Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa, Dalam Negara,

Selepas dua tahun ‘bercuti’, ayuh kembali hidupkan Ramadan di masjid dan surau

by Nurul Fatiha MuahMarch 24, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Hidupkan Ramadan
BERMULA 1 April ini, sebahagian negeri membenarkan solat berjemaah termasuk tarawih dilakukan secara merapatkan saf.

JIKA dihitung, lebih kurang seminggu sahaja lagi negara bakal memasuki fasa peralihan daripada pandemik kepada endemik.

Bermula 1 April ini, banyak kelonggaran diberikan terhadap sekatan-sekatan yang pernah dikuatkuasakan sebelum ini. Antaranya penjarakan fizikal dan sosial ketika menunaikan solat di masjid mahupun surau.

Meskipun demikian, keputusan itu bagaimanapun bergantung kepada pihak berkuasa agama di negeri masing-masing.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lalu itu ternyata memberikan kelegaan kepada banyak pihak kerana bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi.

Ramai yang sudah tidak sabar untuk bertarawih di masjid dan surau. Apa tidaknya, sudah dua kali Ramadan berlalu, kita tidak berpeluang berbuat demikian dek amukan Covid-19.

Sesungguhnya, ia bukan satu tempoh masa yang singkat. Apatah lagi berjauhan daripada keluarga tercinta. Namun begitu, ramai yang memanfaatkan peluang untuk merapatkan silaturahim dengan bersolat jemaah bersama keluarga masing-masing.

Baca juga Sedap atau tidak bacaan, terimalah imam kita seadanya

Berbalik kepada prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial di masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) antara pihak berkuasa agama terawal membenarkan jemaah mereka untuk menunaikan solat tarawih di masjid dan surau di bawah seliaannya bermula 1 April ini.

Begitu juga dengan aktiviti berbuka puasa, bersahur, tadarus al-Quran dan qiamullail kepada semua individu yang telah menerima vaksinasi Covid-19.

IKLAN
Hidupkan Ramadan

AKTIVITI bertadarus al-Quran juga boleh dilakukan di masjid dan surau.

Selain itu, Terengganu turut mengambil langkah yang sama. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail dilaporkan berkata, semua aktiviti solat Jumaat, solat fardu secara berjemaah dan aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan dibenarkan dilakukan tanpa pejarakan fizikal.

“Ia termasuk aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, jamuan makan selepas aktiviti pengajaran agama dan kemasyarakatan.

“Begitupun, kuliah atau ceramah agama perdana di masjid dan surau dengan kehadiran jemaah dalam kapasiti besar perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya dipetik daripada Bernama.

Seperkara lagi yang menarik perhatian adalah apabila Kerajaan Negeri Terengganu turut membenarkan kanak-kanak berusia tujuh tahun dan ke atas hadir ke masjid dan surau, dengan syarat mesti hadir bersama ibu bapa masing-masing.

Langkah sama turut disusuli di negeri Perlis yang mana Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan para jemaahnya menyertai aktiviti pengimarahan masjid tanpa terikat dengan status vaksinasi bermula 1 April.

Kebenaran yang sama turut diberikan terhadap kanak-kanak. Mereka dibenarkan hadir menunaikan solat dan mengikuti aktiviti pengimarahan masjid.

Hidupkan Ramadan

SAMA-SAMA kita mengimarahkan masjid dan surau jika diberi kesempatan pada bulan Ramadan al-Kareem tidak lama lagi.

Meskipun demikian, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, larangan tetap dikenakan terhadap individu yang dijangkiti atau disyaki Covid-19.

Baginda bertitah, jemaah dibenarkan menunaikan solat tanpa penjarakan fizikal. Bagi aktiviti lain seperti kuliah agama, SOP sedia ada masih diteruskan.

Begitu juga halnya di Sarawak apabila para jemaah di negeri tersebut dibenarkan solat fardu dan sunat, mendengar khutbah serta berwirid di rumah ALLAH tanpa penjarakan fizikal.

