Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Tak masuk syurga putuskan silaturahim, peliharalah ia walau tidak ziarah dan tiada rumah terbuka

by Muhd Azman Mohd NawiMay 29, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

TRADISI ziarah-menziarahi dan rumah terbuka pada Syawal kali ini nampaknya terpaksa dilupakan seketika. Apakan daya, keadaan semasa tidak mengizinkan kita berbuat demikian.

Ketika negara dan seluruh dunia sedang bergelut dengan wabak Covid-19 yang tidak mengenal siapa, itulah langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh semua pihak. Ia demi kemaslahatan bersama.

Siapa lagi kalau bukan kita yang menjaga diri sendiri dan orang di sekeliling kita termasuk ahli keluarga. Jadi, jangan sesekali anggap ‘pengorbanan’ kita tidak berziarah itu hanyalah sia-sia dan bersedih dengan apa yang berlaku.

Ya, walaupun kita masih ‘dikawal’ dengan Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini, hubungan silturahim dengan keluarga tetap perlu dijaga dan dipelihara. Itulah yang diajarkan Islam kepada umatnya.

Bahkan, sesiapa yang memutuskan silaturahim, ancaman ALLAH amatlah berat dan perit. Sesiapa yang berbuat demikian, tak akan masuk syurga! Nauzubillahi min zalik, mintalah kita dijauhkan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan).” (Riwayat Muslim)

Kenapa Islam begitu mementingkan silaturahim? Bagaimanakah bersilaturahim dengan normal baharu?

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood berkata, silaturahim bukan sekadar tuntutan, tetapi banyak manfaatnya.

IKLAN

USTAZAH SITI FATAHIYAH

Al-Quran dan hadis banyak menceritakan tentang kepentingan hubungan silaturahim seperti dalam ayat 36, Surah an-Nisa’ dan beberapa hadis masyhur, terang beliau.

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis lain, ketika Nabi Muhammad SAW sampai ke Kota Madinah, baginda bersabda: “Wahai manusia! Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya kamu dapat masuk syurga dengan sejahtera dan selamat.” (Riwayat Ibnu Majah)

Felo Pembelajaran Maya, Hal Ehwal Akademik UiTM itu menegaskan, kawalan ketika PKPB tidak sepatutnya menjadi tembok penghalang kemesraan dan merenggangkan hubungan silaturahim.

Kecanggihan teknologi kini harus dimanfaatkan. Boleh sahaja lakukan aktiviti ziarah atas talian menggunakan kemudahan tersebut untuk berhubung merentas negeri, negara bahkan benua, jelas beliau.

“Banyak kaedah boleh digunakan antaranya aplikasi Google Meet, Hangouts, Webex, Zoom dan lain-lain. Lebih meriah bila dapat aktifkan video untuk berinteraksi secara langsung dan merasakan seolah-olah mereka turut ada bersama-sama kita ketika itu.

“Yang penting, kita dapat menjaga kesihatan dan keselamatan di samping mengeratkan silaturahim,” katanya menerusi e-mel kepada Sinar Islam baru-baru ini.

Bagi yang mempunyai kekangan capaian internet, aktiviti sama dapat dilakukan dengan bertanya khabar menerusi panggilan telefon, pesanan ringkas atau aplikasi Whatsapp.

Kata ahli akademik itu, jangan sampai bersedih tidak dapat beraya dengan mereka yang jauh, yang dekat kita abaikan.

“Apa pun caranya bersilaturahim, ikhlas dan dilakukan kerana ALLAH SWT. Patuhi arahan-arahan pihak berkuasa dalam memastikan pandemik Covid-19 dapat dikawal dan dihentikan dengan izin-NYA,” nasihat beliau.

Berhemah elak tersinggung

IKLAN

Seandainya mempunyai kekangan dengan teknologi, pendakwah, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz pula menyarankan supaya menitipkan doa.

USTAZ HASSAN MAHMUD

Walaupun tidak berdepan dengan adik-beradik mahupun saudara-mara, percayalah doa yang ikhlas didengari oleh ALLAH SWT. Pasti akan ‘sampai’ juga, ujar beliau.

“Selain itu, kita boleh berikan apa-apa hadiah. Barangkali kirimkan makanan, pakaian mahupun cenderahati, tunjuk gambar atau kad ucapan sebagai tanda ingatan.

“Silaturahim itu bukan berkaitan perihal hukum-hakam, sebenarnya tiada apa yang kurang seandainya tiada aktiviti ziarah pada Syawal tahun ini. Cuma, yang tak bolehnya adalah sentuhan saja termasuklah berjabat tangan, kucup tangan ibu bapa dan sebagainya,” kata beliau.

Ustaz Hassan Mahmud mengakui bukan mudah untuk masyarakat menerimanya. Apatah ia menjadi budaya sejak sekian lama.

Ya, ada segelintir umat menerimanya dengan berlapang dada. Tapi ada juga yang masih belum benar-benar faham.

IKLAN

Semakin parah jika individu tersebut tersinggung seandainya dirinya tidak disalam oleh orang lain dan menjejaskan hubungan silaturahim.

Justeru, beliau menasihatkan agar mengingatkan tentang normal baharu itu secara berhemah kepada orang di sekeliling kita.

“Berjabat tangan itu (hukumnya) sunat saja. Menjaga diri daripada penyakit itu adalah wajib. Kita kena jelaskan perkara itu. Antara yang wajib dan sunat, mana satu pilihan kita?

“Itu adalah hukum keadaan darurat, ibarat orang terkena penyakit yang langsung kita tak boleh sentuh. Yang penting, semua masyarakat faham, latih diri guna penutup muka, jaga penjarakan sosial dan sebagainya. Lama-kelamaan, pasti orang boleh terima keadaan itu,” jelas beliau.

Agamawan itu turut mengingatkan agar tidak ego, besar diri, berlagak dan takabbur ketika bersilaturahim.

“Pasti dalam keluarga ada yang kaya, berpangkat dan sebagainya. Bila bersilaturahim, lupakan semua itu. Jadikan masa tersebut betul-betul macam kita adik-beradik dari keluarga sama yang dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu apa yang sama.

“Contohilah Khalifah Umar Abdul Aziz. Apabila sahabatnya datang, beliau sendiri ambil makanan di dapur dan menyalakan lampu untuk sahabatnya. Perbuatannya itu menimbulkan persoalan kepada sahabatnya tadi kerana beliau ada pembantu rumah. Tapi Khalifah Umar berkata: ‘Nama aku tak berubah, tetap Umar. Kenapa perlu berbangga-bangga?” jelas beliau.

ANEKDOT

Hikmah silaturahim

-Mengeratkan tali persaudaraan
-Memperbanyakkan rezeki
-Menambah empati dan menjauhi sifat ego
-Menambah kekuatan dan kesatuan Islam

IKLAN
agamaHassan MahmudSilaturahimsinar islamsinarplusSiti Fatahiyahtak ziarahtiada rumah terbuka
Previous

Tersentuh rakan bukan Islam sama jantina, batal ke wuduk kita?

May 28, 2020
Next

Kenali Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, ulama yang mendapat jolokan sufi agung

May 29, 2020

Related posts

an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022
Untitled design (41)
Berita Semasa,

Malaysia pilihan teratas destinasi pelancong Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 16, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.