Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Tabung Haji rangkul anugerah Perkhidmatan Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam

by Fatin Fatihah HussinJanuary 12, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (37)
ANUGERAH ini juga merupakan pengiktirafan buat negara kerana berjaya melahirkan sebuah institusi unik yang kini menjadi contoh kepada negara Islam lain.

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menerima pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi apabila merangkul Anugerah Labaittom bagi kategori Perkhidmatan Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam pada Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 di Jeddah, Arab Saudi.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah menyampaikan anugerah tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada persidangan itu yang berlangsung pada 9 hingga 12 Januari.

Menerusi kenyataan dikeluarkan TH hari ini, Dr Mohd Na’im berkata anugerah berkenaan amat bermakna khususnya apabila TH meraikan ulang tahun ke-60 pada tahun ini.

Anugerah ini juga merupakan pengiktirafan buat negara kerana berjaya melahirkan sebuah institusi unik yang kini menjadi contoh kepada negara Islam lain.

“Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas usaha memberi bimbingan ibadat haji dan program kesedaran dalam aspek menjaga kesihatan kendiri, peradaban serta kepentingan kebersihan persekitaran,” kata beliau.

IKLAN

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bersama pengarah & warga kerja Tabung Haji di Jeddah. 

Sementara itu, TH berkata keupayaan institusi berkenaan dalam membimbing jemaah haji Malaysia agar mempunyai pengetahuan yang baik dalam ibadat haji sentiasa mendapat pujian dan diiktiraf pelbagai pihak khususnya kerajaan Arab Saudi.

Setiap tahun, TH menganjurkan kursus haji di tanah air secara fizikal dan dalam talian di samping menyediakan pembimbing ibadat haji untuk sesi bimbingan di Tanah Suci semasa jemaah haji mengerjakan ibadat itu. Secara keseluruhannya, TH sediakan lebih 500 Pengkursus Haji Tanah Air (PEKTA) dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) untuk membantu jemaah.

BACA JUGA Arab Saudi Tingkatkan Kapasiti Jemaah Ke Makkah Hingga 70,000 Sehari

“TH juga menganjurkan Muzakarah Haji setiap tahun selepas selesai musim haji bagi meningkatkan lagi keberkesanan bimbingan haji termasuk menambah baik modul kursus haji serta penerbitan yang dihasilkan demi kepentingan umat Islam Malaysia semasa melaksanakan ibadat di Tanah Suci,” menurut TH.

Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 itu disertai oleh 56 negara termasuk Malaysia yang diwakili oleh TH.

IKLAN

Turut hadir pada sesi penyampaian anugerah itu, Pengerusi TH Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, Pengarah Eksekutif Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan pegawai TH di Arab Saudi.

TIMBALAN Menteri Haji & Umrah Arab Saudi, Dr Abdulfattah bin Sulaiman Mashat. 

Kad pintar jemaah haji versi kemaskini bakal dilancarkan

IKLAN

Dalam laporan yang sama, semasa Persidangan dan Ekspo Perkhidmatan Haji & Umrah 2023 di Jeddah, Yayasan Nosok untuk Haji dan Umrah bersama Pihak Berkuasa Am Awqaf memeterai perjanjian kerjasama dengan tujuan meningkatkan pengalaman jemaah melalui penyelesaian elektronik.

BACA JUGA Bagaimana Arab Saudi menukar tanah tandus dan padang pasir menjadi hijau?

Perjanjian itu memperincikan pelancaran kad pintar yang mengandungi maklumat peribadi, kediaman dan kesihatan pengguna yang dikaitkan dengan aplikasi elektronik.

Pejanjian tersebut ditandatangani oleh Dr. Abdulfattah bin Sulaiman Mashat selaku Timbalan Menteri Haji dan Umrah Saudi dengan Imad bin Saleh Al-Kharashi, Gabenor Pihak Berkuasa Am Awqaf.

Dr. Abdulfattah menekankan kepentingan perjanjian itu dalam memperkayakan perjalanan rohani jemaah haji melalui penggunaan penyelesaian digital dan automasi perkhidmatan selaras dengan matlamat rancangan pembaharuan Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.

PERJANJIAN itu memperincikan pelancaran kad pintar yang mengandungi maklumat peribadi, kediaman dan kesihatan pengguna yang dikaitkan dengan aplikasi elektronik.

IKLAN
Previous

Benarkah amalan wanita tak berhijab tetap diterima ALLAH?

January 12, 2023
Next

Ini hukumnya apabila kita ‘berguru’ dengan media sosial

January 13, 2023

Related posts

nafsu akal
Berita Semasa,

Benarkah perempuan ada 9 nafsu 1 akal? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (66)
Berita Semasa,

Hebatnya lelaki dukung bapa tunai umrah ibarat kisah Uwais al-Qarni

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.