BERSEMPENA sambutan Hari Kebangsaan negara kita yang ke-65 dengan tema keluarga Malaysia teguh bersama , ayuh kita semarakkanya dengan sajak kemerdekaan terbaik yang pernah dihasilkan oleh tokoh-tokoh hebat dan Sasterawan Negara.
Sajak kemerdekaan yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh ini penuh dengan maksud yang tersurat dan tersirat. Ia masih segar dan sesuai untuk dideklamasikan bagi anak-anak atau sesiapa sahaja yang cintakan tanah air tercinta.
MERDEKA – Tongkat Warrant / Dato’ Usman Awang
Satu jeritan yang banyak berulang meresap
meresap… seperti senyum gadis di pertemuan
menerawang… serupa gema di tengah malam
merempuh… seperti kereta kebal di medan perjuangan.
Pekiklah!
Jeritlah!
Dan…
Maralah!