takut berkawan dengan Muslim, wanita Jepun ini akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidup

Putri Ariani
Antarabangsa,

Bukan sekadar meraih Golden Buzzer America’s Got Talent, Putri Ariani juga mengalunkan al-Quran dengan indah

Bukan sekadar meraih Golden Buzzer America’s Got Talent, Putri Ariani juga mengalunkan al-Quran dengan indah

SEORANG gadis dari Indonesia mencuri perhatian netizen baru-baru ini selepas memberikan persembahan memukau dalam siri realiti TV America’s Got Talent (AGT).

Meskipun memiliki kelainan upaya penglihatan, namun itu bukan penghalang buat Putri Ariani, 17 tahun untuk turut meraih ‘Golden Buzzer’ yang jarang diberikan kepada peserta, lebih-lebih lagi daripada juri Simon Cowell.

Menariknya, suara merdu Putri tidak terhad kepada nyanyian sahaja. Malah, suatu perkongsian daripada seorang warganet menunjukkan gadis tersebut juga mampu melantunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan begitu indah.

Baca juga Sultan Al Neyadi, angkasawan Arab Muslim pertama ‘berjalan’ di ruang angkasa selama 6 bulan

Turut disyorkan Replika al-Quran gergasi di Yala tarik ribuan pengunjung

Putri Ariani

GADIS Indonesia itu mempunyai pelbagai kebolehan termasuk menyanyi, bermain alat muzik serta fasih al-Quran Braille. Foto: Canva

Baca juga Wanita Israel Derma Buah Pinggang Sempena Hari Jadinya kepada Kanak-Kanak Gaza

Turut disyorkan Terpaut dengan alunan merdu al-Quran di Masjid Negara, dua pelancong Jepun peluk Islam

Sebagaimana dikongsikan pengguna Instagram Addie MS, selain berkebolehan menyanyi, bermain piano dan seruling, Putri turut fasih mengalunkan al-Quran Braille.

Putri kini merupakan salah seorang peserta akhir dalam AGT musim ke-18. Dia akan bersaing dengan peserta lain daripada pelbagai latar belakang untuk merebut hadiah bernilai AS$1 juta dan kontrak persembahan di Las Vegas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ADDIE MS (@addiems999)


Baca juga Majlis Khatam Al-Quran 2.0 SI+ serlah kehebatan OKU penglihatan, malah ada peserta hafiz yang hafal sepenuhnya kitab suci itu

Nama Putri Ariani mungkin hanya dikenali selepas videonya tular tetapi gadis kelahiran Riau itu mula dikenali di negara kelahirannya selepas memenangi Indonesia’s Got Talent pada 2014, ketika usianya lapan tahun.

“Salah satu cabaran saya adalah orang melihat saya sebagai orang buta dan bukan sebagai penyanyi, tetapi bila saya menyanyi saya rasa seperti seorang legenda,” katanya seperti yang dipetik dari portal Astro Awani.

Putri Ariani

PUTRI Ariani memenangi Indonesia’s Got Talent pada 2014, ketika usianya lapan tahun.

Baca juga Rahsia Safwa, hafizah al-Quran cemerlang ACCA

Dalam pada itu, Putri mula menyanyi ketika berusia dua tahun dengan meniru bunyi yang didengarinya. Ibu bapanya pula menyokong bakatnya dan mendaftarkan gadis itu di sekolah muzik.

Selepas kemenangannya di Indonesia’s Got Talent, Putri terus mengeluarkan album studio dan pelbagai single. Salah satu kemuncak kerjaya mudanya setakat ini ialah beraksi pada majlis perasmian Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.

Sumber: Astro Awani & Instagram Addie MS

Foto: Twitter & Instagram

PEMULIHAN AL-QURAN
Antarabangsa,

Perpustakaan Taiwan berjaya pulihkan al-Quran berusia 500 tahun

PROSES pemulihan kitab suci al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun yang dijalankan di Perpustakaan Negara Taiwan telah berjaya diselesaikan dalam tempoh masa 35 bulan.

