Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Tak boleh simpan daging korban lebih 3 hari? Ini penjelasan agamawan…

by Muhd Azman Mohd NawiAugust 4, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM berakhirnya hari Tasyrik. Ini bermakna, tempoh untuk melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha sudah pun tamat.

Kepada mereka yang melakukan ibadah korban tempoh hari, pastinya agihan daging korban telah dibuat kepada golongan fakir miskin dan penduduk setempat, selain untuk diri sendiri.

Sudah tentu ada yang telah pun merasai keenakan daging korban tersebut yang dijadikan hidangan buat seisi keluarga selama beberapa hari ini.

Walaupun sudah dimasak dan dimakan berkali-kali, namun masih ada lagi baki daging korban yang disimpan di dalam peti ais. Keadaan itu sedikit sebanyak menggusarkan hati segelintir masyarakat kita.

IKLAN

Ini kerana ada pihak menyatakan bahawa daging korban tidak boleh disimpan lebih daripada tiga hari.

Benarkah begitu? Sebenarnya, berapa lamakah tempoh yang dibolehkan untuk kita menyimpan daging korban berkenaan?

USTAZ SYED SHAHRIDZAN

Menjawab persoalan tersebut, pendakwah dan penulis, Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed berkata, menyimpan daging korban lebih tiga hari pernah dilarang oleh Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, jelas beliau, larangan itu sudah dimansuhkan. Ia disebabkan perubahan situasi sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya, Raudah al-Tolibin.

“Boleh/harus seseorang menyimpan sebahagian daripada daging korban. Rasulullah SAW pernah melarang menyimpan (daging korban) lebih dari tiga hari, kemudian baginda mengizinkannya.

“Menurut majoriti ulama, larangan ini bermakna haram, manakala menurut Abu Ali al-Tobari, kemungkinan larangan ini bermaksud makruh,” kata beliau dipetik menerusi laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Menjelaskan sebab kepada larangan tersebut, Ustaz Syed Shahridzan sekali lagi mengemukakan pandangan Imam Nawawi tentang perkara itu.

IKLAN

Kata Imam Nawawi: “Larangan tersebut berjalan selama setahun kemudian dimansuhkan, atau larangan ini dikhususkan dengan sebab keadaan yang sempit pada tahun itu, tatkala luput keadaan itu maka tiada lagi pengharaman.” 

(Artikel berkaitan: Boleh ke buat kenduri kahwin dan jamu tetamu makan daging korban?)

Jika keadaan sempit atau susah berlaku lagi pada zaman ini, adakah kita diharamkan kembali menyimpan daging korban lebih dari tiga hari?

IKLAN

Dalam kitab Raudah al-Tolibin, Imam Nawawi menjelaskan: “Jika berlaku situasi sebegitu pada zaman kita atau negeri kita, adakah dihukumkan dengannya (haram)? Pendapat yang tepat lagi diketahui, ia tidak diharamkan pada hari ini walau apa situasi sekali pun. 

“Jika seseorang ingin menyimpan, maka digalakkan menyimpan daging korban dari bahagian yang dimakan (sendiri dan keluarga), bukan bahagian sedekah dan hadiah,” jelas Imam Nawawi.

Simpan daging korban

LARANGAN menyimpan daging korban telah dimansuhkan disebabkan perubahan situasi semasa sebagaimana diterangkan oleh Imam Nawawi.

Mudah kata, tiada masalah andainya daging korban yang akan dimakan oleh diri sendiri dan keluarga disimpan selama mana pun, terang Ustaz Syed Shahridzan.

“Menurut Mazhab Syafie, diharuskan menyimpan daging korban walaupun melebihi tiga hari asalkan daging itu tidak rosak atau busuk sehingga menyebabkan pembaziran.

“Namun, tidak digalakkan bagi daging korban yang ingin disedekahkan atau dihadiahkan (kepada orang lain) disimpan dalam tempoh yang lama kerana ia sunat diagihkan secepat mungkin,” jelas beliau.

Justeru, usah risau andai daging korban kita belum habis lagi. Ia boleh disimpan selama mana pun, cuma pastikan tempat itu sesuai supaya tahan lebih lama.

Sumber: Facebook Ustaz Syed Shahridzan-Ben Agil

IKLAN
Simpan daging korban
Previous

5 cara nak didik hati untuk tenang

August 4, 2020
Next

Lebih 30 petua membentuk keluarga bahagia

August 5, 2020

Related posts

an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.