Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Tubuh Akademi Bimbingan Taranum Al-Quran, langkah lahirkan ramai qari, qariah dan pendakwah

by Nurulfatiha MuahFebruary 9, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Taranum al-Quran
PARA peserta

BUKAN semua orang dikurniakan anugerah untuk melakukan taranum al-Quran. Namun begitu, jika ia dipelajari dan diasah sejak dari awal lagi, barangkali kita boleh menjadi qari atau qariah suatu hari nanti.

Masakan tidak, usaha tangga kejayaan. Apa yang penting, kesungguhan diperlukan bagi meraih hasil tuaiannya.

Demikian juga impian Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) selepas menganjurkan Program Kuala Lumpur (KL) Gema Al-Quran Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2023 Masihi/ 1444 Hijrah pada Khamis.

Baca juga Gempa bumi Cianjur: 2 pelajar khatam al-Quran, guru yang dihempap kubah masjid terselamat

IKLAN

Program itu disertai seramai 3,000 pelajar sekolah kebangsaan di ibu kota dan sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan.

Pengarah Pendidikan JPWPKL, Norhayati Ab Wahab berkata, susulan daripada program tersebut, beberapa perancangan aktiviti akan dilaksanakan di sekolah termasuk menubuhkan Akademi Bimbingan Taranum Al-Quran.

NORHAYATI

Akademi itu, katanya, ia hanya melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan kelas aliran agama di sekolah harian.

“Menerusi akademi ini, murid-murid akan dibimbing oleh ustaz, ustazah dan fasilitator menerusi kerjasama kami dengan beberapa pihak seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, selain qari terkenal, Ustaz Ahmad Tarmizi Ali, Ustaz Mohd Anuar Ghazali dan Ustaz Abdul Khair Jalil.

IKLAN

“Besar harapan kami agar penubuhan akademi ini di sekolah dapat melahirkan para murabbi, imam dan bilal serta mencungkil bakat qari dan qariah dalam bidang taranum serta tajwid, seterusnya menjadi pendakwah hebat sama ada ahli profesional atau bukan profesional,” katanya ketika ditemui Sinar Islam Plus selepas Program Kuala Lumpur Gema Al-Quran Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2023 Masihi/ 1444 Hijrah di ibu kota.

Majlis penutup Program KL Gema Al-Quran itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIWP yang juga ahli MAIWP, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Dalam acara yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa lalu, ia dilaksanakan serentak bersama program khatam al-Quran secara ‘hybrid’ yang melibatkan 300 buah sekolah di bawah JPWPKL dan 80 buah sekolah seliaan JAWI.

Taranum al-Quran

PARA peserta Program KL Gema Al-Quran Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2023 Masihi/ 1444 Hijrah merakam kenangan bersama tetamu kehormat.

IKLAN

 

Sementara itu, Syed Zainal Abidin berharap agar program sedemikian akan diteruskan pada tahun akan datang.

Baca juga Fahami satu ayat al-Quran lebih baik daripada dibaca sehingga khatam? Berikut penjelasannya

“Saya meletakkan harapan agar budaya membaca al-Quran tidak terhenti pada hari ini saja.

“Pihak MAIWP sangat berbesar hati untuk sentiasa menyokong usaha-usaha murni dalam memantapkan pendidikan murid-murid di Wilayah Persekutuan, selain mahu melihat mereka sentiasa membudayakan amalan membaca al-Quran yang masih relevan untuk dijadikan sumber didikan,” ungkapnya.

IKLAN
qarisinarislamplusTaranum al-Quran
Previous

Tergamak beri ular peliharaan makan anak kucing, pupusnya kewarasan seorang manusia

February 9, 2023
Next

Gempa bumi, bencana yang ALLAH telah jelaskan banyak kali dalam al-Quran

February 9, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-23T173316.038
Berita Semasa,

DJ / MC, jagalah 3 batas ini supaya tugasan tidak jatuh haram

by Fatin Fatihah HussinMay 23, 2023
panggilan haji
Berita Semasa,

Wanita tolak panggilan haji, alasan diberi cukup mengharukan

by Sarrah MohsinMay 22, 2023
GAMBAR PORTAL FB (95)
Berita Semasa,

Nekad berjalan dari Perak ke Mekah, Herry sempurnakan umrah

by Fatin Fatihah HussinMay 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (92)
Berita Semasa,

Kalimah ALLAH, antara nas dan realiti

by Fatin Fatihah HussinMay 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.