Yayasan Amal Buddha Tzu Chi yang berpangkalan di Taiwan berkata, pemulihan al-Quran berbentuk manuskrip setebal 500 muka surat itu, yang sangat lusuh akibat haus dan lusuh ditelan masa berjaya disempurnakan menjelang Ahad (4 Jun) lalu, lapor focus.taiwan.tw.

Al-Quran berkenaan pada asalnya telah disampaikan kepada pengasas yayasan amal berkenaan, Master Cheng Yen sebagai hadiah pada tahun 2020 oleh Faisal Hu, seorang sukarelawan Tzu Chi beragama Islam yang menetap di Turkiye.

Namun, pada suatu hari ketika Cheng Yen sedang meneliti kandungan al-Quran itu, beliau mendapati terdapat apa yang kelihatan seperti semut pada beberapa halamannya.

MANUSKRIP setebal 500 muka surat yang lusuh akibat faktor peredaran masa diberikan kepada pengasas yayasan amal itu, Cheng Yen sebagai hadiah pada tahun 2020 oleh sukarelawan Muslim Tzu Chi, Faisal Hu dari Turkiye. -Foto: Hsu Mei-wen

Beliau lalu meminta bantuan Perpustakaan Negara Taiwan agar al-Quran itu dipulihkan oleh individu yang bertanggungjawab dalam tugasan berkenaan, iaitu seorang pemulih buku di ‘Hospital Buku’ perpustakaan berkenaan, Hsu Mei-wen, yang pakar dalam pemulihan teks kuno dan kaligrafi; serta seorang lagi sukarelawan, Wu Ying-mei, yang merupakan timbalan pengarah perpustakaan berkenaan pada masa itu.

Hsu berkata ‘semut’ itu sebenarnya adalah kumbang rokok, yang biasa ditemui dalam buku-buku lama, lalu dia menggunakan gas nitrogen untuk memusnahkan spesies kumbang berkenaan.

Baca Juga Al-Quran tulisan tangan, tinggalan sejarah abad ke -15 yang wajib dipelihara

Turut Disyorkan Pemulihan Al-Quran berusia 500 tahun di Taiwan selesai

Apa yang menarik, ketika dalam proses melakukan pemulihan al-Quran itu, Hsu menyatakan bahawa walaupun bukan seorang Muslim dan beragama Buddha, namun beliau memilih untuk tidak mengambil daging babi sepanjang proses pemulihan al-Quran berkenaan.

“Al-Quran yang saya pulihkan itu mengandungi 75 surah, ditulis tangan oleh empat orang berbeza menggunakan dakwat berbeza, dan disiapkan sekitar abad ke-15 atau ke-16,” jelasnya.

PEMULIHAN manuskrip itu mengambil masa 35 bulan.

Tambah Hsu, beliau telah mengambil masa selama lapan bulan untuk mendapatkan bahan untuk pemulihan yang betul untuk al-Quran itu seperti gentian linen, kerana pembekal bahan berkenaan biasanya mereka tidak mempunyai jenis yang sama seperti bahan asal pada al-Quran berkenaan.

Baca Juga Didiami lebih 20 ribu huffaz, Kampung Matar Tares masyhur seantero Mesir

Akhirnya, dia menemui beberapa bahan di gudang perpustakaan berkenaan, yang kelihatan mudah disesuaikan dan kemudian dicelup dengan pigmen mineral untuk menjadikannya kelihatan sama dengan al-Quran asal.

35 bulan masa diambil untuk pulihkan al-Quran

Sepanjang tempoh proses pemulihan al-Quran itu, Hsu dengan berhati-hati mengekstrak habuk, biji dan rambut manusia yang didapati terselit dalam kitab suci itu, yang kesemuanya dirancang untuk dipelihara dan dipamerkan, di samping al-Quran yang dipulihkan itu.

PEMULIHAN 500 halaman dalam dan muka depan al-Quran itu, serta salinan digital (kanan).

Secara keseluruhan, pemulihan al-Quran itu mengambil masa 35 bulan untuk siap sepenuhnya, termasuk jeda kira-kira satu setengah tahun akibat pandemik Covid-19, sebelum Hu dan pengarah perpustakaan tersebut, Tsao Tsui-ying menyerahkannya kepada Cheng Yen pada Isnin (5 Jun) lalu, yang turut dihadiri Hsu dan Wu.