IKLAN

Bagaimanapun, semua aktiviti pengimarahan masjid, surau dan aktiviti sosial di premis berkenaan, kata Majlis Islam Sarawak, ia masih lagi mengamalkan penjarakan fizikal.

Baca juga Ini sebab kenapa masjid masih ditutup walaupun sektor ekonomi mula dibuka

Sama juga dengan urusan pengebumian jenazah bukan Covid-19. Ia dibenarkan dengan penjarakan fizikal.

Terbaharu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan membenarkan solat fardu, Jumaat, jenazah dan tarawih ditunaikan tanpa penjarakan fizikal dengan bilangan jemaah ditentukan mengikut keluasan ruang masjid dan surau di Perak.

Begitupun, bagi pelajar terutamanya di sekolah asrama penuh pula, baginda bertitah, pengetua sekolah dan pengetua pusat-pusat pengajian diberikan budi bicara untuk mengadakan solat Jumaat dan surau, bangunan atau kawasan sekitar institusi masing-masing demi melindungi keselamatan mereka.

Untuk aktiviti tazkirah pula, baginda menitahkan agar ia dibenarkan dilakukan selepas solat witir dan hendaklah tidak melebihi 30 minit. Ia bagi meminimumkan tempoh pendedahan jemaah kepada udara yang terperangkap di dalam bangunan.

Demikian juga pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam. Solat berjemaah dibenarkan dilakukan secara merapatkan saf mulai 1 April ini, selain ketetapan untuk aktiviti bertadarus al-Quran dan qiamullail.

Di Negeri Sembilan pula, Kerajaan Negeri tersebut masih menetapkan penjarakan fizikal ketika mendirikan solat berjemaah dan wirid di semua masjid dan surau yang terletak di negeri berkenaan mulai 1 April ini.

IKLAN

Malah, Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun menjelaskan, pihaknya menetapkan aturan sejadah bersaiz besar iaitu 0.6 meter lebar x 1.2 meter panjang.

Hidupkan Ramadan

BAWA sejadah sendiri dari rumah jika ingin menunaikan solat di masjid atau surau.

“Satu sejadah hanya untuk satu orang saja. Jemaah tidak boleh berkongsi sejadah dalam keadaan pandemik ini. Mereka perlu membawa sejadah sendiri, pakai pelitup muka dan imbas MySejahtera,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di negeri berkenaan baru-baru ini.

Meskipun pendekatan penjarakan sosial masih dikuatkuasakan, namun boleh dikatakan semua aktiviti di masjid dan surau tetap dibenarkan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Melihat semua penetapan tersebut, umat Islam sudah boleh menarik nafas lega. Apa tidaknya, kita sudah boleh mengimarahkan semula masjid dan surau seperti kebiasaannya selepas dua tahun menanti.

Paling penting, jangan lupa mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing.

Walaupun negeri seperti Melaka, Selangor, Kelantan, Sabah, Johor dan Pahang belum membuat pengumuman berkaitan hal itu setakat artikel ini ditulis, namun sama-samalah kita berdoa agar semua umat Islam dapat menghidupkan Ramadan dan bulan-bulan lain di rumah ALLAH.

Jika tidak berkesempatan, boleh sahaja kita beribadah di mana-mana sahaja. Tidak kiralah sama ada di rumah atau pejabat.

Paling penting, usah kita sia-siakan kedatangan bulan Ramadan begitu sahaja. Ingatlah, ia hanya datang setahun sekali sahaja.

Apa pun, teruskan berdoa agar ALLAH SWT mengangkat wabak yang membawa maut daripada muka bumi ini. Siapa tahu, doa kita bakal dimakbulkan dalam bulan Ramadan yang penuh barakah nanti.

Foto: Bernama, Freepik & 123rf

IKLAN
Hidupkan Ramadansinarislamplus
Previous

Indonesia kenalkan logo halal baharu

March 24, 2022
Next

Bahagiakan anak yatim, ALLAH janjikan imbalan bukan calang-calang kepada penjaganya

March 25, 2022

Related posts

an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022
Untitled design (41)
Berita Semasa,

Malaysia pilihan teratas destinasi pelancong Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 16, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.