Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa, Dalam Negara,

Sejuk perut ibu mengandung, tiga beradik juara hafazan al-Quran

by Sarrah MohsinMarch 28, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
SUATU kenangan manis buat tiga beradik ini apabila masing-masing merangkul johan di Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat negeri Perak baru-baru ini.

SUDAH menjadi kebiasaan masyarakat Melayu apabila kita melihat seseorang yang sedang melakukan kebaikan atau membantu ibu bapanya, pasti ayat “sejuk perut ibu mengandung” akan diungkapkan.

Bagi seorang ibu di Perak, pasti penat lelah membesarkan anaknya dirasakan berbaloi apabila bukan seorang, malah tiga orang anaknya menjadi juara di Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat negeri yang diadakan baru-baru ini.

Majlis tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula Isnin lepas di Pusat Konvensyen Casuarina Meru melibatkan hampir 36 peserta.

Satu kenangan manis bagi tiga beradik dari Kampung Banggol Batu, Lenggong masing-masing apabila berjaya merangkul johan untuk tiga kategori berbeza.

Adibah Husni Ahmad Rozaini, 25, merangkul johan bagi kategori hafazan 1-30 juzuk wanita manakala dua adiknya, Aqilah Sulhi Ahmad Rozaini, 24, dan Muhammad Adib Ahmad Rozaini, 22, masing-masing johan bagi kategori hafazan 1-20 juzuk wanita dan hafazan 1-20 juzuk lelaki.

IKLAN

Menurut Adibah Husni, ini kali kedua beliau telah menyertai pertandingan hafazan peringkat negeri selepas tahun lalu, namun ketika itu hanya dia dan Aqilah Sulhi berjaya memenangi johan bagi kategori sama manakala Muhammad Adib sekadar menduduki naib johan bagi kategori sama seperti tahun ini.

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan berangkat ke majlis tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Casuarina Meru.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan berangkat ke majlis pada hari terakhir acara itu. Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Majlis itu juga dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan hadiah kepada johan tilawah al-Quran bagi kategori qari dan qariah iaitu Aiman Ridhwan Mohd Ramlan dan Nurul Syafiqah Nardi.

IKLAN

JOHAN qari, Aiman Ridhwan dan qariah Nurul Syafiqah bergambar pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej menunaikan haji bernilai RM10,000, sijil dan hadiah iringan.
Tempat kedua kategori qari dan qariah pula disandang oleh Mohd Sahran Termizi dan Munirah Razali manakala tempat ketiga qari dimenangi Mohd Kamaruzaman Daud dan qariah Norhazira Nabila Mohamad Kamel.

Pemenang naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM7,000 dan RM5,000, berserta sijil dan hadiah iringan.

IKLAN

Johan hafazan kategori 1-30 juzuk lelaki dan wanita tahun ini disandang Amril Syariff Ahmad dan Adibah Husni Ahmad Rozaini dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej menunaikan haji bernilai RM10,000, sijil serta hadiah iringan.

Adik-beradik Muhammad Adib Ahmad Rozaini dan Aqilah Sulhi Ahmad Rozaini yang menjuarai hafazan kategori 1-20 juzuk menerima hadiah wang tunai RM6,000 berserta sijil dan hadiah iringan.

Sementara Mohamad Afnan Norhisyam dan Nurul Balqis Mohamad Badri merangkul johan bagi kategori 1-10 juzuk membawa pulang wang tunai RM4,000 beserta sijil dan hadiah iringan.

Kesemua johan tilawah qari dan qariah serta hafazan lelaki dan wanita akan mewakili negeri ke Tilawah al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung antara Jun hingga Julai depan di Johor.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Foto: Harian Metro & Bernama

IKLAN
Previous

Syeikh Abdullah Fahim, ulama dinamik yang menentukan tarikh kemerdekaan

March 28, 2022
Next

Bazar Ramadan tahun ini bertemakan mesra alam, bukan sekadar jual makanan

March 29, 2022

Related posts

Wang sumbangan
Berita Semasa,

Bolehkah guna wang bantuan pihak sekolah untuk beli telefon?

by Nurulfatiha MuahJanuary 19, 2023
nafsu akal
Berita Semasa,

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.