Ia adalah naskah berbentuk buku tertua dari Barat yang dipulihkan oleh perpustakaan itu, yang menurut Tsao, kejayaan pemulihan teks agama Islam itu mempunyai kepentingan sejarah dan merupakan pengiktirafan terhadap profesionalisme dan kepakaran pasukan profesional di bawah penyeliaannya.

Baca Juga Model keluarga terbaik disebutkan dalam al-Quran

Sementara itu, Wu mengucapkan terima kasih kepada Tsao kerana berusaha memulihkan al-Quran itu secara percuma dan menyatakan bahawa peluang yang jarang berlaku untuk membaiki peninggalan penting sejarah itu akan membantu meningkatkan profil Hospital Buku perpustakaan berkenaan.

huffaz Mesir
Antarabangsa,

Didiami lebih 20 ribu huffaz, Kampung Matar Tares masyhur seantero Mesir

Didiami lebih 20 ribu huffaz, Kampung Matar Tares masyhur seantero Mesir

JIKA di Malaysia, boleh dikatakan setiap negeri terkenal dengan sesuatu perkara sehinggakan ada bandar yang menerima julukan tertentu. Misalnya, Perlis dikenali dengan buah mangga harumanis, ikan patin popular di Temerloh Pahang, manakala perusahaan labu sayong pula banyak didapati di Kuala Kangsar, Perak.

Namun, di Mesir pula, ada sebuah kampung yang sangat unik kerana dikatakan setiap keluarga yang menetap di situ mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.

Baca juga Pemuda Mesir khatam al-Quran dalam masa 7 jam

Turut disyorkan 5 nikmat dan janji ALLAH SWT kepada pencinta al-Quran

huffaz Mesir

SEBUAH kampung berdekatan Sinnuris, Mesir mendapat nama gara-gara telah melahirkan ramai huffaz. Foto: International Quran News Agency / Watan Daily

Kampung yang dimaksudkan itu bernama Matar Tares dan terletak berhampiran bandar Sinnuris di daerah Faiyum.

Lapor agensi berita Watan Daily, terdapat lebih 20,000 huffaz di Matar Tares. Setiap keluarga bukan sahaja mempunyai seorang hafiz, bahkan ada juga keluarga yang kesemua ahlinya mampu melafazkan keseluruhan kitab suci al-Quran melalui ingatan semata-mata.

ADA lebih 20 ribu penghafal al-Quran di kampung Matar Tares, Mesir. Foto: International Quran News Agency / Watan Daily

Meniti sejarah kampung itu, sebuah maktab mengajar al-Quran pernah ditubuhkan di sana beberapa tahun lalu. Sejak daripada itu, bilangan penduduk yang mampu menghafal kalamullah semakin meningkat.

Baca juga Berdosakah jika kita terlupa ayat al-Quran yang pernah dihafal?

Turut disyorkan Replika al-Quran gergasi di Yala tarik ribuan pengunjung

huffaz Mesir

SYEIKH Ahmed Mohamed Yusuf. Foto: International Quran News Agency / Watan Daily

Malah, salah seorang penduduk Matar Tares, Syeikh Ahmed Mohamed Yusuf berkata, ada persaingan untuk menghafal al-Quran antara penduduk kampung.

Ujarnya, kebanyakan kanak-kanak di situ mula menghafal al-Quran sejak umur lima tahun lagi. Proses mengingati keseluruhan kitab suci itu pula biasanya mengambil masa enam tahun.

huffaz Mesir

KANAK-kanak di Matar Tares mempelajari al-Quran sejak umur lima tahun lagi. Foto: International Quran News Agency / Watan Daily

Baca juga Jangan tinggalkan al-Quran, setidaknya bacalah 2 ayat terakhir Surah al-Baqarah setiap malam

Ahmed turut mengatakan, kanak-kanak di kampung itu telah memenangi banyak anugerah dalam pertandingan al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, di samping berjaya dalam bidang lain.

