Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Semak sebelum beli perhiasan ayat al-Quran, berat azab menanti orang yang permainkan kalamullah.

by Fatin Fatihah HussinJanuary 5, 2023
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB
SEMAK dahulu sebelum membeli apa jua perhiasan ayat al-Quran.

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu sebelum membeli perhiasan khat ayat al-Quran di mana-mana premis.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, ini berikutan ada beberapa premis di sekitar Nilai dekat sini dikesan menjual perhiasan berkenaan dengan penggunaan ayat yang tidak sempurna sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat Islam.

“Kita mudah untuk meletakkan tanggungjawab kepada agensi penguat kuasa tetapi masyarakat sebenarnya bertanggungjawab memilih mana-mana perhiasan khat ayat al-Quran yang benar dan tepat mengikut peraturan dan syarak.

“Ini kerana kesilapan kecil dalam ayat al-Quran membawa makna yang berbeza, sebab itu tidak boleh ada walau sedikit kesalahan, kena ada sifar kesilapan dalam ayat berkenaan. Perkara itu sangat sensitif, masyarakat juga mungkin akan keliru dan terpesong jika penggunaannya salah,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

IKLAN

KETUA Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki menunjukkan kesilapan pada ayat Kursi yang dijual di salah sebuah premis yang diperiksa.

Justeru, beliau berkata para peniaga perlu menghentikan penjualan barangan perhiasan berkenaan yang dikenal pasti mempunyai kesalahan selain menyemak dan mendapatkan kelulusan pihak berwajib bagi menentukan kesahihan penggunaan ayat itu di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986.

Ahmad Zaki berkata mana-mana peniaga yang ingkar dan membuat kesalahan terbabit akan dikenakan tindakan yang sewajarnya selain barangan perhiasan yang tidak mematuhi peraturan akan dirampas dan disita pihak berwajib.

BACA JUGA Adakah terdapat ganjaran pahala bagi orang bukan Islam? Ini penjelasannya

Dalam pada itu, beliau berkata tiga pemilik premis yang diperiksa dalam operasi semalam memberikan alasan tidak tahu ada kesalahan pada ayat dan hanya kesilapan kecil seperti penggunaan tanda baris yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku memandangkan peniaga terbabit adalah dalam kalangan orang Islam.

IKLAN

Hukum mempermainkan ayat al-Quran

Hukum orang Islam persendakan ayat atau surah al-Quran di dunia ini ialah menjadi kafir dan di akhirat nanti disediakan baginya azab yang sangat pedih seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus.

KITAB suci al-Quran adalah sebaik-baik panduan hidup buat umat manusia oleh itu janganlah persenda dan mempermainkan ayat al-Quran.

IKLAN

“Berdasarkan firman ALLAH SWT “Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan KAMI, ia menjadikannya sebagai ejek-ejekan. Mereka yang demikian keadaaannya, akan beroleh azab yang menghina.” (al-Jathiyah ayat 9)

“Berkata Imam At-Tabari : “Dan firman ALLAH ‘Mereka itulah yang sabit bagi mereka azab yang hina’ maksudnya, ALLAH SWT menyatakan bahawa orang-orang yang melakukan perbuatan ini ialah orang-orang yang mendengar akan ayat-ayat ALLAH yang dibacakan ke atas mereka kemudian berpaling mereka atas kekufuran mereka itu kerana takabbur. Dan mereka itu mengambil akan ayat-ayat ALLAH yang mereka ketahui sebagai bahan persendaan. Bagi mereka itu pada hari kiamat daripada ALLAH ialah azab yang hina yang merendahkan mereka dan menjatuhkan mereka dalam kehinaan di dalam api neraka Jahannam dengan sebab adalah mereka itu di dalam dunia sombong dari taatkan ALLAH dan sombong dari mengikut ayat-ayat ALLAH.” (Tafsir Jami’ul Bayan)

“Jadi jelaslah bahawa orang-orang yang mempersendakan ayat-ayat ALLAH di dunia ini maka di akhirat nanti tempat mereka ialah neraka Jahannam,” ungkapnya.

 

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Adakah terdapat ganjaran pahala bagi orang bukan Islam? Ini penjelasannya

January 5, 2023
Next

Makanan digigit kucing, boleh dimakan atau perlu dibuang?

January 5, 2023

Related posts

nafsu akal
Berita Semasa,

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (66)
Berita Semasa,

Hebatnya lelaki dukung bapa tunai umrah ibarat kisah Uwais al-Qarni

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.