Dalam pada itu, setiap tahun Matar Tares akan mengadakan satu majlis penghargaan buat para penghafaz al-Quran di kampung tersebut.

Sumber: International Quran News Agency (IQNA)

Foto: IQNA & Watan Daily

GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-29T153259.941
Antarabangsa,

Teruja jadi muzawwir haji, pelajar Malaysia timba pengalaman baru

KIRA-KIRA 60 pelajar Malaysia yang sedang menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah terlibat sebagai muzawwir (pembimbing) dalam operasi Tabung Haji (TH) bagi membantu aktiviti ziarah jemaah haji di sini.

Ia merupakan kerjasama antara Persatuan Mahasiswa Malaysia-Arab Saudi cawangan Madinah dengan TH selama 17 tahun yang menjadi medan anak-anak muda dalam mengasah kemahiran berinteraksi.

Muzawwir akan diperuntukkan bagi setiap bas jemaah haji untuk menerangkan sejarah Madinah dan tempat-tempat yang dilawati seperti Masjid Quba dan lokasi peperangan Uhud.

Baca Juga Ikut 8 tip ini, anda takkan tersesat sepanjang tunaikan haji

Timbalan Ketua Pelajar Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi Cawangan Madinah (Persada) Ukail Ahmad Sanif, 26, berkata penglibatan pelajar Universiti Islam Madinah bertujuan menyampaikan dakwah kepada jemaah.

“Kami membawakan cerita dari sudut yang berbeza, kami beritahu fakta sirah yang betul serta sahih dan dalam masa sama menggunakan fakta itu untuk menjadikan kita lebih dekat dengan ALLAH SWT,” katanya ketika ditemui pemberita.

Muzawwir akan diperuntukkan bagi setiap bas jemaah haji untuk menerangkan sejarah Madinah dan tempat-tempat yang dilawati seperti Masjid Quba dan lokasi peperangan Uhud. -Foto: Bernama

Pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh Hanbali) dari Klang, Selangor itu berkata sebelum ini, pelajar melakukan inisiatif itu secara individu sebelum dijadikan acara tahunan Persada sejak beberapa tahun lepas bagi memberikan yang terbaik kepada jemaah haji Malaysia.

Bagi Ahmad Syirazi Iqbal, 22, pelajar semester tiga Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin berkata ini merupakan pengalaman pertamanya sebagai muzawwir dan berasa seronok kerana dapat berinteraksi dengan rakyat Malaysia.

“Kebanyakan pelajar di sini pulang setahun atau dua tahun sekali ke Malaysia, jadi berinteraksi dengan jemaah haji ini dapat rasa lebih dekat dengan Malaysia,” katanya.

Baca Juga Buat korban 7 kali pahala macam naik haji, betul ke?

Mutawif dalam kalangan orang muda

Selain muzawwir yang akan menjadi pembimbing jemaah haji atau umrah, terdapat satu lagi khidmat yang amat diperlukan dalam melaksanakan rukun Islam yang kelima itu.

Digelar Mutawwif, mereka adalah insan penting di sebalik perjalanan jemaah sepanjang mengerjakan umrah dan haji di Tanah Suci. Mereka ini yang membantu, memberi nasihat, sekali gus memudah serta melancarkan perjalanan ibadat jemaah di sana.

Mutawwif, mereka adalah insan penting di sebalik perjalanan jemaah sepanjang mengerjakan umrah dan haji di Tanah Suci. -Foto: Shauqi Hasan

Selain itu, mutawwif juga harus membawa para jemaah untuk melakukan ziarah sekitar Kota Makkah dan juga Kota Madinah serta perlunya ada pengetahuan untuk bercerita tentang sejarah tempat-tempat yang dilawati sebagai contoh, sejarah Bukit Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, dan beberapa lagi tempat bersejarah yg lain.

Apabila sebut sahaja mutawwif, ramai yang lebih cenderung untuk mengambil khidmat orang yang berpengalaman, namun golongan muda juga tidak ketinggalan untuk menerajui kerjaya ini.

Baca Juga 137 ‘duyufurrahman’ hayati ibadah umrah dengan nilai syukur dan sujud daripada Surah al-Insan

Turut Disyorkan Ingin haji mabrur, amal 7 adab saranan al-Ghazali

Ketua Pegawai Eksekutif Manhajj Mutawwif Umrah & Holidays Sdn Bhd (Manhajj Mutawwif), Abdul Halim Ikhsan berkata, sebelum ini, mutawif lebih dikenali melalui pembabitan guru agama atau ustaz kerana mempunyai lebih banyak pengalaman dan selok-belok ketika menunaikan umrah.

“Namun zaman terus berlalu, tampil golongan muda yang dilihat berminat dan mempunyai aura menjadi pemimpin berwibawa untuk membawa rombongan jemaah dari tanah air sehingga selesai ibadat di Mekah.

“Usaha melahirkan golongan muda sebagai mutawif kini menjadi ‘trend’ dalam kalangan agensi pelancongan umrah sejak akhir-akhir ini. Langkah ini memberi peluang kepada generasi baru untuk membantu jemaah umrah,” katanya sebagaimana dipetik menerusi satu laman berita tempatan.

GAMBAR PORTAL FB (97)
Antarabangsa,

Sambung ayat ikut urutan hijaiyyah, dua huffaz buktikan kehebatan

SAMBUNG ayat al-Quran mengikut turutan huruf hijaiyah. Agak jarang dilakukan oleh kebanyakan orang, namun itulah antara cabaran yang dilakukan oleh dua pempengaruh terkenal.

Abdul Qawiy Abd Rashit, 26, dan Furqan Fawwaz, 25, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila mereka bergabung melakukan cabaran sambung ayat al-Quran mengikut susunan huruf hijaiyah.

Video yang berdurasi 5 minit itu telah maraih 40 ribu lebih tontonan sejak ia dimuat naik di laman media sosial kedua pempengaruh tersebut.

Baca Juga Nekad berjalan dari Perak ke Mekah, Herry sempurnakan umrah

Bacaan pertama bermula dengan (huruf alif  – ا ) telah dimulai oleh Qawiey dengan menebuk surah al-Baqarah dan diakhiri dengan surah Yassin (huruf ya – ي).

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat 29 huruf-huruf hijaiyah yang telah disepakati oleh para ulamak. Setiap huruf ini mempunyai makhraj dan sifatnya yang wajar dipenuhi apabila membaca al-Quran.

VIDEO yang berdurasi 5 minit itu telah maraih 40 ribu lebih tontonan sejak ia dimuat naik. 

Sebelum ini, Abdul Qawiy telah memanfaatkan ilmu yang ada untuk membuat kandungan di TikTok dengan cabaran sambung bacaan ayat al-Quran atau lebih dikenali sebagai tebuk al-Quran.

Abdul Qawiy berkata, idea sambung bacaan ayat al-Quran itu timbul disebabkan dia memang ada buat kandungan mengenai al-Quran, jadi terlintas untuk membuat eksperimen sosial pula.

“Ketika belum dikenali, saya akan bagi soalan atau surah yang senang. Selain itu, fokus saya untuk sebarkan al-Quran.

Baca Juga Elak kongsi “donepuasaenam”.. sembunyikan ibadah sunat itulah sebaiknya

“Fokus saya bukanlah nak buatkan ia sebagai cabaran, tetapi lebih kepada untuk sebarkan (ilmu) al-Quran,” katanya kepada satu laman portal berita tempatan.

Dakwah santai jalanan dengan ilmu al-Quran di TikTok

Abdul Qawiy turut menjelaskan pembelajaran al-Quran itu tidak semestinya bersifat tadabbur (menghayati maksud ayat al-Quran untuk memahaminya) dalam keadaan yang formal saja.

“Jadi, saya mahu ubah persepsi itu. Dalam keadaan bersantai pun boleh baca al-Quran.

KANDUNGAN yang dibuat Abdul Qowiey itu juga telah mendapat perhatian stesen televisyen, TV Alhijrah diterbitkan dalam program Qawiy Wuz Here dan telah disiarkan sejak awal Januari 2023.

“Saya bersyukur sebab tak pernah jangka pun apa-apa kandungan yang dihasilkan boleh pergi jauh,” ujarnya.

Dia yang menyambung pengajian di Madrasah Darul Uloom Zakariyya, Johannesburg, Afrika Selatan selama tujuh tahun itu berkata, dia selesa memilih gaya street (jalanan), bukan dengan pakaian jubah dan kopiah ketika membuat kandungan TikTok itu.

“Sebenarnya dari dulu saya memang suka berfesyen. Selain itu, perwatakan seperti ini membolehkan lebih ramai anak muda yang akan mendekati.

Baca Juga Masjid-e-Taqwa hasil restorasi dan renovasi gereja yang telah 150 tahun terbiar

“Bukan apa, bila saya selalu pakai kopiah atau jubah, ramai anak muda akan menjauh sebab takut penampilan itu,” katanya.

Kandungan yang dibuat Abdul Qowiey itu juga telah mendapat perhatian stesen televisyen, TV Alhijrah diterbitkan dalam program Qawiy Wuz Here dan telah disiarkan sejak awal Januari 2023.

Turut Disyorkan Kongsi perjalanan di bumi Tareem, Luqman Hafiz luah rasa syukur berpeluang ziarah bumi berkah itu

GAMBAR PORTAL FB (89)
Antarabangsa,

Masjid-e-Taqwa hasil restorasi dan renovasi gereja yang telah 150 tahun terbiar

Masjid-e-Taqwa hasil restorasi dan renovasi gereja yang telah 150 tahun terbiar…

SEBUAH bangunan gereja binaan batu satu tingkat yang dibina sekitar 1870 diubah menjadi masjid berikutan pengubahsuaian besar-besaran selepas beberapa dekad terbiar.

Menerusi portal About Islam, Masjid-e-Taqwa yang baharu diubahsuai di Pleckgate Road itu menganjurkan solat jemaah buat pertama kali di bangunan yang sebelum ini menempatkan Gereja St Chad.

Jurucakap masjid e-Taqwa itu berkata, kami cuba mengekalkan ciri asal bangunan itu dan cuba memasukkannya ke dalam reka bentuk baharu.

“Paling ketara di dalam dewan solat, terdapat rasuk kayu (kayu dipasang antara tiang-tiang rumah) yang menjadi ciri yang paling jelas.

“Ini dipuji sesiapa sahaja yang pernah mengunjungi masjid, sama ada Islam dan bukan Islam.

MASJID-e-Taqwa yang baharu diubahsuai di Pleckgate Road itu menganjurkan solat jemaah buat pertama kali pada minggu ini. – Foto: About Islam

“Pintu dan pintu gerbang juga merupakan sesuatu yang membantu memberikan ciri unik kepada masjid.

“Kami menjemput orang ramai yang tinggal di kawasan itu untuk melihat sendiri perubahan itu dan kami gembira mendengar komen mereka,” katanya.

Masjid baharu itu juga boleh menempatkan 180 jemaah, termasuk ruang solat di atas (tingkat dua) dan kawasan wuduk.

Baca Juga Anak lelaki kepada gipsi terkaya UK peluk Islam selepas temui ketenangan di masjid

Manakala, di luar masjid, tempat letak kereta baharu, lampu dan ciri landskap menghidupkan semula bangunan itu.

“Ini adalah bangunan yang benar-benar berkualiti tinggi sekarang dan mereka telah benar-benar menambah baik ini daripada apa yang ada,” kata seorang penduduk tempatan, Brian, yang melawat masjid itu.

MASJID itu boleh menempatkan 180 jemaah, termasuk ruang solat di atas (tingkat dua) dan kawasan wuduk. – Foto: About Islam

“Ia cantik. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu,” kata Brian.

Ketua Blackburn bersama Darwen Council, Cllr Phil Riley memuji pengubahsuaian masjid yang mengagumkan itu semasa melawat masjid tersebut baru-baru ini.

“Betapa hebatnya bangunan itu dan satu penghormatan kepada usaha dilakukan semua orang.

Baca Juga Meski teruja dengan kemunculan AI, perhati juga kedudukan hukum dalam penciptaan imej manusia

“Ini adalah bangunan separuh terbiar untuk satu tempoh masa lama dan ia kini menjadi bangunan yang sangat cantik.

“Kerja telah dilakukan ke tahap yang tinggi dan ia benar-benar merupakan satu penambahan yang mengagumkan kepada masyarakat tempatan,” katanya.

GAMBAR PORTAL FB (83)
Antarabangsa,

Hari NAKBA : Peristiwa penting rampasan tanah Palestin bermula

Hari NAKBA : Peristiwa penting rampasan tanah Palestin bermula

15 MEI merupakan tarikh bersejarah bagi umat Islam khususnya bagi penduduk Palestin.

Hari Nakba (يوم النكبة) merupakan hari di mana negara haram Israel diisytiharkan secara rasminya selepas mereka mendakwa telah memenangi peperangan yang pada hakikatnya hanyalah merampas negara Palestin.

Pengisytiharan penubuhan negara haram turut diraikan oleh Zionis laknatullah sebagai hari kemerdekaan bagi mereka.

Pada hari ini, ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari tanah air mereka sendiri dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Episod kejam ini juga menyaksikan ribuan nyawa terkorban, rumah-rumah dirobohkan, harta rakyat dirampas, kenderaan awam dimusnahkan serta pelbagai lagi kekejaman yang terbukti meragut hak asasi sebagai rakyat di bumi sendiri.

Sementara itu, memetik portal UmmahToday, dilaporkan ribuan rakyat Palestin berkumpul di Tebing Barat pada Isnin bagi memperingati ulang tahun ke-75 Nakba.

Di tengah-tengah Tebing Barat yang dijajah di bandar Ramallah, ratusan orang berkumpul di luar Makam Presiden Yasser Arafat dan mengibarkan bendera Palestin, sepanduk hitam bertulis ‘Kembali’ serta imej kunci bagi menuntut kembali hak mereka.

HARI  ini, ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari tanah air mereka sendiri dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Penduduk kemudiannya berarak ke Dataran Manara di pusat bandar Ramallah di mana perhimpunan utama diadakan bagi memperingati tragedi tersebut.

Peringatan Nakba tahun ini diadakan ketika ketegangan sedang memuncak yang meragut lebih 152 nyawa penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita sejak awal tahun.

Baca Juga Tiga lagi pemimpin jihad Islam Palestin gugur syahid

PBB memperingati Hari Nakba

Buat pertama kali dalam sejarah juga, PBB turut memperingati Hari Nakba di ibu pejabat agensi itu di New York selepas sebuah resolusi diluluskan pada November lalu.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang memegang status pemerhati badan tersebut juga diberi peluang untuk berucap ketika sesi khas Jawatankuasa Pelaksanaan Hak-Hak Tidak Boleh Dipisahkan Penduduk Palestin.

“Kami menuntut Israel menghormati resolusi antarabangsa atau keanggotaan Israel digantung di PBB,” katanya merujuk kepada ratusan resolusi PBB yang dilihat sebagai jaminan kepada hak penduduk Palestin.

Baca Juga Ceroboh dan serang hospital, Israel terus mengganas pada hari pertama Ramadan di Palestin

TANGGAL 15 Mei, ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari tanah air mereka sendiri dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Beliau menegaskan Nakba tidak bermula pada 1948 dan tidak pernah berakhir selepas tarikh itu.

“Rejim Tel Aviv menggunakan kuasa penjajah mereka untuk meneruskan penindasan ke atas penduduk Palestin dan berterusan menafikan hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air,” tegasnya.

Baca Juga 5 daerah di Palestin yang diranapkan dengan kejam, kini berganti bangunan milik Israel

Difahamkan, kira-kira dua juta penduduk atau lebih 20 peratus populasi di Tel Aviv adalah penduduk Palestin dan keturunan mereka yang kekal di wilayah tersebut selepas penubuhan negara Israel.

Menurut PBB juga, kini terdapat 5.9 juta pelarian Palestin yang tinggal di Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.